tempat menarik di lenggong
|

10 Tempat Menarik Di Lenggong 2019 Pilihan Ramai

Pernah dengar tempat menarik yang bernama Lenggong? Ya, Lenggong adalah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Negeri Perak Darul Ridzuan.  Bercakap tentang Lenggong Perak, pasti anda teringatkan MRSM Lenggong Perak yang telah membuatkan banyak keluarga dan anak-anak berkunjung ke sana. Pastilah nama Lenggong ini menjadi terkenal dan diketahui ramai setelah anak atau saudara mara anda mendapat tawaran di sekolah sini.  

tempat menarik di lenggong
Imej via [flickr]
Sebenarnya anda tersilap! Lenggong ini dikenali ramai sehingga ke luar negara kerana tempat-tempatnya yang cukup menarik dan menghiburkan.  Serius ke ada tempat menarik di Lenggong yang penuh dengan hutan dan kelapa sawit tu? Untuk pengetahuan anda, Lenggong kaya dengan aktiviti penternakan dan mempunyai keindahan semulajadi yang tersendiri.  

Terdapat banyak tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai pada tahun 2019. Pasti anda tertanya-tanya apakah tempat menarik yang menjadi pilihan ramai pengunjung disini.  Jom kita lihat senarai tempat menarik di Lenggong yang terletak berhampiran dengan Kota Tampan dan Gerik ini.

 

#1  Highland Village Kuak, Lenggong

tempat menarik di lenggong
Imej via [Facebook]
Tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai untuk 2019 ini adalah Highland Village Kuak, Lenggong Perak.  Air mandian yang boleh anda bermandi-manda serta yang mengalir untuk anda ini asalnya dari air bukit. Patutlah sejuk dan segar sekali. Selain bermandi-manda, anda boleh berkelah dan melepak bersama-sama dalam masa yang sama mendapatkan ketenangan sambil mendengar bunyi air deruan sungai.

Anda juga akan mendengar bunyi cengkerik dan unggas pada petang atau malam hari ketika keadaan menjadi sunyi. Tetapi tempat ini bukanlah menakutkan, ia hanya tenang, sejuk dan menyeronokkan.  Anda boleh bermalam di chalet atau homestay yang disediakan di Highland Village Kuak, Lenggong Perak ini. Ia terbuka untuk anda kunjungi pada bila-bila masa sama ada cuti sekolah dan juga hari bekerja.

 

#2  Galeri Arkeologi Lenggong

tempat menarik di lenggong
Imej via [sukabaca]
Tahukah anda Galeri Arkeologi Lenggong merupakan tempat menarik di Lenggong, Perak yang bersejarah dan boleh anda kunjungi? Anda bukan sahaja dapat berekreasi dan beristirehat di Lenggong, tetapi anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan.  Galeri Arkeologi Lenggong ini telah lama ditubuhkan iaitu dari tahun 1999 lagi. Ia juga dikelilingi oleh alam semulajadi tumbuh-tumbuhan flora.

Berkunjung ke sini membolehkan anda melihat dan meneroka maklumat serta penemuan zaman berzaman iaitu seni arkeologi yang telah lama dijumpai.  Antaranya adalah rangka ‘Perak Man’, alat-alat batu, lukisan dan banyak lagi objek yang terdapat di dalam gua. Anda boleh melihat seni arkeologi serta mempelajari zaman-zaman sejarah dahulu kala seperti zaman Paleolitik, Neolitik dan sebagainya.

 

#3  Suka-Suka Lake Retreat

tempat menarik di Lenggong
Imej via [Srilumut]
Suka-suka Lake Retreat adalah sebuah tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai 2019.  Ia terkenal dengan rumah tradisional melayu yang diperbuat daripada kayu dan amat kukuh. Penginapan yang terletak di Pinggir Tasik Chendroh, Kampung Klantan ini juga menyediakan anda menu tradisional.

Ramai pengunjung datang ke sini untuk merasai pengalaman menetap di rumah kampung dan merasai sendiri suasana kampung. Anda boleh menginap di rumah penginapan Pak Long, Rumah Mak Ngah, Rumah Tok Ki, Rumah Anjang ,Rumah Kutai dan lain-lain lagi.

Rumah yang paling menjadi pilihan pengunjung adalah rumah Mak Limah kerana ia menyediakan pelbagai hidangan untuk santapan anda semua. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti BBQ, berkayak, sewa bot, mengelilingi kampung dan sebagainya. Banyak pelancong luar dari Australia, Jepun, Canada dan lain-lain turut berkunjung ke sini.

 

#4  Laman Budaya Lenggong

tempat menarik di lenggong
Imej via [lenggong]
Laman Budaya Lenggong ini dibina untuk seluruh masyarakat dan pelbagai pihak kerana ia dijadikan tempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti penduduk disini. Namun, ia telah menjadi tempat menarik di Lenggong pilihan ramai pengunjung pada 2019 ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda sertai seperti aktiviti pameran, sambutan,keraian dan banyak lagi.

Laman Budaya iaitu tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai ini terdiri daripada rumah tradisional selaku tarikan pelancong, sebuah dewan terbuka dan juga laman yang luas untuk dijadikan ruang beraktiviti buat semua pihak.

Sebagai contoh, Laman Budaya Lenggong ini pernah mengadakan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2015 yang telah dianjurkan oleh Lembaga Penduduk  dan Pembangunan Keluarga Negeri Perak, Pesta Permainan Tradisional Kanak-kanak dan Pelancaran Buku Siri Panduan Permainan Kanak-Kanak, Sambutan Majlis Berendoi dan pelbagai program lagi turut diadakan disini.  

 

#5  Nur Lembah Lenggong

Imej via [Facebook]
Nur Lembah Lenggong merupakan sebuah kawasan kem yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung malah ia juga boleh dijadikan tempat untuk program syarikat dan sebagainya.  Ia terletak di kawasan Selat Pagar, Padang Grus Lenggong iautu berdekatan tebing sungai serta dikelilingi ladang kelapa sawit. Kem ini turut menyediakan sebuah jambatan gantung yang merentasi sungai perak iaitu sepanjang 300 kaki.

Untuk pengetahuan anda, Nur Lembah Lenggong ini sesuai dijadikan tempat penginapan dan tempat anda melaksanakan program latihan, motivasi, kursus, team building, program jati diri dan sebagainya. Antara kemudahan yang boleh anda dapatkan disini adalah Chalet, Dorm, Semi Dorm, Tapak Perkhemahan dan banyak lagi.  Nur Lembah Lenggong amat besar dan boleh memuatkan seramai 300 orang peserta dalam satu program.

Aktiviti yang boleh anda lakukan disini amat mencabar mental dan fizikal anda, sudah pastilah anda akan berasa gentar dan seronok dalam menyelesaikan semua aktiviti dan cabaran disini. Antara aktiviti riadah yang boleh anda lakukan adalah Flying Fox, Obstcale, Management Games, explorace, Night Walk, River Crosing, Ekspedisi Berakit Sg Perak, Ekspedisi Gua Batu Kapur, Jungle Tracking Alam Semulajadi, Abselling, Jungle Survival dan sebagainya.


#6 Hutan Lipur Lata Kekabu

tempat menarik di lenggong
Imej via [faiez]
Hutan Lipur Lata Kekabu adalah salah satu tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai 2019 ini. Hutan yang terletak 9km dari pekan Lenggong ini sesuai dikunjungi oleh anda bersama keluarga, kawan-kawan ataupun untuk program kerja. Anda boleh berkelah, berkhemah, bersiar-siar serta menjalankan pelbagai aktiviti beransurkan kerohanian, penddidikan, rekreasi dan juga riadah disini.  Kemudahan seperti dewan, surau, tandas, bilik mandi dan lain-lain turut boleh digunakan oleh anda.

Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Lenggong ini mempunyai kawasan hutan yang cantik dan semulajadi penuh dengan pelbagai spesis pokok seperti keruing, kempas, jelutong, meranti dan lain-lain lagi. Ia diselenggara dan dikendalikan oleh Jabatan Hutan Malaysia serta menjadi sebuah taman rekreasi. Anda boleh ke Hutan Lipur Lata Kekabu ini melalui jalan utama Kuala Kangsar ke Lenggong Perak, tempohnya lebih kurang satu kilometer ke sana.

 

#7  Masjid Jamek Lenggong

tempat menarik di lenggong
Imej via [TeropongTeropong]
Sambil bersiar-siar di Lenggong, jangan lupa menunaikan kewajipan di Masjid Jamek Lenggong. Anda boleh melihat seni bina bangunan masjid ini yang amat cantik, menarik, tersusun kemas dan amat teratur.  Untuk pengetahuan anda, majlis ini sangat indah dengan warnanya yang menyerlah dan menenangkan. Anda juga dapat melihat kerusi simen yang terdapat di bawah pondok disini. Khabarnya, ia didermakan oleh persatuan selain dari agama Islam. Terharunya melihat hubungan setia kawan komuniti disini.

 

#8  Kampung Beng

tempat menarik di lenggong
Imej via [wikimapia]
Banyaknya tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai 2019 ini. Salah satunya adalah Kampung Beng. Ia terletak kira-kira 23 km dari Bandar Lenggong iaitu di Sungai Chenderoh. Di sini juga terdapat Mini Amazon Kampung Beng serta Sungai Amazon yang menjanjikan cabaran bagi anda yang minat memancing. Anda berpeluang mendapat pelbagai jenis spesis ikan seperti snakeheads, ikan sebarau, ikan monster dan juga peacock bass.

Sungai Chenderoh ini kaya dengan flora dan fauna yang menjadikan keadaannya semulajadi kehijauan dan udaranya amat segar. Anda juga dapat melihat bukit-bukau yang indah yang boleh dijadikan sebagai foto untuk gambar anda. Kampung Beng juga mempunyai tempat penginapan yang selesa dan penduduknya amat ramah sekali. Anda boleh menetap disini untuk memancing sepuas-puasnya.

 

#9  Tasik Raban

Imej via [Rakyatnet]
Tasik Raban ini merupakan tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai 2019 oleh sebab semua masyarakat sesuai untuk bercuti disini. Ia adalah sebuah tempat menarik yang strategik, cantik dan mempunyai aktiviti santai untuk anda dan keluarga lakukan.  Bagi pencinta alam semulajadi, anda pasti teruja melihat tumbuh-tumbuhan flora dan haiwan yang terdapat di alam yang segar nan indah ini. Semuanya amat asli dan mempunyai ekosistem yang lengkap. Anda boleh mendapatkan resort Tasik Raban jika datang bercuti disini.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah bersiar-siar, melihat alam keindahan semulajadi, melakukan aktiviti sukan air, memancing, berkelah dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, semua aktiviti ini boleh anda lakukan di balik banjaran gunung yang mempunyai pemandangan indah luar biasa ini. Tasik Raban amat menarik untuk anda lalui, apa kata anda teroka keadaan tasik yang menjadi pilihan ramai ini.

 

#10. Kota Tampan

tempat menarik di lenggong
Imej via [itourism]
Kota Tampan terletak berdekatan dengan daerah Lenggong dan berada pada kedudukan 5° 03.31’ utara dan longitud 100° 58.42’ timur, dengan ketinggian 101 meter di atas aras laut. Ramai yang berpendapat bahawa Kota Tampan merupakan sebuah tapak arkeologi dan banda bersejarah yang menjadi bukti kewujudan zaman Paleolitik pertama di negara kita.  Ia bermula dari tahun 1938 dan berlanjutan sehingga 1954, akhir sekali Kota Tampan dibuktikan mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara bukti kajian yang ditunjukkan adalah tempat membuat alat batu paleolitik serta artifak kira-kira 74,000 tahun dahulu telah ditemui oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain itu, anda boleh melihat pameran yang terdapat di Kota Tampan yang diadakan dalam tahun-tahun yang tertentu. Di Muzium Arkeologi Lenggong pula, terdapat banyak pameran hasil kajian arkeologi Malaysia yang wajib anda lihat sendiri. Pastinya tempat bersejarah ini boleh anda temui di seluruh Lembah Lenggong.

tempat menarik di lenggong
Imej via [OrangPerak]
Itulah 10 tempat menarik di Lenggong pilihan ramai pada tahun 2019 ini. Rasanya banyak lagi tempat yang masih belum anda lawati kan? Sempena tahun baru ini, apa kata anda jadikan tempat menarik di Lenggong pilihan ramai ini sebagai tempat percutian anda sekeluarga? Memang best! Jemput baca juga Tempat Menarik di Tasik Kenyir dan Tempat Menarik di Besut, Terengganu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *