tempat makan best di Melaka
|

13 Tempat Makan Best Di Melaka Yang Anda Patut Cuba

Jalan-jalan di Melaka tak sah kalau tak mencuba makanannya.

Ini kerana ada pelbagai tempat makan best di Melaka yang unik dan semestinya menyelerakan!

Jadi, simpan bajet mulai sekarang sebab kami nak dedahkan 13 tempat makan best di Melaka yang anda patut cuba.

1. Melaka Nyonya Village 马六甲娘惹

Masakan Baba Nyonya

Kalau pergi ke Melaka tak sah kalau tak cuba masakan peranakan. 

Restoran Baba Nyonya asli ini berstatus halal menyediakan pelbagai masakan peranakan. 

Boleh cuba ayam pongteh, laksa nyonya dan udang lemak nenas di sini.

Alamat : Melaka Baba Nyonya Art & Cultural Group Sdn Bhd

178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.

Waktu operasi :            

Isnin – Ahad, (11am – 2pm & 5pm – 9pm)

2. Nasi Gunting Haji Awal

tempat makan best di melaka nasi gunting haji awal

(Sumber gambar: IG Nasi Gunting Haji Awal)

Gerai ini dibuka dari pagi hingga tengahari sahaja tetapi rasanya akan teringat sampai bila-bila! 

Nasi Gunting Haji Awal menyediakan lauk pauk daripada daging, perut atau paru yang digunting bersama beberapa potong timun dan dicurah pula kuah ke atas nasi putih yang panas.

Ini satu hidangan yang wajib dicuba apabila anda di Melaka! 

Amaran: Anda dinasihatkan datang awal pagi kerana nasi gunting ini cepat habis!

Alamat: Jalan Melaka Sentral, Plaza Melaka Sentral, 75400 Melaka

Waktu operasi:

Isnin – Ahad, (7am – 1.10pm)

3. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

(Sumber Gambar: FB Ee Ji Ban Chicken Rice Ball)

Restoran Ee Ji Ban ini merupakan restoran muslim friendly yang terkenal dengan bebola nasi ayamnya. Ya, nasi ayam yang dijadikan bebola. 

Bukan sahaja nasi ayam, tetapi ada juga menu makanan asli tradisi Baba dan Nyonya. Lauk cili garam pun ada juga di sini! 

Alamat: 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu operasi:

Isnin – Ahad (11am – 9.30pm), Khamis – Jumaat (12pm – 9.30 pm) 

4. Kedai Mee Kari Sungai Putat

 

(Sumber Gambar: FB Kedai Mee Kari Sungai Putat)

Mee kari di sini padat dengan rempah kari kick! Boleh cuba Mee Kari Special yang dihidangkan dengan sotong dan 3 ekor udang.

Selepas itu anda patut menikmati Mee Rojak Ayam di sini. Disediakan dengan ayam goreng dan juah rojak yang manisnya tepat kena dengan selera rasa. 

Kedai ini dibuka sejak 1990 dan sudah pasti mereka memang pakar dengan hidangan mereka! 

Kalau dah kenyang makan mee kari, boleh basahkan tekak pula dengan mango float royal yang ada di sebelah kedai ini sahaja.

Alamat: Jalan Sungai Putat, 75350 Melaka

Waktu Operasi:

Isnin – Sabtu, (1.30 pm – 7.00 pm), Jumaat (2pm – 7pm)

5. Asam Pedas Claypot 2 Restoran Kota Laksamana

(Sumber Gambar: FB Lapar Gila)

Kalau Pahang ada lauk tempoyak, Melaka ada asam pedas. 

Nak yang sedap lagi original? Boleh ke Asam Pedas Claypot yang terletak di Taman Kota Laksamana. 

Ada pelbagai asam pedas di sini termasuk ikan dan daging tetel. Satu set asam pedas dihidangkan bersama satu pinggan nasi berharga RM10 sahaja. Orang Melaka sendiri recommend ke sini! Buka sampai 4 pagi. Kalau yang craving tengah-tengah malam tu bolehlah menjamu selera di sini.

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi:

Buka pada setiap hari kecuali Selasa. (6pm – 4 am)

6. Restoran Selera Hang Tuah

tempat makan best di melaka restoran selera hang tuah

(Sumber Gambar: FB Restoran Selera Hang Tuah)

Masih tak puas nak rasa asam pedas? Boleh cuba Asam Pedas Gearbox yang padu dengan rasa asli turun temurun di Restoran Selera Hang Tuah. 

Cuba juga merasai juadah lain seperti dimsum, nasi lemak kukus ayam dan lain lain. Yang pastinya keunikannya boleh buat anda kecur air liur!

Alamat: Jalan Bukit Katil, Kampung Duyong, 75460 Melaka

Waktu Operasi:

Buka pada setiap hari kecuali Isnin (5pm – 2am)

7. Medan Ikan Bakar Haji Musa Kompleks Nelayan

(Sumber Gambar: FB Medan Ikan Bakar Haji Musa Kompleks Nelayan)

Segar dan murah! Itu yang semua orang cakap tentang ikan bakar di sini. 

Anda boleh pilih pelbagai makanan laut daripada sotong sampailah kerang, malah ada juga sata, otak-otak.

Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, 75050 Melaka

Waktu Operasi:

Setiap hari (5pm – 11.30pm)

Mahukan makanan yang ringan, sudah tentu ada di Melaka, teruskan membaca sehingga habis.

8. CelopCelop Melaka

(Sumber Gambar: FB CelopCelop Melaka)

Nak cari sate celop-celop Melaka yang halal ada di sini. 

Dinamakan CelopCelop kerana anda akan perlu pilih sate untuk dicelupkan ke dalam kuah steamboat. 

Kemudian tuangkan kuah kacang untuk  melengkapkan rasa sate yang menyelerakan. 

Alamat: No.6, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, Berhadapan AEON JUSCO, Bandaraya (Belakang RHB Bank), 75400 Melaka

Waktu Operasi: 

Setiap hari kecuali Rabu. (5pm -12am)

9. Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil Limbongan

(Sumber Gambar: Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil Limbongan)

Kalau tak cuba kuih keria ni, memang rugi kerana ianya tumpuan penduduk sekitar Limbongan dan juga pelancong luar. 

Kuih keria yang menggunakan gula Melaka ini sangat sedap dan memang popular.

Kalau anda mahukan kuih lain juga ada di sini seperti pisang goreng, keledek, ubi ketok dan lain lain. Ianya digoreng panas-panas. Yum yum!

Alamat: Jalan Limbongan, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 

Buka pada setiap hari kecuali Jumaat (11.30am – 7pm)

10. Perhentian Kueh Kampong

(Sumber Gambar: FB Visit Melaka)

Kalau rasa nak makan kuih-kuih dari Melaka boleh datang ke sini.

Pelbagai jenis kuih, tinggal anda untuk pilih sahaja. Inilah perkampungan kuih.

Alamat: Lot 202, Ujong Pasir, 75050 Melaka

Waktu Operasi:

Isnin – Ahad (8.30am – 6.30pm)

11. Cendol Kampung Hulu @Makan Avenue

tempat makan best di melaka cendol kampung hulu

(Sumber Gambar: FB Cendol Kampung Hulu)

Waktu panas terik memang membuatkan tekak haus. Jadi apa kata basahkan tekak dengan cendol yang sejuk lagi melegakan di Cendol Kampung Hulu. 

Nikmati Cendol seakan bingsu di tepi sungai Melaka.

Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

Waktu operasi:  

Isnin – Ahad (12pm- 12am)

12. Klebang Original Coconut Shake

(Sumber Gambar: FB Klebang Original Coconut Shake)

Kedai ini dinobatkan sebagai The Best Coconut Shakes in Melaka. Anda patut datang ke sini untuk mencubanya!

Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, Melaka

Waktu Operasi:

Isnin – Ahad (11am – 6.30pm) Jumaat (2.30pm – 6.30pm)

13. Big Bowl Ice – Kota Laksamana

(Sumber Gambar: FB Big Bowl Ice)

Untuk peminat pencuci mulut yang manis dan sejuk, boleh singgah ke Big Bowl Ice di Kota Laksamana ini. 

Pelbagai perisa daripada buah buahan dan coklat, sangat sesuai untuk menyegarkan tekak.

Alamat: 11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi:

Isnin – Ahad (12pm – 12am) Jumaat (12pm – 1am)

Kesimpulan

Demikianlah senarai tempat makan best di Melaka yang anda patut pergi. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan juadah sekiranya ada rancangan untuk berjalan-jalan ke Melaka.

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda dan juga di media sosial.

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *