11 Tempat Menarik Di Pulau Hainan Sesuai Seisi Keluarga
Tiada idea tempat menarik di Pulau Hainan?
Pulau Hainan adalah sebuah pulau yang terdapat di Negara China. Pulau Hainan adakalanya disebut sebagai Hawaii China kerana ia dipenuhi dengan pantai yang indah, air yang jernih dan terumbu karang yang cantik. Pulau Hainan ini adalah syurga kecil yang indah dan mempersonakan. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Pulau Hainan.
1. Kuil Nanshan (Nanshan Temple)
Patung tinggi 3.8 meter ini diliputi dengan 100 kg emas dan perak malah dihiasi dengan berlian Afrika Selatan. Harga kemasukannya ke sini pada bulan Mei dan September adalah 108 Yuan manakala dari Oktober hingga April pula adalah 129 Yuan. Kuil Nanshan dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.
2. Zon Pelancongan Kebudayaan Hutan Hujan Yanoda (Yanoda Rainforest Cultural Tourism Zone)
Untuk pengalaman yang menyeluruh, anda boleh bermalam di hotel berdekatan atau membawa khemah anda sendiri. Menariknya di sini adalah hutannya yang menghijau, keunikan flora dan fauna serta keindahan air terjunnya. Jika anda pencinta alam sekitar, jadikan lokasi ini salah satu destinasi anda!
3. Pulau Monyet Nanwan (Nanwan Monkey Island)
4. Muzium Hainan
Kemasukan ke muzium adalah percuma dan ia dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kebanyakan papan tanda di muzium ini adalah dalam bahasa inggeris, jadi ia pasti akan menyenangkan anda. Tempat menarik di Pulau Hainan ini agak kemas dan teratur, banyak sejarah yang boleh dipelajari di sini.
5. Pulau Boundary (Boundary Island)
Di sini juga, anda boleh menikmati pemandangan laut biru dari puncak tebing pulau atau menyelam dan berenang dengan ikan tropika yang sangat comel.
Anda juga boleh melihat bintang pada waktu malam sambil ditemani oleh bunyi ombak yang menenangkan. Pulau ini mempunyai dua galeri yang patut dilawati iaitu Galeri Porcelain Salvaged dan Galeri Coral.
6. Galeri Porcelain Salvaged
Dolphin Bay pula adalah kawasan yang mempunyai banyak haiwan termasuk penyu, ikan lumba-lumba dan sebagainya. Pulau ini juga menawarkan banyak aktiviti air untuk anda yang meminati aktiviti ini. Anda boleh kesini dengan menaiki feri dan bas.
7. Taman Luhuitou (Luhuitou Park)
8. Pulau Karang Wuzhizhou (Wuzhizhou Coral Island)
Waktu operasi tempat menarik di Pulau Hainan ini adalah dari 8:30 pagi sehingga 5:30 petang. Bagi mereka yang ingin tinggal di pulau ini, terdapat hotel yang disediakan sekitar sini.
9. Taman Botani Tropika Xinglong (Xinglong Tropical Botanical Garden)
Di samping itu, terdapat sebuah hotel di Tropical Botanical Garden, serta sebuah kafe dan restoran. Taman ini dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang setiap hari dan kemasukan umum adalah 60 Yuan. Suasana tempat menarik di Pulau Hainan ini amat cantik dan tasiknya pula indah sekali.
10. Pantai Dadonghai (Dadonghai Beach)
Tahukah anda, salah satu tempat menarik di Pulau Hainan ini terletak berhampiran Pusat Bandar Sanya. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berenang, menyelam dan sebagainya.
11. Tianya Haijiao
Kawasan ini sangat bagus dan membolehkan anda mendapatkan gambar yang sangat luar biasa kesannya. Selain itu, para pengunjung akan terpukau dengan keindahan suasana ketika matahari terbenam dan matahari terbit.
Berikut adalah tempat menarik di Pulau Hainan sesuai untuk percutian seisi keluarga. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Indah, tempat menarik di Gangnam, tempat menarik di Pulau Dayang Bunting dan tempat menarik di Incheon.