12 Tempat Menarik Di Pulau Bintan Paling Cantik
Ramai yang tak tahu bahawa Pulau Bintan terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Ia merupakan pulau yang paling luas di Riau malah mencakupi kawasan kota Bintan dan Tanjung Pinang. Pulau Bintan sangat luas kira-kira 2,402.28 kilometer persegi.
Sudah tentulah terdapat banyak lokasi percutian yang boleh anda kunjungi. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Bintan pilihan utama pelancong.
1. White Sands Island
Pulau indah ini kaya dengan pelbagai pulau dan pantai, salah satunya adalah White Sands Island. Tempat menarik di Pulau Bintan ini memiliki pasir putih yang sangat menakjubkan. Ia adalah private island yang membolehkan anda menenangkan jiwa. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berkayak, bermain bola tampar, layang-layang dan pelbagai lagi.2. Vihara Patung Seribu
Sungguh anda terkejut melihat tempat menarik di Pulau Bintan ini. Ia penuh dengan patung seribu. Vihara juga diberi nama Ksitigarbha Bodhisattva yang mempunyai sejarahnya tersendiri.Selain berfungsi sebagai tugu peringatan, ia juga menjadi tempat bergambar bagi para pelancong yang sukakan view yang unik dan lain dari yang lain. Ramai pelancong dari Malaysia dan Singapura tertarik untuk ke sini.
3. Desa Ekang Anculai
Tahukah anda, Desa Ekang Anculai ini adalah sebuah tasik yang dikelilingi beberapa buah pondok indah berkonsepkan atap rumbia? Sungguh cantik sekali dimana anda boleh berteduh di pondok tersebut.Lokasi percutian ini berada kira-kira 45 km dari bandar Tanjung Pinang. Tiada masalah berkunjung ke sini untuk berehat, bergambar, makan dan bersantai bersama yang tersayang.
4. Pantai Trikora
Tempat menarik di Pulau Bintan yang amat popular adalah Pantai Trikora. Kecantikan pantai ini dengan batu-batuan tersusun di persisiran pantai pastinya menambat hati anda. Terdapat beberapa bahagian pantai Trikora kerana ia terlalu panjang, justeru mempunyai 4 bahagian Trikora.Anda juga dapat melihat suasana kampung nelayan dan deretan chalet serta resort di tepi laut. Nak naik banana bot dan snorkeling di pantai ini pun boleh. Amat menyeronokkan bercuti di sini!
5. Treasure Bay
Pasti teruja melihat kolam air buatan manusia yang paling besar di Asia ini! Treasure Bay adalah sebuah tempat menarik di Pulau Bintan sesuai untuk anda bermain sukan air dan bersantai.Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak, menaiki ATV dengan melalui trail yang disediakan, menaiki bot melintasi hutan paya bakau dan menikmati keindahan alam, menaiki paddle-board dan lain-lain lagi.
6. Gurun Pasir Bintan
Sungguh tak sangka bahawa Pulau Bintan di Indonesia ini turut mempunyai tempat menarik seperti Gurun Pasir Bintan. Bagaikan berada di padang pasir, namun Gurun Pasir ini tidaklah panas seperti padang pasir suasananya.Keindahan dan keadaan gurun pasir ini menampakkan anda benar-benar berada di padang pasir. Tambahan pula jika anda bergambar, ia sangat menakjubkan!
7. Danau Biru Bintan
Dahulunya, Danau Biru Bintan ini merupakan sebuah tempat tadahan hujan. Kini, ia telah menjadi salah sebuah tempat menarik di Bintan dimana berubah menjadi telaga biru yang sangat indah.Tempat lombong galian pasir bauksit ini menampakkan pemandangan pasir seolah-olah anda berada di gurun pasir juga. Seronok jika dapat bersantai dan bergambar di sini sebagai kenang-kenangan.
8. Hutan Mangrove
Nak lihat pemandangan hutan mangrove? Anda boleh menaiki bot dan dibawa menyusuri sungai di sekitar Hutan Mangrove. Antara pemandangan alam boleh anda lihat adalah sungai yang hijau, mangrove di sekeliling kawasan sungai, haiwan-haiwan seperti burung, monyet, ular dan lain-lain lagi dari celah-celah daun mangrove serta banyak lagi.9. Pulau Senggarang
Pulau Senggarang agak berbeza dengan pulau-pulau di sekitar Pulau Bintan. Ia merupakan mukim masyarakat berketurunan China. Di sini, sesuai untuk masyarakat beribadah ataupun menghadiri peninggalan sejarah dan melakukan kepercayaan mereka.Anda juga boleh melawat peninggalan sejarah masyarakat Tionghua seperti patung dewa, Kelenteng Marco, Kelenteng Sung Te kong, Kelenteng Tay Ti Kong, Kelenteng Anio dan Kelenteng Beringin.
10. Pulau Penyengat
Tempat menarik di Pulau Bintan seterusnya adalah Pulau Penyengat. Ia berada tidak jauh dari Tanjung Pinang. Keseronokan berkunjung ke sini adalah anda dapat menyaksikan sejarah Kerajaan Kesultanan Riau dalam menentang penjajah pada abad ke-18.Jika anda pencinta sejarah, pastinya anda mengenali nama-nama tokoh yang amat berpengaruh di sini pada zaman itu. Antara tempat menarik boleh anda kunjungi di sini adalah Masjid Raya Sultan Riau. Keunikan masjid ini adalah dindingnya diperbuat daripada perekat putih telur. Ia kelihatan bewarna kuning dan hijau. Unik sangat!
11. Crystal Lagoon
Jangan lepaskan peluang ke Crystal Lagoon, Pulau Bintan kerana ia merupakan kolam terbesar Asia Tenggara boleh anda saksikan di tepi pantai. Untuk pengetahuan anda, luas Crystal Lagoon ini adalah 6,4 hektar dan hampir 115.060.000 liter air diperlukan bagi mengisi kolam renang tersebut.Anda boleh berenang sepuas-puasnya di sini serta bermain sukan air seperti kayak, boat ride, fly board dan banyak lagi. Air kolam ini datangnya sedikit dari air laut, namun telah melalui proses sulingan sehingga menjadikan warnanya juga jernih dan cantik.
12. Gunung Bintan Adventure Trek
Mendaki Gunung Bintan membolehkan anda sampai ke puncak setinggi 340 meter dari permukaan laut. Terdapat pelbagai tumbuhan liar serta air terjun yang indah boleh anda lihat. Sepanjang perjalanan, anda mungkin terjumpa buah pisang dan manggis dan boleh memetiknya!Indah sungguh tempat menarik di Pulau Bintan yang boleh anda kunjungi. Jom lihat juga tempat menarik di Narita, tempat menarik di Chiang Rai, tempat menarik di Pulau Hainan dan tempat menarik di Can Tho.