10 Tempat Menarik di Taiwan Pilihan Lebih 1 Juta Pengunjung Setiap Tahun!
Republik China atau dikenali sebagai Taiwan merupakan salah satu negara yang mula memerintah Taiwan secara sendirinya pada tahun 1949 atas sebab Perang Saudara Cina yang berlaku di tanah besar ketika itu. Taiwan juga adalah salah satu negara asia yang melestarikan budaya tradisionalnya dan ianya amat unik sekali. Negara yang berada di kepulauan tengah laut lepas bahagian timur ini memiliki sejarah dan budaya yang dipengaruhi oleh Amerika Syarikat, China dan Jepun, terutamanya dalam bidang politik serta seni binanya. Kesenian, tradisi moyang dan budaya Taiwan merangkumi pelbagai aspek berasaskan Asia dan Barat.
Bayangkan setelah anda tiba di Taiwan, anda akan melihat bangunan-bangunan dengan ciri futuristik, kawasan indah yang dihiasi alam semulajadi, kota penuh dengan sentuhan warisan dan keseniaan. Ketahuilah bahawa terdapat beberapa tempat menarik di Taiwan yang wajib anda terokai. Walaupun namanya tidak semegah negara-negara eropah lain yang sering menjadi tarikan pelancong, percayalah ada sebab kenapa anda harus datang ke tempat menarik di Taiwan ini. Jom lihat 10 tempat menarik di Taiwan pilihan pelancong seperti anda!
-
Rainbow village
Untuk pengetahuan anda, karya ini telah menghalang kampung ini daripada terbongkar sekaligus menyelamatkan dan memelihara kampung ini. Kini, ia adalah tarikan pelancong yang popular, penuh kesenian dan menarik minat lebih dari satu juta pengunjung setiap tahun, kebanyakannya dari Asia.
2. Yushan National Park
Taman negara yang dinamakan bersempena maksud puncak tinggi ini tepatnya berada di Gunung Jade, Taiwan. Ia merupakan salah satu daripada sembilan taman negara di Taiwan yang merupakan tempat menarik di Taiwan. Taman yang meliputi sejumlah 103,121 hektar juga dikenali sebagai syurga untuk pejalan kaki dan pendaki. Untuk makluman anda, Yushan adalah salah satu taman negara yang paling indah di Taiwan yang menawarkan pemandangan luar biasa sejauh mana pun mata anda memandang. Oleh kerana kedudukannya yang terpencil, tempat menarik di Taiwan ini masih terjaga flora dan faunanya. Setiap tahun, taman ini pasti menerima lebih 1 juta pengunjung.
3. Taroko National Park
Taman Negara ini pada asalnya ditubuhkan sebagai Taman Negara Tsugitaka-Taroko oleh Gabenor-Jeneral Taiwan pada 12 Disember 1937. Pada ketika itu, Taiwan adalah sebahagian daripada Empayar Jepun. Selepas kekalahan Empayar Jepun dalam Perang Dunia II, Republik China mengambil alih Taiwan dan mengakibatnya kerajaan Taiwan terpaksa memansuhkan taman tersebut pada 15 Ogos 1945. Namun begitu, tidak sampai 28 November 1986, taman itu ditubuhkan semula. Nama Taroko yang rasminya sebagai Truku membawa maksud “manusia”.Kawasan Truku ini meliputi lebih daripada 92,000 hektar di bahagian utara Banjaran Tengah. Paling hebat lagi, tempat menarik di Taiwan ini mempunyai gunung-gunung yang tinggi dan gaung belukar. Puncak menara bagi tanda kawasan Troko National Park ini berada di atas ketinggian 3,000 meter beserta banyak keajaiban semula jadi. Taroko Gorge yang menakjubkan dan keindahan Liwu River boleh anda lihat dengan mudah dari Central Cross-Island Highway. Anda pasti akan teruja setelah berjalan di sepanjang Taroko National Park ini. Selain itu, keindahan alam yang terdapat disini adalah air terjun, jurang Taroko, Sungai Liwu dan semestinya flora dan fauna yang berada disekeliling anda.
4. Wulai
Tempat menarik di Taiwan kali ini terletak di selatan New Taipei City iaitu Wulai. Wulai adalah rumah kepada penduduk Atayal dan terkenal di seluruh Taiwan dengan kolam air panasnya. Oleh itu, Wulai adalah sebuah bandar pelancongan dan ramai orang datang ke sini untuk berendam di kolam air panas selain mempelajari lebih lanjut mengenai budaya asli yang kaya di sini. Pastinya ramai pengunjung juga ingin meneroka alam semulajadi yang nyaman di Wulai.Dengan banyak aktiviti luar yang ditawarkan, anda boleh menerokai hutan, memancing di sungai dan berkhemah di tengah-tengah hutan sambil menikmati pemandangan yang menarik. Pengunjung juga boleh membeli kraf tangan yang dijual dan boleh menikmati beberapa makanan tempatan. Anda juga boleh berendam dan mandi-manda di kolam air panas yang merupakan tempat menarik di Taiwan yang tidak diragukan lagi malah ia dapat merehatkan fizikal dan fikiran anda.
-
Sun Moon Lake
Anda boleh berlayar di tasik, keluar mengambil udara berjalan kaki bersiar-siar mengelilingi tasik, menunggang basikal di bukit-bukit atau bersantai di atas bot menyeberangi perairan yang tenang. Seronoknya dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan. di Sun Moon Lake ini. Tempat menarik di Taiwan ini turut menyediakan kepada anda khidmat kereta kabel untuk anda melawat beberapa kuil besar yang bersejarah.
6. Taipei
Kota yang dianggap kota global ini banyak diadaptasikan warisannya daripada Sepanyol, Belanda dan Jepun. Taipei yang merupakan ibukota bagi Taiwan ini adalah tempat yang hebat untuk anda kunjungi. Terdapat banyak tempat menarik di Taiwan untuk pelawat berkunjung dan melakukan aktiviti di sini. Ia bukan hanya pusat politik dan ekonomi pulau, tetapi terdapat elemen seni dan budaya yang meriah di sini. Taipei ini mencakupi pelbagai tempat pelancongan, tempat makan, pusat membeli-belah dan kawasan peraginan yang tidak mengecewakan buat anda.Jangan ingat hanya ada restoran-restoran yang hebat dan kedai-kedai bandar sekitar kota sibuk ini, bahkan masih banyak lagi tarikan yang ditawarkan seperti Zoo Taipei, Taman Botani dan kuil Hsing Tian Kong yang indah. Taipei 101 adalah bangunan tertinggi di dunia yang terdapat di tempat menarik di Taiwan ini. Untuk melihat kepelbagaian budaya tempatan, saya syorkan kepada anda agar datang ke Pasar Malam Jalan Raohe yang menyeronokkan dan kaya dengan makanan serta mempunyai hiburan yang hebat. Tambahan pula, banyak muzium seperti National Palace Musemu juga membantu anda menyelidik dan mempelajari lebih jauh lagi tentang kekayaan warisan budaya Taiwan. Walaupun anda letih melawati keseluruhan bandar ini, tetapi percayalah ia sangat berbaloi.
-
Alishan National Scenic Mountain Area
Di sepanjang pergunungan pula, anda boleh melihat desa yang sangat indah iaitu Fenqihu. Beruntungnya anda bercuti di tempat menarik di Taiwan ini, ramai pengunjung tak sabar ingin melihat matahari terbit dan matahari terbenam dengan panorama indahnya yang tersendiri, kereta api Jepun yang dibina, laluan mendayung damai dengan pokok-pokok serta pengeluaran teh Taiwan yang terkenal di dunia. Sebaiknya anda tidak melepaskan peluang untuk datang ke tempat menarik di Taiwan ini.
8. Tainan
Ibukota Imperial Taiwan di Bandar Purba ini patut anda kunjungi. Tempat menarik di Taiwan ini mempunyai banyak pemandangan menarik dan mercu tanda budaya bagi para pengunjung untuk menikmati. dan berhibur di sini. Tainan adalah bandar tertua di pulau Taiwan dan juga dikenali sebagai “Capital City”. Sebagai sebuah bandar tertua di Taiwan, banyak pemandangan menarik yang boleh anda jadikan spot untuk anda mengambil gambar dan sudah tentu anda boleh merakam memori indah anda di sini.Salah satu bahagian yang paling popular di bandar ini ialah Daerah Anping, yang merupakan pusat bersejarah Tainan. Ia juga merupakan salah satu ibukota budaya Taiwan di mana ia kaya dengan sumber makanan jalanan tempatan dan masakan tradisional yang terkenal. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke muzium yang hebat, seperti Muzium Chimei dan Koxinga. Amat bebas sekali bercuti di sini, anda juga boleh singgah ke pasar malam yang berdekatan untuk membeli beberapa masakan tempatan. Pada waktu malam pula, kota ini akan disinari dengan lampu berwarna-warni selain suasana menjadi riuh dengan persembahan-persembahan yang disediakan.
9. Kenting National Park
Tempat menarik di Tawai kali ini dianggap sebagai salah satu taman negara tertua di negara Taiwan. Kenting terletak di selatan Taiwan di Semenanjung Hengchun dan merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular. Kenting National Park pastinya menawarkan pemandangan indah buat anda di mana pelawat kebanyakannya datang untuk menikmati pantai dan iklim tropika yang menjadikannya begitu menarik. Salah satu tarikan yang mesti dilihat ialah Eluanbi Lighthouse yang besar beserta menara di sekelilingnya. Taman negara yang menjadi rumah bagi kebanyakkan spesis flora dan fauna ini juga terkenal dalam kalangan pelancong kerana mudah diakses sama ada dengan bas ataupun pesawat. Kenting juga menjadi tuan rumah bagi festival Spring Scream yang menarik ribuan peminat muzik setiap tahun.
-
Kaohsiung
Rujukan: