15 Tempat Makan Best di Sungai Petani Sedap Giler Wajib Anda Cuba
Sungai Petani merupakan salah satu tempat yang boleh dikatakan sering dikunjungi oleh para pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana memiliki pelbagai tarikan yang menarik.
1. Jade Garden Seafood Restaurant
Antara makanan utama yang disajikan di sini bertemakan makanan Asia, Malaysia, masakan cina serta makanan laut yang pasti amat menyelerakan. Menu yang sering menjadi pilihan para pelanggan adalah Lobster, Ketam dan banyak lagi. Kebanyakan pelanggan memberi rating 4 bintang kepada restoran ini kerana servis layanannya amat memuaskan.
Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari. Jadi, bagi anda yang datang ke Sungai Petani tu, mai la singgah ke Jade Garden Seafood Restaurant ni.
2. Restoran Mae Salong
Lokasinya yang terletak berhampiran Hotel Park Avenue yang mudah ditemui. Restoran Mae Salong ini menyediakan menu masakan Thai yang pastinya amat menyelerakan. Cakap sahaja inginkan Tom Yam, Paprik, Som Tum, pasti ada di sini. Harganya pula amat berpatutan. Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam.
3. EUPE Foodcourt
Menu yang terdapat di restoran ini adalah kebanyakannya merupakan masakan Asia, Cina serta Malaysia. Antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjung di restoran ini adalah itik panggang, mee kari ikan, mee kari ayam serta banyak lagi.
Rata-rata pengunjung yang hadir memberikan rating yang positif dan harganya pula tidaklah terlalu mahal. Khidmat servis layanan pelanggan pula amat mesra dan boleh dikatakan terbaik di tempat ini. Jika anda melalui kawasan Jalan Kuda Kepang, Sungai Petani ini jangan lupa datang untuk menjamu selera di sini tau.
4. Chennai Curry House
Ia bakal membuatkan penggemar masakan ini takkan lepaskan peluang untuk mencubanya. Antara hidangan masakan yang boleh didapati di sini adalah thosai, nan, ayam tandoori, biryani, kambing varuval dan lain-lain lagi.
Pelanggan boleh melihat ruangan dapur restoran ini kerana dinding restoran ini diperbuat daripada kaca. Pelayan pula sememangnya mesra pelanggan walaupun ada di antara mereka tidak fasih bertutur dalam bahasa malaysia dengan baik. Waktu urus niaga beroperasi adalah dari hari Ahad sehingga hari Jumaat pada jam 7.30 pagi sehingga jam 9.45 malam.
5. Big Mouth Republic Restaurant
Untuk pengetahuan anda, satu hidangan memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang untuk menghabiskannya, namun jika anda jenis ‘big mouth’ pasti hidangan ini tidak menjadi masalah buat anda. Pasti anda sudah tahu kenapa restoran ini dinamakan Big Mouth Republic kan? Ia kerana hidangan di sini amat banyak dan harganya pula berpatutan.
Antara menu yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop, fish chip, meat ball dan banyak lagi masakan barat yang lain. Boleh dikatakan servis khidmat pelanggan juga sememangnya terbaik.
6. Pallet Cafe
Bagi anda yang bercadang nak membuat majlis reunion dan perjumpaan keluarga, saya cadangkan anda memilih restoran ini. Restoran ini dipenuhi pelanggan pada waktu malam, jadi anda kena pilih masa yang sesuai bagi mengelakkan tidak dapat tempat untuk menjamu selera disini. Waktu beroperasi adalah dari jam 12 tengah hari sehingga jam 11 malam.
7. Yoshiya Japanese Restaurant
Antara hidangan lain yang terdapat di sini adalah Salmon Teppanyaki, Teriyaki Salmon, Bubur Salmon, Sayur Goreng dan sebagainya. Harga hidangan di sini amat berpatutan dan hidangannya pula cepat habis. Anda harus datang awal jika ingin merasai hidangan yang anda gemari di sini. Waktu mereka beroperasi adalah dari jam 11 malam sehingga jam 11 pagi.
8. Nasi Lemak Cinta Sayang
Bagi penduduk setempat pula, bila sebut sahaja mengenai Nasi Lemak Cinta Sayang, mereka akan bercakap mengenai kesedapan Nasi Lemaknya yang sungguh menyelerakan. Di sini terdapat pelbagai pilihan lauk seperti ayam goreng, kari daging dan sebagainya.
Terdapat juga hidangan lain buat anda selain dari nasi lemak. Antaranya adalah Bihun Goreng, Mee Goreng dan pelbagai menu lain lagi. Layanan yang diberikan tidak mengecewakan serta kualiti penjagaan kebersihan amat bagus. Jadi, jika anda datang ke Jalan Lagenda, jangan lupa singgah ke Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ini.
9. Hussain Nasi Kandar
Tempat makan best di Sungai Petani ini sama juga dengan restoran nasi Kandar yang lain kerana ia turut menyediakan pelbagai hidangan yang sedap-sedap. Antara hidangan yang disediakan adalah pelbagai jenis kari, sambal sotong, sambal telur, nasi biryani, ikan keli, puyuh goreng, daging masak kurma dan sebagainya.
Restoran ini dibuka setiap hari pada jam 6 pagi sehingga jam 11 malam. Amat sesuai untuk anda bersarapan pagi serta makan malam bersama keluarga tersayang di sini. Layanan yang diberikan boleh dikatakan bagus dan amat rugi jika anda tidak mencuba nasi kandar mereka jika datang ke Sungai Petani ini.
10. Kedai Makan Pokok Ceri
Antara menu utama di sini ialah Roti Jala, Lempeng, Nasi Lemak, Ikan Keli Goreng dan banyak lagi hidangan lain yang menarik untuk dicuba.
11. Medan Selera Jam Besar
Terdapat pelbagai jenis masakan panas, masakan cina, masakan arab dan pelbagai lagi jenis hidangan yang boleh didapati di sini. Untuk makan di sini, anda kena datang sedikit awal kerana pengunjung disini begitu ramai setiap hari dan ianya dibuka setiap hari pada jam 6 petang sehingga jam 12 tengah malam.
12. Restoran Le Boss
Menu yang disediakan di sini adalah masakan barat dan masakan Malaysia. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam. Tetapi pada hari Jumaat, restoran ini dibuka pada jam 3 petang.
13. Naim Gulai Sembilang
Selain itu, terdapat juga masakan tempatan lain di sini. Antaranya ialah ulam-ulaman, udang goreng tepung, sotong goreng tepung dan sebagainya. Jika anda datang hari minggu, terdapat juga dessert tradisional iaitu bubur kacang hijau yang sedap.
14. Nasi Kandar Subaidah
Menunya pun sama saja dengan restoran Hussain Nasi Kandar tetapi jumlah pelanggannya tidaklah sehebat di restoran Hussain Nasi Kandar. Servis pelanggan di sini amat mesra dan terbaik. Amat rugilah jika anda tidak mencubanya.
15. Arnold Cycling Cafe
Suasana cafe ini sememangnya sangat cantik dan terdapat tempat ruangan dimana anda boleh mengadakan meeting bersama kawan-kawan dan kawan sekerja. Jadi, jika anda mempunyai meeting di Central Square, jangan lupa untuk memilih Arnold Cycling Cafe sebagai tempat utama anda. Rating yang diberikan oleh para pengunjung pula adalah 5 bintang.
Rujukan