TERKINI! 15 Tempat Menarik di Padang Indonesia Khas Untuk Percutian
Negara Indonesia, Padang adalah salah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Selain merupakan tarikan pelancongan, Padang, Indonesia juga pasti memberikan kelainan terhadap percutian anda dan keluarga. Apabila sebut sahaja tentang Padang, pasti terus terlakar di bayangan anda tentang budaya minangkabaunya dan juga gunung berapi.
1. Danau Singkarak
Perjalanan mengambil sekitar 1 hingga ke 2 jam perjalanan dari bandar Padang ke Danau Singkarak ini. Danau Singkarak ini juga mempunyai tasik yang sangat cantik dan indah. Jika musim durian, pengunjung dapat menikmati buah durian sepuas-puasnya di samping harga duriannya yang sangat murah dan sedap.
Danau Singkarak ini memiliki lebih kurang 9 puncak yang menjadi tarikan utama demi menikmati panorama yang lebih indah. Setiap puncak ini sangat sesuai untuk melihat matahari terbenam dan juga bergambar sebagai kenang-kenangan.
2. Kilang Kopi Kiniko
Kilang Kopi Kiniko ini bukan sahaja terkenal dan popular dalam kalangan penduduk Padang, malah para pelancong juga. Ini adalah tempat tumpuan pelancongan kerana memiliki kopi yang pahit dan benar-benar original.
Terdapat kopi najis kelawar namun mungkin tidak mampu ditelan oleh tekak kerana sudah tahu dari mana asalnya namun rata-rata penduduk tempatan mengatakan kopi dari najis haiwan ini sangat enak rasanya.
3. Rumah Sulam Hajah Rosma
Kain sulaman yang dihasilkan rata-ratanya mengambil masa 2 hingga ke 4 bulan untuk disiapkan maka tidak hairanlah harganya agak mahal kerana proses menyiapkannnya juga terlihat sulit dan memakan masa. Namun apabila ia telah siap, terlihat sangat cantik menjadi satu busana yang indah untuk dipakai.
4. Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim
Kalau orang melayu biasanya kita panggil ubi pedas. Ianya lebih kurang tetapi rasanya sedikit berbeza daripada yang terdapat di Malaysia. Jangan lupa untuk tapau dan beli lebih jika anda ke sini.
Selain boleh dijadikan sebagai cenderamata untuk orang tersayang di Malaysia, boleh juga dijadikan sebagai kudapan sambil menonton televisyen apabila anda sudah pulang ke Malaysia nanti.
5. Kedai Makan Lamun Ombak
Jangan risau kerana anda tidak perlu bayar untuk kesemua lauk yang dihidangkan. Hanya perlu bayar untuk lauk yang anda ambil dan makan sahaja. Walaupun anda hanya ambil sesudu ianya juga tetap dikira. Untuk mudah anda faham, jika dah sentuh lauk itu memang wajib bayar maka buat keputusan muktamad sebelum menceduknya.
Untuk pengetahuan anda, Nasi Padangdan dan kesemua lauk pauknya di sini memang sangat sedap. Jika anda ke Padang, jangan lepaskan peluang menikmati Nasi Padang, kalau tidak pasti rugi!
6. Minangkabau Village
Terdapat pelbagai rekabentuk rumah Minangkabau yang boleh terlihat di tempat menarik di Padang Indonesia ini. Usianya mencecah ratusan tahun dan dijaga dengan baik sekali.
Anda juga boleh bergambar bersama busana minangkabau yang terdapat di sini namun ianya haruslah disewa dahulu, bukan percuma! Tetapi jangan risau kerana sewa busana minangkabau di sini tidak mahal, hanya sekitar RM10 sahaja.
7. Danau Maninjau
Mengikut cerita legenda masyarakat setempat juga, danau ini terbentuk akibat sumpahan Bujang Sembilan yang kini menjadi sembilan ekor ikan yang berenang-renang di danau itu sehingga kini.
Jika anda ke sini, sambil-sambil menikmati keindahan alam semulajadi, anda juga boleh minum kopi dan merasai keenakkan apam labu yang sinonim dengan Danau Maninjau ini di samping menjadi makanan ikan di sini.
8. Air Terjun Anai Lembah Mancur
Air terjunnya yang sangat cantik dan tinggi menjadi perbualan hangat penduduk setempat dan juga para pengunjung asing. Bayaran masuknya tersangatlah murah iaitu sekitar 60 sen sahaja jika ditukar ke mata wang Malaysia.
9. Pasar Aur Kuning
10. Terowong Jepun
Terdapat banyak jalan masuk untuk ke terowong ini selain mempunyai bilik yang tersangat banyak yang digunakan untuk penyimpanan makanan, senjata dan juga digunakan sebagai pejabat. Untuk tambahan pengetahuan anda, lubang jepun ini telah dibina oleh buruh binaan yang khasnya dikerah dari tiga tempat iaitu Sulawesi, Jawa dan Kalimantan.
11. Kelok 44
Anda juga akan dapat melihat sawah padi dan gunung berapi yang masih aktif di sini. Aktiviti di Kelok 44 ini banyak tertumpu kepada melihat pemandangannya yang cantik dan membeli cenderahati yang berasaskan bunga cengkih dan kayu manis.
12. Rumah Pak Hamka
Hamka adalah seorang penulis terkenal dengan karyanya iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Jick. Tidak ramai yang mengetahui bahawa penulis hebat ini sebenarnya berasal dari Padang, Indonesia. Rumah Pak Hamka ini terletaknya di hujung jalan Kelok.
Jika anda sukakan elemen sejarah dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Hamka, datanglah berkunjung ke Rumah Pak Hamka ini. Pelbagai latar belakang Hamka dapat dipelajari dan diketahui di sini.
13. Batu Malin Kundang
Di tempat menarik di Padang Indonesia ini, anda akan dapat melihat batuan yang terbentuk seperti tong kayu, sauh kapal dan sesusuk tubuh manusia yang sedang melutut memohon maaf daripada ibunya yang dipercayai adalah Malin Kundang. Batu Malin Kundang ini terletak di daerah Pantai Air Manis, Kelurahan Aie Mani, Kecamatan Padang Selatan, Padang.
Selain hanya melihat batu Malin Kundang di sini, anda juga boleh mandi-manda dan makan di warung-warung sepanjang pantai di samping membeli pelbagai cenderamata yang ada dijual di sini.
14. Istana Raja Pagar Ruyung
Dari istana inilah datangnya ilham rekaan bumbung minangkabau yang banyak terdapat di Negeri Sembilan. Jika anda berkesempatan, datanglah berkunjung ke sini kerana ianya seolah-olah kembali ke zaman silam.
Istana ini mempunyai 3 tingkat iaitu di tingkat pertamanya adalah singgahsana sang puteri yang telah berkahwin, tingkat keduanya adalah buat sang puteri yang masih bujang manakala tingkat terakhir adalah tempat penyimpanan barangan penting.
15. Jam Gadang
Destinasi ini merupakan tempat yang paling wajib untuk dikunjungi dan menjadi salah satu destinasi kegemaran oleh para pelancong dan juga penduduk tempatan. Jika anda bercuti ke Padang, jangan lupa singgah ke sini untuk bergambar sebagai kenang-kenangan kerana Jam Gadang ini adalah simbol Bukit Tinggi. Di sini juga anda akan berpeluang untuk menunggang kuda dan bersiar-siar di sekitar Bandar Bukit Tinggi ini.