|

18 Tempat Menarik Di New York Menjadi Tumpuan Pelancong

Apa ya tempat menarik di New York?

Bandar New York merupakan kota terpadat di Amerika Serikat. Ia mendapat julukan sebagai ‘kota yang tidak pernah tidur’. Di bandar ini, anda akan disambut oleh banyaknya binaan yang paling ikonik di dunia, seperti Patung Liberty, Jambatan Brooklyn, Empire State Building, dan Times Square. Bandar ini bukan sahaja menyimpan banyak monumen bersejarah malah terdapat banyak juga bangunan pencakar langit yang tersergah kukuh.

Tidak hairanlah mengapa New York menawarkan berbagai tempat tersohor bagi para pelancong yang akan berkunjung ke sini. Di sini, kami senaraikan 18 tempat menarik di New York yang anda boleh lawati bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

1) Patung Liberty

Imej via rjsyahrulloh

Patung Liberty merupakan patung raksasa dan menjadi monumen ikonik di negara Amerika Syarikat. Patung yang berketinggian 93 meter ini berbentuk sosok wanita yang memegang obor dan buku. Patung ini dirasmikan pada 28 Oktober 1886.

Memandangkan ia adalah binaan ikonik paling utama di New York, maka wajiblah anda bergambar kenang-kenangan berlatar belakangkan tugu ini.

Lokasi: Statue of Liberty National Monument, New York, NY 10004, United States

2) One World Trade Center

Imej via newyorkcity

One World Trade Center atau lebih dikenal sebagai 1 WTC merupakan bangunan tertinggi di Amareika Syarikat dengan ketinggian 541 meter. Pembinaan menara ini telah menelan biaya sekitar US$3,9 billion. Menara ini mulai dibina pada 27 April 2016 dan selesai pada Julai 2013. Kemudian ia dibuka kepada awam pada 23 November 2014.

Bangunan ini mempunyai 104 tingkat dan terdapat sebuah dek pemerhati di puncak bangunan. Jika ada bajet berlebihan, bolehlah luangkan masa naik ke dek peninjau untuk melihat pemandangan 360 darjah sekitar Bandar New York dari bangunan pencakar langit ini.

Lokasi: 285 Fulton St, New York, NY 10007, United States

3) Memorial 9/11

Imej via flickr

Memorial 9/11 terletak di World Trade Center yang kini sudah dibina semula. Reka bentuk bangunannya agak unik, persis kapal alien dalam filem. Memorial ini dibina untuk memperingati peristiwa 11 September 2001 yang mana berlakunya sebanyak 4 siri serangan ke atas bangunan World Trade Center. Ia menceritakan kisah hari maut itu melalui artifak, gambar, video dan bahan-bahan interaktif. Anda juga boleh melihat Pohon Survivor, yang merupakan pohon pear Callery yang bertahan dengan pengeboman dan kini berfungsi sebagai lambang hidup dan kelahiran semula.

Masuk ke sini adalah percuma. Namun, untuk masuk ke muzium yang terdapat di sini, bayaran sebanyak $26 akan dikenakan untuk setiap orang.

Lokasi: 180 Greenwich St, New York, NY 10007, United States

4) Jambatan Brooklyn

Imej via britannica

Jambatan Brooklyn merupakan salah satu binaan ikonik di New York. Ia menghubungkan wilayah Manhattan dan Brooklyn, menyeberangi Sungai East.

Jambatan Brooklyn mula dibina pada 1869 dan siap empat belas tahun kemudian pada tahun 1883. Jambatan terkenal ini berkepanjangan 486.3 meter manakala ketinggiannya pula adalah 84.3 meter di atas air.

Jambatan ini merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia, jambatan gantung berkabel keluli dan jambatan pertama yang menghubungkan Long Island.

Anda bolehlah berjalan kaki ataupun menggunakan kenderaan untuk menikmati pemandangan di sekitar jambatan ini. Jangan lupa untuk mengabadikan foto kenangan anda di sini. Bukan selalu dapat bergambar di tempat-tempat sejarah seperti ini.

Lokasi: Brooklyn Bridge, New York, NY 10038, United States

5) Washington Square Park

Imej via thedailybeast

Taman ini mempunyai keluasan sekitar 39.5 meter. Kawasan taman ini terletak di antara berbagai pertemuan dan pusat aktiviti budaya di New York. Itulah sebabnya ia menjadi salah satu taman terkenal di New York kerana mudah untuk diakses.

Washington Square Park menyediakan berbagai tempat rekreasi seperti air pancut dan seni bina yang sangat mengagumkan.

Lokasi: Washington Square Park, New York, NY 10012, United States

6) Central Park

Imej via nationalgeographic

Central Park menjadi salah satu tempat pelancongan terbaik di New York untuk anda yang ingin menikmati suasana hijau di tengah-tengah kesibukan kota. Central Park ini berkeluasan 3.41 km². Taman ini dirancang oleh Frederick Law Olmsted dan Calvert Vaux dan taman ini sering didatangi oleh pengunjung untuk berekreasi.

Selain itu, Central Park merupakan taman yang sering digunakan untuk lokasi penggambaran filem dan tempat untuk konsert muzik. Maka, tidak hairanlah kenapa taman ini dikunjungi sekitar 25 juta orang setiap tahun.

Lokasi: Central Park, New York, NY 10028, United States

7) Muzium Seni Metropolitan

Imej viaq smithsonianmag

Muzium Seni Metropolitan merupakan salah satu museum seni terbesar dan terbaik di dunia. Muzium ini mempunyai koleksi lebih dari 2 juta karya seni yang berasal dari kurun 5000 tahun dari seluruh dunia.

Koleksi dari Metropolitan Museum of Art meliputi karya seni dari zaman kuno klasik dan Mesir kuno, lukisan serta patung dari seniman Eropah.

Muzium ini didirikan pada tahun 1870 oleh sekumpulan warga Amerika yang ingin mengenalkan seni dan pendidikan seni kepada bangsa Amerika.

Sekiranya anda merupakan peminat tegar Vincent Van Gogh. muzium ini wajib dikunjungi. Ini kerana terdapat lukisan beliau di muzium ini. Sudah puas melihat hasil karya seni agung di sini, bolehlah isi perut anda di Great Hall Balcony Café & Bar dan The Dining Room yang terdapat di sini.

Lokasi: 1000 5th Ave, New York, NY 10028, United States

8) Times Square

Imej via nycgo

Times Square adalah pusat hiburan, membeli-belah dan destinasi utama yang menjadi tumpuan para pelancong di Midtown Manhattan. Ia terletak di persimpangan antara Broadway dan 7th avenue. Tidak kira waktu siang atau malam, Times Square sentiasa dipenuhi ramai orang. Papan iklan LED ada dimana-mana, ribuan orang lalu lalang di jalan sekitar Times Square. Memang sangat meriah suasana di sini.

Sebagai tempat tumpuan pelancong dan dipenuhi dengan ramainya umat manusia di sekitar sini, anda harus lebih berhati-hati. Ini kerana, terdapat juga beberapa ‘perangkap pelancong’ yang berada di sini untuk mengambil kesempatan kepada para pelancong. Sebagai contoh, jika ada orang yang tiba-tiba terjatuh CD, dan kita pula bantu ambil CD yang jatuh itu, kita tiba-tiba akan dipaksa bayar CD tersebut, seolah-olah kita ingin membeli CD tersebut. Selain itu, terdapat juga orang berkostum seperti patung liberty atau superhero yang sukarela ajak kita bergambar dengannya. Selesai bergambar, mereka akan minta bayaran untuk gambar tersebut. Jadi, jika anda terserempak dengan orang seperti ini, berwaspada dan hindarilah diri anda untuk dekat dengan mereka.

Lokasi: Time Square, New York, NY 10111, United States

9) Empire State Building (ESB)

Imej via tiqets

Empire State Building merupakan sebuah bangunan pencakar langit yang memiliki 102 tingkat dan terletak di Midtown Manhattan, New York City.

Pada tingkat 86 dan 102, terdapat dek pemerhati (observation deck) dengan sudut pandang 360° untuk melihat bandar New York.

Tinggi bangunan ESB ini adalah 381 meter. Namun, jika digabungkan dengan tinggi antena, maka tinggi bangunan ESB mencapai 443.2 meter. Selain itu, di tempat ini juga terdapat restoran dan tempat membeli-belah di lobi utama.

Lokasi: 20 W 34th St, New York, NY 10001, United States

10) Rockefeller Center

Imej via ctpost

Rockefeller Center merupakan kompleks bangunan yang terdiri daripada 19 buah bangunan komersial antara 48th dan 51st Street di New York. Selain itu, di atas bangunan ini juga terdapat dek pemerhati untuk melihat suasana kota New York.

Rockefeller Center menjadi salah satu tempat pelancongan terbaik di New York, kerana anda dapat menikmati berbagai tempat bersejarah, bangunan-bangunan tinggi, studio radio, dan macam-macam lagi tarikan yang terdapat di sini. Anda juga boleh membeli-belah barangan seperti pakaian, aksesori, kasut atau cenderahati di sini.

Lokasi: 45 Rockefeller Plaza, New York, NY 10111, United States

11) High Line

Imej via zinco-usa

Bagi anda yang ingin menikmati suasana hijau di New York, inilah tempat yang ideal buat anda. High line merupakan sebuah taman terbuka yang dibina di atas landasan kereta api di sebelah Barat Manhattan bermula dari Gansevoort Street sehingga 34th street dengan jarak 2.33 km. Ia diibaratkan seperti taman tergantung yang terdapat di New York.

Pada asalnya High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajib New York merasakan adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang sedia ada.

Sekitar 1950-an, seiring pembaharuan teknologi, penggunaan lori telah mengambil alih peranan kereta api untuk membawa kargo. Akibatnya landasan keretapi bertingkat ini mula terbiar dan ditumbuhi rumput. Selama berdekad lamanya High Line terbiar dan ada beberapa cadangan supaya ianya dimusnahkan sahaja. Pada tahun 1999 terdapat gerakan baru yang merasakan ada baiknya High Line yang kini ditumbuhi pokok ran rumput diubah sahaja menjadi taman awam. Ruang terbuka untuk taman sukar ditemui di New York dan dengan merubah High Line kepada taman awam sebuah taman baru dapat dibuka.

Pada tahun 2009 fasa pertama High Line dibuka sebagai taman awam. Fasa ini adalah sepanjang 1.6 kilometer yang kini dilengkapi bangku dan trek pejalan kaki. Fasa kedua pula dibuka pada tahun 2011. Fasa ketiga dan terakhir kini dalam pembinaan dan akan mengubah High Line menjadai taman sepanjang 2.3 kilometer.

Lokasi: The High Line, New York, NY 10011, United States

12) Battery Park

Imej via flickr

Salah satu tempat pelancongan terkenal di New York adalah Battery Park. Ia merupakan taman awam yang terletak di Battery, hujung selatan Pulau Manhattan. Taman ini mempunyai luas sekitar 10 hektar.

Taman ini didirikan pada tahun 1994 oleh Presiden Warrie Price pada waktu itu. Pada mulanya, taman ini dikenal sebagai Battery Park sehingga tahun 2015. Kemudian seiring waktu, taman ini lebih dikenali dengan “The Battery”.

Lokasi: Battery Park, New York, NY 10004, United States

13) Bryant Park

Imej via bryantpark

Bryant Park juga lebih dikenali sebagai Manhattan Town Square. Taman ini popular dengan kebun 4 musim, acara atau carnival mega, tempat istirehat yang kelas atasan, dan berbagai restoran makan malam.

Disebabkan banyak aktiviti yang dilakukan di sini, maka tidak hairanlah mengapa taman ini dikunjungi lebih dari 12 juta orang setiap tahun.

Lokasi: Bryant Park, New York, NY 10018, United States

14) Bronx Zoo

Imej via flickr

Bronx Zoo merupakan salah satu tempat rekreasi dan konservasi bagi kehidupan liar di New York. Terdapat lebih daripada 6000 haiwan yang di sini dan ditempatkan dalam habitat semula jadi mereka dengan keluasan 108 hektar. Pelbagai spesies haiwan yang anda boleh lihat di sini antara pelbagai jenis burung, beruang, haiwan-haiwan reptilia dan macam-macam lagi. Mungkin ada di antara haiwan di sini yang tidak ada di zoo-zoo di Malaysia. Inilah masanya untuk anda melihat haiwan lain yang hidup selain dari hutan-hutan khatulistiwa.

Lokasi: 2300 Southern Blvd, The Bronx, NY 10460, United States

 

15) Chelsea Market

Imej via pinterest

Chelsea Market adalah pusat perbelanjaan yang mana terdapatnya kedai-kedai makan, pusat membeli-belah, bangunan pejabat dan macam-macam lagi. Ia dibina pada tahun 1890-an dan pada asalnya adalah tapak kompleks kilang Biskut Negara (Nabisco) di mana biskut Oreo dicipta dan dihasilkan.

Lokasi: 75 9th Ave, New York, NY 10011, United States

16) Chinatown

Imej via lovingnewyork

Hampir kesemua negara ada Chinatown yang tersendiri di tengah-tengah kota mana-mana negara. Begitu juga di New York. Di New York, terdapat 6 perkampungan etnik Cina, dan salah satunya di Manhattan.

Sama seperti Chinatown yang lain, apabila anda menjejakkan kaki ke kawasan ini, anda seperti berada di dunia yang lain. Jika di New York, budaya dan suasananya adalah kebaratan, maka sampai sahaja anda ke Chinatown, suasananya seperti berada di negara China. Selain melawat serta melihat budaya dan sejarah kaum Cina di sini, anda juga boleh membeli-belah barangan cenderahati dengan harga yang murah di sini.

Untuk maklumat anda, bukan setakat perkampungan Cina sahaja terdapat di New York, tetapi juga perkampungan Italy (Little Italy) dan juga perkampungan Korea (Koreatown).

Lokasi: Chinatown, Manhattan, New York City

17) Fifth Avenue

Imej via wikipedia

Fifth Avanue merupakan sebuah jalan utama yang terletak di tengah-tengah Manhattan, Bandar New York. Ia merupakan syurga membeli-belah terutamanya sepanjang jalan 49th Street dan 60th Street. Pelbagai butik fesyen terkenal seperti Louis Vuitton, Gucci, Nike dan macam-macam lagi terdapat di sini. Jika anda bercuti ke New York sewaktu promosi Black Friday, memang rambang matalah dibuatnya. Apa-apapun, berbelanjalah dengan cermat dan juga keperluan kita.

Lokasi: 5th Avenue, Manhattan, New York City

18) Wall Street

Imej via ny.curbed

Wall Street adalah sebuah jalan yang terletak di Manhattan yang menjadi kota kewangan di New York. Jalan ini berkepanjangan 1.1km, terbentang dari barat ke timur, dimulai dari Broadway hingga ke South Street. Wall Street sangat sinonim dengan pasaran saham dan kewangan. Ini kerana, di kawasan ini terletaknya bank besar Federal Reserve dan bursa saham terbesar di dunia iaitu New York Stock Exchange (NYSE). Selain NYSE, terdapat juga beberapa syarikat bursa saham lain yang beroperasi di Wall Street seperti NASDAQ.

Bagi anda yang gemar menonton filem Hollywood, mungkin anda pernah melihat bank Federal Reserve ini dalam filem-filem Hollywood. Malah, tak dapat disangkal lagi, filem Hollywoodlah yang berperanan memperkenalkan Wall Street kepada khalayak umum. Antara filem yang pernah menjadikan Wall Street sebagai latar tempat adalah filem Die hard With A Vengeance, National Treasure dan The Dark Knight Rises.

 

Itulah dia 18 tempat menarik di New York, Amerika yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke New York. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di San Francisco dan Tempat Menarik Di Eropah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *