9 Tempat Bersejarah Di Kuala Lumpur Bakal Kejutkan Anda
Siapa di sini pernah pergi ke Kuala Lumpur? Jika kita bercakap mengenai Kuala Lumpur, pasti semua orang mengenalinya, malahan seantero dunia mengenali Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara bagi Malaysia. Ramai orang mengenali Kuala Lumpur tetapi tidak tahu sejarah Kuala Lumpur bukan?
Sejarah Kuala Lumpur | Kuala Lumpur Mula Dikenali
Untuk pengetahuan anda, nama Kuala Lumpur diambil bersempena dengan aktiviti perlombongan biji timah iaitu “Kuala Berlumpur”. Ini baru sejarah pembukaan dan asal nama Kuala Lumpur, anda nak tahu tempat-tempat bersejarah di Kuala Lumpur? Semuanya masih ada sehingga sekarang, rugi kalau anda belum pergi melawat!
Dataran Merdeka
Sejarah Dataran Merdeka dahulunya dikenali dengan nama Padang Kelab Selangor. Ianya terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Dataran Merdeka memang sangat popular kerana ia menjadi tempat perarakan rasmi sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun sejak dari dulu lagi. Selain itu, Dataran Merdeka juga adalah tempat yang menjadi saksi akan laungan keramat “Merdeka” sebanyak 7 kali yang di laungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, iaitu Perdana Menteri Pertama Malaysia atau nama Malaysia yang lebih dikenali dengan nama Tanah Melayu ketika itu.
Pasti anda tahu tarikh bersejarah yang menjadi kenangan di Dataran Merdeka ini. Apa kata anda abadikan kenangan di sini dengan bersiar-siar melawat kawasan pemandangan serta mengambil udara segar disini. Bolehlah anda melihat sejarah atau pameran yang terdapat disini. Anda boleh ke sini selama 24 jam kerana kawasannya terbuka dan tidak perlukan apa-apa bayaran.
Lokasi: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Muzium Seni Kraf Orang Asli
Orang Asli menghasilkan pelbagai barangan yang berkaitan dengan cara hidup, budaya, mitos dan kepercayaan mereka sekaligus anda boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai masyarakat umum Orang Asli. Kawasan Muzium Seni Kraf Orang Asli ini amat strategik dan mudah untuk anda parking kereta. Anda boleh melawat ke Muzium ini dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Lokasi: 51, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Muzium Diraja Negara
Anda boleh berkunjung ke sini dan menambah ilmu tentang kediaman diraja yang sangat mewah dan cantik serta mempunyai pelbagai lagi ruang dalam istana yang boleh anda masuk seperti balai rong, bilik beradu, bilik bersolek, bilik mandi dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin datang ke sini dari pagi, muzium ini dibuka pada jam 9 pagi.
Lokasi: Jalan Istana, Istana Negara, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Anda juga boleh melihat koleksi senjata, anugerah serta pingat sejak dari zaman dulu yang telah dipamerkan. Selain barang bersejarah, artifak peninggalan zaman berzaman turut diletakkan di Muzium Polis Diraja Malaysia. Sama seperti muzium-muzium lain, Muzium Polis Diraja Malaysia ini dibuka pada jam 10 pagi.
Lokasi: 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Muzium Negara
Muzium Negera ini turut menempatkan spesimen flora dan fauna sebagai tarikan selain dari barang-barang bersejarah dan khazanah negara. Ramai sejarawan dan orang awam yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Malaysia atau ingin melawat muzium sejarah, anda dialu-alukan datang ke tempat bersejarah di Kuala Lumpur ini. Ia dibuka seawal 9 pagi.
Lokasi: Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Muzium Kesenian Islam Malaysia
Untuk pengetahuan anda, tujuh ribu artifak dan bahan sejarah yang tidak terbilang jumlahnya juga telah ditempatkan disini. Jadi, tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai sebuah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Haa… kalau anda nak tengok Al-Quran bersaiz sekecil ibu jari anda, kat sini ada tau. Nanti datang tengok ya?
Anda juga boleh melawat ke Biliki Uthmaniyyah dan boleh melihat seni dalaman bilik ini bertarikh pada 1820 sehingga 1821 Masihi yang telah dibina semula. Selain itum Galeri Senjata dan Perisai juga boleh anda lawati bagi melihat koleksi senjata yang pernah digunakan pada zaman Islam dahulu kala.
Seandainya perut berasa lapar, anda boleh terus makan di Restoran makanan arab yang terkenal di muzium ini yang pernah dinobatkan oleh Jurnal Halal Mihas pada tahun 2005 sebagai Restoran Timur Tengah Terbaik.
Lokasi: Perdana, Jalan Lembah, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Muzium Telekomunikasi Negara (Muzium Telekom)
Ramai yang tidak tahu bahawa pada mulanya Muzium Telekomunikasi Negara ini berfungsi untuk menempatkan Ibusawat Telefon Manual jenis Central Battery namun semua teknologi berkaitan turut dipamerkan disini.
Jika anda seorang cikgu dan ingin membuat rombongan lawatan sambil belajar, saya syorkan anda untuk datang ke sini. Pasti Menarik! Ahli sejarawan, engineer atau mereka yang sukakan maklumat sejarah berkaitan teknologi, anda harus berkunjung ke tempat bersejarah Kuala Lumpur ini.
Lokasi: Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Rumah Penghulu Abu Seman
Untuk pengetahuan anda, rumah ini adalah kepunyaan Tuan Abu Seman bin Nayan iaitu penghulu Mukim Bagan Semak dan lokasi rumah ini sebenarnya adalah di Daerah Bandar Baharu, Kedah namun setelah beliau membeli dan memiliki rumah ini, beliau telah memindahkan rumah ini ke kampungnya. Sekiranya anda melawat atau membuat rombongan ke sini, harga masuk ke sini adalah mengikut seikhlas hati. Ia beroperasi dari jam 10 pagi.
Lokasi: 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan Tuanku Abdul Rahman atau singkatannya Jalan Tar terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan juga luar negara kerana merupakan sebuah jalan yang hidup pada siang dan malam di kota Kuala Lumpur.
Tempat bersejarah ini masih lagi mengekalkan aktiviti terdahulu iaitu lokasi ini menjadi daerah membeli-belah terawal dan hampur 100 tahun yang lepas sehinggalah sekarang. Anda boleh membeli-belah di Jalan Tar setiap hari sama ada di mall berdekatan seperti Sogo, Muaz, pemborong tudung, cadar, tekstil dan lain-lain lagi termasuklah pasar Jalan Tar.
Selain tempat bersejarah di Kuala Lumpur ini, banyak lagi tempat sejarah lain di Malaysia yang anda boleh lawati. Antaranya adalah Kota A. Famosa (Melaka), Batu Bersurat (Terengganu), Bangunan Sultan Ibrahim (Johor), Kota Belanda (Perak) dan banyak lagi.
Warisan bersejarah ini perlu dipelihara dan perlu dipelajari “sejarahnya” oleh generasi sekarang agar mereka mempunyai semangat patriotik serta mencintai tanah air. Jom baca artikel berkaitan Tempat Mandi-Manda di Melaka dan Tempat Menarik di Semenyih pula.