16 Tempat Menarik Di Bosnia Sesuai Untuk Bercuti
Jom baca tempat menarik di Bosnia.
Bosnia adalah sebuah negara yang sarat dengan pelancong memandangkan terdapat banyak tempat percutian yang harus dikunjungi ramai. Ia berada di bawah pemerintahan parlimen di semenanjung Balkan bersama dengan Herzegovina. Boleh dikatanya ia merupakan bandar yang bergabung.
Adakalanya bandar Bosnia agak klasik kerana banyak senibina asal dikekalkan dan terpelihara. Jom lihat tempat menarik di Bosnia sesuai untuk percutian anda bersama kawan-kawan dan keluarga.
1. Sarajevo
Sarajevo adalah ibu kota bagi negara Bosnia yang menjadi tempat percutian ramai. Selain tempat percutian Eropah, ia juga merupakan tempat menarik di Bosnia sesuai untuk anda bercuti dengan kawan dan keluarga. Terdapat gereja, Masjid, katedral Ortodok, Katedral Katolik dan juga Sinagog.Walaupun bangunan klasik yang cantik ini membolehkan anda bergambar, pastinya menikmati seni bina bandar ini lebih penting lagi untuk dihayati. Anda juga berpeluang melihat pertunjukan Jazz di sini.
2. Lukomir
Tempat menarik di Bosnia wajib anda terokai adalah Lukomir. Ia lengkap dengan kawasan perkampungan yang terdiri daripada rumah buatan batu dan kayu seperti berada di zaman purba.
Terdapat juga batu nisan dan ‘stecci’ purba yang merupakan peninggalan zaman pertengahan boleh anda lihat. Anda juga boleh mendaki Rakitcina Canyon di sekitar sini.
3. Bihac
Tahukah anda, bandar Bihac terletak di sebelah barat laut negara Bosnia dan Herzegovina? Ia berdekatan dengan Sungai Una dimana anda wajib ke sini untuk bergambar, berkayak dan melakukan aktiviti air di sini. Anda boleh mengunjungi tempat menarik di Bosnia ini tidak kira musim, panas mahupun sejuk.4. Gunung Bjelasnica
Bagi pencinta salji dan para pendaki, anda tak harus lepaskan peluang ke Gunung Bjelasnica. Kawasan ini terdiri daripada gunung dan air terjun beku. Tempat menarik di Bosnia ini mula dikenali ramai pelancong sejak aktiviti Sukan Olimpik Musim Sejuk Sarajevo 1984.
5. Taman Negara Sutjeska
Keindahan Taman Negara Sutjeska ini terletak di Gunung Durmitor, hutan terakhir Peru serta Tasik Donje Bare yang merangkumi dalam satu kawasan. Anda boleh melihat dan mendaki beberapa puncak yang cantik seperti Maglic(2,386m) dan Uglejsn (1,858m). Untuk bermandi-manda, kunjungilah Tasik Donje Bare.
6. Borocka Lake
Seterusnya, tempat menarik di Bosnia yang boleh anda kunjungi adalah Boracko Lake. Tasik ini tidak jauh dari bandar Konjic, Pergunungan Prenj. Ia merupakan sudut terindah untuk anda bergambar dan menikmati keindahan musim panas.7. Nature Park Blidinje
Blidinje Nature Park terletak di kawasan lembah dan merupakan kawasan Illyrian. Ia telah dibina pada zaman Rom lagi iaitu pada 2500 tahun dahulu. Antara aktiviti boleh anda lakukan di sini adalah menyaksikan penempatan orang Slavik, menaiki ski dan juga membuat road trip di sekitar kawasan ini.8. Jajce
Jajce adalah tempat menarik di Bosnia yang terkenal dengan kubu lama serta air terjun di sini. Anda pasti terpukau dengan pemandangan dan suasana kawasan ini. Udaranya sangat nyaman sekali.9. Kravice Waterfalls
Kravice Waterfall yang sangat indah ini berada kira-kira 10 km dari selatan bandar Ljubuski serta 40 km dari bahagian selatan Mostar. Ia berlokasi di sungai Trebizat dan berketinggian 25 meter. Sepanjang berkunjung ke sini, anda boleh bermandi-manda, berkelah, rope swing, berkhemah dan melakukan pelbagai lagi aktiviti menarik.10. Neum
Neum merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi pantai serta menggabungkan Lautan Adriatik dengan daratan. Pantai Bosnia dan Herzegovina ini berada sepanjang 20 km di sini. Anda boleh menikmati perjalanan indah di pantai sambil menghayati makanan laut terbaik di sini.11. Jahorina
Salah satu tempat menarik di Bosnia juga adalah Jahorina. Ia amat terkenal dengan tempat turunnya salji dan bermain ski. Pencinta salji pasti takkan lepaskan peluang mendaki dataran tinggi Dinaric Alps yang penuh dengan pokok pinus yang cantik. Terdapat juga kereta kabel boleh anda naiki di sini.12. Mostar
Monstar popular dengan jambatan tua Ottoman di Sungai Neretva dimana ia adalah salah satu warisan dunia UNESCO 2005. Kota lagenda ini juga mempunyai tempat menarik seperti Masjid Koskin Mehmed Pasha, Menara Sniper dan macam-macam lagi.13. Tara Canyon
Tara Canyon membolehkan anda menerokai jeram dan sungai Tara yang indah panoramanya. Tempat menarik di Bosnia ini juga terdiri daripada air terjun yang sesuai untuk para pencinta alam. Airnya juga amat biru dan jernih. Nak dijadikan lokasi penggambaran pun amat sesuai sekali.14. Ilidza
Ilidza terletak di pinggiran Kota Sarajevo, Bosnia. Terdapat pelbagai tempat rekreasi yang boleh anda singgah di sini, malah ia juga dipenuhi dengan bangunan penginapan hotel-hotel tua dan klasik. Kebanyakannya adalah gaya senibina abad ke 19 dan 20.15. Blagaj
Bandar Blagaj terletak berdekatan dengan Sungai Buna yang turut menjadi sebuah tarikan pengunjung ke situ. Ia juga adalah sebuah bandar kecil yang terletak dari selatan Mostar. Selain melihat telaga sungai yang indah, anda boleh bersantai dan makan-makan.16. Trebinje
Tempat menarik di Bosnia yang harus anda kunjungi juga adalah Trebinje. Ia penuh dengan bayang-bayang pokok Trebinje yang indah. Anda boleh mengunjungi biara Nova Gracanica berhampiran bukit dan melihat keindahan perairan Sungai Trebisnjica. Sungguh memukau dan mempersonakan!Berikut adalah tempat menarik di Bosnia yang tidak harus anda lepaskan jika berkunjung ke Bosnia. Jom lihat juga tempat menarik di Balkan, tempat menarik di Auckland, tempat menarik di Zhuhai dan tempat menarik di Zimbabwe.