Cape Café
|

20 Tempat Makan Best Di Tanjong Malim. Syurga Makanan Yang Tidak Diketahui Ramai

Mencari tempat makan best di Tanjong Malim?

Tanjong Malim terletak di daerah Muallim, Perak. Ia bersempadan dengan Negeri Selangor. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjong alim mengambil masa kira-kira 1jam. Tempat ini mendapat Namanya sempena sebuah institusi pendidikan yang telah banyak berjasa melahirkan para guru dan pendidik sejak zaman sebelum merdeka.

Telah banyak perubahan yang berlaku di Tanjong Malim. Kini, kawasan ini sudah banyak tempat makan hipster seiring dengan permintaan penduduk di sini dan juga para pelajar UPSI yang terletak di sini. Sehinggakan pernah pihak TV3 membuat dokumentasi tentag Tanjong Malim dan menggelarnya sebagai syurga makanan.

Walaupun kawasannya tidaklah besar mana, tetapi jika anda ke sini, pasti perut anda tidak akan sempat kosong kelaparan kerana terlalu banyak kedai makan yang menarik di sini.

 

1) Pau Yik Mun

Pau Yik Mun
Imej via foursquare

Pau Yik Mun antara tempat makan terkenal di Tanjong Malim. Bagi anda yang beragama Islam, jangan risau tentang status halalya. Kerana penyediaan makanan dan kedai ini adalah mesra Muslim dan status halalnya diperakui oleh pihak JAKIM dan pihak mereka juga sering memperbaharui sijil halal mereka.

Pilihan pau yang boleh dinikmati di sini adalah ini kari ayam, daging, kacang dan kaya. Selain pau, mereka juga turut menyediakan aneka menu lain seperti mee, ayam goreng dan Hainan Chicken Chop. Malah, lebih istimewa kerana mereka turut menghasilkan kopinya yang tersendiri. Kopi Hainan White Coffee Yik Mun mempunyai rasa serta aromanya yang tersendiri. Malah ada sebahagian pelanggan yang memberi reviu, kopi di sini lebih sedap berbanding kopi-kopi di tempat lain.

Lokasi: 6043, Jalan Slim Lama, 35900 Tanjong Malim,

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi-8.00malam)

 

2) ZAAZ Restaurant And Café

ZAAZ Restaurant And Café
Imej via foursquare

ZAAZ Restaurant & Cafe menyediakan bermacam jenis masakan untuk anda. Jika anda penggemar western food dan teringin nak makan chicken chop yang sedap, ZAAZ harus menjadi tempat makan pilihan anda. Kesedapan chicken chop disini kalau lambat order, chicken chop memang cepat habis. Anda kena datang cepat untuk merasai sendiri resepi masakan mereka. Untuk mengelak dari tunggu lama atau makanan lambat seeloknya telefon untuk booking dulu.

Bukan setakat chicken chop sahaja yang sedap, tetapi banyak lagi pilihan makanan yang terdapat di sini. Malah pencuci mulut juga turut tersedia.

Lokasi: No. 2, Ground Floor, Jalan Tanjong Utama, Taman Sri Tanjong, 35900 Tanjong Malim, Perak (bersebelahan pos laju)

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00pagi-11:00malam)

 

3) Brew N Eat

Brew N Eat
Imej via Facebook

Restoren hipster semakin banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Begitu juga di Tanjong Malim. Brew N Eat antara restoran hipster yang menjadi tarikan orang ramai di sini. Restoran Brew n Eat ini memang tempat makan yang santai. Ada bermacam menu menarik yang disediakan sesuai selera anda. Memang sesuai bawa seisi keluarga.

Ada mee kari, mee rebus, mee bandung muar, laksa. Kalau tak suka makan mee? Makanan lain pun ada seperti chiken chop, lamb chop, salmon grill, meatball, spageti pun ada. Bagi yang tekak melayu jangan merajuk pula. Nasi pun ada dijual di sini. Nasi sambal ikan masin strawbery antara menu yang rare di sini. Harga setiap hidangan pula berbaloi yang penting sedap dan best.

Lokasi: No 99, Jalan Wawasan Dagangan Bandar Behrang 2020, Jalan Tanjong Malim-Slim River, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30pagi-10.00malam)

 

4) Restoren Garden Seafood

Restoren Garden Seafood
Imej via foursquare

Keistimewaan kedai ini adalah pada dekorasinya. Ia dihias dengan barang-barang antik seperti gramofon, seterika arang, jam dan basikal tua. Selain itu, restoren ini juga turut menghidangkan menu dari daging rusa dan daging burung unta. Sangat rare kan. Bukan selalu boleh merasa kesedapan daging rusa dan burung unta.

Walaupun pemilik kedai ini berbangsa Cina, tetapi kedai ini memiliki status halal. Ini menyebabkan kedai ini turut dikunjungi oleh pengunjung beragama Islam.

Lokasi: Jalan Wangsa Jaya 8 & Jalan Wangsa Jaya 7, Taman Wangsa Utama, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00pagi-11.00malam)

 

5) Lampu Neon Café

Lampu neon Café
Imej via foursquare

Jika anda mencari tempat untuk makan western yang rare, lain dari lain, restoran ini memang pilihan yang tepat. Ada bermacam menu hidangan yang disediakan di sini. Di sini selain dari menyediakan makanan yang sedap, harga setiap hidangan yang berpatutan.

Malah, tidak keterlaluan untuk kategorikan kedai ini antara tempat makan tersedap yang terdapat di Tanjong Malim. Antara menu istimewa di Lampu Neon Café adalah Dimmu Burger. Sosnya memang terangkat. Sedap habaq hang.

Pemilik kedai ini merupakan seorang pemina heavy metal. Jadi banyak poster-poster kumpulan penyanyi heavy metal di dinding kedai. Jadi, terkejut pula kalua Nampak ada gambar macam tengkorak di dinding kedai. Apa-apa pun, makan di sini memang sedap. Tak rugi anda cuba. 

Lokasi: Lot 8385 Jalan Ketoyong, 35900 Tanjung Malim, Perak

Waktu Operasi: Ahad-Jumaat (5.00petang-12.00malam)

 

6) Cape Café

Cape Café
Imej via foursquare

Menu hidangan di kedai ini biasa-biasa sahaja, sama seperti kedai-kedai yang lain. Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak, mee, bihun, kuey teow, sagu gula melaka, pulut manga dan soto. Namun apa yang istimewanya di kedai ini adalah semua hidangan ini berharga RM1.70 sahaja.

Jadi, anda boleh mencuba macam-macam menu yang ada kerana semuanya hanya bernilai RM1.70. Untungnya, anda boleh makan pelbagai menu dalam 1 masa, dan anda juga boleh tahu nilai makanan anda secara jelas. Anda tempah 5 menu, maka jumlahnya hanya RM8.50.

Lokasi: No 13, Taman Anggerik Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (10.30pagi -10.00malam)

 

7) Loveat

Loveat
Imej via foursquare

Bagi anda yang meminati burger, Loveat adalah tempat yang ideal untuk anda. Di sini, anda ada banyak pilihan menu burger untuk anda cuba. Istimewanya burger di sini, dihidangkan dengan roti burger berwarna hitam yang dikenali sebagai Charcoal Bun.

Selain makanannya yang sedap, layanan yang diberi juga bagus. Malah suasana kedai juga ringkas dan sesuai untuk anda sekeluarga menjamu selera di sini.

Lokasi: 22, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Ahad-Jumaat (5.00petang-11.99malam)

 

8) E Place

E Place
Imej via foursquare

Terdapat pelbagai menu yang terdapat di sini. Kepelbagaian inilah menyebabkan ramai yang suka kepada kedai ini. Ia bukan sahaja menyediakan masakan tempatan, tetapi juga menu makanan barat, makanan laut serta steamboat.

Jika dalam keluarga anda, semua ahli ada selera masing-masing, maka bolehlah anda sekeluarga makan di sini. Setiap orang bebas memilih menu makanan yang sesuai dengan selera masing-masing.

Lokasi: 13 &15, Jalan Permai 1, Taman Ketoyong Permai, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (11.30pagi-10.00malam) | Jumaat (3.00petang-10.00malam)

 

9) Karim’s Corner

Karim’s Corner
Imej via foursquare

Karim’s Coner terletak betul-betul berhadapan Pintu Utama Kampus Lama Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kedai ini antara kedai legend di Tanjong Malim. Dari pandangan luaran, kedai ini biasa-biasa sahaja. Dan ia hanya beroperasi di sebelah pagi untuk sarapan dan minum pagi.

Antara menu yang dihidangkan di sini adalah nasi lemak dan roti canai. Lauk-pauk seperti sambal kerrang dan rendang ayam juga ada untuk dimakan bersama nasi lemak. Namun, apa yang istimewanya di kedai ini adalah rasa airnya yang sedap. Secukup rasa. Nescafe ais, teh ais, kopi ais, memang rasanya sangat umpphhhh. Air, susu, ais memang cukup serba serbi. Sangat sedap!

Jika anda tercari-cari tempat sarapan di Tanjong Malim, bolehlah jadikan Karim’s Corner sebagai tempat sarapan untuk anda sekeluarga.

Lokasi: 32, Jalan Besar, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (7.00pagi – 11.00pagi)

 

10) Saudagar Sup Junior

Saudagar Sup Junior
Imej via foursquare

Sup Saudagar bukan lagi menu asing bagi warga Tanjong Malim. Resepi sup utaranya sudah bertahan sejak tahun 1988. Bihun sup adalah menu yang terkenal di kedai ini.

Bukan sekadar sup, mereka juga menyediakan aneka hidangan lain seperti nasi ayam. Walaupun kedainya ringkas sahaja, namun keistimewaan sup utara yang dimiliki kedai ini mampu menarik ramai pelanggan ke kedainya. Kualiti sup serta kebersihan kedai yang dijaga menyebabkan ramai pelanggan berpuas hati dan memberikan rating yang tinggi untuk kedai Saudagar Sup Junior.

Lokasi: 21-27, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi-11.00malam)

 

11) The Taste Terminal

The Taste Terminal
Imej via foursquare

Ia adalah sebuah hab makanan buakan Muslim yang dimiliki oleh Suri Muslim Kitchen Sdn. Bhd. Ia adalah sebuah kedai yang menjual makan ringan serta kudapan. Namun mereka turut menyediakan ruang meja dan kerusi untuk pelanggan makan di situ.

Di hadapan kedai ini terdapat gerai kecil Roti Teloq Bakar Meleleh. Inilah tarikan utama yang terdapat di The Taste Terminal. Selain roti bakar, mereka turut menjual aneka burger dan oblong. Tengok daripada gambar pada buku menu sahaja sudah menyelerakan, yang nyata pastilah lebih menyelerakan.

Setelah anda isi perut dengan makanan yang ditempat di gerai Roti Teloq Bakar Meleleh, anda bolehlah membeli-belah kudapan yang dijual di bahagian dalam kedai pula.

Lokasi: No. 3, Jalan Douglas, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi-11.00malam)

 

12) Gerai Nasi Lemak Haji Din

Gerai Nasi Lemak Haji Din
Imej via foursquare

Menu sarapan terkenal di Malaysia, sudah pastinya nasi lemak. Di mana-mana tempat pun ada jual nasi lemak. Tetapi istimewanya Nasi Lemak Gerai Haji Din adalah kerana usia resepinya yang sudah lebih 40 tahun. Nasi lemaknya nampak ringkas, tetapi rasanya cukup sempurna.

Selain nasi lemak, terdapat juga menu lain yang dijual di sini seperti mee, bihun dan aneka kuih. Kedai ini dibuka seawal jam 6.30pagi. Jika anda seorang yang bersarapan awal pagi, bolehlah ke Gerai Haji Din untuk mengisi perut yang kosong.

Lokasi: Gerai 18, Medan Selera Tanjong Malim, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30pagi-12.30tengah hari)

 

13) Sarang Art Hub

Sarang Art Hub
Imej via foursquare

Seperti nama kedainya ‘Sarang Art Hub’, semestinya ia menjadi sarang seni. Kedai ini dihiasi dengan hasil seni seperti lukisan, graffiti dan arca. Dinding kedainya yang putih dihiasi dengan lukisan yang berwarna-warni. Malah, pelanggan yang datang di sini akan disajikan dengan persembahan kumpulan muzik.

Sarang Art Hub sering menjadi pilihan anak-anak muda untuk menjamu selera. Makanan yang sedap, ditambah pula nyanyian serta alunan muzik yang didendangkan, malah ditambah pula dengan kecantikan seni di dinding-dinding kedai, ia suatu pakej lengkap untuk anda menjamu tekak dan juga menjamu mata dan telinga.

Lokasi: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Jumaat-Rabu (2.30petang-1.00pagi)

 

14) Faizal Teloi Char Kuey Teow

Faizal Teloi Char Kuey Teow
Imej via Facebook

Walaupun gerainya kecil dan hanya menjual char kuey teow sahaja, namun pelanggannya memang berpuas hati dan memuji-muji kesedapan char kuey teow Faizal Teloi ini. Kepakarannya memang dalam menyediakan char kuey teow yang mengancam, menyebabkan kedai ini sering dikunjungi pelanggan. Kalau tanya warga Tanjong Malim tentang char kuey teow, memang Faizal Teloi yang akan mendapat rating tertinggi.

Lokasi:  No. 21, Jalan Bie Utama, Kota Malim Prima

Waktu Operasi: Selasa- Ahad (5.00petang-2.30pagi)

 

15) Abdul Rahim Cendol

Abdul Rahim Cendol
Imej via foursquare

Dah nama pun Abdul Rahim Cendol, pastilah cendol menjadi menu utama di gerai ini. Antara menu lain yang dijual di sini adalah rojak dan mee goreng mamak. Gerai ini terletak di sebelah KFC Tanjong Malim.

Sewaktu panas tengah hari, singgah pula pekena cendol di sini, memang sejuklah tekak yang kering. Bagi anda yang menggemari pulut, bolehlah cuba cendol pulut di gerai Abdul Rahim Cendol. Memang terangkat!

Lokasi: 2-30, Jalan Besar, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi-9.00malam)

 

16) Restoren Abuya

Restoren Abuya
Imej via openrice

Pada asalnya, Restoren Abuya bukanlah sebuah kedai makan gah, hanya warung kampung di tepi jalan yang terletak di Pintu Selatan, kampus lama UPSI. Tetapi kini, mereka telah berpindah tempat di deretan lot kedai berdekatan UPSI. Kedai makan ini antara kegemaran pelajar-pelajar UPSI untuk makan tengah hari. Selain daripada harganya yang berpatutan, rasa lauk-pauknya juga sedap.

Antara menu yang istimewa di sini adalah air kelapa berperisa. Anda hanya perlu tambah RM0.50 sahaja untuk tambah perisa seperti laici, lemon atau susu. Kalau tengah-tengah panas, tekak pun kering, minum pula air kelapa berperisa ais ini, memang segar sahaja tekak rasa.  Lebih best kerana harganya juga murah.

Lokasi: No. 1, Ground Floor, Jalan Slim, Taman Happy, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (8.00pagi-4.00petang)

 

17) Andri Nasi Padang

Andri Nasi Padang
Imej via foursquare

Andri Nasi Padang terkenal dengan kesedapan lauk ayam kampung goreng dan ayam rendangnya. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup menunggu kedai dibuka untuk mendapatkan lauk-lauk yang dijual di sini.

Kedai ini dibuka sebelah petang. Dan kebiasaannya ia tutup awal kerana sudah kehabisan lauk. Jadi jika anda ingin merasai kelaatan lauk-pauk di Andri Nasi Padang, pastikan anda datang awal, sebelum 4.30 petang.

Lokasi: Jalan Slim, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (1.30petang-4.00petang)

 

18) TR Tom Yam House

TR Tomyam
Imej via foursquare

Jika anda mencari tempat makan style sheel out, anda bolehlah ke TR Tom Yam House. Terdapat aneka lauk yang anda boleh nikmati di sini.  Udang galah, ketam dan juga seafood yang lain. Antara masakan untuk makanan laut di sini adalah masak butter, masak pedas, masak cili kering dan masak stim.

Bagi anda yang ingin mengadakan majlis keraian, TR juga menyediaan perkhidmatan sewaan dewan. Tempat parkir di sini juga luas untuk para pelanggan yang datang berkunjung di sini.

Lokasi: Lot 3921 mukim slim daerah mualim, Slim river, 35800 Slim River

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi-12.00tengah malam)

 

19) Kilang Roti Mokhtar

Roti Mokthar
Imej via mmail

Ia bukanlah sebuah kedai makan mahupun café, tetapi sebuah tempat membuat dan menjual roti. Lalu depan kedainya sahaja sudah membuatkan anda tak keruan dek bau rotinya yang wangi. Penyediaan roti di kilang ini dilakukan secara tradisional kerana roti-roti tersebut di masak di dalam dapur arang.

Terdapat pelbagai pilihan inti bun yang dijual, anaranya inti kelapa, kaya dan kacang. Roti inti klasik ini mula dijual seawall jam 11.30pagi. Manakala, roti lain seperti bijan, krim dan bun mula dijual pada 12.15 tengah hari.

Lokasi: No. 1, Kampung Masjid Lama, Perak, 35800 Slim River

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (11.30pagi-1.15pagi)

 

20) Hitz Café

Hitz Café
Imej via foursquare

Hitz Café juga boleh dikategorikan sebagai kafe hipster yang terdapat di Tanjong Malim. Susun atur kedainya kemas dan ringkas. Persekitarannya juga bersih.

Bagi anda yang hantu keju, anda boleh cuba Cheese Baked Rice with Chicken Chop di kedai ini. Pasti tidak mengecewakan. Selain itu pencuci mulut di kedai ini juga menarik dan sedap.

Lokasi: 30, Jalan Chong Ah Peng, Taman Hijau 2, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00pagi-8.00malam)

 

Itulah dia 20 tempat makan menarik di Tanjong Malim yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat menjamu selera. Jemput juga baca artikel Tempat Hiking Di Perak Tempat Menarik Di Perak dan Tempat Memancing Di Perak.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *