TOP 15+ Tempat Makan Best di Klang Konsep Steamboat, Seafood, Western, Melayu.
Soalan yang paling susah di dunia ialah hari ini nak makan apa dan di mana? Lebih-lebih lagi bagi segelintir mereka yang agak cerewet bab makan. Tak sedap sikit ke mahal ke mulalah mengomel.
Sebenarnya ada banyak tempat makan yang menarik, sedap dan murah yang anda tidak tahu. Sama ada anda rajin meneroka dan mencari atau tidak sahaja. Jika anda tinggal di Klang, di sini ingin saya kongsikan sedikit tempat makan yang best yang boleh anda kunjungi.
1. Muara Ikan Bakar, Lingkaran Sultan Hishamuddin
Restoran ini sangat menitikberatkan kesegaran ikannya. Itulah yang menjadi tunggak utama kesedapan ikan bakar di sini. Muara Ikan Bakar ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang.
Jika anda ingin melihat pemandangan yang indah, bolehlah datang berkunjung ke sini sewaktu senja di mana matahari terbenam pada ufuknya. Anda digalakkan memandu sendiri ke tempat ini kerana tiada pengangkutan awam yang memasuki kawasan ini.
Namun begitu, jumlah pengunjung di sini tersangatlah ramai maka ianya sangat sesak dan anda harus menunggu kira-kira 30-40minit sebelum makanan siap dan sampai ke meja anda.
2. Tetra House of Briyani, Bandar Bukit Tinggi
Sesuai dengan nama tempat makan best di Klang ini, menu utamanya adalah Briyani namun terdapat juga menu sampingan yang lain seperti mi. Antara menu yang wajib di cuba adalah briyani udang yang sangat sukar ditemui di tempat lain.
Suasana di Tetra House of Briyani ini sangat selesa dan nyaman dengan alunan muziknya yang perlahan. Rata-rata pelanggan dan pengunjung di sini memuji ramuan di dalam resipi Briyani di restoren ini kerana dirasakan adalah yang terbaik dan tersedap yang pernah dirasa.
Harganya sedikit mahal namun berbaloi dengan rasanya yang enak dengan kuantiti yang sangat mengenyangkan. Bagi mereka yang tidak makan daging jangan risau kerana di sini juga ada menghidangkan briyani vegetarian.
3. Warong Warisan Asli, Jalan Baru
Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 12.30 tengah hari sehingga ke 1 pagi tetapi dibuka sedikit lewat pada hari Jumaat iaitu pada jam 3.30 petang. Warong Warisan Asli ini menyediakan pelbagai masakan Melayu termasuk asam pedas dan aneka mi.
Selain masakan melayu, mereka juga ada menyediakan masakan barat seperti pasta, burger dan lamb chop. Pilihan makanan ringan dan kudapan juga banyak seperti ubi goreng dan jemput-jemput.
Tempat makan best di Klang ini juga selesa dengan suasananya yang nyaman kerana mempunyai ruang penghawa dingin.
4. Mee Rebus Kak Ida, Persiaran Botanik
Jarang-jarang kita temui restoran yang menu utamanya adalah mee rebus. Anda wajib menjamah mee rebus di sini kerana ia dikatakan sangat lazat. Terdapat juga menu lain seperti laksa yang tidak kurang hebat juga rasanya.
Selain dari rasa makanannya yang enak, Mee Rebus Kak ida ini juga mendapat perhatian ramai kerana sikap mesra pemiliknya dan layanan 5 bintang yang tip top oleh para pekerjanya. Restoran ini dibuka dari hari Selasa sehingga Ahad dari jam 12 tengah hari sehinggalah 7 malam dan ditutup pada hari Isnin.
5. Nyonya Kitchen and Caterers, Taman Bayu Perdana
Nyonyan Kitchen and Caterers ini dibuka setiap hari kecuali hari hari Rabu. Pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat ,waktu operasinya adalah dari jam 10.30 pagi sehingga 9 malam manakala pada hari Sabtu dan Ahad ianya dibuka sejam lebih awal iaitu dari 9.30 pagi hingga 9 malam.
Mendengarkan sahaja namanya sudah tentu anda dapat mengagak menu yang ditawarkan di tempat makan best di Klang ini. Pelbagai masakan menarik tersedia di sini seperti ayam pandan, kari kepala ikan kapitan, sotong goreng, sambal terung, pai tee dan juga cendol sebagai pencuci mulut.
Kedai ini agak besar kerana dua lot telah disewa oleh tuan kedai untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung maka ia mampu menampung jumlah pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa.
6. Deli Rich, Aeon Mall Bukit Raja
Deli Rich menyediakan aneka makanan yang pelbagai. Dari masakan Malaysia, Itali, Jepun sehinggalah ke Negara Barat yang lain. Antara masakan tempat makan best di Klang ini adalah nasi lemak, nasi ayam, lasagna dan lamb chop.
Masakannya juga sedap dengan tawaran harga yang berpatutan sesuai dengan pelbagai pilihan menu dan keenakannya. Kebanyakan pelanggan yang berkunjung juga sangat memuji sikap pekerjanya yang mudah mesra.
Deli Rich ini bukan sahaja menerima pujian daripada penduduk tempatan malahan juga pengunjung dari luar Negara yang turut memuji restoran ini kerana kelazatan rasanya di samping mempunyai servis yang sangat sempurna.
7. Restoran Sate Kajang Hj. Samuri, Bandar Bukit Tinggi
Meskipun nama kedainya Kajang namun ia sebenarnya terletak di Klang. Sate Kajang ini sangat terkenal bukan sahaja di Klang tetapi bagi seluruh penduduk di Malaysia.
Selari dengan nama restorannya, sudah tentulah sate merupakan menu utamanya. Setiap hari, kedai ini akan dipenuhi pelanggan terutamanya pada hujung minggu.
Jika anda ingin membawa pulang sate, pastikan anda membuat tempahan lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengelakkan anda dari terpaksa menunggu terlalu lama.
8. Lontong Klang, Bukit Tinggi
Lontong merupakan makanan yang terkenal terutamanya apabila tiba musim raya. Namun, terdapat juga sesetengah mereka yang gemar makan lontong di luar musim perayaan.
Lontong sememangnya enak di makan bersama kuah lodeh tapi ada juga segelintir yang suka memakannya bersama sambal. Tidak banyak tempat makan best di Klang yang menyediakan menu ini tetapi mujurlah ada kedai Lontong Klang ini.
Ia telah beroperasi sekian lama sejak 1970 lagi. Di sini menu signaturenya adalah Lontong Special. Ia adalah gabungan lontong sotong dan telur goreng dan semua bahan asas yang lain diletakkan sebanyak dua kali ganda.
9. Umang Umang BBQ Steamboat, Kg. Bukit Kapar
BBQ Steamboat ini terletak tidak jauh dari UiTM Shah Alam iaitu kira-kira 19km sahaja dari sana. Ramai juga student UiTM yang gemar berkunjung ke sini. Restoren ini mungkin tidak mempunyai seleksi pilihan seafood yang banyak macam di kedai BBQ yang lain namun harganya jauh lebih murah dari kedai lain.
Selain itu, persekitarannya yang luas dengan susun atur mejanya yang rapi membuatkan ramai orang suka berkunjung ke sini. Ramai juga yang suka datang ke sini untuk menyambut ulangtahun kelahiran.
10. Restoran Asam Pedas Best, Pelabuhan Klang
Tempat makan best di Klang ini memang terkenal dengan asam pedas ikan tenggiri. Ikannya yang masih fresh membuatkan asam pedas terasa amat sedap dan nikmat.
Selain asam pedas, terdapat juga menu lain yang menjadi kegemaran seperti pau, lempeng cicah sambal ikan bilis, nasi lemak daun pisang, dan kari ayam. Asam pedas ini dimasak ala-ala resipi dari Johor. Kedai makan ini terletak di Jalan Batu Nilam 5, Bukit Tinggi 1 , Port Klang.
11. Al-Fateh Steamboat & Grill, Kampung Jawa
Seperti restoran steamboat yang lain, Al-Fateh Steamboat & Grill juga menyediakan pelbagai aneka pilihan celur atau rebus, pelbagai variasi daging sama ada putih atau merah, makanan laut mentah. air tanpa had, pelbagai sos bbq dan aiskrim.
Dengan harga yang ditetapkan sekepala, pengunjung dapat menikmati semua makanan yang tersedia sampai puas. Jangan risau jika sudah habis, pasti akan ditambah oleh pekerja di kedai ini.
Selain celur atau rebus, boleh juga memilih untuk grill makanan anda dan sudah pasti ianya lebih lazat dicicah bersama sos bbq yang disediakan. Terdapat dua pilihan sup iaitu sup kosong dan juga tomyam.
12. Nasi Padang Kampungku, Kampung Rantau Panjang
Nasi Padang sangat terkenal dengan pelbagai lauk pauknya yang enak di tempat makan best di Klang ini. Menu yang wajib anda cuba di sini adalah rendang padang dan ayam kampung berempah.
Selain menu wajib, terdapat juga hidangan lain yang tidak kurang sedapnya iaitu gulai tembusu dan gulai siput. Makanan minang ini sememangnya sedap di makan dengan pelbagai pilihan lauk pauknya yang banyak sekali.
Ianya dibuka setiap hari dari jam 6 petang sehingga 1 pagi. Harga sekepala adalah dalam lingkungan RM15.
13. Cendol Klang, Jalan Nanas
Cendol di sini sememangnya menjadi kebanggaan dan perhatian ramai penduduk tempatan dan merupakan pesaing paling utama antara semua cendol di area Klang. Seperti biasa, cendol sangat sesuai dimakan ketika cuaca panas.
Anda boleh singgah ke tempat makan best di Klang ini untuk menikmati kelazatan cendol yang tiada tolok bandingnya. Makan semangkuk pasti tidak cukup kerana selain rasanya yang enak lemak berkrim, ianya juga boleh menghilangkan dahaga di tekak anda akibat cuaca hangat.
14. Nasi Arab Buner Kabana, Jalan Kapar
Ramai yang menggemari nasi arab di tempat makan best di Klang ini kerana dikatakan harganya sangat berpatutan dengan kuantitinya yang sangat banyak dan mengenyangkan.
Bak kata orang memang sangat puas hati makan di sini kerana selain rasa yang enak, servisnya juga sangat tip top. Restoran ini sangat sesuai untuk makan tengah hari bersama keluarga di hujung minggu.
15. Dah Seafood Sri Tomyam, Taman Sri Andalas
Restoran makanan Melayu yang sangat tulen di Klang ini terletak di luar bandar di kawasan kediaman. Masa makan tengah hari di sini biasanya sangat sesak dengan pengunjung yang hadir ,maka anda digalakkan untuk datang lebih awal untuk mengelakkan menu yang sedap-sedap cepat habis.
Kesemua hidangan seafood di sini sangat segar dan terdapat banyak jenis pilihan makanan yang anda boleh pilih sehingga rambang mata. Nasi Kukus di sini juga dikatakan sangat enak di makan bersama lauk-pauk yang tersedia lazat.
Ikan grill daun pisang merupakan makanan wajib yang anda harus cuba apabila ke sini. Sos yang digunakan bersama ikan grill atau panggang sangat juicy rasanya.
Masih bingung nak makan mana? Pilihlah salah satu tempat di atas untuk menjadikan destinasi seterusnya buat anda makan bersama keluarga atau sahabat handai. Selain itu, anda boleh ke tempat menarik di Bangi dan tempat menarik di Padang, Indonesia pula.
Rujukan: