9 Tips Bermanfaat Apabila Travel Dengan Anak Kecil

Travel dengan anak-anak kecil sememangnya dikira agak membebankan bagi sesetengah parents. Hal ini kebanyakan berlaku pada parents yang masih muda atau yang jarang-jarang bawa anak-anak berjalan jauh. Kali ini Puan Fatimah Naamat sudi berkongsi tips membantu dan bermanfaat beliau travel sewaktu anaknya masih kecil.


Sepanjang travel dengan anak kecil ni, Tim dah lalui pelbagai ragam dan dugaan. Hana sakit muntah-muntah sampai warded. Hana tak boleh tidur malam. Hana tak nak makan. Hana menangis kuat-kuat. Hana cirit birit dan asyik nak beri-beri sahaja.

Maka Tim kumpulkan 9 tips sebagai panduan untuk kalian travel dengan anak kecil. Moga beri manfaat berguna buat kalian.

1. PERGI TRAVEL DENGAN KAWAN ATAU FAMILI YANG SPORTING

Ini tips paling penting sekali. Mereka ini yang akan beri support sistem terbaik di kala kita down nak jaga anak masa travel.

Tolong angkatkan barang. Tolong jagakan anak kejap. Tolong beri makan. Macam-macam mereka akan bantu supaya kita tak susah travel dengan anak kecil.

Terima kasih buat famili dan kawan Tim yang sporting. You guys memang best dan terbaik!

Namun mak-mak jangan ambil kesempatan harapkan semua benda orang lain tolong. Mak-mak memang kena super berdikari juga. Hehe.

2. PACKING BARANG EXTRA

Packing baju anak, pampers, wet tisue, stokin dan lain-lain barangan anak super duper extra. Sebab anytime sahaja anak akan tumpahkan air atas baju dia. Anytime sahaja dia nak poo poo lima enam kali sehari.

Biar bawa lebih dari kurang. Haru biru jadinya kalau ada barang tak cukup.

3. JANGAN LUPA UBAT-UBAT DAN MINYAK PANAS

Standby ubat selsema, ubat demam dan apa-apa ubat yang berkaitan. Perubahan suhu ketika travel akan sebabkan anak demam.

Juga kalau suhu tiba-tiba sejuk, standby sweater supaya anak tak mudah jatuh sakit. Mak ayah memang kena alert dengan perubahan suhu anak masa travel.

Hana kalau dah nampak sign nak selsema, cepat-cepat bagi air banyak. Malam tidur sapu minyak urut baby di dada dan betis dia. InsyaAllah demam tak jadi dah singgah.

Jangan lupa travel insurance. Especially kalau anak jenis mudah jatuh sakit. Jujurnya Hana memang keluar masuk klinik untuk NEB sebab dada selalu dipenuhi kahak.

Jadi memang Tim selalu standby travel insurance siap-siap. Senang, mana tahu Hana kena sakit teruk. So far Alhamdulillah Hana belum pernah sampai tahap warded di luar negara.

4. TAHU APA NAK BUAT MASA KAPAL TERBANG LANDING ATAU TERBANG

Standby air botol kecil atau biskut atau apa-apa makanan untuk anak kunyah masa kapal terbang naik dan mendarat.

Masa Hana setahun dua, Tim beri susu badan. Paksa manja Hana minum susu badan supaya telinganya tak berdesing disebabkan perubahan tekanan udara.

Boleh juga susukan anak dengan susu botol atau tidurkan anak tersebut masa landing dan naik.

Tips lain, sebelum naik kapal terbang, Tim beri hana penat main berlari dulu. Tak bagi dia tidur sebelum naik kapal terbang. Supaya dia tidur lama sikit dalam flight. Hehe.

5. BAWA MAINAN ATAU BUKU COLOR

Bila travel akan ada masa senggang yang sebabkan anak bosan. Bila bosan mulalah dia akan melalak.

So standby bawak mainan kesukaan anak atau pun buku color. Supaya anak ralit dan masanya terisi.

Tim selalu bawa buku color dan pensel warna. So Hana akan main conteng-conteng sampai dia puas. Tim bawa juga mainan yang macam building blocks. Hana dah bosan main color-color, dia boleh main cantum-cantum block pula.

6. PAKAI CARRIER YANG SESUAI

Ada orang suka pakai stroller. Tim personally suka pakai carrier jenis SSC. Senang nak usung ke mana-mana dan Hana siap boleh tidur dalam itu bila-bila dia nak tidur.

Travel guna SSC ini ala-ala light travel juga.

Bergantung pada kawasan nak pergi dan aktiviti nak buat. Kalau sesuai Tim akan pakai Deuter Toddler carrier. Lebih sesuai untuk bawa sekali air, makanan dan baju anak sekali.

7. STANDBY SNEK DAN AIR UNTUK ANAK

Selalunya waktu travel, timing makan mesti ke laut biru pasifik. So standby dalam beg roti, biskut atau coklat. Beri anak makan ketika waktu makan dia.

Kita ini tak apa tahan lapar dua tiga jam. Namun anak tak boleh. Sensitif perutnya. Jadi dengan standby snek dan air, dia akan sentiasa bertenaga dan ceria sepanjang masa.

Masa Hana belum boleh makan solid, Tim bawa portable cooker dan chopper tupperware. Rebus kentang dan carrot. Selepas itu hancurkan sebelum beri Hana makan. Time itu memang standby buah fresh dan biskut untuk baby.

8. TAKE IT SLOWLY

Travel dengan anak kecil tak boleh rushing. Kena take it slowly. Anak ada masa nak tidur tengah hari dan tidur petang.

Beri ruang dan peluang untuk anak-anak berehat dan tidur ikut waktunya. Kalau travel dengan kereta mudah sikit. Anak boleh tidur dalam kereta.

Kalau travel dengan berjalan kaki, kena plan aktiviti harian mengikut waktu rehat anak-anak.

9. BANYAKKAN SABAR DAN ENJOY HOLIDAY ANDA.

Lapangkan dada dan banyakkan bersabar masa travel dengan anak kecil. Anak-anak seronok sebenarnya 24 jam dengan kita. Yelah hari lain dia kena tinggal dengan pengasuh.


*Selepas ini bolehlah bawa anak-anak kecil travel ke overseas tanpa risau sangat. Rujuk tips yang diberi untuk jagaan anak-anak sewaktu berjalan. Yang sebelum ini gundah gulana nak bawa anak-anak tu dah boleh relax dan cuba tips diatas ya. Semoga berjaya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *