12 Tempat Menarik di Yan Kedah Berkonsep Semulajadi. Banyaknya Air Terjun Dan Kampung Cantik!
Daerah Yan adalah sebuah daerah yang merupakan perbandaran terkecil di Kedah. Daerah Yan ini bersempadan dengan Daerah Kota Setar, Daerah Pendang serta Daerah Kuala Muda. Di sepanjang Pantai Selat Melaka, ia merupakan Daerah Yan.
Bandar ‘Yan Besar’ adalah bandar pentadbiran daerah Yan yang lengkap dengan kemudahan pentadbiran seperti stesen polis, mahkamah majistret, pejabat daerah dan tanah serta banyak lagi. Tahukah anda, Bandar Yan juga terkenal dengan Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Kedah setinggi 1242 meter. Pengunjung boleh mendaki ke puncak Gunung Jerai melalui Titi Hayun yang amat menarik.Jambatan Pulau Bunting adalah jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting ke daerah Yan dan merupakan satu-satunya jambatan yang menghubungkan sebuah pulau di Kedah. Nampak macam menarik kan Daerah Yan ini, jom kita ketahui tempat menarik di Yan Kedah sesuai untuk destinasi anda sekeluarga.
1. Air Terjun Titi Hayun
Air Terjun Titi Hayun merupakan kawasan air terjun yang menjadi lokasi perkelahan dan tempat mandi-manda yang sangat popular di daerah Yan. Sudah pasti ia merupakan tempat menarik di Yan Kedah. Air terjun ini terletak 40 Kilometer dari Alor Setar dan 3 Kilometer dari Pekan Yan. Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Yan, Kedah jangan lupa senaraikan Hutan Lipur Titi Hayun ini ke dalam senarai destinasi percutian anda.Antara prasarana yang disediakan untuk para pengunjung yang datang ialah tempat parking kenderaan, chalet, gerai makanan, surau, tandas, dewan dan sebagainya. Disini juga terdapat denai hutan dan air terjun yang pasti menarik untuk anda. Suasananya amat segar sekali.
2. Jambatan Pulau Bunting
Jambatan Pulau Bunting juga merupakan tempat yang menarik di Yan Kedah. Walaupun tempat ini dikatakan tempat projek terbengkalai namun ia merupakan tempat yang indah untuk anda sekadar mencuci mata melihat permandangan di sini. Jambatan Pulau Bunting ini juga merupakan tempat para kaki pancing memancing ikan dan mendapatkan ilham.Bagi anda yang sememangnya kaki pancing, bolehlah memancing di sini. Terdapat pelbagai jenis ikan seperti jenahak, pari, alu-alu, senangin dan pelbagai lagi. Jika nasib anda baik, anda boleh melihat gelagat-gelagat ikan dolphin yang bermain-main di kawasan pulau ini. Menarikkan?
Berdekatan jambatan ini, terdapat sebuah pulau yang diberi nama Pulau Bunting kerana jika anda melihatnya dari Gunung Jerai, bentuknya seakan-akan perempuan bunting (mengandung). Dengar khabarnya, pulau ini tiada penghuni pada masa sekarang tetapi pada zaman dahulu, orang-orang tua di sini pernah mengatakan bahawa ada beberapa buah keluarga yang tinggal di pulau tersebut.
3. Pantai Murni
Pantai Murni terletak lebih kurang 500 meter dari Pekan Yan dan ia dihubungkan dengan jalanraya yang selesa untuk para pengunjung. Anda boleh merasai suasana pantai di tempat menarik di Yan Kedah ini amat mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan insfratruktur yang selesa untuk para pengunjung.Antara infrastruktur atau kemudahan disediakan adalah seperti gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang lengkap dan menarik. Pengunjung juga dapat menikmati panorama pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Bunting dan Pulau Songsang serta pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja.
4. Ladang Nipah Ismail Che Kar
Ladang Nipah Ismail Che Kar juga merupakan tempat menarik di Yan Kedah bagi para penggemar minuman nira nipah. Ladang Nipah Ismail Che Kar ini terletak di Jalan Kuala Sedaka. Minuman nira nipah di sini sangat segar kerana ia dihasilkan daripada nipah di ladang ini. Harga nira nipah ini tidaklah mahal, hanya RM10 sahaja untuk satu jag besar.Pasti anda yang berasal dari Kelantan berpendapat bahawa air ini seperti air tuak nipah sahaja kan? Memang betul, tetapi jika di Kedah, ia dipanggil nira nipah. Selepas ini jika ada yang cuba bandingkan antara tuak dan nira, sebenarnya ia adalah benda yang sama. Cuma panggilannya saja berbeza.
5. Air Terjun Seri Perigi
Air Terjun Seri Perigi ini sama sahaja dengan Air Terjun Titi Hayun, cuma ia merupakan air terjun tertinggi di Kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter. Jaraknya hanya 5 Kilometer dari Pekan Yan. Ramai yang suka singgah di sini untuk bergambar dan menikmati keindahan alam semulajadi.Sekiranya anda meminati aktiviti yang lasak dan mencabar, saya syorkan anda datang ke sini kerana bentuk batunya yang bertingkat-tingkat amat sesuai untuk anda berinteraksi dan terokai. Disamping itu, permandangan yang hijau di sekitara air terjun ini amat menenangkan jiwa.
6. Pantai Tanjung Jaga
Terdapat satu lagi tarikan tempat yang menarik di Yan Kedah iaitu Pantai Tanjung Jaga. Pantai ini turut menjadi pilihan ramai walaupun ia tidak sepopular Pantai Murni. Pantai Tanjung Jaga ini terletak kira-kira 3 Kilometer dari Pekan Yan.Pantai Tanjung Jaga ini turut dikenali dengan nama Teluk Air bagi penduduk setempat. Anda boleh berkelah dan memancing dek kerana tempat ini amat sesuai untuk aktiviti tersebut. Oleh sebab keadaan Pantai Tanjung Jaga ini terletak di bawah tebing, anda harus meletak kenderaan anda sedikit jauh di bahu jalan pantai ini.
7. Pulau Songsong
Pulau Songsong juga merupakan satu lagi pulau yang tidak berpenghuni dan tiada sebarang penginapan atau kemudahan yang disediakan di sini tetapi ia tetap merupakan tempat yang menarik di Yan Kedah. Sekiranya anda ingin berkhemah di sini, anda perlu pastikan semua bekalan anda lengkap dan mencukupi kerana kawasan ini agak kosong tanpa sebarang kemudahan dan infrastruktur.Walaupun begitu, agak seronok jika anda datang bersama keluarga ataupun rakan-rakan untuk meluangkan masa di sini kerana alam sekitarnya terpelihara dengan baik dan amat bersih. Kawasan pantai yang luas di pulau ini turut ditumbuhi dengan pokok-pokok kelapa, belukar kecil dan bunga yang menghiasi landskap Pulau Sonsong yang indah ini.
Latar belakang pulau ini pula adalah kawasan hutan yang mekar dengan pokok-pokok yang menghijau. Siapa yang melihatnya pasti akan terpesona dengan keindahan flora dan fauna ini. Untuk anda yang ingin menjejakkan kaki ke Pulau Songsong, terdapat beberapa buah jeti yang menyediakan bot iaitu dari Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang dan Jeti Tanjung Dawai.Perjalanan ke pulau ini tidaklah terlalu lama, ia hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Sempat lagi untuk anda sekeluarga menikmati deru angin laut yang segar sepanjang perjalanan ke pulau yang indah ini. Oleh itu, jika anda berkunjung ke Yan Kedah, jangan lupa untuk datang ke Pulau Songsong ini.
8. Gunung Jerai
Gunung Jerai, gunung yang cukup indah ini merupakan satu lagi destinasi yang merupakan tempat menarik di Yan yang menjadi buruan ramai pendaki terutamanya. Anda haruslah berhati-hati semasa memandu mendaki gunung ini kerana jalannya agak sempit dan sukar.Setibanya anda di Taman Rimba yang terletak di atas Gunung Jerai ini, anda akan dapat melihat banyak orkid yang tumbuh di sekitar yang sangat unik dan cantik-cantik dikumpulkan dari kawasan hutan lain. Tidak semestinya mendaki, dari sini juga anda dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan iaitu kawasan yang lebih rendah seperti perkampungan, sawah padi dan laut biru seluas pemandangan.
Jangan lepaskan peluang melihat keindahan matahari terbenam dari gunung ini yang pasti akan membuatkan anda terpesona, rugi tau tak datang ke Gunung Jerai ini.
9. Air Terjun Batu Hampar
Air Terjun Batu Hampar ini agak kurang dikunjungi berbanding dengan Air Terjun Titi Hayun, bukan kerana ia kurang menarik, tetapi sebab ia terletak lebih jauh di dalam hutan di bahagian kaki gunung. Sungguhpun kawasan geografinya begitu, jika anda dapat sampai ke kawasan air terjun ini sememangnya ia tetap menarik.Tahukah anda kenapa ianya menarik? Ibarat tinggal di pulau peribadilah gayanya kalau anda dapat menjejakkan kaki di sini. Dengan suasana sunyi dan tenang tanpa gangguan. Lebih seronok lagi jika anda mempunyai stamina yang tinggi, anda boleh turut serta beriadah di kawasan ini.
10. Air Terjun Puteri Mandi
Terdapat satu lagi air terjun yang indah dan merupakan tempat menarik di Yan kedah iaitu Air Terjun Puteri Mandi. Jika Air Terjun Titi Hayun ataupun Air Terjun Seri Perigi tidak memuaskan hati anda, anda boleh pergi ke Air Terjun Putri Mandi yang pastinya memuaskan anda.Walau bagaimanapun untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung perlu mendaki sejauh 3 Kilometer dan mengambil masa anggaran 40 minit mengikut laluan yang bermula di Titi Hayun yang jauh. Trek ini sangat mencabar dan sangat sesuai bagi pengemar aktiviti lasak dan ia akan menguji kekuatan mental, fizikal serta stamina anda.
Air Terjun Putri Mandi terletak di kaki Gunung Jerai adalah antara air terjun yang menawarkan pemandangan yang cukup cantik. Lokasinya sering dijadikan kawasan jungle trekking dan lokasi riadah yang cukup popular dalam kalangan penduduk setempat tak kiralah mereka yang datang dari jauh ataupun dekat.
11. Kampung Setar, Yan
Kampung Setar, Yan Kedah ini adalah sebuah kawasan perkampungan yang menawarkan aktiviti menarik untuk anda sekeluarga. Sekiranya anda merindui suasana kampung, pasti anda amat tenang bercuti di sini. Anda boleh ke dusun buah-buahan dalam kampung ini untuk melihat suasana sebenar dusun dan bermandi-manda di air terjun berdekatan.
12. Kampung Singkir Laut, Yan
Kampung Singkir Laut yang merupakan tempat menarik di Yan Kedah ini pula bakal membuatkan kaki pancing geram! Mana tidaknya, di sini terdapat kolam udang untuk anda intai. Mana tahu, dapat udang pula kali ini. Oh ya, anda juga boleh merasai keenakan nira nipah di kampung ini. Seandainya anda pengemar aktiviti lasak, cubalah mendaki di air terjun yang indah ini. Penat lelah anda tidak akan terasa apabila anda disajikan dengan pemandangan air terjun yang cukup memukau dan mempersonakan. Terdapat pelbagai tempat menarik di Yan Kedah yang boleh anda lawati bersama keluarga.Selain Yan Kedah, anda juga boleh berkunjung ke tempat menarik di Sungai Petani dan tempat menarik di Teluk Batik.