tempat menarik di cyberjaya
|

8 Tempat Menarik di Cyberjaya Yang Wajib Anda Lawati

Cyberjaya dibina sebagai pusat IT negara. Ia juga dikenali sebagai “Silicon Valley Malaysia” kerana menjadi hab koridoraya multimedia media negara di mana banyak syarikat yang berteraskan teknologi dibina di sini. Selain itu, ia juga terkenal sebagai bandar ilmu dengan berdirinya dua buah pusat pengajian tinggi di sana iaitu Universiti Islam Malaysia, Mulmitedia University dan Lim Kok Wing University.

Kalau anda mencari lokasi best dan cantik untuk dilawati, kami cadangkan anda luangkan masa di Cyberjaya. Ada banyak tempat menarik di Cyberjaya yang tak ramai orang tahu. Jom kami kongsikan untuk panduan percutian anda.

tempat menarik di cyberjaya
Sumber: Dashhotels

1. Dash Box Hotel Cyberjaya

Kalau anda berkunjung ke Cyberjaya jangan lupa untuk singgah di Dash Box Hotel yang sememangnya unik dan lain daripada yang lain ini. Hotel ini terkenal dengan senibina dan rekabantuknya yang unik. Hiasan dalaman bilik hotelnya juga sangat trendi dan boleh dianggap sebagai hipster. Kalau anda mencari penginapan semasa bercuti di Cyberjaya, bolehlah anda bermalam di sini untuk pengalaman menginap di hotel yang lain daripada kebiasaan.

Menariknya, setiap bilik hotel di sini dilengkapi dengan balkoni yang menghadap kolam renang di mana anda boleh bersantai sambil melihat kolam renang. Di Dash Box Hotel, bukan sahaja bangunan hotel dan bilknya sahaja yang cantik, malah kolam renangnya juga cantik dan unik. Kolam renangnya sangat besar dan panjang, melalui hadapan setiap bilik yang ada di sini.

Bolehlah anda apungkan diri di atas pelampung sambil menghanyutkan diri di sepanjang kolam sambil melihat keindahan bangunan hotelnya. Pada waktu malam, suasana di sini semakin cantik dengan keindahan lampu yang berwarna-warni. Anda pesti berseronok meluangkan masa di Dash Box Hotel. Oh ya, jangan lupa bergambar sepuas-puasnya untuk dimuatnaik ke media sosial buat tatapn sahabat maya anda.

2. Taman Tasik Cyberjaya

Taman Tasik Putrajaya merupakan tempat menarik di Putarajaya yang kedua ingin kami kongsikan kepada anda. Tasik yang luas ini bukan sahaja cantik dengan pemandangannya yang menghijau, uniknya terdapat sebuah pulau di tengah tasik yang dikenali sebagai Pulau Wind Chime. Anda boleh melihat pulau tersebut dari jauh atau pergi ke situ dengan menaiki jambatan yang disediakan.

Jika anda bercuti bersama anak kecil, pastinya anak anda akan teruja dengan tamak permainan kanak-kanak yang ada di sini. Ianya sangat besar dan penuh dengan permainan yang menarik. Buaian, jongkang-jongket, gelongsor besar dengan laluan panjang, dan sebagainya. Bolehlah anda berehat menyedut udara yang segar sambil memerhatikan anak anda bermain.

Jika anda jenis yang suka bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial, bolehlah anda berselfie di menara jam yang ada di sini. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga di sini ialah berkelah, beriadah, berjoging, atau sekadar berjalan-jalan santai sambil ambil angin dan melihat kehijauan di sekeliling tasik.

3. Cyberview Resort & Spa

Cyberview Resort & Spa adalah di antara tempat penginapan yang boleh anda pilih semasa bercuti di Cyberjaya. Ia menjadi pilihan utama pelancong kerana kehijauan dan pemadangan di persekitaran resort. Jika anda tak bermalam di sini, anda masih boleh masuk ke dalam kawasan resort untuk berjalan-jalan melihat keindahan kawasan resort. Dah penat berjalan di sekeliling resrort, anda boleh bersantai di tepi kolamnya. Jika anda terasa nak memanjakan diri, boleh singgah ke spa yang ada di resort ini dan pilih mana-mana pakej yang sesuai di hati.

tempat menarik di cyberjaya
Sumber: Agoda

4. Masjid Cyberjaya

Tempat menarik di Cyberjaya yang seterusnya ialah Masjid Cyberjaya yang terletak di dalam universiti Islam Malaysia. Masjid ini yang juga dikenali sebagai Masjid Raja Haji Fi Sabilillah merupakan masjid hijau pertama di Malaysia.

Apa yang lebih membanggakan, Masjid Cyberjaya adalah rumah ibadat pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan platinum kerana menepati Piawaian Bangunan Hijau (GBI).Apa yang dimaksudkan sebagai masjid hijau? Majid ini menggunakan teknologi hijau yang mesra alam sekitar dari penggunaan air sehingga kepada seni reka bentuknya.

Masjid ini dibina dengan ciri penjimatan air, elektrik serta mengamalkan konsep kitar semula. Selain ciri hijaunyanya, Masjid Cyberjaya juga terkenal dengan seni bina dan reka bentuknya yang unik dan menarik. Kalau anda datang pada waktu malam, kecantikan seni bina masjid ini semakin menyerlah dengan limpahan lampu yang menerangai masjid tersebut.

5. D Pulze Shopping Center

Tak lengkap percutian anda di Cyberjaya kalau tak singgah ke pusat membeli-belah yang bertaraf antarabangsa ini. D Pulze Shopping Center menjadi tumpuan penduduk di sekitar Cyberjaya kerana ia merupakan satu-satunya pusat membeli-belah yang mempunyai panggung wayang di Cyberjaya. Kalau anda tiba-tiba terasa teringin nak bermain bowling, di sini juga terdapat pusat bowling. Di antara premis yang ada di sini ialah:

  • TGV Cinema
  • The Library Coffee Bar
  • Boat Noodle
  • Mr. DIY
  • U-Bowl
  • Wendy’s

6. Gem in Mall

Gem in Mall yang merupakan pusat membeli-belah terbaru di Cyberjaya terletak di Persiaran Sepang. Pusat membeli-belah Gem in Mall bukanlah besar seperti pusat membeli-belah lain di Bandaraya Kuala Lumpur. Ia cuma mempunyai 2 tingkat, namun menariknya seni bina bangunan yang moden dan trendi pasti menarik perhatian anda. Di antara kedai yang ada di sini ialah:

  • The Art Stationary
  • Steamboat Empire
  • Happy Happy Bakery
  • Fitness Forever
  • Pink Lollipops Mart
  • Kafe DeGuts’s Restaurant & Cafe
  • Kluang Station Cafe
  • Alef Maju
  • Shin Tokyo Sushi & Ramen Ten
tempat menarik di cyberjaya
Sumber: Thefoods6hunters

7. Zawara Cafe

Dah puas berjalan-jalan, pastinya anda terasa lapar. Kalau anda mencari tempat makan yang happening di Cyberjaya, kami cadangkan anda singgah di Zawara Cafe. Cafe ini menjadi pilihan ramai kerana suasana cafenya yang trendi dan hipster. Sekali lagi, kalau anda jenis suka selfie dan memuatnaik gambar di media sosial, anda pasti akan mendapat banyak gambar yang cantik di sini.

Selain suasana cafe yang menarik, makanan yang disediakan di Zawara Cafe juga tak kurang hebatnya. Anda pasti rambang mata untuk memilih makanan daripada senarai menu di tangan anda. Sebut sahaja, nak makanan western? Nak makan makanan melayu? Semuanya ada di sini. Oleh itu, kalau anda bercuti di Cybrjaya jangan lupa untuk makan di Zawara Cafe.

8. Al-Mukalla Reataurant

Tempat menarik di Cyberjaya yang terakhir ingin kami kongsikan ialah Al-Mukalla Restaurant yang menyajikan makanan dari timur tengah, dengan fokus kepada makanan dari Yaman.

Di antara menu yang paling laris di sini ialah  Mulawwa Yemeni Bread, Briyani Chicken Mendy, Shish Tawouk, or Chicken Kabsa. Kalau anda tak biasa makan makanan arab, dan tak tahu apa yang nak diorder, jangan risau. Anda boleh minta pendapat pelayan makanan mana yang anda perlu cuba.

tempat menarik di cyberjaya
Sumber: Youtube

Itulah dia 8 tempat menarik di Cyberjaya yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di  Negeri Sembilan, tempat menarik di Johor  dan  tempat menarik di  Perak. Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *