13 Tempat Menarik Di Yunnan China Mempersonakan Pelancong!
Sebuah bandar yang terletak dibahagian selatan China dan bersempadan dengan Laos, Burma dan Vietnam ini adalah Yunnan. Yunnan China adalah sebuah kawasan yang sarat dengan pelbagai budaya, etnik dan keindahannya yang tersendiri.
Sehingga tempat ini juga layak menjadi salah sebuah destinasi percutian pelancong di negara China. Terdapat banyak tempat menarik di Yunnan China yang boleh anda kunjungi. Jom lihat satu per satu!
1. Yunnan stone forest
Tempat menarik di Yunnan China yang sangat unik adalah Yunnan stone forest dimana ia juga dikenali sebagai Shilin. Kawasan ini berada kira-kira 78 kilometer dari Kunming dan telah wujud sejak 200 juta tahun dahulu mengikut kata-kata penduduk. Tahukah anda, ia juga dikenali dengan gelaran ”first wonder under the sun”?Kawasan Yunnan Stone Forest ini penuh dengan bukit dan batu yang perlukan anda sedikit mendaki. Oleh itu, pastikan anda memakai kasut bertutup atau yang bersesuaian. Anda juga boleh menikmati pemandangan indah dan udara segar di sini.
Terdapat juga batu berbentuk seperti seorang wanita menggalas bakul dibelakang dimana batu itu menjadi sebuah tugu bagi memperingati Ashima. Kebanyakan orang China juga akan ke sini untuk mencium batu-batu di sini kerana kepercayaan mereka yang mengatakan ia dapat memanjangkan umur.
2. Jiu Xiang Scenic Region
Jiu Xiang Scenic Region adalah tempat menarik di Yunnan China yang sangat indah dan bewarna-warni, pastinya menjadi kesukaan ramai anak-anak dan para wanita. Untuk pengetahuan anda, Jiu Xiang dikenali dengan nama “ Home of Karst Cave” ini adalah gua batu kapur yang dikatakan wujud sejak 600 tahun dahulu lagi. Lama sungguh kan?
Terdapat air terjun di dalam gua, batu-batu stalaktik dan stalakmit yang cantik, cahaya neon bewarna-warni serta pemandangan yang sangat menakjubkan di sini. Di sini juga, anda boleh menaiki Cable Lift ala-ala cable car. Ianya amat menyeronokkan.
3. Baishui River
Ramai tidak tahu bahawa Baishui River ini bermula dari pencairan ais gunung salji yang menyelusuri ke sungai ini. Kecantikan dan keindahan tempat menarik di Yunnan China ini tampak amat jelas, tenang dan segar. Anda harus ke sini untuk bercuti kerana tiada tempat yang seindah ini di dunia.4. Shuncheng Street Mosque
5. Jade Dragon Snow Mountain
Seterusnya, anda boleh kunjungi Jade Dragon Snow Mountain yang turut merupakan tempat menarik di Yunnan China. Ia merupakan sebuah gunung salji yang membolehkan anda bermain salji, menaiki kereta kabel dan lain-lain lagi. Namun begitu, anda tak perlu mendaki gunung ini kerana terdapat sebuah bas shuttle yang akan membawa anda ke stesen kereta kabel tersebut. Ianya berada kira-kira di ketinggian 3356 meter.6. Impression Lijiang
Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Jade Dragon Snow Mountain ini cukup menghiburkan. Anda boleh menyaksikan persembahan berkaitan kehidupan kaum etnik di Yunnan yang berdurasi selama satu jam setengah ini. Hampir 400 orang penari serta para pelakon dengan pakaian tradisional kaum mereka yang membuat persembahan bersama kuda dan drum pastinya membuatkan anda tersenyum.7. Jinma Biji Square
8. Dongchuan Red Land
9. Lijiang Old Town
Lijiang Old Town mempunyai tarikan yang tersendiri dalam kalangan pelancong. Selain merupakan tapak warisan dunia UNESCO, ia adalah tempat menarik di Yunnan China yang penuh dengan bangunan klasik dan landskap gabungan kaum Nexi dan Han. Sudah pastinya, tempat menarik di bandar ini amat indah.Anda boleh menikmati makanan halal di kedai makan berdekatan, mengunjungi kedai cendrahati, membeli belah dan membeli kopi dari Yunnan China. Dengar kata, aroma kopi Yunnan ini sangat sedap sekali, pekat tetapi tidak pahit.