Top 9+ Tempat Menarik di Pulau Tinggi Disyorkan Untuk Percutian
Pulau Tinggi menawarkan terlalu banyak keseronokan yang pastinya tidak akan membuatkan para pengunjung terasa bosan ketika berada di sini. Terletak 30 kilometer dari pantai timur Mersing Johor, Pulau Tinggi adalah sebuah pulau tropika yang sempurna untuk anda melarikan diri dari kesibukan bandar.
Pulau ini dikelilingi oleh air biru yang bersih dan diliputi oleh hutan hujan tropika yang baik di kawasan pedalaman. Pulau terpencil ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan keindahan pulaunya. Jom kami senaraikan beberapa tempat menarik di Pulau Tinggi khas untuk percutian yang menghiburkan.
1. Maksu Zimah Resort
Tempat menarik di Pulau Tinggi ini menawarkan beberapa tarikan untuk semua peringkat usia dan anda tidak akan bosan selama berada di sini. Bilik-bilik di sini agak bersih dan sangat simple. Memandangkan ia berada tepat di tepi pantai, ia menawarkan pemandangan laut biru yang mengagumkan dan permandangan matahari terbit yang menakjubkan.
2. Pulau Mentigi
Semasa air surut, pantai tempat menarik di Pulau Tinggi ini akan menjadi sangat cetek dan anda boleh melihat apa sahaja di kawasan ini. Pulau ini juga amat sesuai untuk percutian keluarga yang membawa anak-anak.
3. Pulau Simbang
4. Pulau Lima Besar
5. Gunung Semundu
Sebaik sahaja anda sampai ke puncak, anda boleh melihat pemandangan yang indah di Pulau Tinggi dan pulau-pulau sekitarnya. Tempat menarik di Pulau Tinggi ini wajib dikunjungi oleh anda yang minat mendaki gunung.
6. Air Terjun Pulau Tinggi
7. Tad Marine Resort
Tad Marine Resort ini mempunyai 88 buah bilik yang selesa, termasuklah bilik deluxe, bilik standard, suite mewah dan suite keluarga. Di setiap bilik, TV LED dan kemudahan membuat teh dan kopi disediakan untuk memastikan penginapan yang menyenangkan kepada para pengunjung.
Restoran bersebelahan juga menawarkan suasana yang mesra untuk makan. Aktiviti yang paling popular ditawarkan oleh tempat menarik di Pulau Tinggi ini adalah jungle trekking ke air terjun, lawatan ke paya bakau dan perjalanan snorkeling. Selain itu, aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di sini termasuklah bermain berenang, berkayak dan menyelam skuba.
8. Shaz Resort
Setiap pagi, anda boleh menikmati pemandangan indah kerana semua bilik dilengkapi dengan pemandangan laut dan taman nan hijau. Terdapat bilik queen standard, bilik twin standard, bilik double, bilik kembar deluxe dan bilik keluarga yang mempunyai penyaman udara, televisyen dan bilik mandi bersambung.
Di samping itu, tetamu di Shaz Resort boleh menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak resort. Restoran di tempat ini juga menawarkan menu ala carte dan hidangan bufet.
Sekiranya hujan atau cuaca tidak mengizinkan untuk sebarang aktiviti luar, resort ini menawarkan bilik permainan dalaman dan karaoke untuk menghiburkan para tetamu yang menginap. Kedai-kedai cenderamata juga terdapat di sekitar resort bagi mereka yang ingin membeli cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga tersayang.
9. Chalet Tok Mok
Untuk penginapan, resort ini menawarkan chalet kayu yang menghadap ke laut. Kemudahan asas seperti katil lembut, tandas peribadi dan kipas disediakan. Untuk menawarkan kehidupan tempatan yang komprehensif, mereka hanya menyediakan kemudahan asas namun melayannya dengan keramahan yang mesra.
Tempat menarik di Pulau Tinggi ini selesa dan berangin terutama pada waktu malam dan resort ini mengesyorkan tetamu yang hadir untuk pergi berjalan-jalan santai di sepanjang pantai. Selain menawarkan lawatan memancing yang menarik, resort ini juga menyediakan karaoke untuk hiburan kepada para tetamu yang hadir.
Itulah dia tempat menarik di Pulau Tinggi yang disyorkan untuk bercuti. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Romania, tempat menarik untuk bercuti, tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura dan tempat menarik di Pulau Sipadan.
Rujukan: