15 Tempat Menarik Di Odaiba Untuk Percutian Menyeronokkan
Perlancongan di Jepun adalah impian setiap orang yang sukakan aktiviti menarik dan pemandangan yang indah lagi menakjubkan. Anda juga boleh memilih Odaiba sebagai destinasi perlancongan anda di Jepun. Tahukah anda, Odaiba adalah sebuah pulau buatan yang amat besar di Teluk Tokyo, Jepun.
Odaiba adalah sebuah daerah yang dibina bagi tujuan pertahanan pada tahun 1850-an dimana ketika itu ia juga dijadikan sebagai daerah pelabuhan. Seterusnya pada tahun 1990-an, Odaiba telah menjadi kawasan perumahan, perdagangan dan kawasan istirehat.
Kini, Odaiba telah membangun dengan pesat malah menjadi destinasi para pelancong untuk bercuti. Nama Odaiba juga bermaksud seluruh Pusat Bandaraya Sampingan Dermaga Tokyo (Tokyo Rinkai Fukutoshin) yang merangkumi banyak daerah seperti Aomi, Ariake dan Higashi-Yashio. Tentunya terdapat banyak tempat menarik di Odaiba yang boleh anda lawati. Jom lihat satu demi satu, pasti anda suka!
1. Trick Art Museum (Muzium Trik Seni)
Trick Art Museum adalah sebuah muzium yang penuh dengan ilusi optik dan kesenian untuk anda saksikan. Banyak pemandangan seni dalam bangunan ini yang akan membuatkan anda teruja dan gembira. Ianya amat kreatif sekali tak terfikir dek akal.
Usai berada di sini, ambillah gambar dengan banyak kerana ini adalah kenangan yang tak mungkin dapat anda lupakan sepanjang berada di sini. Para fotografer juga sering berkunjung ke sini untuk mengambil gambar. Tempat menarik di Odaiba ini sesuai untuk semua seisi keluarga sama ada anak-anak, remaja dan juga golongan dewasa.
Website: trickart
2. Odaiba Oedo Onsen Monogatari (Pemandian Air Panas Odaiba)
Odaiba Oedo Onsen Monogatari adalah tempat menarik di Odaiba yang menawarkan pemandian air panas yang amat menyeronokkan. Keadaan tempat mandi air panas ini amat selesa untuk anda sekeluarga. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pakaian yukata dan tuala yang disediakan, restoran, kedai-kedai cenderamata, spa atau saloon dan macam-macam lagi.
Anda juga boleh memilih mana-mana kolam yang sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda dan juga orang dewasa. Semuanya sudah tersedia mengikut kesesuaian anda semua. Anda juga akan mendapat potongan harga yang menarik jika bercuti di sini.
3. Joypolis
Terdapat sebuah taman tema dalaman di Odaiba, Jepun iaitu Joypolis. Joypolis adalah tempat menarik di Odaiba yang boleh anda kunjungi sekiranya anda suka bermain taman tema seperti menaiki roller coaster, menyaksikan teater 3D, bermain tembak menembak, mengikuti aktiviti mencabar dan lain-lain lagi. Kebanyakan mereka yang sukakan cabaran taman tema pasti takkan lepaskan peluang berkunjung ke Joypolis.
Website: tokyo-joypolis
4. TeamLab Borderless Odaiba
Teamlab Borderless Odaiba ini sangat terkenal dengan tarikan dalam bangunan Muzium Seni Digital. Ia merupakan sebuah muzium yang menawarkan pelbagai hasil kerja seni serta pemandangan yang boleh anda hayati. Kecantikan dan keindahan dalam bangunan ini sangat menakjubkan dan tak dapat dibayangkan tanpa melihatnya sendiri.
Bagaikan mimpi sekiranya anda melihat segala pemandangan tercantik dalam bangunan ini. Dengan keluasan sebesar 10,000sqm, anda boleh meneroka seluruh muzium ini. Tempat menarik di Odaiba ini amat terkenal di Jepun. Memang rugi jika anda tak singgah ke sini.
Website: borderless.teamlab.art
5. Fuji Television Observatory Sphere
Pasti anda berasa pelik, apa yang boleh dibuat di Fuji Televisyen HQ Odaiba ini? Sebenarnya, ia adalah salah satu tempat menarik di Odaiba yang boleh anda kunjungi. Terdapat kawasan pendaftaran ataupun pusat pelancongan di sini untuk anda mendapatkan maklumat menarik berkaitan Odaiba.
Selain itu, anda boleh ke tingkat 25 di bangunan ini iaitu ke ruang pemerhatian yang dipanggil Hachitama. Dari situ, anda boleh melihat seluruh bandar Odaiba dan juga Menara Tokyo yang merupakan simbol bagi bandar Tokyo. Pada siang hari pula, anda mungkin akan dapat melihat Gunung Fuji dari situ.
Website: fujitv
6. Aqua City Odaiba
Seterusnya, anda boleh berkunjung ke Aqua City Odaiba untuk membeli-belah atau melihat-lihat apa yang dijual di kompleks beli belah ini. Terdapat pelbagai kedai jualan, butik, restoran, kafe dan juga 13 panggung wayang di sini. Anda juga berpeluang untuk ke tingkat 5 dimana ia merupakan taman tema makanan ramen. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai jenis ramen yang berbeza di Jepun. Dari dalam Aqua City ini juga, anda dapat melihat pemandangan cantik Rainbow Bridge.
Website: aquacity
7. Rainbow Bridge
Rainbow Bridge ataupun jambatan pelangi ini menghubungkan Odaiba dengan kawasan-kawasan di Tokyo. Cahaya jambatan ini penuh warna-warni menjadikan ia dipanggil sebagai Rainbow Bridge. Berada di atas jambatan ini, anda boleh menyaksikan pemandangan air dibawahnya, cahaya lampu-lampu yang cantik dan indah serta boleh berkelah di kawasan berdekatan Rainbow Bridge.
8. Venus Fort
Tak puas berjalan-jalan, nak cari tempat shopping pula? Datanglah ke Venus Fort yang merupakan pusat membeli-belah yang popular ini. Sambil membeli-belah, anda boleh melihat pemandangan di sekitar Venus Fort yang sangat indah dan ini. Ia berkonsepkan moden dimana terdapat air terjun kecil dalam Venus Fort yang menghiasi tempat itu. Bumbungnya juga membolehkan anda melihat pemandangan awan biru yang sebenar di atas sana.
Website: venusfort
7. Mini Cruise Dan Daiba
Siapa sangka anda juga berpeluang untuk menaiki mini cruise atau bas air di Daiba. Anda boleh menaikinya di taman Odaiba dan Palette Town. Pengalaman ini pasti tak dapat dilupakan, kerana bukan senang anda nak jumpa bas laut di negara-negara lain. Bas air ini umpama cruise atau bot tetapi strukturnya adalah seperti dalam bas. Bolehlah anda lihat pemandangan laut dari dalam bas air tersebut.
8. Muzium Maritime Science
Muzium Maritime Science di Obaiba ini kelihatannya seperti sebuah kapal cruise yang amat besar di tengah-tengah lautan. Bangunan muzium ini berbentuk seperti kapal dimana ia juga menggunakan teklonogi moden dalam menampaknya lebih gah dan besar.
Untuk pengetahuan anda, muzium ini dipenuhi dengan pelbagai barang pameran berkaitan sains dan teknologi di Jepun. Anda boleh melawat muzium ini untuk melihat pameran barang-barang di sini. Pasti bangga jika dapat menjejakkan kaki ke sini dan bergambar. Kemudahan parking juga disediakan untuk memudahkan anda ke sini.
9. Palette Town Big Ferris
Jika anda ingin berhibur dan berseronok, jangan terlepas untuk datang ke tempat menarik di Odaiba ini. Palette Town adalah sebuah pusat membeli-belah yang sangat unik. Anda boleh bermain ferris wheel dengan menaiki bersama kawan-kawan atau keluarga. Ferris Wheel adalah sebuah roda pusing yang membolehkan anda naik ke atas sehingga melihat pemandangan seluruh Tokyo Bay dan juga Odaiba. Satu pusingan Ferries Wheel ini akan mengambil masa selama 15 minit sahaja.
Di dalam Palette Town pula, anda akan menemui Venus Fort dan bershopping di sana. Ia terletak tidak jauh rupanya dari Palette Town. Terdapat banyak barangan berjenama di sini seperti Nike, Tommy Hilfinger dan lain-lain lagi. Tempat shopping ini dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam.
10. Odaiba Marine Park
Anda boleh menyaksikan Rainbow bridge, ketika berada di Odaiba Marine Park. Ia merupakan sebuah taman yang lengkap dengan jambatan kecil untuk anda saksikan kecantikan seluruh bandar Odaiba. Anda juga pasti akan terpikat dengan kehijauan alam semulajadi di sini.
11. Odaiba Statue of Liberty
Replika Odaiba Statue of Liberty ini berada berdekatan dengan Rainbow Bridge. Ia merupakan monumen yang sama saiznya dengan monumen asli. Anda boleh bergambar di sekitar monumen ini sebagai kenang-kenangan. Berdekatan kawasan ini, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam.
12. Tokyo Big Sight
Tokyo Big Sight adalah sebuah tempat menarik di Obaida yang boleh anda kunjungi untuk berhibuar. Di sini, terdapat pelbagai majlis dan program yang sering diadakan seperti Tokyo Motor Show, Tokyo International Anime Fair dan lain-lain lagi.
Kompleks Tokyo Big Sight ini terdiri beberapa kawasan seperti dewan timur dan barat serta menara konferen berbentuk piramid dan banyak lagi. Anda juga boleh menjejakkan kaki ke sini untuk mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan Tokyo.
13. LEGOLAND Discovery Center Tokyo
Anak-anak kecil pasti akan teruja melangkah masuk ke Legoland Discovery Center di Tokyo ini. Apatah lagi jika anda juga seorang peminat lego. Di sini, bukan sahaja terdapat pelbagai aktiviti buat anak-anak tetapi anda juga berpeluang bermain bersama mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menontot 4D cinema, memasuki Doplo Village, membina bandar Lego dan lain-lain lagi.
Legoland Discovery Center ini dibuka pada setiap hari dari 10 pagi sehingga 8 malam. Pada hari minggu, ia dibuka sehingga 9 malam. Anak-anak perlulah ditemani oleh ibu bapa.
14. DiverCity Tokyo Plaza
Divercity Tokyo Plaza bukanlah satu-satunya tempat untuk membeli belah barang yang berjenama, tetapi tetap anda boleh mendapatkannya di sini. Antara jenama yang boleh anda dapatkan di sini adalah seperti Coach, Zara, American Eagle Outfitters, Addidas dan H&M.
Namun begitu, tempat menarik di Odaiba ini adalah sebuah gedung gundam yang menarik. Anda boleh melihat pelbagai gundam ataupun robot sebagai replika dari pelbagai saiz. Peminat robot-robot wajib berkunjung ke sini ya!
15. Decks Tokyo Beach
Tempat menarik seterusnya yang boleh anda lawati adalah Decks Tokyo Beach. Ia bukanlah sebuah pantai seperti anda bayangkan. Tetapi ia merupakan sebuah tempat membeli belah yang besar. Anda boleh membeli apa sahaja di sini memandangkan terdapat banyak barang yang bernilai dan unik untuk anda dapatkan.
Tempat menarik di Odaiba ini terletak berdekatan dengan Odaiba Kaihinkoen Station kira-kira hamir 2 minit sahaja jika anda berjalan kaki. Ia juga mengambil masa kira-kira 5 minit jika anda berjalan dari Tokyo Teleport Station. Datang dari mana sahaja, anda pasti akan tiba di sini juga dan takkan mudah sesat. Semua orang amat mengenali Decks Tokyo Beach. Tiada masalah untuk anda bertanya kepada orang awam cara datang ke sini.
Itulah dia 15 tempat menarik di Odaiba yang anda boleh kunjungi. Dapatkan suasana yang berbeza dengan berkunjung dan melakukan aktiviti di sekitar bandar Odaiba ini. Jom baca juga tempat menarik di Okinawa, tempat menarik di Okayama, tempat menarik di Oman dan tempat menarik di Norway.
Rujukan: