15 Tempat Menarik Di Kuching Untuk Dilawati Anda Sekeluarga
Mencari tempat menarik di Kuching? Kena baca artikel ini sampai habis.
Kuching adalah Ibu Negeri Sarawak. Sebagai sebuah ibu negeri, sudah pastilah Kuching mempunyai banyak tempat menarik untuk tumpuan pelancong. Walaupun dalam kemodenan Bandar Kuching, tetapi masih banyak kawasan hijau yang dipelihara di sini.
Pasti percutian anda di Kuching, Sarawak membuatkan anda lebih menyayangi dan menghargai alam semulajadi yang kian terhakis dek pembangunan. Jom kita lihat 15 tempat menarik yang boleh anda lawati di Kuching, Sarawak.
1) Tugu Kuching
Seperti mana tugu burung helang tersergam gagah di Pulau Langkawi, begitu jugalah keadaannya di Kuching. Seperti mana namanya iaitu Kuching, maka terdapat tugu haiwan comel kucing sebagai mercu tanda di bandar Kuching.
Tugu ini berada di dalam roundabout di Bandar Kuching. Ia dijaga dengan rapi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara. Oleh sebab itu, tugu ini sering kelihatan kemas dan cantic, malah warna tugu ini juga tidak pudar. Jadi, anda tak perlu risau nak bergambar di tugu ini kerana hasilnya nanti pasti cantik.
Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching
2) Kuching Waterfront
Kuching Waterfront antara kawasan yang meriah untuk anda lawati di Kuching. Kuching merupakan tempat mula-mula Raja James Brooke mendarat di Sarawak. Dermaga ini didirikan sepanjang 1km di pinggir Sungai Sarawak. Segala-galanya yang anda perlukan dan anda mahu boleh ditemui di sini.
Perkara pertama yang anda dapat lihat di sepanjang pantai adalah patung-patung kucing. Sepanjang pantai, terdapat beberapa fakta menarik yang berkaitan dengan bandar Kuching. Terdapat juga beberapa tarikan di sekitar termasuk monumen untuk menghormati Charles Brooke dan kuil Cina tertua di Kuching, Kuil Tua Pek Kong.
Nak lebih best? Anda boleh dapatkan perkhidmatan Sarawak River Cruise untuk melihat panorama sekitar Sungai Sarawak. Antara pemandangan yang boleh dilihat dari atas bot adalah Brooke’s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang tersergam indah seperti istana selain menikmati pemandangan di pinggir sungai serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon.
Anda juga boleh dapatkan cenderahati dan buah tangan di kedai-kedai berdekatan Kuching Waterfront. Pada malam hari pula, terdapat pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di sini.
Lokasi: Main Bazaar, 93000 Kuching
3) Taman Negara Bako
Taman Negara Bako adalah taman negara yang terkecil di Asia Tenggara. Kecil bukan sebarang kecil, tetapi kecil-kecil cili padi. Ini kerana walaupun kecil, sebenarnya ia adalah taman negara yang tertua yang terdapat di Sarawak. Disebabkan usianya ini, hampir semua spesies tumbuhan di sekitar Borneo terdapat di dalamnya.
Bukan sahaja kaya dengan tarikan flora, ia juga menjadi habitat bagi banyak lagi hidupan liar yang lain seperti 150 spesies burung, monyet Belanda (proboscis) dan banyak lagi.
Cukup lengkap! Segala tarikan alam semula jadi seperti bukit-bukau, air terjun, paya bakau dan pantai ada di sini. Jika anda ke sini, pastikan pakaian anda bersesuaian dengan aktiviti di sini. Kerana anda mungkin perlu jungle trekking dan memanjat bukit.
Lokasi: Taman Negara Bako, Kuching
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00pagi – 5.00petang) | Sabtu & Ahad Tutup
Bayaran: Tambang Bot RM30 | Tiket Masuk RM10
4) Taman Negara Kubah
Taman Negara Kubah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Untuk meneroka ta,man negara ini, terdapat 5 buah laluan yang tersedia di sini iaitu Laluan Palmetum, Laluan Air Terjun, Laluan Rayu, Laluan Selang dan Laluan Belian untuk anda meneroka taman negara ini.
Apa yang membuat Taman Negara Kubah lebih istimewa ialah kerana ia kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan palma. Terdapat 86 spesis tumbuhan palma di Kubah di mana 16 daripadanya merupakan tumbuhan palma endemik Borneo.
Tumbuhan-tumbuhan palma di Kubah juga telah dikenalpasti penting dari sudut sejarah dan ekologi tempatan. Ahli botani Itali yng tersohor Edoardo Beccari (1843-1920), telah tinggal di Sarawak dari tahun 1865 hingga 1868 adalah ahli botani pertama yang merekodkan kebanyakan tumbuhan-tumbuhan palma yang terdapat di Kubah. Penemuan dn pengalaman beliau dapat dibaca dalam buku karangan beliau iaitu Wandering in the Great Forests of Borneo.
Malah terdapat 2 buah filem Hollywood yang menjadikan Taman Negara Kubah sebagai set penggambaran merekaiaitu The Sleeping Dictionary lakonan Jessica Alba dan Farewell to the King lakonan Nick Norte.
Lokasi: Jalan Lundu-Sampadi, Kuching
Waktu Operasi: 8.00pagi – 5.00petang
Harga Tiket: RM10
5) Taman Negara Gunung Gading
Taman negara Gunung Gading merupakan tempat pemuliharaan bunga terbesar di dunia iaitu bunga pakma atau lebih dikenali sebagai bunga Rafflesia. Pada mulanya, projek ini dilaksanakan secara tertutup oleh Jabatan Taman Negara, namun kemudiannya ia dibuka supaya orang ramai dapat melihat khazanah alam ini dengan lebih dekat. Pihak berkuasa masih memantau aktiviti ini untuk memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku sewaktu lawatan orang ramai.
Namun begitu, bukan setiap masa anda berpeluang untuk melihat bunga terbesar ini hidup kembang mekar. Ini kerana, bunga ini mengambil masa dalam 8 ke 9 bulan untuk mencapai kematangan dan hanya berbunga penuh selama 4 ke 5 hari sahaja sebelum ia mati.
Jadi anda perlulah bertanya dengan pihak taman negara ini terlebih dahulu tentang waktu yang terbaik untuk melawat bagi mengelakkan kekecewaan sekiranya waktu lawatan anda itu bukan sewaktu tempoh bunga ini kembang.
Lokasi: Taman Negara Gunung Gading, 94500 Lundu
Waktu Operasi: 8.00pagi – 5.00petang
Harga Tiket: RM20
6) Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Jika di Sabah, anda boleh melihat orang utan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Tetapi di Kuching, anda boleh menjumpai haiwan yang semakin kepupusan ini di Hutan Simpan Semenggoh.
Hutan Simpan Semenggoh merupakan tempat di mana orang-orang utan dididik oleh renjer-renjer hutan supaya pandai berdikari apabila dilepaskan di dalam hutan nanti.
Pusat hidupan liar di Hutan Simpan Semenggoh ini dibina pada tahun 1920. Ia bukan sahaja menjadi tempat rawatan untuk orang utan, tapi juga kepada lebih daripada 1,000 ekor haiwan liar yang lain. Waktu yang paling menarik untuk ke sini adalah sewaktu orang-orang utan diberi makan iaitu pada sekitar pukul 9.00pagi ke 10.00pagi dan 3.00petang ke 3.30petang.
Lokasi: Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00pagi – 4.45petang) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum Tutup
Harga Tiket: Dewasa RM10
7) Muzium Sarawak
MuziumSarawak merupakan muzium tertua di Borneo. Ia adalah sebuah bangunan berkonsepkan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891.
Antara koleksi yang dipamerkan di sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13. Di muzium ini juga anda dapat melihat serta mempelajari tentang budaya dan cara hidup rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbgai etnik dan suku kaum.
Lokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30pagi – 4.30petang)
Harga Tiket: Percuma
8) Sarawak Islamic Museum
Muzium Islam Sarawak merupakan sebuah tempat menarik di Kuching yang memaparkan kekayaan khazanah sejarah dan budaya masyarakat Islam di Nusantara. Muzium ini turut menyampaikan info tentang hudungan dan perkembangan Islam di rantau ini dengan kawasan lain di dunia.
Terdapat 7 seksyen pameran di sini antaranya adalah tentang sejarah Islam di Sarawak, senibina Islam, perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam, kostum muzik, senjata dan banyak lagi.
Lokasi: Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.45petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi – 4.00petang)
9) Muzium Kucing
Oleh kerana haiwan kucing ini sangat simbolik dengan Kuching, Sarawak, maka tidak hairanlah jika tertubuhnya sebuah muzium kucing di sini. Tahukah anda? Muzium ini adalah muzium kucing pertama yang terdapat di dunia.
Muzium yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol ini berkeluasan lebih daripada 1000 meter persegi. Muzium ini memiliki 4 buah galeri yang didalamnya terdapat lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi.
Anda pencinta kucing? Apa lagi jom terjah muzium ini.
Lokasi: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00pagi – 5.00petang)
10) Masjid Bandaraya Kuching (Masjid Negeri Lama)
Masjid Bandaraya Kuching ataupun masjid lama negeri ini merupakan masjid yang pertama di Bandar Kuching yang dibina oleh Datu Patinggi pada tahun 1847. Beliau merupakan seorang pemimpin yang dihormati di Sarawak pada ketika itu.
Pada asalnya, masjid ini dibina menggunakan kayu dimana atapnya terdiri daripada kayu bulian dan dindingnya pula daripada papan. Bangunan lama ini kemudiannya diperbaharui pada tahun 1968 menjadi struktur yang lebih kukuh yang lengkap dengan kubah yang bewarna keemasan. Masjid ini mampu menampung sehingga 4000 orang jemaah pada satu-satu masa.
Lokasi: 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching
11) Taman Sahabat
Taman Sahabat Kuching Sarawak adalah sebuah taman rekreasi yang dibina pada tahun 2005 hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China sempena memperingati hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang telah pun mencapai ulang tahun ke-30.
Taman ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman Malaysia dan taman China. Di dalam kawasan Malaysia, anda sekeluarga dapat melihat Sarawak Fountain yang mana berdirinya sebuah monumen yang menjadi simbol kepada kepelbagaian etnik di Sarawak. Di hadapannya pula terdapat Malaysia Murals yang memaparkan 14 buah dinding yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.
Manakala di dalam taman China pula, terdapat jambatan zig-zag, perigi permintaan (wishing well), pondok rehat berinspirasikan Kunming dan Beijing, sebuah tugu yang berketinggian 20 kaki Laksamana Cheng Ho dan banyak lagi.
Jika anda mencari tempat yang sesuai untuk bersantai-santai bersama keluarga, bolehlah singgah ke Taman Sahabat Kuching Sarawak ini.
Lokasi: Tabuan Heights, 93350 Kuching
Harga Tiket: Percuma
12) Kuching Wetland National Park
Kuching Wetlands National Park merupakan sebuah taman negarahutan paya air masin yang berkeluasan 6610 hektar. Untuk meneroka keseluruhan taman negara ini anda boleh menyewa bot yang tersedia di sini. Anda berpeluang untuk melihat pemandangan kawasan perkampungan Melayu serta banyak hidupan fauna lain dengan mata sendiri di sini. Pasti teruja.
Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching
Waktu Operasi: 9.00pagi – 8.00malam
13) Taman Buaya Jong
Sarawak sinonim dengan haiwan yang bernama buaya ini. Sehinggakan ada kisah berkenaan buaya yang digelar Bujang Senang. Maka, tidak hairanlah pihak kerajaan negeri menubuhkan sebuah taman buaya di Kuching, Sarawak. Taman Buaya Jong merupakan taman buaya terbesar di Malaysia. Taman buaya ini menempatkan lebih daripada seribu ekor buaya.
Anda juga boleh melihat aksi buaya-buaya ini menyambar bangkai ayam yang digantungkan pada tali rentang pada waktu makan mereka iaitu setiap pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawat Muzium Buaya yang turut menempatkan tulang buaya bernama Bujang Senang yang merupakan antara buaya paling kejam di Sarawak.
Di sini bukan setakat ada buaya sahaja, haiwan lain seperti biawak monitor, monyet, musang, beruang madu, burung merak dan lain-lain pun ada.
Lokasi: Siburan, 29Km Kuching-Serian Road, 93250 Kuching
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM24 | Kanak-kanak RM12
14) Taman Orkid Kuching
Bunga orkid cantik dan asli ada di Taman Negara Kubah. Tapi, jika anda tak mampu nak berjungle trekking untuk melihat bunga orkid yang cantik itu, cukuplah sekadar anda ke Taman Orkid Kuching. Ini kerana, di Taman Orkid Kuching ini terdapat lebih daripada 80,000 orkid.
Namun begitu, untuk sampai ke taman orkid ini, perjalanannya sedikit mencabar. Tetapi tidaklah semencabar jungle trekking di Taman Negara Kubah. Untuk sampai ke taman orkid ini, anda perlu menyeberangi Sungai Sarawak menuju ke Jeti Pangkalan Sapi. Dari jeti ini, anda perlu berjalan kaki hanya 5 minit untuk sampai ke pintu masuk Taman Orkid.
Untuk makluman anda, orkid adalah sejenis tumbuhan yang berbunga mengikut musim. Maka kajilah terlebih dahulu musim-musimnya sebelum ke sini. Selain itu, taman ini juga kurang tempat berteduh. Jadi, untuk elakkan anda berdiri di tengah panas terik mentari, eloklah kiranya anda boleh datang ke sini pada awal pagi.
Lokasi: Taman Orchid, 96000 Kuching
Waktu Operasi: Isnin Tutup | Selasa – Ahad (9.30pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Percuma
15) Kampung Kebudayaan Sarawak
Seperti mana negeri Sabah, Sarawak juga terdiri daripada penduduk yang pelbagai etnik dan kaum. Di Kampung Kebudayaan Sarawak ini anda dapat melihat secara realistik rumah-rumah unik etnik-etnik dan masyarakat yang terdapat di Sarawak seperti rumah tinggi Melanau, rumah menyuarat kaum Bidayuh, tempat simpan senjata dan banyak lagi.
Kalau bernasib baik, anda juga dapat melihat perlangsungan perkahwinan sebenar orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan masyarakat Melayu sendiri. Di dalam rumah-rumah ini juga terdapat kakitangan yang menunjukkan aktiviti seharian mereka sebagai etnik tertentu, lengkap dengan pakaian tradisional.
Perkampunagn ini terletak di dalam kawasan berkeluasan 17 ekar di kaki Gunung Santubong. Datanglah ke sini untuk melihat dan mempelajari tentang budaya dan cara hidup kepelbagaian etnik yang ada di Sarawak.
Lokasi: Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30pagi – 4.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM50 | Kanak-kanak RM25
Kesimpulan
Itulah dia 15 tempat menarik di Kuching yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. JIka pernah pergi, janagn lupa kongsikan pengalaman bercuti di Kuching anda di bawah ya. Selamat bercuti ke Kuching. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Mukah dan Tempat Menarik Di Sabah.
*Oh ya, jika anda ingin mencari kereta sewa di Kuching, option ini mungkin menarik untuk dipertimbangkan. Ikram Transports mempunyai 170 buah kereta untuk dipilih. Harga pun tengok ok dan stok kereta pun banyak.
Jika tidak yakin untuk tour secara sendiri, boleh ambil tour juga dengan mereka untuk round-round Kuching. Nak maklumat lanjut boleh terus ke website mereka https://ikramtransports.com/ atau call sahaja terus di 012-9813904.