15 Tempat Penginapan Menarik Di Melaka Cantik Dan Mempersonakan Anda
Jom lihat tempat penginapan menarik di Melaka.
Melaka sinonim dengan bandarnya yang kaya dengan sejarah dan telah dinobatkan oleh UNESCO serta peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat bersejarah yang tinggi nilainya. Melaka juga mempunyai pelbagai budaya campuran yang menarik untuk dipelajari dan diterokai seperti Peranakan ataupun Baba dan Nyonya.
1. Cabin Bungalow In A Village
Cabin Banglo ini sangat sesuai untuk aktiviti gathering bersama keluarga yang besar, sahabat handai mahupun trip untuk mana-mana syarikat yang ingin membuat team building. Kesemua kemudahan di dalam banglo ini sangat lengkap dengan ruang tamunya yang besar, dapur dan ruang menonton televisyen yang selesa serta kolam renang.
Kawasan luar kontena juga sangat lapang untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti berbabeque, beriadah di waktu petang dan merupakan tempat untuk parking.
2. The Hut, Serkam
Chalet ini dibina melalui penggunaan semula kayu –kayu lama bersama atap nipah dimana ia mampu menyerlahkan lagi nilai-nilai estetika senibina Melayu tradisional. Terdapat kolam renang untuk beriadah, sangat sesuai untuk kanak-kanak. Anda boleh menggunakan perkhidmatan sewa basikal yang disediakan dan anda boleh bersiar-siar sambil menjamah panorama sekitar tempat penginapan di Melaka ini.
3. Limastiga, Umbai
Ia tampak ekslusif dengan sekitarnya dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan menghijau yang redup berserta elemen air yang menyegarkan. Lokasi homestay ini terletak tidak jauh dari Muara Ikan Bakar Umbai dan berdekatan dengan Restoran Ikan Bakar terapung dan Perigi Hang Tuah. Oleh itu, homestay ini sangat sesuai dipilih sebagai penginapan bersama keluarga.
4. Masbro Village Homestay
Homestay ini dikatakan sangat serupa dengan penginapan yang ada di Brighton Beach, Australia. Homestay ini memiliki laman yang cantik dan juga kolam renang yang besar. Ia juga selamat kerana merupakan kawasan yang berpagar.
Di samping itu, bagi ibu-ibu atau isteri yang tidak tahu dimana tempat yang boleh beli barangan dapur, jangan khuatir kerana anda boleh membelinya di Tesco Cheng Stadium Hang Jebat. Lokasinya hanya 5 minit berjalan kaki dari homestay ini.
5. Agrofarmstay, Durian Tunggal
Bagi mereka yang bercuti bersama anak-anak, mereka pasti teruja kerana resort ini juga ada menyediakan Pet House yang mempunyai beberapa jenis haiwan seperti kuda, burung, arnab, kambing, ayam dan lain-lain lagi.
6. 45 Lekiu
Terdapat kemudahan kolam renang yang juga turut tersedia di sini. Pengunjung juga pasti akan jatuh cinta dengan senibina balkoni rooftopnya yang dipenuhi dengan hiasan bunga kertas. Sekitar 45 Lekiu ini juga terdapat pelbagai tempat menarik seperti Stadhuys, Bukit St. Paul dan Jonker Street yang boleh anda kunjungi. Ianya terletak tidak jauh dari penginapan ini maka anda juga boleh berjalan kaki sahaja.
7. D’Brug Homestay
Homestay ini bertemakan moden mewah yang sangat berani bermain dengan warna. Selain boleh bersiar-siar di tepi Sungai Melaka, pengunjung juga dapat melihat dan bergambar bersama mural yang cantik-cantik yang terlakar di bangunan tepi sungai. Mural di situ sedikit sebanyak menceritakan tentang sejarah dan warisan Melaka.
8. Fantasy Hotel
Di samping menawarkan penginapan yang mempunyai kelainan berbanding penginapan lain yang rata-ratanya berkonsepkan antik dan moden, landskap dan susun atur perabotnya juga sangat menarik serta unik dengan harganya yang amat berpatutan.
Fantasy Hotel sangat strategik dimana ia terletak di tengah Bandar Melaka. Hotel ini juga menyediakan kemudahan yang tidak terdapat di hotel lain seperti perkhidmatan asuhan untuk menjaga anak kecil serta kereta sewa dan juga basikal.
9. Rucksack Caratel
Pelbagai aktiviti menarik juga boleh anda lakukan di sini seperti bermain foosball, bola keranjang atau bersantai di tempat duduk yang tersedia. Semua aktiviti ini boleh direalisasikan jika pengunjung ke Caravan Park. Selain itu, kemudahan lain seperti kolam renang dan kemudahan sistem pembesar suara juga lengkap di sini. Ia sangat sesuai untuk mengadakan acara keramaian seperti majlis hari jadi.
10. Yunus Homestay Kampung Morten
Perkampungan Morten ini sangat unik dengan nilai-nilai tradisional, sejarah serta rekabentuk senibinanya yang sehingga kini dipelihara oleh kerajaan Melaka. Menginap di sini umpama mengimbau kenangan ketika berada di desa. Homestay yang berkonsepkan kayu dan menggunakan perabot lama ini pasti membuatkan anda merasai pengalaman yang tiada tolok bandingnya.
11. Fuga Village
Tempat penginapan menarik di Melaka ini berhampiran dengan beberapa kawasan tarikan pelancong seperti pusat pemuliharaan penyu Padang Kamunting, Restoran Ikan Bakar serta Pusat Sukan seperti bola tampar, jetski banana boat, badminton, dan berbasikal.
12. Bustel Melaka
Lokasinya juga sangat strategik iaitu terletak di Pantai Klebang. Jika anda menginap di sini, pasti mudah untuk anda mendapatkan Coconut Shake Klebang dan kuih keria yang viral dan sangat popular. Ia hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja bagi mendapatkan makanan viral tersebut.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pantai Klebang ini adalah menaiki kuda, bermain layang-layang ataupun berjalan di pasar hujung minggu.
13. Casa Rasa Sayang, Kuala Sungai Baru
Lokasi tempat penginapan menarik di Melaka ini betul-betul menghadap Selat Melaka. Terdapat juga dua buah pulau berdekatan yang boleh anda kunjungi ketika air surut. Casa Rasa Sayang ini mempunyai 7 buah bilik tidur di mana harganya bermula dari RM235 untuk satu malam.
14. Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi
Harga penginapan di sini bermula dengan harga RM140 semalam. Kediaman yang paling besar dan mahal adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh memuatkan sekitar 15 orang dalam satu-satu masa.
Terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia termasuklah kolam renang, padang bola dan tempat berbabeque. Tempat penginapan menarik di Melaka ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kampung.
15. Umang-Umang Chalet, Kuala Sungai Linggi
Tempat penginapan menarik di Melaka ini mempunyai lebih kurang 44 buah bilik dengan 7 jenis bilik yang boleh anda pilih. Seperti tempat penginapan lain, chalet ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti kafe, restoran yang menghadap laut, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, tapak berkhemah dan kawasan aktiviti keluarga.