Surabaya yang mendapat julukan kota pahlawan ini sememangnya kaya dengan pelbagai tempat menarik dan unik untuk anda kunjungi.
Imej via [Zetizen]Kota yang dinobatkan sebagai kota terbersih di Indonesia selama 7 tahun berturut-turut ini menawarkan kepada anda pusat membeli-belah, taman tema, tempat bersejarah dan banyak lagi tempat bercuti. Mari saya kongsikan 30 tempat menarik di Surabaya santai untuk anda kunjungi.
1. Muzium House Of Sampoerna
Imej via [sejarahunik]Muzium yang didirikan pada tahun 1862 ini dibina berkonsepkan seni bina Belanda. Pelbagai barangan bersejarah dipamerkan disini seperti koleksi mesin pencetak rokok yang antik, alatan berkaitan pembuatan rokok, jenis-jenis tembakau dan rokok serta banyak lagi.
Alamat: Taman Sampoerna No. 6, Krembangan Utara, Pabean Cantian
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
2. Rumah Batik
Imej via [Lelungan]Anda harus datang ke tempat menarik di Surabaya ini jika anda ingin melihat bagaimana proses menghasilkan batik. Pelbagai jenis corak batik yang berwarna-warni dan unik dipamerkan di sini. Batik-batik ini dihasilkan menggunakan teknik cap dan teknik tulis. Sebelum pulang, belilah satu untuk dibuat kenang-kenangan.
Imej via [web.travindotours]Indonesia memang terkenal dengan struktur geografi alam semulajadinya yang indah. Gunung yang setinggi 2000 meter dari aras laut ini sememangnya sangat sesuai untuk melakukan aktiviti pendakian.
Jika tidak mampu untuk mendaki, anda boleh menyewa perkhidmatan jeep yang akan membawa anda untuk menikmati pemandangan indah. Selain itu, juga ada disediakan tempat penginapan disekitar kawasan gunung di tempat menarik di Surabaya ini..
Alamat: Podokoyo, Tosari, Pasuruan
4. Surabaya Carnival Park
Imej via [cintaihidup]Taman tema dengan konsep outdoor dan indoor ini pastinya mencabar kemampuan fizikal dan mental anda. Terdapat banyak permainan yang harus anda cuba di sini seperti ferris wheel dan roller coaster. Di samping itu, terdapat juga panggung wayang 4d, muzium 3d dan pameran patung lilin di tempat menarik di Surabaya ini.
Alamat: Jl. Ahmad Yani No. 333, Dukuh Menanggal, Gayungan
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00pm – 11.00pm)
5. Monumen Kapal Selam
Imej via [kilasdaerah.kompas]Salah satu monumen tinggalan sejarah di Surabaya adalah kapal selam milik tentera Indonesia ini. Disini anda boleh melihat kapal selam hebat ini secara dekat dan bergambar dengannya. Bayaran masuk hanya sekitar 5000 rp.
Imej via [TripAdvisor]Monumen berbentuk buluh ini dibina bagi memberikan penghargaan kepada para pejuang Indonesia suatu ketika dahulu. Monumen yang merupakan tempat menarik di Surabaya ini turut dihiasi dengan pancuran air yang cantik menjadikan kawasan ini sesuai untuk bersantai-santai di samping mengenang jasa pahlawan terdahulu.
Imej via [indonesiakaya]Mendengar namanya sahaja sudah kita tahu muzium ini dibina dengan tujuan menyemarakkan semagat kemerdekaan Indonesia. Muzium yang dikenal sebagai Bung Tomo ini mempamerkan dokumen, senjata dan video mengenai perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajahan British.
Alamat: Jl. Pahlawan, Alun-alun Contong, Bubutan
Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (8.00am – 3.00pm) | Sabtu Tutup
8. Batu Secret Zoo
Imej via [syarifaumi]Muzium Secret Zoo boleh dikatakan sangat unik kerana ia menggabungkan taman tema dan taman haiwan. Taman tema ini terbahagi kepada dua, iaitu Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Jatim Park 1 menempatkan banyak permainan yang bersesuaian untuk remaja, manakala Jatim Park 2 pula lebih sesuai untuk kanak-kanak. Bukan sahaja anda dapat melihat haiwan bahkan dapat berhibur sekali di sini.
Alamat: Jl. Oro-Oro Ombo No.9, Temas, Kec. Batu, Kota Batu, Jawa Timur 65315
9. Masjid Muhammad Cheng Ho
Imej via [Beritagar]Masjid agung ini dibina mengikut seni bina Tiongkok dan tradisional jawa. Tempat menarik di Surabaya ini dibina bagi memberi penghargaan kepada Laksamana Cheng Hoo yang berasal dari China. Cheng Hoo datang ribuan batu dari China semata-mata menyampaikan dakwah kepada rakyat nusantara.
Alamat: Jl. Gading No.2, Ketabang, Genteng, Kota SBY, Jawa Timur 60272
10. Hutan Bambu Dan Taman Sakura
Imej via [Daka Tour]Lokasi bertemakan taman bandar dan hutan bandar ini amat sesuai dijadikan latar belakang untuk bergambar. Taman ini kaya dengan bunga berwarna-warni dengan pelbagai corak dan bentuk. Sangat tenang dan damai. Wajarlah ia dikatakan sebagai salah satu tempat menarik di Surabaya.
Alamat: Jl. Raya Marina Asri, Keputih, Sukolilo
11. Muzium Surabaya
Imej via [IDN Times]Tempat menarik di Surabaya ini membolehkan anda mengetahui sejarah mengenai kota ini, lawatlah Muzium Surabaya! Hampir 1000 jenis barang bersejarah dipamerkan di sini seperti mesin kira, wayang kulit, kerusi dan meja dari tahun 1950 dan macam-macam lagi. Disamping berhibur, dapat kita menambahkan ilmu pengetahuan.
Alamat: Jl. Tunjungan, Genteng
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 9.00pm)
12. Trans Studio Mini
Imej via [duajurai]Jangan terkejut jika anda masuk ke sini dan merasakan seperti berada di New York. Taman ini dibina dengan konsep bandaraya New York. Pelbagai tarikan boleh anda lihat di tempat menarik di Surabaya ini seperti Jurassic Park, patung Liberty dan permainan-permainan menarik.
Alamat: Jl. Raya Kalirungkut No.25, Kali Rungkut, Rungkut, Surabaya, Jawa Timur
Waktu Operasi: 8.00am – 10.00pm
13. Wisata Citra Raya
Imej via [Travels Promo]Bandar Wisata Citra Raya ini dibina dengan kosep bandaraya Singapore. Kota yang bersih dan moden ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman tema, gym, pasar, padang golf dan sebagainya. Menjejakkan kaki buat pertama kali ke tempat menarik di Surabaya ini pasti membuatkan anda tidak mahu pulang.
Alamat: Jl. Citra Raya, Surabaya
14. Monumen Patung Gurbenur Soryo
Imej via [Lelungan]Monumen ini dibina bagi memperingati jasa Gurbenur Soryo yang terbunuh ketika pemberontakan PKI pada tahun 1948. Ia dikelilingi dengan taman yang indah serta air pancur yang sentiasa mengalir.
Imej via [Monumen Surabaya]Ditempat ini anda akan mengetahui makna dan sejarah nama Surabaya itu sendiri. Anda dapat melihat monumen dua ekor haiwan iaitu ikan jerung ataupun ‘sura’ dan buaya. Dua ekor haiwan inilah yang menjadi inspirasi nama Surabaya. Jom ke tempat menarik di Surabaya ini!
Alamat: Jl. Setail, Darmo
16. Kolam Renang Bukit Mas
Imej via [Wisata Tanahair]Kolam renang ini direka dengan elegan sekali mengikut konsep koloseum Itali. Ia sesuai untuk semua lapisan umur. Kolam renang di tempat menarik di Surabaya ini memunyai pelbagai jenis saiz mengikut kesesuaian umur pelawat. Taman air buat anak-anak juga disediakan.
Alamat: Komplek Perumahan Wisata Bukit Mas, Jalan Raya Menganti Lidah Wetan, Wiyung, Lakarsantri
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)
17. Taman Pelangi
Imej via [pikniktrus]Nak bersantai-santai di waktu malam? Inilah tempatnya. Tempat menarik di Surabaya yang ceria ini dihiasi dengan lampu berwarna-warni berbentuk daun yang pastinya memikat hati pengunjung. Suasananya sangat romantis buat pasangan yang ingin berbulan madu. Sesuai dengan namanya iaitu Taman Pelangi.
Alamat: Jl. Ahmad Yani No. 138, Gayungan
18. Ciputra Waterpark
Imej via [InfoSurabaya]Taman tema air yang terbesar di Indonesia ini mempunyai pelbagai tarikan yang tak seharusnya anda ketinggalan. Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di sini seperti Sirens river, Sinbad Playground, Roc Tower dan macam-macam lagi. Tempat menarik di Surabaya ini sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Alamat: Kawasan Waterpark Boulevard Citraland, Sambikerep, Made
Imej via [Tribunnews]Klenteng Snaggar Agung merupakan tokong cina yang terletak ditepi pantai. Banyak patung dengan pelbagai bentuk unik dengan sejarahnya tersendiri disini. Bergambar pun cantik juga.
Imej via [jawapos]Tempat menarik di Surabaya ini diwujudkan khasnya untuk pemuda dan pemudi untuk meluangkan masa dengan aktiviti menarik. Antara aktiviti yang menarik di Taman Remaja ini adalah kolam mandi, kiddy boat, boom boom car, roller coaster mini, flying fox, rumah hantu dan pelbagai lagi. Tetapi orang tua juga tak salah untuk cuba.
Alamat: Jl. Kusuma Bangsa No. 112 – 114, Tambaksari
Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (3.00pm -10.00pm)
21. Tugu Pahlawan
Imej via [welovesurabaya]Tugu Pahlawan adalah tempat menarik di Surabaya yang menjadi kebanggaan ramai penduduk Surabaya. Anda boleh masuk ke dalam monumen setinggi 41 meter ini dan melawat pameran di dalamnya. Pelbagai koleksi-koleksi patung, senjata dan model 3d pertarungan mengenai kisah-kisah pejuang dahulukala. Sekitar monumen juga sesuai untuk bersiar-siar.
Alamat: Jl. Pahlawan, Alun-alun Contong, Bubutan
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 3.00pm)
22. Coban Rondo Waterfall
Imej via [bromoexecutive]Air terjun di sini memang amat sejuk dan jernih. Air setinggi 60 meter ini terdapat lagendanya yang tersendiri. Anda boleh datang berkelah sambil bermandi manda bersama keluarga di tempat menarik di Surabaya ini. Pasti amat seronok sekali.
Alamat: Jl. Coban Rondo, Pandesari, Pujon, Malang, Jawa Timur 65391
23. Demata Trick Eye Muzium
Imej via [naturalrugs]Muzium Demata Trick Eye yang dikatakan tempat menarik di Surabaya ini memaparkan lebih 200 karya 3D, 4D, 5D, ilusi dan augmented reality yang pelik dan menakjubkan. Jika anda berkunjung ke sini tetapi tidak bergambar, memang rugi besar! Helah ruang muzium ini pasti menipu mata anda.
Alamat: Surabaya Town Square Lt. 1, Jl. Adityawarman No. 55
Imej via [Ayorek]Perpustakaan ini banyak memuatkan jurnal dan buku mengenai ekonomi. Perpustakaan yang pada asalnya rumah gabenor ini direka dengan bentuk klasik yang cantik. Jadi, jika anda bukan ulat buku sekalipun anda tetap boleh melawat. Pasti tidak akan bosan!
Alamat: Jl. Taman Mayangkara No. 6, Darmo
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 4.00pm) | Sabtu (8.00am – 5.00pm) | Ahad Tutup
25. Jambatan Bitu Kenjeran
Imej via [Mai Singgah]Pemandangan Jambatan Bitu Kenjeran ini pada waktu malam sungguh menakjubkan. Bayangkan ia dihiasi dengan lampu pelangi yang cantik, ditambah pula air pancut yang dipersembahkan dengan pelbagai gaya pancuran air. Menarik kan?
Alamat: 600 Old Beach Road DS, Kenjeran, Kabupaten, Bulak
Waktu Operasi: Pertunjukan Air Pancut Sabtu (8.00pm – 9.00pm)
26. Kebun Binatang Surabaya
Imej via [Pikniek]Nak tengok lebih dari 2000 jenis haiwan? Datanglah ke Kebun Binatang Surabaya. Hampir 315 spesis fauna yang berbeza ditempatkan di tempat menarik di Surabaya ini. Mcam-macam ada di sini termasuklah kedai makan, kedai cenderahati dan juga ruang pendidikan. Tak rugi anda datang bersama keluarga dan rakan-rakan.
Alamat: Jl. Setail No. 1, Darmo, Wonokromo
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)
27. Pantai Ria Kenjeran
Imej via [Wisata Pantai]Selain menikmati keindahan laut tempat menarik di Surabaya ini, terdapat juga pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, gazebo, kedai cendramata, kedai makan dan lain-lain lagi di Pantai Ria Kenjeran. Anda juga boleh menyewa perahu atau bot untuk bersiar-siar mengambil angin laut.
Alamat: Jl. Sukolilo No.100, Bulak
28. Kebun Bibit Wanarejo
Imej via [intaninchan]Kebun tenang ini kaya dengan floranya yang menghijau. Kebun Bibit Wanarejo terkenal sebagai tempat menarik di Surabaya. Anda boleh merehatkan fikiran ditasik buatan dan taman bunga yang disediakan. Aktiviti wall climbing dan alat untuk bersenam ada juga disediakan buat pengunjung.
Alamat: Jl. Raya Manyar No. 80A, Baratajaya, Gubeng
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am- 5.00pm)
29. Masjid Ampel
Imej via [Hidayatullah]Masjid ini dinamakan bersempena dengan nama seorang wali songo yang terkenal di Tanah Jawa iaitu Sunan Ampel. Masjid ini merupakan tempat menarik di Surabaya yang banyak menyimpan peninggalan lama termasuklah makam Sunan Ampel sendiri. Disekitar kawasan luar masjid anda boleh mencuba makanan arab yang dijual.
Alamat: Ampel, Semampir
30. Muzium MPU Tantular
Imej via [Detik Travel]Muzium yang dibina pada tahun 1993 ini mempamerkan pelbagai koleksi arkeologi, biologi, emas, dan macam-macam lagi. Banyak info dan ilmu menarik yang boleh anda perolehi di tempat menarik di Surabaya ini. Selain itu, terdapat juga perpustakaan dan ruang belajar di sini.
Alamat: Jl. Raya Buduran – Jembatan Layang, Prasung