10 Tempat Menarik Di Sungai Besar Untuk Diterokai
Terdapat beberapa tempat yang menarik di Sungai Besar untuk diterokai oleh pengunjung apabila datang ke Sungai Besar, kami akan menyenaraikan tempat tersebut.
Haji Dorani Homestay
Tempat menarik dan menjadi tarikan pengunjung adalah Haji Dorani Homestay terkenal dengan penduduk dari kalangan orang jawa. Pelbagai aktiviti tradisional dipersembahkan seperti kuda kepang,gamelan, dan kompang jawa. Sekiranya anda melepaskan peluang ini , amat rugi kerana tidak mungkin akan dapat peluang seperti ini masa akan datang.
Selain itu, Haji Dorani Homestay juga menarik diterokai kerana dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi dan suasana kampung mendamaikan serta akan dihidangkan dengan makanan ala ala kampung akan mengubati sedikit rindu pada kampung halaman.
Alamat: No. 3, Pekan Selasa Lama, Sungai Haji Dorani, Selangor, 45300 Sungai Besar, Selangor
Pasar Petang Sungai Haji Dorani
Anda akan menjadi rambang mata apabila datang ke pasar petang sungai Haji Dorani kerana terdapat pelbagai jenis makanan laut dijual seperti ikan , kerang pepahat udang, sotong dan banyak lagi. Pasar Petang Sungai Haji Dorani akan menjadi tarikan penduduk setempat mahupun pelancong luar untuk membeli makanan laut yang amat segar.
Waktu operasi pasar petang ini bermula sekitar 4 petang dan bukan sahaja menjual pelbagai jenis makanan laut, tetapi makanan tradisional seperti kuih-muih barang dapur dan sebagainya turut dijual. Pasti seronok bercuti menikmati makanan yang sedap dan tradisional.
Alamat:Â B53, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
Pasar Jerami Ban Kenal
Pasar Jerami Ban Kenal merupakan satu lokasi menarik untuk terokai apabila datang bercuti ke Sungai Besar Selanggor ini. Selalunya anda melihat padi yang belum diproses ,tetapi apabila datang ke Pasar Jerami ini akan melihat bagaimana prosese padi itu berlaku dan dapat menikmati pemandangan padi yang indah.
Selain itu apa yang best di Pasar Jerami ini apabila tiba musim padi, penduduk akan menghias orang orang untuk diletak di tepi sawah padi, yang bertujuan menghalau burung-burung memakan padi dan berkesempatan mengambil gambar dijadikan kenangan.
Alamat: Jalan Terusan Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor
Nisha Agro Farm
Tempat yang menarik untuk diterokai di Sungai Besar yang seterusnya adalah Nisha Agro Farm. Ladang cendawan tiram putih dan penanaman cendawan tersebut amat berbesar dengan penanaman lain iaitu menggunakan padi jerami dikeringkan dan mengambil masa singkat untuk tumbuh. Selain daripada melihat pemandangan cendawan, anda juga akan mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan. Jadi anda akan bercuti sambil belajar. Seronoknya.
Alamat: Kampung Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor
Kilang Nata de Coco
Bagi peminat manisan mahupun makanan yang manis anda boleh datang ke kilang Nata De Coco untuk melihat bagaimana proses pembuatan manisan kegemaran semua pada waktu kecil dilakukan. Pasti anda semua teruja melihat cara pembuatan makanan kegemaran semasa kecil secara terbuka. Malahan anda juga akan mendapat harga murah dari pasaran sekiranya membeli Nata De Coco di kilang tersebut dan pelbagai perisa ditawarkan seperti laici , mangga epal hijau dan strawberi.
Datang ke Kilang Nata De Coco merupakan salah satu aktiviti menarik untuk diterokai apabila datang ke Sungai Besar, jangan lepaskan peluang ini.
Alamat: Jalan Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
Cendol Atok
Setelah penat berjalan , anda boleh singgah ke kedai Cendol Atok untuk merasai kelazatan cendol yang disediakan dan menjadi salah satu tarikan pengunjung apabila datang ke sini terutamanya ketika musim panas. Sungguh seronok. Kedai cendol atok juga menyediakan menu lain seperti western food bagi pengemar western.
Oleh itu jangan lupa singgah ke kedai cendol atok jika datang ke Sungai Besar, Selanggor untuk menikmati cendol yang sedap dan famous
Alamat: Â Lot 9495 batu 8 1/2 jln besar, Jalan Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
D’Sawah Homestay
Mereka yang ingin bercuti di tepi sawah padi, anda boleh datang ke D’sawah Homestay merupakan satu tempat menarik untuk diterokai oleh anda semua serta sekali gus memberikan pengalaman percutian yang berbeza daripada lain. Keindahan sawah padi yang mengelilingi penginapan anda akan memberikan aura positif dan ketenangan dalam diri masing -masing.
Anda juga dapat melakukan aktiviti seperti bermain layang-layang ,berbasikal, memancing ikan dan melihat aktiviti bersawah. Kesemua aktiviti tersebut akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak dan suasana kampung yang dirindui. Tidak ketinggalan juga anda boleh merasai makan tengah hari bersama kawan atau keluarga di tepi sawah padi. Kenangan yang terindah akan tercipta.
Alamat: Jalan Parit 6½ Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor
MyDesaStay
MyDesaStay merupakan salah satu tempat menarik diterokai di Sungai Besar kerana konsep ditawarkan amat berbeza dan unik daripada penginapan lain. MyDesaStay sebuah penginapan berkonsepkan community tourism. Sebuah penginapan yang menjaminkan ketenangan, kedamaian kepada pengunjung. Jika anda mencari penginapan di Sungai Besar datang lah ke sini untuk merasai keunikan konsep tersebut.
Alamat: Lot 9467, Jalan Haji Karim, 45300 Sungai Besar, Selangor
Restoran Kuala Kurau
Restoran Kuala Kurau amat terkenal di Sungai Besar kerana cucur udang amat sedap disediakan oleh pihak restoran dan menjadi pilihan utama pengujung apabila datang ke sini. Turut disediakan menu lain kepada pelanggan seperti laksa char kuey teow dan sebagainya. Anda harus datang ke restoran ini untuk merasai kelazatan cucur udang tersebut.
Alamat: Sungai Besar, 45400 Sungai Besar, Selangor
Warong Lalapan
Restoran ini menyediakan makanan mengikut citarasa nusantara jawa timur asli , jadi mereka yang ingin merasai bagaimana makanan jawa timur asli anda boleh datang ke warong lalapan di Sungai Besar.
Menu istimewa yang ditawarkan adalah set kambing bakar, set gulai kambing sup bakso dan sambal penyet merupakan menu yang selalu dipesan oleh pengunjung apabila datang ke sini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai menu jawa timur asli jarang ditemui di restoran lain.
Alamat: warung lalapan di dekat, Kampung Sungai Burong, 45300 Sungai Besar, Selangor
Apabila anda sedang bercuti di Sungai Besar, apa kata anda membaca tempat menarik di Melaka dan tempat menarik di Perlis untuk percutian yang seterusnya.
Rujukan
1.12 tempat menarik di Sungai Besar.https://blogmalaysia.com/tempat-menarik-di-sungai-besar/
2. Alami suasana kampung& tempat menarik di Sungai Besar.https://siraplimau.com/tempat-menarik-sungai-besar-suasana-kampung/