15 Tempat Menarik di Hungary, Destinasi Percutian Bersejarah WAJIB BERGAMBAR!
Hungary adalah salah satu destinasi yang paling mendalam di seluruh Eropah ramai tidak tahu. Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di sini khususnya anda yang ingin melancong dan mengembara. Struktur ukiran senibinanya yang unik serta mempunyai sejarah silamnya yang tersendiri menambah seri lagi bagi percutian anda.
Di sini, bukan sahaja kita dapat melihat pelbagai keunikkan senibina bangunannya, tetapi kita juga boleh merasai makanan tempatan yang enak-enak. Jom lihat 15 tempat menarik di Hungary yang sesuai dijadikan destinasi percutian anda.
1. Tasik Balaton (Lake Balaton)
Di sepanjang padang-padang yang luas dan berumput serta keindahan panorama matahari terbenamnya, tasik ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk anda lakukan. Terdapat bandar yang sering menyediakan acara pesta pada waktu tengahhari iaitu di bandar Keszthely dan Siofok. Kini, ia juga lebih dikenali dengan bandar Ibiza di Hungary.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik iaitu aktiviti menyelam di tasik Balaton, aktiviti berenang, kapal layar dan pelbagai lagi acara sukan air sering dilaksanakan di tempat menarik di Hungary ini.
Anda juga boleh melakukan aktiviti perkhemahan sambil menikmati suasananya yang indah serta melawat tempat-tempat yang bersejarah di kawasan ini. Bagi anda yang gemarkan aktiviti bersantai, disinilah tempatnya.
2. Pecs
Terdapat juga hutan yang dipanggil Mecsek Hill yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti hiking (mendaki) serta menunggang motosikal bukit di sekitar kawasan hutan yang sangat indah ini.
Di kawasan bandar pula, terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati, antaranya adalah Masjid Pasha Quasim yang sangat cantik dan indah. Boleh dikatakan makanan di sini semuanya sedap dan masyarakatnya pun agak ramah dan mesra. Restoran di sini rata-rata menyediakan layanan terbaik dan makanannya amat menyelerakan.
3. Esztergom
Hari ini, ia dikunjungi terutamanya oleh penganut agama kristian untuk mendalami agama mereka. Anda boleh melihat sebuah gereja yang besar lengkap dengan ukirannya yang tersendiri dan unik.
Di sekitar benteng gereja batu ini pula terdapat Watertown iaitu sebuah labirin batu bulat yang cantik di mana terdapat ukiran berkilau dengan air pancut yang menarik. Sesuai untuk anda bergambar di sini.
4. Szentendre
Pekan yang indah ini adalah pilihan setiap pelancong yang hadir kerana keindahannya dengan jalan-jalan berbatu yang dipenuhi rumah Baroque berwarna-warni. Anda juga boleh menaiki bot di sepanjang laluan Szentendre pada waktu tengahari. Suasananya memang menakjubkan.
Sejarah silam kota ini adalah peninggalan semasa pemerintahan Ottomans (Kerajaan Uthman) yang kemudiaannya pesat membangun selepas pemerintahan kerajaan Serbia. Tempat ini turut dihiasi dengan tema Baroque dan Balkan.
Kini, kota ini sering dikunjungi oleh para artist untuk menajamkan bakat mereka serta mengambil inspirasi. Bunyi macam menarik kan? Jangan lupa melawat tempat menarik di Hungary ini ya!
5 . Debrecen
Tempat menarik di Hungari ini malah dipuji sebagai ibu kota Dataran Besar Hungary yang terkenal dengan tempat terpencilnya sebagai tempat padang rumput dan tanah pertanian yang luas di timur Hungary.
Pada Zaman Pertengahan, ia menjadi terkenal sebagai kubu perbatasan melawan Mongol Hordes. Kemudiannya digunakan sebagai tempat utama untuk Calvinis Magyar. Pada abad ke-19 pula, bandar ini melonjak sebagai ibu kota dan mempunyai kawasan pusat bandar dengan facade neoklasik yang menawan dan indah.
Sehingga sekarang, anda boleh melawat ke kota ini dan ia sesuai dijadikan destinasi percutian anda, keluarga dan kawan-kawan.
6. Perkampungan Tihany (Tihany Village)
Tihany juga dikenali sebagai salah satu tempat percutian paling romantis di Hungary selama beberapa dekad. Ia dihiasi dengan dinding putih dan menara-menara Tihany Abbey, turut mempunyai kedai cenderamata, restoran dan sebagainya. Tipulah kalau panorama disini tidak indah.
7. Tokaj
Di tengah lorong-lorong berbatu yang dipancarkan sinar matahari dan jalan-jalan bergaya Baroque, para pelawat di sini boleh menemui pelbagai jenis wain di bilik bawah tanah dan kebun anggur. Tetapi itu bukan hanya wain sahaja terkenal, tetapi bandar Tokaj juga amat mempesonakan dengan menyajikan hidangan ikan yang terkenal serta panoramanya indah seperti syurga.
8. Sopron
Begitulah unik kisah dan keadaan tempat menarik di Hungary yang menjadi pilihan destinasi pelancongan ini. Jangan lupa juga, panorama Sopron amat memukau sesuai untuk anda mengambil foto sebagai koleksi.
9. Visegrad
Visegrád terkenal dengan sisa-sisa istana musim panas awal Renaissance Raja Matthias Corvinus dari Hungary dan kubu abad pertengahan. Visegrad adalah sebuah bandar kastil pelik yang terletak di Pest County, Hungary. Untuk pengetahuan anda, kira-kira 1.864 orang tinggal di bandar terpencil ini.
Panorama di sini amat cantik dan memukau serta dikelilingi oleh bukit-bukau yang segar menghijau. Udaranya bersih serta suasana di sini amat menyenangkan. Untuk ke Visegrad, anda harus mendaki puncak bukit Visegrad.
10. Budapest
Mempunyai laluan lengkungan S di Danube, kota ini sekaligus sangat misteri dan penuh dengan sejarah serta tidak dapat ditelan oleh arus kemodenan. Terdapat Muzium Nasional, bangunan parlimen dan banyak lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Budapest ini.
Budapest juga merupakan syurga untuk para pencinta makanan. Selain masakan Hungary, anda pasti dapat menemui banyak restoran India di sini. Panorama permandangan di Budapest juga amat cantik dan memukau mata yang memandang. Haruslah untuk anda ambil gambar di sini sebagai koleksi peribadi.
11. Koszeg
Apatah lagi, bukit-bukit di sekitar bandar menawarkan laluan pejalan kaki yang mudah diakses, pasti menyeronokkan anda. Jika anda pencinta sejarah, Koszeg juga merupakan salah satu tempat yang anda perlu kunjungi untuk bersantai dan bergambar.
12. Tasik Heviz (Lake Heviz)
Hari ini, tempat ini dikenali sebagai tempat spa yang merawat pelbagai jenis penyakit. Bagi anda yang ingin mencuba rawatan penyakit bolehlah datang ke sini apabila mengunjungi Hungary. Menariknya, tempat ini sangat indah dengan warna hijau biru tasiknya, membolehkan anda bergambar sepuas-puasnya di sini.
13. Aggtelek
Tarikan terbaiknya adalah Gua Baradla yang penuh dengan stalaktit berwarna putih dan bukti kediaman manusia terdahulu hampir tujuh millennia di pinggir kampung desa Josvafo. Tarikan-tarikan lain termasuk gua-gua dan terowong yang berwarna-warni di Gua Imre Vass, yang dinding-dindingnya berbatu berwarna oren dan biru berkilauan.
14. Hortobagy
Hortobagy adalah destinasi percutian dan tempat menarik di Hungary yang amat sesuai untuk anda yang gemarkan suasana santai. Apa lagi, jadikan Hortobagy sebagai salah satu tempat lawatan anda!
15. Holloko
Hungary sememangnya mempunyai destinasi percutian yang indah untuk anda lawati, namun bagi yang beragama Islam, kena buatlah persediaan awal untuk persediaan makanan kerana majoritinya di sini makanan berasaskan alkohol. Jom baca juga tempat menarik di Hokkaido, tempat menarik di Greece dan tempat menarik di Istanbul.
Rujukan