WOW! 13 Tempat Menarik di Palembang Untuk Itenari Percutian Anda
Tarikan pelancongan yang tersohor di pulau Sumatera tak lain dan tak bukan adalah Palembang. Di samping tarikan alam semulajadi yang dapat kita nikmati, Palembang juga menyediakan tempat keagamaan dan pemandangan sejarah. Anda boleh berkunjung di tempat menarik di Palembang dan mengimbas penjajahan Belanda, kedatangan orang Cina dan penyebaran Islam di Indonesia. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Palembang, masukkan tempat-tempat menarik di Palembang ini ke dalam itenari persinggahan anda.
-
Masjid Cheng Ho
-
Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin
Masjid ini adalah salah satu peninggalan Sultan Mahmud Badaruddin I, jadi tidak menghairankan jika masjid Sultan Mahmud Badaruddin ini dibuat sebagai salah satu masjid dan warisan kebudayaan nasional di Palembang. Bangunan yang bewarna putih dan tampak baru ini boleh anda kunjungi dan perlu dimasukkan ke dalam itenari persinggahan percutian anda.
-
Stadium Gelora Sriwijaya
Bagi rakyat Palembang Indonesia ini pula, Stadium Gelora Sriwijaya merupakan stadium kebanggaan mereka dan merupakan ‘stadium multi-function’ ataupun stadium serba guna ketiga terbesar di Indonesia. Stadium ini sering digunakan oleh pasukan bola sepak Sriwijaya FC sebagai markas pasukan mereka dan tempat pertandingan untuk bola sepak tidak kiralah pertandingan liga ataupun piala tahunan yang sering diadakan.
Banyak juga acara lain yang diadakan di sini kerana ruang duduknya sangat luas dan dapat menampung kira-kira 40,000 orang. Stadium Sriwijaya juga dilengkapi dengan kemudahan gimnastik, kolam renang, dan trek untuk perlumbaan basikal. Ia juga adalah tempat menarik di Palembang yang boleh anda singgah untuk melihat-lihat.
-
Monumen Perjuangan Rakyat Palembang
Tugu ataupun Monumen Palembang Perjuangan Rakyat ini adalah tempat menarik di Palembang yang menyajikan adalah monumen pelbagai cerita, imej, dan peralatan yang digunakan semasa Perang Lima Hari Lima Malam di Palembang suatu masa dahulu. Perang yang dikatakan itu melibatkan semua penduduk untuk melawan penjajah yang menjajah Indonesia yang pasti tak dapat dilupakan. Tugu ini berdiri teguh di pusat bandar yang tidak jauh dari Jambatan Ampera. Tempat menarik di Palembang ini amat sesuai untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang Palembang.
-
Kampung Kapitan
Nilai seni dan kebudayaan di kampung Kapitan terletak pada struktur bangunan rumah malah ia dipengaruhi oleh dua budaya. Dua pengaruh tersebut adalah budaya Cina dan budaya Palembang. Budaya Cina dapat dilihat dari dalam rumah dan beranda rumah manakala budaya Palembang pula dapat dilihat dari rumah yang menyerupai piramid dan ada tiang pada struktur rumah. Keunikan dan keseronokan di sini memerlukan anda menjadikan tempat menarik di Palembang ini sebagai salah satu tempat untuk itenari percutian anda.
-
Jambatan Ampera dan Sungai Musi
Bagaimanapun, Bung Karno tidak setuju dengan nama ini dan akhirnya jambatan ini dipanggil Jambatan Ampera iaitu mengikut fungsinya sebagai amanat penderitaan rakyat dan ia merupakan slogan Indonesia pada tahun 1960-an. Sungai Musi yang merupakan sungai terpanjang di Sumatera telah membahagikan Palembang menjadi dua bahagia. Di pinggir sungai, terdapat beberapa tempat menarik, seperti Restoran Terapung, Kampung Arab dan sebagainya.
-
Pasar Sekanak
Pasar Sekanak juga sering mengadakan persembahan seni dan kebudayaan yang kerap bagi tujuan pelancongan. Jadi jika anda melancong di Palembang, jangan lupa datang jadikan Pasar Sekanak sebagai senarai itenari persinggahan anda ya?
8. Bukit Siguntang
Tidak salah untuk anda datang ke tempat pertapaan Buddha ini untuk menenangkan minda, melawat dan bersiar-siar atau bergambar. Sehingga kini, ia masih dianggap tempat suci oleh penduduk setempat. Masih banyak pengunjung yang datang ke sana untuk melawat makam para bangsawan Palembang serta melihat patung-patung besar peninggalan tersebut.
9. Pulau Kemaro
Terdapat sebuah kuil yang sering dikunjungi oleh para Buddha untuk beribadat dan melawat sebuah makam puteri Palembang yang telah berkahwin dengan putera dari China. Mereka berdua dikatakan telah mati lemas. Di Pulau Kemaro terdapat pagoda sembilan tingkat yang baru dibina pada tahun 2006 dan juga sebuah pokok cinta. Penduduk di sini percaya bahawa jika anda dan pasangan anda mengukir nama anda diatas pokok tersebut, hubungan anda berdua akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.
10. Taman Kambang Iwak
Taman seluas 5 hektar ini semakin bertambah dengan pelbagai kemudahan iaitu taman permainan kanak-kanak, hotspot percuma, air minuman panas dan tempat berehat. Anda boleh beristirehat di tempat menarik di Palembang ini sambil menikmati keindahan taman ini. Memang sesuai untuk anda membawa anak-anak ke sini.
11. Gunung Dempo
Anda boleh bersiar-siar berdekatan Gunung Dempo iaitu di Kampung Ampat yang merupakan kampung bagi kebanyakan orang yang berasal dari Jawa. Ramai orang jawa yang berpindah dan menetap di kampung ini. Alang-alang berselfie di Gunung Dembo, jom singgah tengok-tengok kampung Ampat pula.
12. Air Terjun Lematang Indah
Keindahan panorama di Air Terjun Lematang Indah sangat menarik dengan laluan yang berliku-liku dan batu-batu yang tajam. Untuk mencapai bahagian bawah Air Terjun Lematang Indah, terdapat tangga yang boleh anda gunakan untuk naik dan turun malah dibawahnya terdapat beberapa tempat duduk untuk anda berehat. Jika terasa lapar, anda boleh ke gerai yang disediakan untuk mengalas perut yang lapar akibat terlalu lama mandi. Jangan lupa ke tempat menarik di Palembang ini, pasti best!
13. Benteng (Kubu) Kuto Besak
Terdapat juga pelbagai jenis makanan jalanan yang sangat sedap dan pasti lebih seronok sekiranya anda menikmati makan malam di atas kapal restoran terapung yang sangat indah dan unik ini. Anda boleh melihat beberapa barisan lampu taman dengan pantulan kuning dari permukaan sungai yang sangat mempersonakan dan seakan-akan romantik.

Bestkan tempat menarik di Palembang yang kami kongsikan? Apa kata anda jadikan tempat menarik di Palembang ini sebagai itenari persinggahan percutian anda sepanjang berada di Palembang. Selain Palembang, jemput baca tempat menarik di Switzerland dan tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia.