14 Tempat Menarik di Vung Tau Terbaik Dan Penuh Kebudayaan
Jom baca tempat menarik di Vung Tau.
Vung Tau merupakan sebuah bandar pelabuhan serta ibukota bagi wilayah Bà Rịa-Vũng Tàu, yang terletak di semenanjung selatan Vietnam. Dahulunya ianya merupakan sebuah bandar pemerintahan Perancis dan pada masa kini, bandar ini merupakan sebuah resort tepi laut yang popular.
Vung Tau yang terletak di Vietnam ini juga biasanya menarik ramai pelawat dari Ho Chi Minh City, yang datang dengan hydrofoil. Ia menjadi destinasi pilihan bagi para pelancong untuk menghilangkan tekanan kerja seharian kerana suasana serta panoramanya agak cantik.
Selain pantainya yang indah serta hidangannya lazat, Vung Tau juga mempunyai banyak tarikan menarik untuk anda terokai terutamanya tempat yang penuh dengan kebudayaan masyarakatnya. Menarik lagi, Vung Tau juga terkenal dengan pelbagai tempat pelancongan yang bersejarah dan menyeronokkan untuk dikunjungi ramai. Mari kita ketahui antara tempat menarik di Vung Tau yang pasti menjadi pilihan para pelancong.
1. Patung Jesus Christ
Patung Jesus Chist dikenali juga dengan nama patung Kito atau patung Jesus yang mendepakan tangannya. Ia adalah sebuah patung berdiri di atas gunung kecil di bandar Vung Tau. Patung ini dibina pada 1984 dengan saiz ketinggian 32 meter. Panjang lengannya pula adalah 18.3 meter, berdiri di atas platform 170 meter tinggi dan menghadap ke laut.
Di dalam patung ini terdapat 133 anak tangga untuk naik ke atas lengan patung ini. Patung ini boleh dianggap sama dengan salah satu patung yang terdapat di bandar Rio de Janeiro, Brazil. Menariknya di sini, anda boleh melihat seluruh panorama berhampiran gunung ini di atas patung Jesus Christ ini.
Pelancong amat teruja untuk naik ke tempat menarik di Vung Tau ini. Apa kata, kali ini anda juga berkunjung dan bercuti di sini!
2. Monumen Thang Tam
Di dalam monumen Thang Tam yang terletak di Jalan Hoang Hoa Tham ini terdapat Ngoi Tien Hien dan Lang Ong Nam Hai yang merupakan Makam Royal Ong Nam Hai. Selain itu, terdapat juga Mieu Ba Ngu Hanh (kuil Ba Ngu Hanh), Mieu Ba (kuil Ba) yang terletak di sebuah pulau kecil yang mengarah ke arah laut.
Perayaan Nghinh Ong Thang Nam di Vung Tau dianggap sebagai salah satu ciri pelancongan rohani di Ba Ria, Vung Tau, yang merupakan tarikan bagi para pelancong yang hadir, terutamanya para pelawat dari negara-negara asing. Anda juga boleh melawat ke tempat menarik di Vung Tau ini.
3. Pagoda Thich Ca Phat Dai (Platform Shakyamuni Buddha)
Terdapat pagoda besar yang dikenali dengan nama Thich Ca Phat Dai terletak di lereng gunung di bandar Vung Tau. Tempat menarik di Vung Tau ini merupakan salah satu tempat menarik untuk anda kunjungi. Keindahan pagoda ini adalah kombinasi antara seni bina agama serta gabungan landskap semulajadi yang sangat memukau.
Lokasi yang luar biasa di pagoda ini adalah menara Bat Giac yang berukuran 19 meter dan patung Buddha Shingyamuni yang bermeditasi bersama ukiran teratai yang dibina di tengah-tengah gunung yang boleh dilihat oleh pengunjung dari jauh. Anda boleh bergambar dan menikmati pemandangan sekitar kawasan ini serta patung yang menjadi kebudayaan masyarakat di sini.
