15 Tempat Menarik Di Zamboanga Sesuai Dikunjungi Ramai
Zamboanga adalah sebuah kota yang berada di sebelah selatan Filipina yang terletak di kawasan Mindanao. Tahukah anda, Ibu kota Zamboanga adalah Pagadian City yang agak terkenal? Mungkin anda belum pernah ke sini, namun percayalah, Zamboanga kaya dengan tempat lawatan yang sangat sesuai dikunjungi ramai. Jom lihat 15 tempat menarik di Zamboanga destinasi percutian yang menyeronokkan!
1. Fort Pilar
Tempat menarik di Zamboangan ini merupakan sebuah gereja cantik dan unik dimana kawasan ini penuh dengan burung. Anda bukan sahaja boleh melawat, bersiar-siar, berdoa di sini, tetapi juga boleh membeli makanan atau biji-bijian untuk memberi burung makan. Menarik bukan?2. Zamboanga City Hall
Zamboanga City Hall adalah sebuah bangunan bersejarah yang klasik. Terdapat lampu-lampu, lantai kayu serta hasil seni yang menakjubkan sesuai untuk anda bergambar di sini. Tempat menarik di Zamboanga ini adalah sebuah bangunan tua yang menghadap ke kota Zamboanga. Berkunjung ke sini adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk anda mengenali tempat ini.3. Plaza Pershing
Tempat menarik di Zamboanga ini merupakan sebuah taman terbuka yang berada di tengah kota. Anda boleh bersiar-siar di kawasan ini dan membeli-belah. Pelancong juga boleh mendengar muzik sambil berhibur di sini. Jika berada di Zamboanga, jangan lupa singgah ke Plaza pershing sebagai destinasi percutian anda.4. Limpapa Bridge
Jambatan yang dikenali ramai ini sering dijadikan port bagi menyaksikan pemandangan terbenamnya matahari dan sungai yang indah. Ia menghubungkan Zamboanga dengan bandar Zambo Del Norte di tengahnya. Tempat menarik di Zamboanga ini sebenarnya adalah kawasan sumber sejarah yang menjadi perkongsian bagi semua penduduk pribumi di sini.5. Rio Hondo
Rio Hondo adalah kawasan bersejarah yang dikategorikan sebagai destinasi percutian yang boleh anda kunjungi. Umumnya, ia adalah kawasan pengepungan bagi Zamboanga suatu masa dahulu, sekarang ia dibuka untuk lawatan. Walaupun bimbang akan keselamatan sepanjang berada di sini, ia tetap merupakan tempat percutian boleh anda kunjungi.
6. Metropolitan Cathedral of Immaculate Conception
Metropolitan Cathedral of Immaculate Conception adalah sebuah tempat menarik di Zamboanga sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan. Ia adalah katedral yang besar dan cantik serta mempunyai lift. Sungguh moden kan? Selain itu, terdapat banyak kemudahan untuk beribadah dan beristirehat di katedral tengah kota ini.7. Pasonanca Park
Zamboanga juga tidak kurang memiliki tempat rekreasi indah dan semulajadi. Antaranya adalah Pasonanca Park yang membolehkan anda berjalan-jalan di sini serta menikmati pemandangan kehijauannya. Terdapat rumah pondok di pokok-pokok sesuai untuk anda berehat dan tidur, serta restoran kecil berdekatan kawasan ini. Anda boleh juga berkunjung ke Taman Burung, Tree House, Butterfly Park, Lobregat dan lain-lain lagi.8. Yubenco Star Mall
Jika ingin membeli-belah, Yubenco Star Mall sesuai untuk anda kunjungi di Zamboanga. Tempat menarik di Zamboanga ini terletak di Lebuhraya Maria Clara L. Yubenco dan merupakan kompleks beli-belah. Ia terdiri daripada pasar basah, restoran-bar 5-bintang dan pusat membeli-belah utama. Bangunan yang sebahagian dari kompleks pula adalah Bank PCI, Western Union dan Jollibee yang terletak di luar pusat.
9. Paseo Del Mar
Paseo Del Mar mempunyai pelbagai barangan cenderamata, makanan dan minuman yang boleh anda dapatkan. Singgah ke tempat menarik di Zamboanga ini untuk menikmati pemandangan lautan dan beristirehat adalah idea yang sangat menarik! pelancong tempatan dan luar negara juga sering berkunjung ke sini.
10. Southway Square
Tempat menarik di Zamboangan berkonsepkan kompleks beli-belah ini sering menjadi tumpuan ramai. Anda boleh dapatkan pelbagai barang menarik seperti pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, gadjet, makanan dan banyak lagi di sini. Parking juga mudah didapatkan.11. National Museum Zamboanga
Muzium Negara Zamboanga ini terletak dalam kawasan Fort Pilar. Anda boleh melihat pemandangan dan keindahan sejarah seperti tembok yang dibina sejak zaman era Sepanyol lagi. Pameran dan koleksi sejarah juga boleh dilihat di sini seperti vintas berwarna-warni, barang-barang peralatan rumah dan pakaian dari suku-suku yang berbeza di Zamboanga, barang penting rumah puak kecil miniatur dan banyak lagi.
12. Great Santa Cruz Island
Great Santa Cruz Island adalah kawasan pantai yang agak terkenal di Zamboanga kerana pasirnya berwarna pink. Bukan sahaja pasirnya cantik, tetapi lautnya juga amat jernih sehingga membolehkan anda melihat hidupan laut seperti ikan dan coral. Menarik sungguh untuk diterokai. Jika cuaca elok, memang patut anda berkunjung ke sini.13. Zamboanga Ferry Port
Jom rasai suasana menaiki feri di Port Feri Zamboanga. Anda boleh melihat pemandangan di tengah lautan serta matahari terbenam di sini. Tak mungkin dapat lakukan di mana-mana, inilah peluang anda untuk bersiar-siar sambil menaiki feri di Zamboanga.14. Zamboanga Mindpro Citimall
SM City Mindpro Zamboanga adalah pusat membeli-belah di Zamboanga City, serta pusat membeli-belah terbesar ke-4 di Semenanjung Zamboanga, Filipina. Tempat menarik di Zamboanga yang terletak di La Purisima St., Zamboanga City ini merupakan SM Supermall pertama di Semenanjung Zamboanga. Selain membeli-belah, anda boleh menonton wayang di sini.
15. Butterfly Garden
Terletak di Jardin Maria Clara Lobregat di Taman Pasonanca, Taman Rama-Rama Zamboanga ini sesuai dikunjungi ramai untuk bercuti. Anda boleh melihat pelbagai jenis rama-rama dan bunga-bunga yang cantik di sini. Anak pasti suka akan kawasan rekreasi yang indah ini.
Itulah dia 15 tempat menarik di Zamboanga sesuai dikunjungi ramai bagi destinasi percutian. Menarik bukan? Jom baca juga tempat menarik di Yaman, tempat menarik di Yiwu, tempat menarik di Yunnan China dan tempat menarik di Zurich.