Tips Percutian Bajet Rendah! 10 Tempat Menarik di Sungkai Yang Santai Dan Bajet Rendah
Cara untuk lebih jimat dalam bercuti adalah dengan memilih tempat percutian yang mempunyai kadar harga atau kos bajet yang rendah mengikut bajet anda. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk anda memilih percutian bajet rendah dan bukan hanya semata-mata melihat pada tempat atau destinasi percutian anda sahaja, sepatutnya banyak faktor yang perlu anda beri perhatian.

4 Tips Percutian Bajet Rendah!
- Bandingkan Harga Penginapan
Anda perlu membandingkan harga penginapan seperti chalet, hotel, rumah tumpangan dan lain-lain lagi. Kemudian, pilih tempat penginapan dan senaraikan dalam list anda tempat penginapan mengikut bajet anda.
- Buat Bajet Perbelanjaan
Anda harus catat dan membuat bajet perbelanjaan anda terlebih dahulu untuk melihat perbelanjaan yang bakal anda gunakan nanti. Perbelanjaan termasuklah dari segi kos tambang perjalanan, kos makan, penginapan, beli barang dan lain-lain lagi. Masukkan kos yang bakal anda keluarkan untuk penggunaan kecemasan juga ke dalam list anda.

- Pilih Kenderaan Awam Yang Kos Rendah
Ada orang bercuti dengan flight tetapi masih bajet tersekat-sekat. Lebih baik pilih bercuti di tempat yang boleh anda gunakan kereta sendiri ataupun kenderaan awam. Tidaklah ia memakan kos yang banyak bukan? Ataupun anda mungkin boleh memilih tempat yang tidak begitu jauh untuk anda bercuti, sekuran-kurangnya ia menggunakan bajet percutian yang rendah.
- Pilih Tempat Menarik Bajet Rendah Untuk Percutian
Sebenarnya masih ada tempat percutian menarik yang menawarkan bajet rendah untuk anda kunjungi. Malaysia bukanlah suatu negara yang menawarkan percutian kos besar untuk semua tempat. Masih ada lagi tempat menarik untuk bercuti dengan lebih santai dan bajet rendah.
10 Tempat Menarik di Sungkai Yang Santai Dan Bajet Rendah
Tak perlu pening memilih tempat percutian, hanya di satu daerah sahaja, sudah banyak tempat menarik yang boleh anda lawati di sini. Anda boleh bercuti di Sungkai, Perak yang mempunyai tempat menarik lebih santai dan hanya menggunakan bajet rendah sahaja. Jom lihat tempat menarik di Sungkai yang santai dan bajet rendah.
1. Sungkai Deer Farm
Sudah pasti ia memberikan ketenangan dan tidak memakan kos yang banyak untuk anda berjalan-jalan sekitar Sungkai Deer Farm ini. Sungkai Deer Farm sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak atau membuat rombongan sekolah.
Lokasi: 35600 Sungkai, Perak
Waktu Operasi: 8 AM – 4 PM
Hari Operasi: Isnin – Ahad
2. Sungai Klah Hot Spring Park
Anda boleh bermandi-manda di sini di beberapa buah kolam yang disediakan. Memang best dan santai. Selepas mandi, anda boleh ke Taman Terapi yang disediakan dan tempat makan. Anda sendiri juga berpeluang merebus telur menggunakan air hot spring sahaja dan menyediakan boiled egg atau telur nasi lemak untuk anda makan.
Lokasi: 35600 Sungkai, Perak
Waktu Operasi: 8 AM – 6 PM
Hari Operasi: Isnin – Ahad
3. Felda Residence Hot Springs
Pada pagi atau petang hari, anda boleh bermandi-manda dan bermain air di kolam mandi yang disediakan di sini. Ruang dan saiz kolam yang terdapat di Felda Residence Hot Spring ini memang besar dan selesa untuk anda sekeluarga dan kawan-kawan.
Lokasi: 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Negeri Perak
Waktu Operasi: 8 AM – 6 PM
4. Nasi Bamboo Sungai Klah
Masakan kampung juga terdapat di sini seperti sambal belacan, ulam-ulaman, gulai ikan masin. Selain itu, daging salai, ayam bakar, ikan bakar semuanya juga disediakan. Serious anda kena datang ke sini. Bak kata Paknil, macam-macam ada!
Lokasi: Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak
5. Masjid Jamek Felda Sungai Klah
Terdapat banyak aktiviti menarik anjuran Masjid Jamek Felda Sungai Klah ini seperti ceramah agama, aktiviti sempena Maulidur Rasul dan lain-lain juga. Alang-alang datang ke tempat menarik di Sungkai, jom singgah sebentar di Masjid Jamek Felda Sungai Klah.
Lokasi: Sungkai, Perak, 35600 Sungkai
Waktu Operasi: 10.30 AM – 6 PM
Hari Operasi: Setiap hari kecuali jumaat
5. Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL)
Berkunjung ke tempat menarik di Sungkai ini juga membolehkan anda menyaksikan sendiri bagaimana pelbagai jenis haiwan membiak dengan sistematik dan teratur di sini. Sebagai contoh, anda boleh lihat haiwan mamalia yang diternak dan membiak seperti rusa sambar dan seladang. Oh ya, terdapat beberapa jenis burung di sini iaitu burung jenis kuang cermin, kuang raya dan juga merak pongsu.
Lokasi: Bota Kanan, 32600 Bota, Perak
7. National Wildlife Rescue Centre (NWRC)
Ia ditubuhkan atas satu tujuan iaitu ingin menyelamatkan hidupan liar negara dan memelihara spesis harimau yang kian pupus. Mungkin suatu hari nanti jika anda ke sini, anda boleh melihat semua jenis haiwan yang kian pupus dipelihara di sini dengan baik. Tempat menarik di Sungkai ini juga akan didirikan kemudahan seperti pejabat, klinik, kuarters kakitangan, pembinaan bekalan air terawat dan lain-lain lagi.
Lokasi: National Wildlife Rescue Centre (nwrc), 35600 Sungkai, Perak
Waktu Operasi: 24 Jam
Hari Operasi: Setiap hari
8. Mus Tomyam
Masakan panas atau lauk-pauk yang lain juga boleh anda pesan di sini mengikut selera dan citarasa anda. Mus Tomyam dibuka pada 10.30 pagi sehingga 4.30 petang sahaja. Jadi, anda boleh menikmati makan tengahari lazat di sini setelah bermandi-manda atau bersiar-siar di tempat menarik di Sungkai.
Lokasi: 35600 Sungkai, Perak
Waktu Operasi: 10 AM – 4.30 PM
Hari Operasi: Setiap hari kecuali ahad
9. Pondok-Pondok Pool Villa
Sudah tentu ia amat tenang sekali dan merupakan tempat menarik untuk anda bersantai. Anda boleh melepak di kawasan pondok yang disediakan sekitar Pool Villa ini. Kemudahan dan peralatan untuk berbeku juga disediakan bagi anda yang ingin mengadakan berbeku beramai-ramai.
Lokasi: No 6, Kampong Klah Baru, 35600 Sungkai, Perak
10. GREAT ESCAPE into the FOREST
Banyak tempat menarik di Sungkai berdekatan Great Escape untuk anda lawati seperti sungai Klah, tempat makan menarik dan lain-lain lagi. Suasana di sini amat dingin pada malam hari, maklumlah terasa ketenangan dan kedamaian sumber tumbuh-tumbuhan berdekatan.
Lokasi: GREAT ESCAPE into the FOREST, 35600 Sungkai, Perak
Rujukan: