[VIRAL] 15+ Tempat Menarik Di Pulau Perhentian Wajib Anda Luangkan Masa
Pulau Perhentian ialah salah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Ia terletak di Pekan Besut, Terengganu. Pulau Perhentian terkenal dengan kecantikan alam semula jadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih dan sebagainya.
1. Pulau Perhentian Besar
Bayangkanlah, dengan menyelam, anda dapat melihat dengan lebih dekat keindahan batu-batu karang dan habitat marina lain yang penuh warna-warni ibarat sebuah lukisan. Rugi tak cuba. Mengenai resort -resort yang terdapat di tempat menarik di Pulau Perhentian ini pula, kebanyakannya terletak di lokasi yang cukup menarik iaitu selalunya di tepi pantai.
Maksudnya, dengan hanya bersantai di dalam bilik anda dapat merasakan bayu laut yang bertiup tenang dan juga bunyi pukulan ombak yang mendamaikan jiwa.
Alamat: Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu
2. Pantai panjang (Long Beach)
Aktiviti seperti berjalan di tepian Pantai Panjang ini bertambah meriah sebaik tiba waktu malam. Antara perkara menarik yang terdapat di sini adalah pertunjukan api. Di tepian Long Beach ni juga, terdapat banyak guest house yang sesuai untuk diinap oleh golongan solo traveller atau yang bercuti dalam bajet.
Alamat: Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu
3. Kincir Angin D’Lagoon
Apabila sampai di puncak bukit, anda boleh menikmati pemandangan laut biru yang indah dari atas puncak ini. Kincir Angin D’Lagoon adalah tempat menarik di Pulau Perhentian yang menjadi sebuah tarikan unik di bahagian puncak tertinggi di Pulau Perhentian Kecil.
Sekiranya anda berdiri di atas puncak ini, anda dapat menyaksikan pemandangan yang terindah di Pulau Perhentian. Yang menjadikan ia sebuah lokasi yang wajib dilawati di sini adalah kerana Kincir Angin D’Lagoon adalah seperti ‘dek pemerhatian’ pulau ini.
Anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan penuh 360 darjah sekitar Pulau Perhentian. Bunyinya macam tinggi sahaja puncaknya, tapi jangan risau, laluan pejalan kaki untuk anda mendaki menuju ke puncak telah disediakan. Masa yang diambil untuk mendaki adalah dalam 20 minit.
Alamat: Kincir Angin D’Lagoon, Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, Terengganu
4. Pantai Romantik
Pantai dengan pasir putih ini dapat memberikan ketenangan yang anda cari-cari selama ini. Dah puas berjalan, anda boleh meneruskan aktiviti di sini dengan ‘menyelami’ keindahan sebenar yang disorokkannya di dalam air laut dengan cara bersnorkeling. Banyak ikan-ikan comel yang menanti kunjungan anda.
Alamat: Pantai Romantik, Pulau Perhentian, Terengganu
5. Pantai Teluk Pauh
Masa yang diambil untuk sampai ke teluk ini adalah dalam sekitar 10 minit. Sebaik sampai di kawasan Teluk Pauh, anda akan terpesona melihat keindahan melampau yang disajikan di depan mata. Tempat menarik di Pulau Perhentian ini ibarat sebuah kolam renang semula jadi yang sangat besar.
Anda boleh melihat kejernihan airnya yang persis kristal. Nak mandi sepuas hati? Inilah lokasi yang sangat tepat kerana dasar airnya juga tidak begitu dalam.
Alamat: Daerah Besut, Pulau Perhentian Besar Teluk Pauh 22300, Terengganu
6. Turtle Bay (Titik Penyu)
Cara terbaik untuk melihat penyu-penyu ini adalah dengan bersnorkeling di perairan sekitar tempat menarik di Pulau Perhentian ini. Walau bagaimanapun, anda perlu hormat penyu-penyu yang muncul dengan cara tidak mengganggu habitat mereka atau menyentuh mereka yang sedang bergerak bebas di sekitar pantai.
Alamat: Turtle Bay Divers, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu
7. Pulau Rawa Air Bersih
Pemandangan di sekitar Pulau Rawa ini cukup mengasyikkan tanpa perlu bersnorkeling untuk melihat keindahan panorama dalam airnya. Sekiranya anda datang ke sini, anda boleh menaiki bot yang disediakan dari Pulau Perhentian. Sebelum tiba di tempat menarik di Pulau Perhentian ini, lebih baik anda aturkan terlebih dahulu untuk melakukan aktiviti snorkeling dengan pihak penginapan.
Lokasi: Pulau Rawa, Besut
8. Tokong Laut
Tak kisahlah berapa kali anda teroka dasar lautnya, sekali atau 100 kali, anda tidak akan pernah puas! Panorama yang terpapar di depan mata cukup memukau jiwa, kepelbagaian hidupan marinnya dari yang bersaiz kecil hinggalah yang besar, semuanya dapat anda dekati.
Tempat menarik di Pulau Perhentian ini terasa seperti berada di dalam akuarium. Kawasan menyelam ini memiliki kedalaman berbeza-beza sehingga mencecah 30 meter. Semakin dalam anda terokai, semakin banyak terumbu karang menarik yang dapat anda temui.
Alamat: Tokong Laut (Temple of the Sea), Pulau Perhentian, Terengganu
9. Kampung Pasir Hantu
Sekiranya anda berjalan di sekitar kampung ini pula, anda dapat melihat air laut yang jernih bak kristal, tiada langsung pencemaran yang mengganggu pemandangan mata. Disebabkan kampung ini juga digelar sebagai perkampungan nelayan, banyaklah bot-bot yang terdampar di pesisir pantai dapat dilihat di tempat menarik di Pulau Perhentian ini.
Alamat: Kampong Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu
10. Lata Air Berani
Tempat menarik di Pulau Perhentian ini menyajikan kesegaran yang dirasakan bila air yang sejuk bak ais ini terkena pada badan. Rasanya cukup memuaskan.
Alamat: Lata Air Berani, Pulau Perhentian Besar, Terengganu
11. Pulau Tokong Burung
Untuk menikmati keindahan sebenar yang ditawarkan di Pulau Tokong Burung ini, anda boleh menaiki batuan besar yang terdapat di sini untuk menikmati pemandangan yang sangat memuaskan deria mata.
12. Terumbu tiga
Kawasan menyelam yang best ini terletak di bahagian timur Pulau Perhentian Besar. Kalau anda memilih lokasi ini untuk menyelam skuba, anda dapat melihat banyak pembentukan batu karang yang berwarna-warni yang terdiri daripada spesies-spesies seperti Ctenocella pectinata, Sinularia sp., Symphyllia recta dan bermacam lagi.
Usai anda mula menyelam skuba dan melihat sendiri keindahan batu karang, secara automatik perasaan nak mengenali batu karang secara mendalam akan muncul.
Alamat: Terumbu Tiga, Timur Pulau Perhentian Besar, Terengganu
13. Teluk Dalam
Kawasan teluk yang panjang ini cukup mendamaikan, tempat menarik di Pulau Perhentian inilah membolehkan anda meluangkan masa bersama keluarga sambil berkelah dan menikmati pemandangan dengan tenang. Tapi kebiasaannya, pada waktu tengah hari dan ketika mendekati waktu senja, kawasan teluk ini agak menjadi tumpuan untuk pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling, bola tampar dan sebagainya.
Alamat: Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, Terengganu
14. Teluk Keke
Tambahan lagi, pukulan ombaknya juga agak ‘sopan’. Jangan lupa untuk cuba menarik hidupan marin ikan-ikan kecil yang berwarna-warni di sini dengan memberi mereka makan cebisan roti. Anak-anak pasti seronok apabila ikan-ikan datang mendekati.
Selain ikan yang comel, keindahan batu karang juga dapat dilihat di sekitar perairan Teluk Keke. Namun ingin diingatkan, jika anda datang ketika waktu air sedang pasang, air boleh menjadi agak dalam. Anda boleh perhatikan paras air berdasarkan batu karang.
Dah puas melihat keindahan Teluk Keke, anda boleh meneruskan perjalanan ke tarikan yang terletak hanyalah bersebelahan dengan teluk ini iaitu Tanjung Batu Layar. Di sebelah tempat menarik di Pulau Perhentian ini pula, terdapat lagi satu kawasan tanjung iaitu Tanjung Batu Lochek yang turut menawarkan kawasan pantai yang menarik untuk dijadikan lokasi bermandi-manda.
Alamat: Teluk Keke, Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu
15. Pulau Perhentian Kecil
Salah satu sebab kenapa Pulau Perhentian Kecil ini lebih menjadi tumpuan adalah kerana terdapat banyak penginapan-penginapan bajet yang tersedia di sini.
Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu