43 Homestay Terengganu dengan Private Pool
Anda berada di ruangan yang tepat jika anda sedang mencari homestay Terengganu dengan private pool yang menarik dan selesa di hampir setiap daerah yang berada di negeri ini.
Secara kasarnya memang banyak homestay Terengganu yang mempunyai private pool. Bukan itu sahaja, homestay di sini juga luas, bersih, cantik dan unik lebih-lebih lagi dalam menyediakan penginapan terbaik dan penuh privasi buat pelancong luar.
Kami telah senaraikan 45 cadangan homestay dengan private pool yang terdapat di Terengganu. Jom lihat dan pilih homestay yang bersesuaian dengan citarasa anda!
D’Cottage Homestay Gong Badak
Homestay unik ini mempunyai private pool yang dikelilingi tumbuhan menghijau. Pasti menenangkan lagi fikiran anda sambil berendam. Maksimum tetamu yang dibenarkan menginap di sini adalah 7 orang sahaja untuk dua bilik berasingan.
Terdapat dua bilik iaitu deluxe yang berharga RM 80 manakala standard berharga RM 70. Setiap bilik mempunyai satu katil queen. Tempah kedua-dua bilik untuk keluarga kecil anda untuk dapatkan suasana penuh privasi.
Antara kemudahan yang disediakan adalah penghawa dingin, kipas, wifi, cerek dan tilam tambahan.
Alamat: Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Ana Homestay Private Pool
Banglo setingkat ini mempunyai 3 bilik tidur dengan 4 tandas. Setiap bilik mempunyai pelbagai fasiliti seperti katil king, queen, double decker atau katil bujang, pendingin hawa, kipas, almari dan lain-lain. Setiap bilik juga disediakan sejadah, telekung, tuala dan sabun mandian.
Jumlah maksimum pengunjung yang dibenarkan adalah seramai 12 orang dengan tiga buah kereta. Ruang tamu, parkir dan dapur cukup luas. Dapur berkonsepkan moden cukup dengan kelengkapan asas seperti peti ais, penapis air dan periuk elekrik.
Alamat: Lot 1854-C, Kampung Kubang Parit, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Ani Home2stay KT
Ani Home2stay terletak di Kuala Terengganu mempunyai tiga bilik tidur dan setiap bilik tersebut lengkap dengan tandas. Peralatan dapur juga lengkap meliputi peti ais dan alatan memasak yang lain. Jika anda ingin barbeku pada waktu malam, pit barbeku disediakan di luar.
Homestay dua tingkat ini pasti selesa untuk didiami kerana kawasan parkir yang luas dan boleh memuatkan 3 kereta dalam satu masa.
Alamat: Lot2726 Jalan Megabang Telipot Kg gong Awang Lib, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Villa Wadi Sakinah
Villa Wadi Sakinah mempunyai empat bilik dan setiap bilik mempunyai katil bersaiz queen dan pendingin hawa. Setiap ruang penginapan ini sangat luas, bersih dan elegen.
Dapur dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti peti sejuk, coway, air fryer, mivrowave dan sebagainya. Ruangan parkir berpagar dan selamat untuk anda menginap. Villa ini berdekatan stadium, pantai, Drawbridge dan lain-lain.
Alamat: Taman Chonang Jaya, Tepi Stadium Gong Badak.
Isetia Homestay
Sekiranya anda ingin mencari penginapan ala-ala kampung untuk bercuti dengan keluarga besar, pilihan terbaik adalah Isetia Homestay. Penginapan ini dapat memuatkan 13 orang dengan selesa kerana terdapat 5 jenis bilik.
Sesuai untuk mengadakan hari keluarga kerana parkir dan halaman rumah yang luas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Kedudukan juga strategic kerana berdekatan pantai dan tempat menarik yang lain.
Alamat: : 1233, Bukit Batu Putih Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Anjung Ara Suitestay and Roomstay
Anjung Ara menyediakan empat jenis penginapan dan salah satu darinya termasuk pakej private pool iaitu Suitestay 1. Suitestay 1 mempunyai dua bilik, dua bilik air, ruang tamu, dapur, bbq pit dan kolam privasi yang berada di luar. Penginapan ini sesuai untuk lapan orang sahaja.
Sekiranya anda ingin menginap bersama keluarga besar, anda boleh membuat tempahan rumah atau bilik yang lain. Parkir dalaman memuatkan 7 buah kereta manakala parkir luaran memuatkan 5 buah kereta.
Alamat: Lot 23375, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Laman Ayman Homestay Jerteh
Hanya lima minit dari bandar Jerteh, terdapat enam bilik dengan lima pendingin hawa yang disediakan khas untuk tetamu. Walaubagaimanapun, jika anda datang menginap dengan ahli keluarga yang kecil, anda boleh menempah homestay mengikut bilangan bilik dengan kadar harga berbeza.
Kolam renang yang disediakan sangat luas disertakan dengan kerusi dan tempat duduk keliling kolam. Kolam juga sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa kerana dibahagikan kepada dua kedalaman iaitu 5 kaki dan 2 kaki.
Alamat: : Kampung Padang Tapung, 22000 Jerteh, Terengganu
D’Mimpi Home
D’Mimpi Home bertemakan English style mempunyai segenap sudut yang luas samaada luaran mahupun dalaman. Homestay ini menyediakan tiga bilik yang lengkap dengan pendingin hawa. Anggaran tetamu yang dibenarkan menginap adalah 6 hingga 8 orang.
Antara kemudahan yang disediakan adalah toto dan bantal tambahan, wifi, bbq pit, Coway, seterika, first aid kit dan lain-lain. Harga homestay murah dan sangat berpatutan berbanding homestay yang lain.
Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu
Homestay Wan Besut
Homestay dengan tiga bilik dan dua bilik air ini mempunyai kolam yang berada dalam ruangan rumah dan memberikan privasi berganda buat anda sekeluarga. Dua bilik daripadanya disertakan pendingin hawa dan kipas manakala satu bilik disediakan kipas sahaja.
Keperluan tambahan asas juga disediakan seperti tuala, selimut, sejadah, toto dan sebagainya. Seperti homestay yang lain, perkakas dapur dan perabot lengkap bagi memudahkan tetamu menginap umpama di rumah sendiri.
Alamat: Lot 103, Jln Alor Mek Tiong, Kampung Pengkalan Atap, 22300 Besut, Terengganu
Sungaa Homestay
Sungaa Homestay sesuai untuk anda yang mencari penginapan yang jauh dari kesibukan kota. Homestay ini berada di tepi sungai dan dikelilingi tumbuhan menghijau. Dua private pool dengan dua kedalaman berbeza sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Sungaa Homestay adalah penginapan dua tingkat dengan 3 bilik di tingkat atas dan satu bilik di tingkat bawah. Terdapat dua bilik air di setiap tingkat. Umpama rumah tradisional, ruang dalaman dan halaman rumah sangat luas.
Alamat: Kuala Terengganu, Terengganu
Alur Galley Suites
Keseronokkan berganda jika anda menginap di Alur Galley Suites kerana selain private pool, penginapan ini berhampiran sungai dan laut. Nak berkelah atau memancing pasti seronok.
Terdapat tiga buah bilik yang mempunyai pendingin hawa yang luas, kemas dan bersih. Kelengkapan dapur lebih dari mencukupi kerana mereka menyediakan blender, kuali, periuk nasi dan sebagainya. Jika anda bosan, sewa basikal dengan pihak homestay untuk bersiar-siar sekitar kampung.
Alamat: Jln Penarik – Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu
Sri Harmony Rest House Kemaman
Rumah semi-D ini mempunyai lima bilik dan empat bilik air. Empat bilik daripada lima bilik tidur mempunyai pendingin hawa. Empat katil queen disediakan dan satu katil bujang untuk sebuah bilik.
Lengkap dengan perabot dan kelengkapan dapur, penginapan di sini sesuai untuk 15 orang dewasa. Private pool mempunyai dua tahap kedalaman iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa. Pondok, buaian dan tempat bbq disediakan berdekatan kolam.
Alamat: Lot PT29598, Taman Sri pantai (Sri Putra), Pantai Tok jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
HS Sweet Homestay
HS Sweet Home antara homestay Terengganu dengan private pool yang berada di dalam rumah demi menjamin keselesaan dan privasi pengunjung. Penginapan ini mempunyai tiga bilik dengan 2 bilik berpendingin hawa dan tilam bersaiz queen manakala 1 bilik dengan 2 tilam bujang.
Istimewanya HS Sweet Homestay kerana pihak homestay menyediakan Unifi, Netflix, Njoi dan TV Android dengan siaran Astro. Perkakas dapur juga lengkap untuk kemudahan tetamu homestay.
Alamat: No 13,Jalan Utama, Taman, Jalan Banggol Permai, 24000 Chukai, Terengganu
Homestay Pok Shariff
Homestay ini terletak di Kuala Terengganu. Penginapan melebihi satu hari akan mendapat diskaun yang berpatutan. Memuatkan 10 hingga 12 orang, pelbagai kemudahan berada di sekitar homestay ini seperti kedai makan dan pasar malam.
Tiga bilik yang disediakan dilengkapi dengan pendingin hawa. Dua bilik air pasti mencukupi dan selesa buat tetamu yang menginap. Menginaplah di sini kerana kedudukan yang strategik dan berdekatan dengan pelbagai tempat menarik seperti Dataran Austin, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.
Alamat: No 79.Jln Muhibbah 6 Tanah Lot, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Mok Leha Homestay
Salah satu homestay Terengganu dengan private pool adalah Mok Leha Homestay. Berada di perkampungan, pasti mengimbau 1001 kenangan dan mendamaikan.
Terdapat empat bilik tidur dengan private pool berada di sebelah homestay dan terdapat taman permainan mini di sebelah kolam. Kanak-kanak pasti suka apabila dapat bermandi-manda sepuasnya dengan selamat.
Alamat: LOT 191, Jalan Pasir Panjang, KG MASJID HAJI KADIR, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Aidan Home
Aidan Home merupakan penginapan berkonsepkan roomstay yang berada dalam satu bangle. Namun jika anda mempunyai keluarga yang besar, anda boleh membuat tempahan keseluruhan bilik dengan harga yang berpatutan. Terdapat dua dapur mini yang lengkap dengan perkakas untuk memasak.
Lima bilik yang terdapat di Aidan Home mempunyai pintu masuk yang berasingan iaitu dua bilik di tingkat atas dan tiga bilik di tingkat bawah. Dengan tempahan kesemua bilik, pasti anda mendapat suasana privasi terutama ketika bermandi kolam yang luas di tingkat bawah.
Alamat: Lot 2680, kg, Jalan Losong Haji Mat Shafie, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Marisa Villa Homestay
Berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu, Marisa Villa Homestay mempunyai dua buah unit dan masing-masing mempunyai private pool berhadapan dengan bilik. Buka sahaja sliding door, terus boleh terjun kolam.
1 unit lebih kecil kerana terdapat dua bilik, satu tandas, dapur dan private pool. Berbeza dengan unit pertama, unit kedua lebih luas kerana terdapat dua bilik, dua tandas, ruang tamu, dapur dan private pool.
Nak ke Drawbridge hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Namun di kawasan sekitar homestay cukup memuaskan lebih-lebih lagi anda boleh menunggang kuda dengan bayaran RM 5 sahaja.
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Awang’s Villa Homestay
Persis rumah mewah ala-ala penginapan di Eropah, Awangs Villa Homestay sangat luas, bersih dan selesa. Terdapat lima buah bilik dengan tiga bilik air. Setiap bilik mempunyai pendingin hawa dan kipas. Tiga bilik daripadanya mempunyai tandas.
Dapur berkonsepkan moden mempunyai kemudahan asas seperti microwave, penapis air dan mesin basuh. Private pool yang berada di halaman rumah adalah kolam intex namun cukup luas dan selamat.
Alamat: Lot 28884, Kampung Jati, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Homestay Mama
Antara kelebihan menginap di Homestay Mama adalah terdapat tiga bilik dengan dua bilik air yang mampu memuatkan sehingga 8 orang dengan selesa dalam suatu masa. Setiap bilik mempunyai pendingin hawa dan kipas. Tak cukup dengan itu, 3 tilam tambahan disediakan jika bilangan keluarga yang hadir melebihi kapasiti rumah.
Parkir homestay sangat luas sehinggakan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Kelengkapan dapur lengkap dan disertakan dengan mesin basuh. Berada di kedudukan strategik, anda bebas ke mana sahaja dengan mudah.
Alamat: Kuala Terengganu, Terengganu
D’Villa Kasih
Anda mempunyai ahli keluarga yang ramai? Apa kata anda menginap di D’Villa Kasih kerana mereka menyediakan 7 bilik tidur yang lengkap dengan bilik air dan katil bersaiz queen. Dua bilik berada di tingkat bawah manakala lima bilik berada di tingkat atas.
Menariknya private pool di sini kerana saiznya yang luas dengan 3 tahap kedalaman berbeza sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Bukan itu sahaja, terdapat papan gelongsor dan air terjun di kolam ini.
Tak cukup dengan itu, ada gymnasium, ruang bekerja, tempat barbeku, dua gazebo, kolam ikan Koi, Indoor dan outdoor game dan banyak lagi! Tak perlu ke tempat lain, duduk di homestay sahaja pasti tidak membosankan.
Alamat: Kuala Terengganu Bypass, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
ZF Homestay Kuala Terengganu
Terletak di Manir, ZF Homestay menyediakan tiga bilik tidur dan kesemua bilik tersebut diletakkan katil bersaiz queen dan pendingin hawa. Bilik air pula ada tiga yang dijamin bersih dan selesa. Kolam renang disediakan mempunyai dua tahap kedalaman yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Antara fasiliti lain yang akan anda nikmati jika menginap di sini adalah kerusi taman, bbq pit, penapis air, Astro Njoi dan perkakas dapur yang lengkap.
Alamat: Lot 13574B Kampung Baru Tetambah, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Homestay Kuala Terengganu by Radazos
Lagi satu homestay di Kuala Terengganu yang boleh memuatkan keluarga besar anda untuk bercuti di negeri Darul Iman ini. Terdapat enam bilik tidur dilengkapi pendingin hawa. Enam katil bersaiz queen dan enam tilam bujang disediakan buat tetamu.
Tiga bilik air juga disediakan di dalam rumah dan satu bilik air berada di luar bagi memudahkan tetamu untuk menukar pakaian setelah bermandi-mandi di kolam. Antara keunikan dan tarikan menarik jika menginap di sini adalah wifi dengan kelajuan tinggi serta permainan indoor seperti pingpong, mini pool, carrom dan foosball.
Alamat: No 20 , TAMAN, Kampung Padang Nenas, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu
Fzy Homestay Private Pool
Penginapan yang mempunyai empat bilik tidur lengkap dengan pendingin hawa disertakan dengan dua bilik air pasti membuatkan anda dapat menginap dengan selesa. Anda boleh dapatkan potongan harga rumah jika menginap lebih satu hari.
Selain private pool yang luas, pihak homestay turut menyediakan tempat barbeku, dapur yang lengkap dengan pelbagai peralatan memasak serta kiosk yang menjual makanan dan cenderamata. Ruangan luar juga luas untuk berehat sambil berkelah dan melihat anak-anak bermandi-manda.
Alamat: Jalan TKP 4/2, 10942 Taman Koperat Perdana Kelulut, 21600, 21600 Marang, Terengganu
Legacy Rest House
Berada di Kg Atas Tol, Kuala Terengganu, penginapan ini mampu menampung antara 17 hingga 25 orang dewasa dan jumlah maksimum adalah 40 termasuk kanak-kanak. Sesuai jika anda ingin mengadakan hari keluarga, reunion dan majlis lain kerana ia merupakan banglo dua tingkat.
7 bilik tidur dilengkapi dengan pendingin hawa dan keseluruhan katil adalah 9 tidak termasuk tilam tambahan manakala jumlah bilik air adalah empat. Rumah yang besar sudah tentu mempunyai dua bahagian dapur iaitu dapur kering dan dapur basah.
Rumah yang luas ini mempunyai tiga ruang tamu. Ruang parkir memuatkan 10 kenderaan. Anda juga mudah untuk menukar pakaian setelah bermandi-manda di private pool kerana pihak homestay menyediakan ruang persalinan berhampiran kolam.
Alamat: Kg Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu
Fiza Homestay Kuala Terengganu
Dua bilik tidur dari tiga bilik berpendingin hawa manakala terdapat dua buah bilik air disediakan. Segenap ruang di penginapan ini sangat luas termasuk parkir, private pool dan dapur. Kelengkapan dapur juga lengkap persis sebuah rumah yang dihuni. Wifi turut disediakan buat tetamu.
Alamat: Lot 13171,Jalan Banggol Peradong,Kampung Belara, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Husna Homestay
Private pool di Husna Homestay tidak kurang hebatnya. Walaupun berada di luar rumah, namun masih terlindung dari pandangan luar. Pihak homestay menyediakan empat bilik tidur dengan tiga bilik air. Antara kemudahan yang disediakan adalah Unifi, Netflix, microwave dan peti sejuk.
Alamat: Permint Jaya, Kuala Terengganu
A&A Homestay
A&A Homestay mempunyai mini private pool yang sesuai untuk anak-anak anda. Penginapan di sini mempunyai tiga bilik tidur dan setiap bilik disediakan pendingin hawa dan kipas. Bilik pertama dan kedua menggunakan katil queen manakala bilik ketiga menggunakan katil bujang.
Dua buah bilik air terdapat di homestay ini. Ruang tamu dilengkapi dengan sofa, android TV dan Wifi. Dapur pula dilengkapi perkakas dapur yang asas serta makanan asas seperti gula, Maggi, Milo dan sebagainya.
Alamat: 2496 B Lorong Tok Payong, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Anggun Rest House
Anggun Rest House cukup luas untuk anda yang ingin mengadakan hari keluarja, majlis perkahwinan, kelab usrah dan sebagainya. Banglo dua tingkat ini mempunyai lima bilik dengan pendingin hawa.
Private pool yang terdapat di homestay ini sangat luas walaupun mempunyai dua bahagian dengan kedalaman yang berbeza, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Gazebo turut disediakan bersebelahan kolam untuk anda berehat sambil melihat keluarga bermandi-manda.
Alamat: 41, Jalan Tembusu 4, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Rumah
Dengan konsep ‘feel like home’, maksimum tetamu yang dibenarkan menginap adalah 12 orang sahaja. Dua bilik tidur dengan pendingin hawa mempunyai 3 katil bersaiz queen dan 1 katil bujang. 2 bilik air disediakan iaitu 1 bilik yang berada di dalam rumah manakala 1 bilik berada di sebelah kolam privasi.
Seperti homestay yang lain, Rumah dilengkapi dengan dapur dengan perkakas asas seperti peti ais, penapis air dan periuk nasi. Nikmati privasi berganda di sini kerana private pool dengan kedalaman 3 kaki berada di dalam rumah. Parkir luas dan boleh memuatkan 3 buah kereta.
Alamat: Kampung Teluk Menara, Manir, Terengganu
Luqman Homestay
Homestay ini mempunyai dua unit dengan jumlah bilik adalah tiga dan dua bilik air. Homestay yang terletak di tepi jalan utama, memudahkan anda untuk keluar ke tempat yang lain. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, tempah sahaja dua unit homestay ini.
Pihak homestay turut menyediakan toto, tilam , bantal dan selimut tambahan jika anda datang beramai-ramai. Saiz kolam 20 kaki x 12 kaki dengan kedalaman tiga dan dua kaki. Sesuai untuk anda turut serta bermandi-manda bersama anak-anak.
Alamat: Kampung Gelugur Kedai, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
Papa Villa & Homestay
Jumlah maksimum tetamu yang dibenarkan menginap di sini adalah 15 orang sahaja demi keselesaan bersama. Setiap bilik dibekalkan pendingin hawa dan katil bersaiz queen dan dua katil bujang tambahan untuk bilik utama. Rumah ini juga memuatkan 3 bilik air yang selesa.
Segenap ruang di rumah ini termasuk halaman rumah sangat luas dan pasti anda selesa. Private pool berada di kawasan luar dan bersebelahan gazebo. Uniknya homestay ini kerana berada sedikit tinggi berbanding perumahan yang terdapat di sekitar ini. Anda boleh melihat pemandangan dari atas bukit yang mendamaikan.
Alamat: Papa Villa Homestay, 1700, Taman Seri Desa, Bukit Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Lazia Home
Lazia Home mempunyai 3 jenis penginapan dan 2 unit daripadanya mempunyai private pool iaitu Lazia Home 1 dan Lazia Home 2. Jarak antara tiga penginapan ini tidak terlalu jauh.
Lazia Home 2 yang terletak di Kg Banggol Katong mempunyai 3 buah bilik yang memuatkan maksimum 10 orang sahaja serta menempatkan 2 buah tandas. Lazia Home 1 pula terletak di Kg Beladau Selat mempunyai ruang yang lebih luas dengan 4 bilik dan 2 bilik air. Setiap unit mempunyai pelbagai perabot dan kelengkapan lain yang mencukupi.
Alamat: Kuala Terengganu, Terengganu
Villa Nurrifa
Istimewanya penginapan di sini adalah pihak rumah menyediakan dua unit kolam dengan saiz yang luas tetapi kedalaman yang berbeza. Jadi anak-anak boleh mandi dengan pantauan dewasa kerana kolam tersebut hanya bersebelahan antara satu sama lain.
Rumah yang berkonsepkan moden persis di hotel mewah mempunyai dua bilik dan dua bilik air. Walaupun dapurnya sedikit kecil, namun lengkap dengan perkakas asas seperti peti ais dan penapis air.
Alamat: 83GQ+59, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Nazalani Homestay D’Kolam
Nazalani Homestay mempunyai banyak unit tetapi hanya satu unit yang mempunyai private pool. Kolam renang yang disediakan amat luas dan berada di kawasan luar yang besar. Gazebo turut disediakan berhampiran kolam untuk anda bersantai dan berbarbeku.
Penginapan ini menyediakan dua bilik tidur yang dilengkapi katil bersaiz queen, pendingin hawa dan kelengkapan solat.
Alamat: 3597 A, Kampung Banggol Katong, Serada, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Safaz Homestay
Terletak di Kampung Losng Pasir, homestay ini mempunyai tiga bilik dengan dua bilik air. Setiap bilik berpendingin hawa dan mempunyai katil bersaiz queen serta almari.
Jika anda mahu menginap di homestay yang mempunyai private pool tersembunyi, ini homestay yang sesuai untuk anda kerana kolam berada di dalam rumah.
Alamat: Jalan Bukit, Kampung Losong Pasir, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Chalet Tamu Tok Ma
Chalet Tamu Tok Ma yang mempunyai private pool ada dua unit yang bersebelahan. Penginapan eksklusif ini berhampiran pantai. Alangkah seonoknya bangun awal pagi terus ke pantai. Mendamaikan dan menenangkan apabila merasai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.
Setiap chalet boleh memuatkan keluarga kecil anda kerana hanya terdapat satu katil queen, dapur mini yang lengkap, pendingin hawa, televisyen, tandas dan sebagainya. Namun jika anda ingin mengadakan hari keluarga, anda boleh menempah penginapan Lannz Seaview D’Familia Home2stay yang berada bersebelahan chalet ini yang turut mempunyai private pool.
Alamat: Lot 2785, Jalan Siakap, Kampung Cacar Baru, 23100 Paka, Terengganu
The Su Ienna Homestay
Dua unit homestay disediakan oleh The Su Lenna Homestay dimana private pool berada diantara dua unit rumah tersebut. Setiap unit mempunyai 3 bilik, 2 bilik daripadanya lengkap dengan katil queen dan 1 bilik katil bujang. Private pool mempunyai dua kedalaman, sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Penginapan ini terletak di kawasan perkampungan yang mendamaikan kerana dikelilingi pokok-bakau. Jangan lepaskan peluang untuk ke Pantai Sura kerana berhampiran sahaja dengan homestay ini.
Alamat: Lot 4235A & 4235B Jalan Kenanga, Jetty, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Jerteh Atuk Guesthouse
Homestay dua tingkat ini mempunyai empat bilik tidur yang berada di tingkat atas bersama dua buah tandas. Semua bilik mempunyai pendingin hawa. Di bahagian bawah hanya terdapat ruang tamu yang cukup luas dan dapur mini yang mempunyai kelengkapan dapur yang mencukupi.
Sesuai untuk mengadakan hari keluarga kerana halaman rumah juga luas, sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama yang tersayang. Private pool juga cukup luas dan mempunyai dua kedalaman berbeza yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Alamat: 76,seberang jerteh, jerteh, 22000 Besut, Terengganu
Villa Kaseh Ain
Pasti puas berkumpul bersama keluarga untuk mengadakan hari keluarga, sambutan hari jadi atau majlis perkahwinan di villa yang cantik, luas dan memukau setiap mata memandang. Villa berada berhadapan dengan pantai. Anda juga boleh menikmati pemandangan cantik dan melakukan pelbagai aktiviti pantai.
Dengan 6 + 1 bilik, villa ini juga mempunyai 6 tandas. Bukan villa sahaja yang besar, malah private pool, gazebo dan halaman turut luas dan pasti selesa untuk membuat sebarang aktiviti. Dekorasi dalaman dan luaran villa sangat unik dan menarik.
Alamat: Kampung Pasir Putih, Dungun, Terengganu
Casa Tanjung Jara Villa
Casa Tanjung Cara mempunyai pelbagai penginapan dan salah satunya adalah sebuah villa mewah yang berada berdekatan pantai. Villa ini boleh memuatkan 10 orang dewasa dan 6 kanak-kanak dengan selesa.
Villa dua tingkat ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Private pool berada di tengah rumah sangat luas. Umpama rumah mewah, setiap sudut mempunyai dekorasi yang memukau. Tak cukup dengan itu, ruangan atas mempunyai pelbagai permainan indoor beserta ruangan santai bersama keluarga.
Alamat: 2212, Jalan Pantai Teluk Bidara, Jalan Seberang Pintasan, 23050 Kuala Dungun, Terengganu
Za Homestay Paka
Za Homestay Paka menyediakan penginapan berkonsepkan sebuah rumah berkembar yang mampu memuatkan 10 hingga 15 orang dalam satu masa dengan selesa. Berada berhampiran Pantai Paka, sudah pasti anda dapat merasakan angin pantai yang mendamaikan.
Tiga bilik disediakan dengan setiap bilik menggunakan katil queen dan beberapa katil tambahan yang lain. Pendingin hawa dan kipas turut disertakan demi keselesaan pengunjung. Private pool berada di luar rumah, sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.
Alamat: Lot 20521, Jalan Tempua, 23100 Paka, Terengganu
Villa Rimbun
Terletak di Gong Badak, anda boleh dapatkan penginapan berhadapan dengan pantai jika menginap di Villa Rimbun. Villa Rimbun mempunyai 4 bilik tidur dilengkapi dengan pendingin hawa dan private pool. Dekorasi dalaman rumah menarik dan berkonsepkan moden.
Desa Tokki Guest House
Terletak di Kampung Jeram, homestay mewah ini menyediakan empat bilik dengan tiga bilik air. Seperti kebanyakan homestay lain, kesemua bilik mempunyai pendingin hawa. Ruang tamu disertakan dengan TV, Netflix dan Wifi dengan percuma untuk pengunjung.
Private pool yang berada di perkarangan rumah disertakan dengan tandas dan air pancut untuk memudahkan penginap menukar pakaian setelah bermandi-manda. Lokasi juga strategik kerana hanya 10 minit untuk ke bandar Kuala Terengganu.
Alamat: Lot 8650, 10A, jalan pengkalan jejawi, Kampung Jeram, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Melihat homestay-homestay Terengganu dengan private pool di atas pasti membuat anda rambang mata sehingga sukar untuk memilih bukan? Pilihlah mengikut bajet, bilangan pengunjung serta kemudahan yang anda inginkan. Kami ingin mengingatkan anda untuk membuat tempahan homestay dengan sumber yang betul kerana terdapat lambakan scammer yang menyamar dan memperdayakan pengunjung.
Kami juga ada menulis artikel lain seperti: