tempat menarik di zimbabwe
|

10 Tempat Menarik di Zimbabwe Tarikan Pelancong Dan Penuh Aktiviti

Zimbabwe adalah sebuah tempat yang paling menakjubkan di Afrika Selatan.  Tahukah anda, Zimbabwe pernah dihancurkan oleh peperangan dan persengketaan sivil?  Kini, Ia telah keluar dari zaman penjajahan Eropah di Afrika pada 11 November 1965. 

Di Zimbabwe juga, terdapat beberapa tarikan arus perdana boleh anda lihat. Antaranya adalah keajaiban Air Terjun Victoria dan sebagainya dalam konteks tempat menarik di Zimbabwe.

Jika anda berkunjung ke sini, pastinya akan menjadi pengembaraan yang menarik! Zimbabwe adalah tempat perlancongan terindah dan mencabarkan! Jom kami sajikan 10 tempat menarik di Zimbabwe yang bakal menarik perhatian anda.

1.  Harare

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [pinterest]
Hampir tiga juta orang di sini memanggil Harare sebagai bandar metropolis masyarakat Zimbabwe. Harare bukan sahaja sebuah ibu kota di Zimbabwe, malahan ia juga merupakan kota terbesar bagi negara ini. Bandar Harare akan kelihatan jika anda berada di puncak dataran Zimbabwe.

Terdapat juga warisan sejarahnya yang unik dan asli untuk maklumat anda. Warisan sejarahnya terpelihara di Galeri Negara Zimbabwe dan Muzium Queen Victoria.

Selain itu, pengunjung di sini boleh berkumpul di taman-taman yang cantik dan bersiar-siar di antara ladang cili yang terkenal di jalan raya sini.

2.  Air Terjun Victoria (Victoria Falls)

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [lifestyle.okezone]
Beribu-ribu orang berkumpul di sini untuk melihat pemandangan Air Terjun Victoria yang menakjubkan setiap tahun. Di sini bukan hanya air terjunnya yang cantik, malahan terdapat juga hidupan liar boleh anda saksikan. Di selatan air terjun ini, terdapat Taman Negara Air Terjun Victoria yang khas untuk penyelidikan haiwan liar.

3.  Taman Negara Matobo (Matobo National Park)

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [booking]
Taman Negara Matobo adalah taman rizab yang terletak di selatan Bulawayo. Ramai yang mengatakan bahawa taman negara ini mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana berbentuk seperti salib.  Mengikut kepercayaan ramai, tempat menarik di Zimbabwe ini juga telah menjadi tempat perlindungan bagi manusia selama beribu-ribu tahun dahulu. 

Sekarang, taman ini adalah peninggalan sisa-sisa sejarah lampau seperti di Gua Nswatugi.  Terdapat juga tarikan haiwan liar seperti harimau bintang, antelop, babun dan sebagainya yang terletak di kawasan Hove Wild.

4.  Bulawayo

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [nyuchisafaris]
Bulawayo merupakan salah satu tempat di Zimbabwe yang sama seakan-akan bandar New Orleans. Tempat menarik di Zimbabwe ini mempunyai latar belakang panorama yang berwarna-warni yang menenangkan gaya ala-ala Victorian regal. Di sini terdapat pokok-pokok yang menghiasi jalan dan rumah-rumah awam yang sememangnya cukup indah boleh anda lihat.

Bulawayo juga merupakan hab perindustrian dan ekonomi yang terkenal dengan kilang-kilangnya. Terdapat banyak landasan keretapi yang dibina di sini.  Dengan panoramanya yang hijau dan berbunga serta dihiasi dengan pokok palma, Pekan Bulawayo ini adalah tempat yang amat indah.

Bulawayo bukan hanya memiliki bangunan kerajaan yang elegan, ianya juga merupakan pusat membeli-belah. Nak pengembaraan yang lagi hebat, anda boleh merancang lawatan seterusnya ke taman-taman negara yang terletak di barat daya Bulawayo.

5.  Taman Negara Hwange (Hwange National Park)

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [touchthemoon]
Tempat menarik di Zimbabwe seterusnya ini adalah Taman Negara Hwange yang merupakan tarikan eko-pelancongan utama di negara ini. Keluasan taman ini adalah hampir 15,000 kilometer persegi.  Ia sering menarik perhatian para pelancong yang melalui bahagian selatan Afrika ini.

Dalam sempadannya terdapat hutan Kalahari.  Hutan ini merupakan dataran rumput yang sering menjadi lokasi bagi singa. Selain daripada raja haiwan, para pengunjung juga boleh melihat dubuk, anjing liar, cheetah, antelop dan sebagainya. Bagi anda yang gemarkan gaya pengembaraan Safari, inilah lokasi yang patut dikunjungi oleh anda.

6.  Taman Negara Nyanga (Nyanga National Park)

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [bradtguides]
Terletak di puncak Zimbabwe yang lebih daripada 1,800 meter di atas paras laut, taman negara ini sememangnya salah satu tarikan yang pasti dilawati oleh para pelancong yang hadir ke Zimbabwe. Panorama yang indah di taman ini terbentuk oleh bukit-bukit batu dolomit yang besar dan tersusun dengan sangat menakjubkan.

Tempat menarik di Zimbabwe ini juga merupakan salah sebuah habitat bagi haiwan liar seperti monyet Samango. Monyet ini hanya dapat ditemui di kawasan ini sahaja. Anda juga akan dapat melihat singa dan cheetah di kawasan ini.

7.  Masvingo

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [britannica]
Masvingo adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada ibu kota Zimbabwe. Terdapat runtuhan yang berusia 700 tahun di sini yang menyimpan pelbagai cerita-cerita lama rakyat kaum Shona. Anda boleh bersiar-siar dan bersantai sambil menikmati perjalanan yang segar.

8.  Mutare

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [flickr]
Mutare merupakan lembah di pinggir timur Zimbabwe. Di sekelilingnya, anda akan dapat melihat Gunung Bvumba. Mutare adalah antara kawasan tamadun di hutan liar selatan Afrika yang dikategorikan sebagai salah satu tempat menarik di Zimbabwe.

Kini, tempat percutian ini telah berkembang pesat dengan terdapatnya rumah tumpangan dan asrama murah untuk para pelancong. Mutare merupakan tempat persinggahan yang menarik untuk para pendaki bukit yang gemarkan aktiviti pendakian di sini.

9.  Chinhoyi

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [tingu.africa]
Chinhoyi merupakan sebuah lokasi yang terletak di jalan persimpangan kecil pada jalan utama barat dari Harare ke Lusaka merentasi sempadan di Zambia. Ia terletak di antara rabung Mashonaland Barat.  Untuk pengetahuan anda, Chinhoyi merupakan tempat rehat yang menenangkan. Antara prasarana yang terdapat di tempat menarik di Zimbabwe ini adalah bank, hospital dan pusat membeli belah.

Chinhoyi juga amat terkenal dengan guanya. Gua itu dikenali dengan nama Gua Chinhoyi. Antara tarikan yang terdapat di gua ini adalah ianya mempunyai air yang sejuk, sering menjadi tumpuan bagi para pencinta aktiviti selaman. Pemandangannya juga indah iaitu berwarna baby blue yang amat cantik sekali.

10.  Tasik Taman Negara Mutirikwi (Lake Mutirikwi National Park)

tempat menarik di zimbabwe
Imej via [ttnotes]
Tasik Taman Negara Mutirikwi adalah salah satu kawasan yang paling terkenal di luar negara untuk aktiviti rekreasi. Ia terletak di Beza Range di selatan Zimbabwe.

Tasik ini terjadi selepas pembinaan sebuah empangan pada tahun 1960. Di sini juga terdapat juga hidupan liar seperti kerbau dan burung unta. Jangan lupa, tempat menarik di Zimbabwe ini juga amat sesuai untuk aktiviti memancing ikan.

Itulah dia 10 tempat menarik di Zimbabwe yang indah dan menakjubkan boleh kita kunjungi.  Jom baca juga tempat menarik di Zurich, tempat menarik di Zagreb, tempat menarik di Zamboanga dan tempat menarik di Zhangjiajie.

Rujukan

  1. bigworldsmallpockets
  2. tripadvisor
  3. thecrazytourist

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *