tempat menarik di mesir
|

10 Tempat Menarik di Mesir Yang Pasti Buatkan Anda Terpesona

Mesir merupakan di antara destinasi perlancongan yang semakin mendapat tempat di hati para pelancong dari Malaysia. Mesir boleh dianggap sebagai destinasi percutian eksotik kerana negara tersebut kaya dengan sejarah yang magikal.

Piramid, mumia, artifak bersejarah, patung-patung tuhan yang eksotik, pastinya anda akan berasa seolah-olah berada di zaman yang lain. Jom kami kongsikan tempat menarik di Mesir. Mana tau kot anda nak berjalan ke sana.

tempat menarik di mesir
Sumber: Wallpapers13

1. Sungai Nil

Tempat menarik di Mesir yang pertama wajib anda lawati ialah Sungai Nil. Percutian anda di Mesir takkan lengkap tanpa gambar anda berselfie di sungai yang terpanjang di dunia ini.

Menurut sejarah, Nabi Musa telah dihanyutkan ke Sungai Nil oleh ibunya dalam usaha untuk mengelakkannya daripada dibunuh dan dengan kuasa Allah, Nabi Isa dijumpai oleh isteri Firaun. Hati anda pasti tersentuh apabila sampai ke sungai penuh sejarah ini.

Semasa berada di Sungai Nil, anda pasti akan mendengat ungkapan “Sungai Nil adalah hadiah untuk bangsa Mesir”. Ini kerana Sungai Nil merupakan jantung dan nadi kehidupan penduduk Mesir memandangkan seluruh kehidupan penduduk Mesir adalah tertumpu di Sungai Nil.

Sungai Nil merupakan pusat bagi aktiviti empangan, pusat ekonomi, pertanian, perikanan, perhubungan dan sebagainya.

Di sini, anda boleh memilih sama ada mahu bersiar-siar di sepanjang sungai atau menaiki cruise untuk menyusuri sepanjang Sungai Nil. Kami cadangkan supaya anda luangkan masa untuk menaiki cruise.

Anda pasti akan terpukau dengan pemandangan yang disajikan di sepanjang tebing sungai. Jangan lupa juga untuk ambil gambar untuk dimuat naik ke media sosial buat tatapan sahabat alam maya anda.

2. Kaherah

Kaherah yang merupakan ibu kota Mesir adalah pusat ilmu dan pusat pengetahuan agama Islam yang tersohor sejak zaman kenabian lagi. Sehingga kini, ia masih menjadi kota ilmu Islam yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

Univerisiti Al-Azhar yang tersohor dan memeganga gelaran sebagai universiti tertua di dunia terletak di sini. Untuk  pengetahuan anda, Kaherah adalah bandar terbesar di Afrika dengan penduduk yang paling padat. Oleh itu, anda pasti akan berasa kagum dan sesikit terkejut apabila sampai di sini.

Kaherah juga terkenal dengan jolokan Bandar dengan 1000 Menara memandangkan ada banyak masjid di Bandar Keharah dan setiap masjid mempunyai sekurang-kurangnya dua menara. Kaherah juga pasti memukau anda dengan bangunan lama dengan seni bina dan reka bentuk islam kuno yang sangat menarik.

3. Piramid

Dah sampai ke Mesir, semestinya anda nak tengok piramid dengan mata sendiri. Untuk maklumat anda, ada lebih daripada 80 buah piramid di Mesir. Di antara piramid yang terkenal ialah:

  • Piramid Agung Giza iaitu piramid yang terbesar
  • Piramid Sphinx iaitu piramid yang terbesar.
tempat menarik di mesir
Sumber: CNN

4. Luxor

Destinasi keempat yang wajib anda kunjungi semasa bercuti di Mesir ialah Luxor. Luxor adalah sebuah bandar kuno yang terletak di Heliopolis Selatan. Luxor adalah kawasan perlancongan yang sentiasa dipenuhi oleh pelancong setiap hari memandangkan di sini terdapat banyak tapak sejarah Mesir Kuno. Di antara tarikan sejarah yang ada di Luxor adalah:

  • Piramid
  • Tugu
  • Runtuhan kuil
  • Makam
  • Muzium terbuka yang terbesar di dunia.

Kami cadangkan anda luangkan masa sekurang-kurangnya setengah hari di sini supaya dapat menikmati kesan sejarah yang ada tanpa perlu terburu-buru dan berkejar untuk ke destinasi yang seterusnya.

5. Laut Merah

Semasa bercuti di Mesir, jangan lepaskan peluang untuk melawat Laut Merah yang sangat bersejarah. Anda pasti tahu tentang kisah Nabi Musa yang membelah laut dengan tongkatnya semasa beliau dan pengikutnya melarikan diri daripada dikejar tentera Firaun?

Dicatat di dalam Al-Quran, kejadian tersebut berlaku di Laut Merah. Jadi, sangatlah rugi kalau anda tak melawat ke sini.

Di sini anda boleh menaiki cruise untuk menyusuri Laut Merah yang indah dan mengasyikkan. Bagi ahli penyelam skuba, Laut Merah adalah lokasi selam skuba yang sangat eksotik kerana batu karang dan hidupan marin yang sangat unik selain kadar garam yang tinggi. Kalau anda suka aktiviti skuba diving, jangan lepaskan peluang untuk menyelam di sini.

6. Alexandria

Biasanya kita akan rasa kagum melihat kenalan bercuti ke Bandar terkenal dunia seperti London, Paris, New York, dan Tokyo. Namun tahukah anda, Alexandria atau gelaran tempatannya Iskandariah juga merupakan di antara bandar yang terkenal di dunia? Alexandra sangat terkenal kerana terdapat pelbagai tarikan yang menarik di sini seperti:

  • Sphinx iaitu di antara piramid yang paling terkenal di dunia
  • Teater Rom kuno
  • The Great Lighthouse yang merupaka salah datu daripada senarai 7 Keajaiban Dunia.

Selain tarikan yang hebat di atas, Alexandria juga terkenal dengan keindahannya. Kami cadangkan anda luangkan sekurang-kurangnya sehari di Bandar Alexandria. Pastinya percutian anda akan menjadi sangat bermakna.

tempat menarik di mesir
Sumber: Traveltoeat

7. Hurghada

Bila sebut negara Mesir, pastinya anda terbayangkan piramid di tengah padang pasir yang kering dan panas. Tapi tahukah anda, di Mesir juga terdapat pantai yang indah dengan pasir yang halus dan air laut yang mengiurkan. Di antara Pantai yang popular di Mesir ialah Hurghada. Hurghada merupakan sebuah bandar di Mesir yang terletak di Laut Merah dan terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir yang halus dan memutih seluas mata memandang.

Hurghada sememangnya menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong dari seluruh dunia. Kalau anda sedang mencari penginapan, kami cadangkan anda bermalam di sini. Di Hurghada terdapat banyak resort dan hotel pelbagai bintang yang boleh anda pilih, bergantung kepada bajet.

Apa yang menarik di sini? Untuk maklumat anda, batu karang yang terdapat di perairan Pantai Hurghada dianggap sebagai yang paling indah di dunia selain hidupan marin yang cantik dengan pelbagai spesis, warna, dan bentuk.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bersnorkeling dan scuba diving di sini. Selain mempunyai batu karang dan hidupan marin yang cantik, Hurghada juga terkenal sebagai pusat sukan air antarabangsa untuk aktiviti seperti meluncur angin, belayar, dan menyelam.

8. Karnak

Karnak yang terletak di Luxor, Mesir merupakan sebuah bangunan kuil pada satu masa dahulu. Dahulunya di sini terdapat 3 kuil utama dan banyak kuil yang bersaiz kecil. Pada zaman pemerintahan Firaun, Karnak dibina sebagai tempat pemujaan.

Di antara kuil yang ada di sini ialah Kuil Ramses III & Kuil Amun. Pada hari ini kuil ini telah runtuh dan apa yang tinggal adalah runtuhan kuil dengan sisa-sisa bangunan dan tiang-tiang yang unik. Di antara tiang yang popular ialah Tiang Osiris di Kuil Ramses III. Anda pasti akan terpesona dengan kehalusan seni bina dan reka bentuk binaan dan patung ukiran yang ada di sini.

9. Gunung Sinai

Tempat menarik di Mesir yang seterusnya ialah Gunung sinai yang terletak di bandar Saint Kahterine ‘s. Menurut sejarah, Gunung Sinai merupakan lokasi di mana Nabi Musa mendapat wahyu dari Allah iaitu 10 perintah Allah yang diberikan untuk bangsa Israel.

Untuk maklumat anda, Gunung Sinai adalah puncak tertinggi di bandar Saint Katherine’s. Pada hari ini, di puncak Gunung Sinai terdapat sebuah masjid dan gereja. Kalau anda bercuti di Mesir, jangan lupa untuk masukkan Gunung Sinai sebagai salah satu daripada destinasi wajib untuk anda singgah.

tempat menarik di mesir
Sumber: Patainanews

10. Shamr El-Sheikh

Sharm El-Sheikh juga merupakan salah satu tempat menarik di Mesir yang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Ia adalah kawasan bandar kedua Mesir yang menawarkan pelbagai kemudahan, hiburan dan tarikan pelancongan. Disebabkan kedudukannya yang mengadap Teluk Tiran dan Teluk Aqaba, Sharm el-Sheikh adalah syurga bagi peminat sukan air seperti snorkeling, scuba diving dan lain-lain.

Sharm El-Sheikh  juga sangat terkenal dengan pemandangannya yang mempesonakan. Dari sini anda dapat melihat pemandangan Gunung Sinai dan Teluk Naama yang sangat cantik dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kalau anda sukakan sukan golf, di Shamr El-Sheikh terdapat padang golf istimewa untuk anda.

Itulah dia 10 tempat menarik di Mesir yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Melbourne , tempat menarik di Sydney dan tempat menarik di Seam Reap . Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *