20 Tempat Menarik di Beijing Tempat Shopping Murah Pilihan Ramai
Beijing merupakan tempat yang paling menarik bagi aktiviti perlancongan dan juga amat terkenal dengan barangan jualannya yang amat murah.  Apabila tiba musim cuti perayaan, bandar ini pasti dipenuhi dengan ramai pengunjung yang datang dari serata tempat. Jom kita ketahui antara 20 tempat menarik di Beijing yang menjadi tarikan ramai pengunjung!
1. Pasar Antik Panjiayuan
Pasar Antik Panjiayuan ini adalah salah satu tempat menarik bagi mereka yang suka berbelanja. Pasar Antik Panjiayuan merupakan pasar antik yang terbesar di China. Ada juga yang mengatakan bahawa pasar ini merupakan pasar terbesar di Asia.Cuba bayangkan betapa besar dan banyaknya barang-barang antik dijual di sini. Antara barangan dijual adalah duit syiling lama, dacing lama, mesin jahit lama, tembikar lama, lampu lama, permainan lama, buku lama, jam lama, lukisan lama hinggalah kepada perabot-perabot lama boleh anda dapati di sini.
2. Shichahai
Terletak di bahagian Utara kota lama Beijing, Shichahai merupakan lambang kota lama Beijing. Terdapat banyak cafe dan bar serta keindahan tasik yang terbentang luas yang amat menenangkan jiwa boleh anda lihat apabila bercuti di sini.Pada musim sejuk di Shichahai, tasik ini akan beku dan anda boleh berjalan diatasnya sambil mengambil beberapa gambar yang menarik. Selain itu, anda juga boleh berjalan di lorong-lorong jalan di sini sambil melihat ciri-ciri seni binaan China yang unik dan mempersonakan.
3. Tiananmen Square
Jika di Malaysia terdapat Dataran Merdeka sebagai dataran yang penuh istiadat serta bersejarah, manakala di China pula terdapat Tiananmen Square yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pada awal pagi terdapat upacara menaikkan bendera di sini.Anda juga dapat melihat Tiananmen Tower, Monument to the People’s Heroes, Great Hall of The People, serta Chairman Mao Zedong yang amat menarik di sini. Sambil berjalan-jalan, sambil anda dapat menimba ilmu sejarah.
4. Pekan Antik Liulichang
Liulichang adalah bangunan-bangunan lama yang terletak di Dashilar. Sudah pasti ia juga tersenarai sebagai tempat menarik di Beijing yang boleh anda lawati semasa bercuti ke sini. Bangunannya telah dibina sejak zaman Dinasti Ming dan Qing lagi.Dahulunya tempat ini adalah tumpuan penyair-penyair dan cendiakawan China. Sekiranya anda meminati barangan antik, anda boleh singgah di kedai-kedai lamanya yang menjual teko seramik, pinggan mangkuk porcelin, tulisan kaligrafi, lukisan, berus dan lain-lain lagi.Â
Anda juga boleh mencuba teh yang sangat sedap di kedai-kedai teh yang terdapat di sini.  Selain itu, anda boleh mencuba menaiki lanca, beca serta menunggang basikal sewa di sekitar tempat ini. Terdapat juga kedai makanan halal serta masjid Qianmen yang berusia hampir 500 tahun untuk solat.
5. Santilun
Terletak di daerah Chaoyang, tempat yang menarik ini diberi nama Sanlitun. Ia adalah salah satu syurga membeli-belah di Beijing. Terdapat banyak butik yang menjual barang-barang berjenama dan harga barangnya juga boleh dikatakan agak mahal. Bagi anda yang ingin mencari baju-baju yang berjenama, anda boleh datang ke sini.6. Forbidden City
Forbidden City yang merupakan salah satu tempat menarik di Beijing ini adalah kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Qing. Ia telah dibina pada zaman Maharaja Chengzu dari Dinasti Ming Dynasty yang turut dikenali sebagai istana Larangan dalam filem kung-fu. Jika anda merupakan peminat cerita kung-fu, pasti anda pernah melihat bangunan ini kan? Untuk merasai pengalaman ataupun suasana seperti filem kung-fu, anda boleh datang ke sini.7. Joy City Mall, Chaoyang Beilu
Jika anda meminati suasana membeli-belah gaya modern dan ekslusif serta jauh dari tumpuan pelancong, pergilah ke Joy City Mall yang letaknya di Chaoyang Beilu. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Beijing yang terdapat pelbagai pilihan bagi kaki shopping.Terdapat pasaraya, kedai-kedai kosmetik, farmasi, restoren, cafe, butik, restoren makanan segera dan rangkaian francaise terkenal di sini. Antara jenama barangan populardisini termasuklah Hugo Boss, Coach, Brooks Brother, MaxMara, H&M, Miss Sixty, Sephora, Calvin Klein dan Ochirly. Nak tonton wayang di sini pun boleh!
8. Wangfujing Street
Wangfujing Street merupakan antara pusat perniagaan yang terkenal di Beijing. Hebatnya, ia turut tersenarai dalam tempat menarik di Beijing yang perlu anda lawati bersama keluarga. Terdapat juga makanan ringan atau kudapan serta makanan tradisional Beijing yang dijual di sepanjang jalan di Wangfujing yang boleh anda cuba bagi yang halal.Untuk anda yang beragama Islam, jangan khuatir kerana di sini juga terdapat makanan halal di kedai yang mempunyai tanda (清真Qīngzhēn) yang bermaksud halal. Anda juga boleh membeli cenderahati dan dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak ditipu oleh peniaga malah perlu mahir tawar menawar dengan peniaga jika mahu membeli.
9. Hutong
Hutong adalah perkampungan lama di Beijing dan ia wujud sejak zaman Dinasiti Yuan lagi. Hutong merupakan salah satu tempat menarik di Beijing untuk anda melihat peninggalan sejak zaman dinasti tersebut. Rumah-rumah di sini dibina rapat-rapat di dalam satu kawasan yang mempunyai lorong-lorong kecil. Kebanyakan rumah di sini berwarna kelabu dan amat menarik untuk anda yang suka mengambil gambar dan berselfie. Jom ke Hutong alang-alang anda melancong ke Beijing nanti!10. Xidan
Xidan adalah sebuah bandar di Beijing yang mempunyai banyak gedung membeli-belah dan pastinya merupakan tempat menarik untuk kaki shopping yang terlepas untuk bershopping di Joy City. Bangunannya tinggi-tinggi dan disambungkan antara satu sama lain dengan jejantas yang telah dibina di sini. Panoramanya amat cantik pada waktu malam. Macam-macam barang dan pakaian boleh anda dapatkan di sini dengan pelbagai jenis harga serta jenama.11. Olympic Forest Park
Anda pencinta alam sekitar? Jika ya, Olympic Forest Park ini adalah tempat menarik di Beijing yang wajib anda lawati. Ini adalah tempat dimana anda boleh membuat aktiviti beriadah sambil bersiar-siar melihat keindahan alam sekitar dan menikmatik panorama tasik yang indah.12. Bell and Drum Tower
Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Beijing adalah Bell and Drum Tower yang terdiri daripada dua menara besar yang amat unik. Menara loceng ini berketinggian setinggi 47.9 meter dan anda perlu memanjat tangga yang curam sebelum melihat loceng yang sangat besar. Tahukah anda, di hadapan menara loceng ini terdapat menara gendang yang didalamnya yang mempunyai 7 buah gendang besar? Anda boleh singgah ke sini untuk menyaksikan persembahan gendang yang menarik.13. Ginza Mall
Jika anda tidak berpuas hati dengan mall di sini dan inginkan tempat yang menarik lagi di Beijing, anda boleh datang ke Ginza Mall yang merupakan gedung membeli-belah lima tingkat ini. Ia mempunyai kedai-kedai, pasaraya-pasaraya, butik-butik, farmasi-farmasi, kafe-kafe dan restoran yang menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga atau kawan-kawan.Kebanyakan kedai pakaian di mall ini menjual pakaian untuk golongan muda berusia 25 sehingga 35 tahun dan berjenama popular. Berada di sini terasa amat menyeronokkan kerana suasananya selesa serta dekorasi dalamannya agak menarik.