4. Bach Dinh (Istana Putih)
Pada tahun 1898, Gabenor Jeneral Indochina Perancis, Paul Domer telah membina Bach Dich atau dalam bahasa Perancis disebut Villa Blanche. Bach Dinh adalah struktur seni bina Rom yang mempunyai 3 lantai dengan ketinggian 19 meter dan dibelakangnya dihiasi dengan keindahan panorama gunung Big. Di sini, terdapat 19 meriam yang masih dipelihara sehingga ke hari ini.
5. Quan The Am Bo Tat pagoda (Pagoda Avalokitesvara Bodhisattva)
Pagoda Quan The Am Bo Tat merupakan pagoda kecil dengan patung Bodhisattva Avalokitesvara yang berwarna putih berukuran 19 meter yang mengujakan anda. Ia menghadap ke laut dengan tangan memegang botol Cam Lo dan wajahnya yang tenang. Patung Avalokitesvara Bodhisattva ini merupakan tarikan para pelancong yang sering hadir ke Vung Tau. Jika anda mahu melihat patung ini, tempat menarik di Vung Tau ini terletak 500 meter daripada pantai Strawberry.
6. Rumah Api Vung Tau
Tujuan utama rumah api Vung Tau dibina adalah untuk membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan Ba Ria, Vung Tau pada waktu malam. Jalan untuk menuju ke rumah api Vung Tau sangat indah, dengan satu sisi adalah gunung, dan satu sisi yang lain adalah laut. Oleh itu, anda boleh berjalan-jalan di sepanjang pergunungan, menghirup udara yang segar serta menikmati pemandangan yang indah sambil melihat keindahan rumah api ini.
Selain itu, tempat menarik di Vung Tau ini juga merupakan tempat yang indah dan romantis untuk anda serta pasangan anda untuk mengambil gambar untuk dijadikan kenangan indah. Jadi bila anda datang ke Vung Tau jangan lupa datang ke rumah api ini tau.
7. Muzium Senjata Antik
Muzium senjata antik Vung Tau ataupun dikenali juga dengan Muzium Senjata Seluruh Dunia ini dibuka oleh Robert Taylor dan isterinya Nguyen Thi Bong. Menurut para pelawat yang hadir, muzium ini adalah salah satu muzium paling menarik di Vietnam.
Dari awal tahun 2012, tempat menarik di Vung Tau ini mempamerkan 500 patung dengan saiz orang yang mengenakan pakaian seragam yang cantik, mewakili imej pahlawan di seluruh dunia dalam tempoh yang berbeza.
Di sini juga, terdapat lebih daripada 1,200 senjata, 1,000 pedang kuno dengan sejarah dan kisah lagendanya. Di samping itu, terdapat koleksi yang sangat jarang ditemui seperti senjata antik Belanda yang terdapat hanya 2 laras di dunia. Muzium ini amat cantik dan kemas susunan dekorasinya.
8. Niet Ban Tinh Xa pagoda (Biara Nirvana)
Pagoda Niet Ban Tinh Xa adalah salah satu pagoda yang paling indah di Vung Tau dengan seni bina moden. Pagoda Niet Ban Tinh Xa juga dikenali sebagai pagoda “Buddha yang sedang tidur” .
Tempat menarik di Vung Tau ini dibina di lereng gunung kecil dan menghadap ke arah laut. Pagoda tersebut dibina pada tahun 1969 dan dirasmikan pada tahun 1974 dengan wang sumbangan daripada sesama para buddha. Kini, ia dijadikan sebagai tempat pelancongan yang boleh anda singgah untuk menikmati suasana biara ini.
9. Epigrafi Linh Son (Pagoda Linh Son Co Tu)
Walaupun tidak besar, Epigrafi Linh Son merupakan pagoda tertua di Vung Tau. Di tempat suci ini, terdapat patung batu Buddha berukuran 1.2 meter tinggi yang dipahat dengan teliti.
Pemahat patung ini telah menciptakan wajah patung ini dengan perasaan penuh belas kasihan dan mendamaikan. Walaupun beragama Islam, anda akan mendapat pengalaman yang menakjubkan dengan melihat kesenian dan sejarah pagoda ini.
10. Rumah Besar Long Son (Kuil Ong Tran)
Rumah Besar Long Son yang juga dikenali sebagai Kuil Ong Tran, adalah sebuah kompleks seni bina dengan gaya seni purba yang diperbuat daripada batu bata dan kayu berkualiti tinggi.
Rumah Besar yang juga merupakan tempat menarik di Vung Tau ini terletak di blok 5 dengan luas kira-kira 2 hektar. Rumah ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon ibadat, zon rumah perayaan dan zon makam Mister Tran.
11. Taman Ho May (Ho May Park)
Terletak di puncak Nui Lon, taman Ho May adalah taman hiburan yang hebat untuk dikunjungi di Vung Tau. Pelancong boleh melihat patung Maitreya di Vung Tau dengan pagoda yang memukau. Selain itu, para pelancong juga boleh melawat zoo yang berada di sini.
Untuk aktiviti dalaman, anda boleh menikmati filem 5D yang menarik atau menonton rancangan Ho May Grand yang hebat. Malahan, anda juga boleh bersenang-lenang di taman air dan spa yang berada di tempat menarik di Vung Tau ini. Jika anda datang ke Vung Tau, Taman Ho May pasti akan menghiburkan anda.
12. Stadium Perlumbaan Anjing Lam Son
Jika anda melawat Vung Tau pada hujung minggu, anda boleh menonton perlumbaan anjing di Stadium Lam Son. Stadium ini merupakan tempat menarik di Vung Tau dan satu-satunya tempat di Vietnam yang menganjurkan perlumbaan anjing. Malahan ianya juga merupakan sekolah perlumbaan anjing terbesar di Asia Tenggara.
Biasanya setiap malam mempunyai terdapat kira-kira 10 hingga 12 perlumbaan anjing di sini. Terdapat umpan arnab yang dipasang di sekitar trek untuk anjing-anjing ini mengejarnya. Jadi jika anda nak menyaksikan perlumbaan anjing, bolehlah datang ke stadium Lam Son jika datang ke Vung Tau.
13. Restoran Ganh Hao
Hidangan tiram, ikan pari panggang yang dihiasi dengan bawang hijau,dan kerang rangup adalah hidangan yang tidak boleh anda lepaskan di restoran Ganh Hao. Di sini, anda bebas memilih bagi menikmati hidangan anda di dalam mahupun di luar restoran. Walaupun harganya boleh dikatakan sedikit mahal, namun rasanya sangat sedap. Restoran Ganh Hao adalah tempat menarik di Vung Tau berkonsepkan tempat makan boleh anda kunjungi.
14. Pantai Ho Tram
Pantai Ho Tram dikenali ramai oleh para pelancong kerana mempunyai pantai yang paling baik berbanding dengan pantai-pantai lain di Vung Tau. Dengan airnya berwarna biru dan pantai berpasir yang cantik, Pantai Ho Tram menarik begitu ramai pengunjung setiap tahun.
Walau bagaimanapun, untuk menikmati percutian yang terbaik di pantai ini, mempunyai tarikan yang tidak dinafikan lagi. Di pantai Ho Tram, tidak lengkap jika anda menghabiskan masa sehari di sini. Anda sekurang kurangnya memerlukan 2 hingga 3 hari untuk menikmati percutian yang indah di pantai ini.
Sekiranya anda dalam perjalanan dari Ho Tram ke Vung Tau, jangan lupa berhenti Long Hai untuk menikmati matahari terbenam yang sememangnya sangat indah. Tempat menarik di Vung Tau ini pasti menyajikan pemandangan yang terbaik untuk anda.
Vung Tau sememangnya dipenuhi dengan tempat-tempat menarik dan indah. Soal makanannya pula, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak gerai makanan yang menyediakan pelbagai makanan, kebanyakannya juga ada yang halal. Jika anda ingin bercuti di Vietnam, kami cadangkan agar anda datang ke Vung Tau.
Jom baca juga tempat menarik di Yangon, tempat menarik di Yala, tempat menarik di Xinjiang dan tempat menarik di Vientiane. Semoga bermanfaat!
Rujukan