10 Tempat Menarik Untuk Hari Keluarga Penuh Aktiviti Dan Keseronokan Bersama
Tahukah anda apa itu keluarga? Keluarga adalah dua atau lebih individu yang tergabung oleh perkahwinan, pertalian darah ataupun lingkungan beberapa orang dalam satu kelompok yang bersatu. Menurut bahasa Sanskrit berbunyi ‘Kulawarga’ pula bererti kerabat, anggota ataupun kelompok manakala menurut Salvicion dan Ara Celis pula, keluarga adalah individu yang saling mempertahankan kebudayaannya serta berinteraksi antara satu sama lain dan tinggal di bawah satu bumbung rumah.
Setiap daripada kita pasti mengimpikan ‘happy family’ dan mahu hidup bahagia selama-lamanya dengan keluarga kita. Namun, ramai yang tidak tahu apa itu erti keluarga bahagia. Dalam Al-Quran ada mengatakan contoh yang terbaik bagi ciri-ciri keluarga bahagia adalah dengan mengikut teladan Rasulullah S.A.W yang pernah berfirman melalui Surah Al-Ahzaab, bermaksud :“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (ketika diwaktu susah dan senang)”. Surah Al-Ahzaab, Ayat 74.
Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara anda semua, apa kata anda melakukan aktiviti seperti hari keluarga, pasti ikatan anda dan keluarga akan lebih erat lagi. Sekiranya anda buntu bagaimana menganjurkan hari keluarga atau mencari tempat menarik untuk aktiviti hari keluarga, apa kata anda ikut cadangan kami ke tempat menarik untuk hari keluarga yang akan kami kongsikan. Maklumlah bukan senang nak berkumpul semua sekali. Jadi, pilihan tempat menarik untuk hari keluarga yang kami syorkan ini pasti amat sesuai untuk anda dan keluarga.
-
Tadom Hill Resort
Tempat menarik untuk hari keluarga ini terletak di Kampung Labohan Dagang di Banting, Selangor. Tadom Hill Resort menyediakan aktiviti yang amat menarik bagi anda yang cintakan suasana kehijauan alam semulajadi nan indah serta dikelilingi bukit batu kapur dan tasik. Ia amat sesuai untuk semua golongan umur tak kira lah muda atau tua. Di sini, anda boleh menginap di tempat penginapan yang pelbagai.
Kalau nak buat ‘camp fire’ tepi tasik ala-ala ‘Bear Grills’, ‘Jakub Vagner’ ataupun macam rancangan ‘Dual Survivor’ seperti di Discovery Channel pun boleh juga. Pasti menarik kan? Jika anda dan keluarga ingin mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda yang selalu mandi di sungai dan sebagainya, anda bolehlah beriadah di Tadom Groove.
2. Bukit Merah Laketown Resort
Orang Perak pasti mengenali lebih lanjut dengan tempat ini kan? Bukit Merah Laketown Resort adalah tempat yang memang sesuai untuk mereka yang sememangnya menginginkan aktiviti hari keluarga. Tidak kiralah tua atau muda, pasti anda akan merasa seronok apabila datang ke sini. Aktiviti yang disediakan di sini adalah paddle boat atau canoe, memancing, aktiviti berkayak, bola pantai, berbasikal dan sebagainya. Pilihlah mana-mana aktiviti yang anda ingin lakukan bersama keluarga tersayang, pasti ianya akan meriah!
-
Umang-Umang Resort, Kuala Linggi
4. Sunway Lagoon
‘Sunway Lagoon’ adalah satu perkataan yang pasti membuatkan kita terbayangkan gelongsor air, kolam kanak-kanak serta banyak lagi yang bermain air kan? Untuk pengetahuan anda, Sunway Lagoon merupakan salah satu tempat menarik untuk hari keluarga. Taman tema ini telah dibuka pada tahun 1993 dan terdiri daripada beberapa bahagian taman tema iaitu taman air, taman haiwan, taman ria. Kalau anda mahukan pengalaman lasak, ada disediakan taman aksi lasak tetapi jika anda inginkan suasana pengalaman yang seram, taman seram juga turut disediakan.Di kawasan Sunway Lagoon ini terdapat pusat membeli-belah yang sangat menarik iaitu Sunway Pyramid. Sekiranya anda ingin menginap disini, ada boleh menginap di Sunway Hotel. Untuk masuk ke sini, anda boleh melalui laluan dari Sunway Hotel ataupun Sunway Pyramid. Pilih sahaja laluan mana yang anda inginkan. Anda dikehendaki membayar yuran terlebih dahulu untuk masuk ke sini dan diberikan gelang tangan baru untuk dipakai sebelum masuk.
-
Agrofarmstay
Resort ini amat sesuai bagi anda yang berkeluarga besar dan menginginkan suasana yang meriah. Tempat menarik untuk hari keluarga ini bertempat di Melaka dan resort ini boleh memuatkan ramai orang kerana mempunyai banyak tempat penginapan atau bilik. Antaranya adalah River View 10 bedded, Garden View 8 bedded, D’lodge 6 bedded serta Villa 14 bedded.
Di River View, anda dapat melihat suasana sungai yang tenang dan damai manakala di Garden View pula terdapat beberapa buah taman herba yang amat menarik. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang yang luas, tempat bbq, ruang berkaraoke yang gempak serta pondok ternakan haiwan. Harga yang ditawarkan adalah RM200 sehingga RM950 untuk satu malam bergantung atas pakej penginapan pilihan anda.
6. Ivy Chalet
Jika anda sukakan suasana sejuk semasa menjalankan event hari keluarga, anda boleh datang ke Ivy Chalet di Cameron Highlands. Ivy Chalet sesuai untuk anda berkumpul beramai-ramai dan melakukan hari keluarga. Jangan terkejut jika anda sendiri dan anak-anak seronok disini sehingga berat hati untuk pulang. Untuk pengetahuan anda, di sini disediakan taman permainan mini, mini garden dan banyak lagi. Tambahan pula, anda boleh melepaskan tekanan dengan melihat keindahan alam sekitar sini.
7. Taman Tema Escape
Tahukah anda, di Penang juga terdapat salah satu taman tema yang pasti sesuai untuk anda menganjurkan event hari keluarga iaitu di Taman Tema Escape, Penang. Taman ini sememangnya menghidangkan pelbagai aktiviti yang menarik buat anda dan keluarga. Anda boleh melakukan aktivit sukan air, melihat pemandangan, bermandi-manda, bersantai dan lain-lain lagi. Peminat aktiviti lasak juga boleh mencuba pelbagai aktivtii air lasak sepuas-puasnya. Jangan risau, tahap keselamatan disini adalah sangat ketat. Apa tunggu lagi, jadikanlah Taman Tema Escape ini sebagai tempat menarik untuk hari keluarga anda.
-
Legoland Malaysia
Disini anda boleh menghabiskan masa satu hari suntuk untuk menerokai seluruh aktiviti di taman tema di mana keluasan taman tema ini adalah 310000 meter per segi. Fuh, amat luas kan? Water Park dan Theme Park yang terdapat di Legoland ini pasti menarik untuk dibuat event hari keluarga.
-
Waterworld / I – City Shah Alam
Bagi anda yang tidak tahu apa itu ‘Majlis Puja Umur’, majlis ini sebenarnya adalah untuk menyambut ataupun meraikan hari jadi Sultan Kelantan pada satu ketika dahulu, jadi rakyat-rakyat kelantan menghiasi pintu-pintu gerbang di setiap kawasannya dengan lampu-lampu yang indah untuk meraikan hari jadi Sultan Kelantan tersebut.
Di Waterworld pula, anda boleh bersuka ria bersama keluarga sambil menikmati permainan bertemakan air. Antara yang paling best adalah Tornado, Giant Jacuzzi, Wave Pool dan banyak lagi. Pasti seronok bermain air bersama keluarga sambil menyambut aktivit keluarga.
-
The Carnival – Cinta Sayang Golf & Country Resort
The Carnival sememangnya amat sesuai untuk anda mengadakan pelbagai aktiviti seperti hari keluarga kerana banyak kemudahan untuk keluarga dan semua peringkat umur disediakan di sini. Antara aktiviti yang disediakan adalah Paint Ball bagi mereka yang ingin merasai elemen-elemen ala-ala Counter Strike, Rock Climbing dan juga perkhidmatan Spa Kolam Air Panas. Anda tidak perlu risau dengan keselamatan kerana setiap tempat tumpuan mempunyai lifeguard yang menjaga keselamatan semua pengunjung.
Sekiranya anda seorang penggemar golf pula, anda boleh mencuba bermain golf di Cinta Sayang Golf and Country Resort untuk meluangkan masa anda dan keluarga. Pasti pakcik-pakcik dan abang-abang nak singgah bermain golf di sini. Terdapat tempat penginapan dengan kadar RM130 sehingga RM250 untuk satu malam bergantung kepada jenis pakej yang anda pilih. Jangan risau, anda yang mempunyai anak kecil sesuai untuk menginap di sini kerana banyak kemudahan untuk anda dan anak-anak. Untuk pengetahuan anda, servis dobi juga turut disediakan disini.
Kesimpulannya, pilihlah dimana saja tempat menarik untuk hari keluarga anda asalkan ia memberi keselesaan kepada semua ahli keluarga besar kita. Selain mandi-manda, berkelah dan menginap di hotel mewah, anda boleh mengadakan makan-makan sempena hari keluarga. Jom lihat pula tempat menarik di Genting Highland dan tempat menarik di KLCC.
Rujukan: