8 Tempat Menarik di Pantai Remis, Perak Dan 14 Aktiviti Percutian Boleh Anda Lakukan!
Pantai Remis adalah sebuah port pelancongan santai dan peranginan di negeri Perak. Ia terletak di kawasan Manjung dan berada di antara simpang Taiping dan Sitiawan. Bercuti di Pantai Remis, Perak penting untuk anda tetapkan tarikh yang elok, bukan apa, eloklah jika suasana ketika anda pergi amat cerah, panas dan tidak hujan.
Keindahan Pantai Remis Perak
Anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam pada waktu petang hampir senja. Ia amat indah dan mudah untuk anda bergambar. Pada pagi hari, anda akan melihat banyak nelayan dan orang kapal berada di sini untuk memulakan kerja dan rutin harian mereka. Mungkin jika suasana hujan sahaja, kawasan ini tidak sarat dengan orang.
Melepak di jeti sambil bermain air juga sesuatu yang menyeronokkan bagi anda yang sukakan air laut. Sepanjang berada di sini, jangan ketinggalan untuk melakukan semua aktiviti-aktiviti menarik yang pasti anda takkan lupa.
Aktiviti Pantai Remis Perak
1. Fotografi Atau Bergambar
Bergambarlah sepuas hati anda kerana banyak pemandangan dan struktur kawasan ini yang boleh anda terokai dan bergambar. Ramai yang datang ke sini untuk bersesi fotografi seperti outdoor pengantin, pertunangan, model fotografi, projek asignment dan lain-lain lagi.
2. Melihat Matahari Terbenam
Matahari terbenam memberikan panorama menarik apatah lagi tempat menarik di Pantai Remis ini berangin, dingin dan mengujakan. Duduk sahaja di atas jeti dan nikmatilah pemandangan terbaik di Pantai Remis ini.
Bukan selalu nak mandi di laut yang jernih, bersih dan cantik! Apa kata kal ini anda berendam, berenang dan mandi-manda di sini pula. Tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini amat bebas, anda boleh pakai pakaian yang sesuai dan mandi pada bila-bila masa sahaja di sini.
4. Snorkeling
Nak snorkeling? Tiada masalah. Pantai Remis yang cantik ini juga membolehkan anda menerokai dasar laut yang cukup indah. Anda dapat melihat pelbagai jenis ikan cantik, remis dan juga haiwan laut yang lain. Jangan lupa bawa pakaian yang sesuai untuk memudahkan anda snorkeling.
Ingin rasai suasana yang berbeza apabila bercuti di tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini? Anda boleh berkhemah di sekitar kawasan pantai. Pada malam hari, buatlah unggun api untuk lebih menarik dan memanaskan badan. Banyak port yang sesuai untuk bina khemah di Pantai Remis.
6. BBQ Dan Makan Malam
Pada malam hari, anda boleh melakukan aktiviti barbeque atau membakar di sini. Makanan seafood seperti ikan, kerang, ketam dan lain-lain lagi boleh anda jamah beramai-ramai. Pasti enak dan lazat sehingga bertambah-tambah.
Khas untuk kaki pancing, tak rugi anda berkunjung ke tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini. Anda boleh memancing ikan sepuas hati anda dengan ketenangan suasana air laut, pantai anda lebih fokus untuk memancing. Patutlah ramai juga geng pancing suka bertandang ke sini.
8. Jual Beli Ikan Segar
Sepanjang perjalanan di Pantai Remis dan jalan, anda boleh melihat orang menjual ikan segar daripada laut. Nak beli atau nak melihat-lihat ikan jualan pun tiada masalah.

Pantai Remis, Perak Destinasi Pelancongan Sesuai Untuk Keluarga
Usai berkunjung ke Pantai Remis, singgah pula ke tempat menarik di Pantai Remis ini! Terdapat beberapa tempat boleh anda singgah untuk beraktiviti dan bergambar.
Pusat Pengurusan Penyu, Pantai Remis, Perak
Untuk pengetahuan anda, Pusat Pengurusan Penyu ini dibuka sejak tahun 1990 lagi. Anda boleh melihat 2 jenis penyu yang sering mendarat pada setiap tahun dalam bulan-bulannya yang tertentu. Sebagai contoh, penyu agar dan penyu lipas.
Ramai masih tidak tahu dan ingin melihat jenis-jenis penyu ini. Tempat menarik di Pantai Remis Perak ini akan membolehkan anda mengenali jenis penyu dan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan penyu di sini.
Anda boleh melihat pameran berkaitan penyu dan kitaran hayat penyu-penyu di sini sebagai salah satu pengetahuan am untuk anda dan keluarga. Banyak maklumat boleh anda dapatkan di sini, seolah-olah ini seperti muzium penyu pula!
2. Bersiar-siar Dan Melawat Tapak Penetasan Penyu
Teringin nak tengok tapak penetasan penyu tetapi sukar untuk anda temui. Berkunjung ke tempat menarik di Pantai Remis ini adalah peluang keemasan untuk anda saksikan sendiri tempat penetasan penyu di sini.
Pusat pengurusan penyu ini juga menyediakan kolam penyu. Anda boleh lihat kolam penyu di sini. Anak-anak pasti seronok dan teruja apabila melihat rata-rata penyu berenang di dalam kolam.
4. Melihat Perlepasan Anak-anak Penyu
Tak sangka tempat menarik di Pantai Remis Perak ini juga mempunyai aktiviti perlepasan anak penyu ke laut. Anda boleh melihat aktiviti ini dengan jelasnya ketika berada di tempat menarik di Pantai Remis ini.
Air Terjun Teluk Akuan | Air Terjun di Pantai Remis, Perak
1. Berkhemah
Para nelayan tempatan sering berkunjung ke sini untuk mendapatkan air tawar sejak dulu lagi. Unik sangat, dalam lautan yang besar, terselitnya air terjun air tawar ini. Di sekitar tempat menarik di Pantai Remis ini juga membolehkan anda berkhemah.
2. Bersantai
Jom bersantai seketika di sekeliling batu air terjun ini. Mungkin lebih mudah untuk anda mendapat ilham atau idea ketika bersantai-santai di sini.
Reservour Sungai Batu Pantai Remis Enterance
Ia umpama hutan tetapi ia lebih kepada track laluan bukit. Pada waktu petang, ramai pengunjung ke sini untuk beriadah dan menghirup udara segar.
Masjid Al-Aliah | Masjid di Pantai Remis, Perak
Seni bina masjid ini amat unik dan berkonsepkan seni bina masyarakat melayu dimana terdapat ukiran di sudut bumbung dan lain-lain lagi. Ruang parking yang luas amat mudah untuk anda meletakkan kenderaan tanpa perlu risau akan keadaan kereta anda.
Restoran Razak Rasaria | Restoran di Pantai Remis, Perak

F1 Kanji Arab | Restoran di Pantai Remis Perak
Udang lipan pun boleh anda dapatkan di sini, seriously tempat menarik di Pantai Remis ini memang syurga makanan seafood yang sebenar. Jika anda tempah makanan berlauk, lauknya pun cukup banyak diberikan kepada anda. Sungguh berbaloi bukan?

Big Garden Homestay | Penginapan Di Pantai Remis Perak
Sekitar tempat menarik di Pantai Remis yang merupakan tempat penginapan ini, terdapat gelanggang yang boleh anda gunakan untuk bermain bola ataupun badminton. Rumah ini membolehkan anda menginap lebih dari 7 orang tiada masalah.