13 Tempat Honeymoon Di Pulau Pinang
Pulau Pinang terkenal dengan makanannya yang enak dan tempat pelancongan yang menarik. Pulau Mutiara juga acap kali menjadi pilihan pelancong luar dan dalam negara.
Bukan sahaja terkenal dengan lautnya, malah ia kaya dengan pantai yang tenang, peninggalan sejarah, tempat makan yang lazat, pusat membeli belah dan sebagainya.
Sekaligus menjadikan negeri yang pernah dijajah British ini sebagai pilihan terbaik untuk pasangan pengantin baru memilih sebagai lokasi honeymoon. Jom lihat tempat honeymoon di Pulau Pinang pilihan ramai.
1. Bukit Bendera
Bukit Bendera tidak asing lagi bagi penduduk tempatan kerana ia sangat ikonik dengan Pulau Pinang. Anda bersama pasangan boleh menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak bukit.
Pastinya percutian honeymoon kali ini memberi pengalaman yang mendebarkan memandangkan geografinya agak mencabar.
Di atas puncak bukit, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan, misalnya berfoto,bersiar-siar dan tak lupa juga terdapat kedai-kedai makanan.
2. Pantai Batu Feringgi
Tak sahlah jika berada di Pulau Pinang tetapi tidak datang ke pantai Batu Feringgi. Pantai ini memang terkenal dalam kalangan pelancong dan warga tempatan sebagai tempat honeymoon di Pulau Pinang.
Selalunya pada hujung minggu akan dibanjiri orang. Aktiviti selain berkelah yang boleh dilakukan adalah banana boat, jetski, parasailing dan menunggang kuda. Di sekitar pantai juga terdapat banyak perkhidmatan penginapan ditawarkan.
3. Penang Sky Walk
Penang Sky Walk ataupun The Top adalah sebuah pemandangan Pulau Pinang yang mengujakan. Tepatnya berada di Menara Komtar tingkat 68. Anda boleh berjalan secara 360 darjah di atas lantai yang diperbuat daripada kaca dan melihat Pulau Pinang dari celahan kaki anda.
Jika anda berasa panas,anda juga boleh memilih di tingkat 65 kerana di situ anda boleh melihat pemandangan dari dalam bangunan. Memang seronok tengok pemandangan tinggi dari tingkat 65, jangan gayat ye!
4. Entopia Taman Rama-Rama
Terdapat hampir 60 spesis rama-rama iaitu sebanyak 15000 ekor di salah satu tempat honeymoon di Pulau Pinang ini. Landskap dalamannya dihias cantik layaknya seperti taman bunga.
Bukan sahaja rama-rama yang ada,malah serangga lain seperti kumbang,labah-labah, kala jengking turut dipamerkan. Anda dan pasangan dapat meluangkan masa bersama melihat pameran.
Banyak maklumat dan ilmu tentang rama-rama dalam bentuk infografi yang boleh anda dapatkan.
5. Padang Kota Lama
Padang Kota Lama merupakan satu Kawasan yang terletak di tepi laut. Jika anda datang pada waktu petang, banyak tarikan seperti gerai-gerai, ada persembahan jalanan dan yang menariknya adalah suasananya yang damai.
Pada waktu malam pula tempat ini turut meriah. Kedai makannya yang popular dengan makanan khas Pulau Pinang. Ramai pengunjung yang terdiri daripada anak muda dan keluarga gemar melepak di sini.
6. Fort Cornwallis
Tempat bersejarah ini sangat santai menjadikan sebagai tempat honeymoon di Pulau Pinang boleh dikunjungi. Pulau Pinang dan sejarahnya berkaitan penjajahan British tidak akan berpisah. Kubu Cornwallis ini dibina oleh Francis Light sebagai banteng. Lokasinya adalah berdekatan Padang Kota Lama.
Di dalam kubu ini masih tersimpan meriam,van tentera, rumah api dan banyak lagi tinggalan sejarah. Merakam momen-momen indah anda honeymoon berlatar belakangkan sejarah tahun 1786 pastinya menarik.
7. Upside Down Museum Penang
Satu lagi port terbaik untuk anda bergambar sepanjang honeymoon adalah muzium upside down Penang. Struktur binaan tempat ini seolah-olah terbalik. Lantai di atas kepala manakala atap di bawah.
Bermula susunan perabot yang unik hinggalah ketelitian setiap aspek muzium ini menjadikan ianya sungguh kreatif. Anda dan pasangan boleh mengambil foto dengan pelbagai gaya. Barulah foto honeymoon anda tak membosankan.
8. Penang Street Art
Pernah tengok orang datang ke Pulau Pinang dan bergambar di lukisan dinding? Inilah salah satu tempat honeymoon di Pulau Pinang boleh anda kunjungi.
Lukisan-lukisan yang dilukis oleh Ernest Zacharevic adalah hasil terjemahan kebudayaan masyarakat Pulau Pinang. Jika anda menyewa hotel di Georgetown,anda boleh berjalan kaki ke Street Art.
Sudah penat dan lapar,anda boleh singgah ke kedai-kedai sekeliling kawasan ini untuk mencuba Nasi Kandar asli Penang.
9. Pasar Malam Batu Feringgi
Datang berbulan madu tanpa membeli belah tidak akan mencapai maksud honeymoon bagi wanita. Dengan itu, Pasar Malam Batu Feringhi menawarkan pelbagai gerai yang menjual ole-ole buat anda.
Kawasan ini sememangnya terkenal oleh pelancong. Sekiranya anda menepah hotel berdekatan Batu Feringhi, anda boleh berjalan di sini cuci mata melihat pelbagai cenderahati dijual.
10. Escape Theme Park
Sekiranya anda dan pasangan terlalu bosan honeymoon di tempat yang damai, anda boleh datang ke Escape Theme Park untuk aktiviti yang lebih bersemangat.
Hampir lebih 33 aktivti outdoor seperti slingshot, tubby racer dan adventure play yang akan melonjakan adrenalin anda disediakan. Honeymoon di sini pastinya memberi kelainan buat anda.
11. Golden Sand Resort
Golden Sand Resort adalah penginapan bertaraf 4 bintang yang terletak di Batu Feringhi. Kedudukannya juga berdekatan dengan pusat peranginan yang lain seperti Pasar Malam dan Pantai Batu Feringhi.
Turut disediakan kolam renang dan indoor playground buat penginap di sini. Tempat honeymoon di Pulau Pinang ini sangat sesuai untuk anda menginap.
12. Wonderfood Museum Penang
Muzium ini mempamerkan hampir 100 jenis makanan tradisional dan terkenal dalam kalangan kaum di Malaysia. Ia sangat unik kerana replika-replika makanan dibuat lebih besar dari saiz biasa dan senianya sangat teliti.
Mereka menyediakan info-info sejarah dalam bentuk pameran visual. Sedikit sebanyak akan memberikan gambaran baru buat anda terhadap makanan.
13. Taman Burung Penang
Taman Burung ini merupakan taman burung yang pertama dan terbesar di Malaysia. Taman ini menjadi rumah kepada 3000 ekor burung pelbagai spesis. Ia dibina mengikut konsep taman.
Burung-burung diletakkan di dalam sangkar dan juga dinding kaca.Terdapat juga bird show pada waktu tertentu di sini. Suasana taman ini sangat menenangkan sesuai untuk anda dan pasangan bersantai.
Demikianlah 13 tempat menarik honeymoon di Penang. Jom baca juga tempat honeymoon di Terengganu, tempat honeymoon di Selangor dan tempat honeymoon di Melaka.
Rujukan:
- Tempat Menarik Penang. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-penang/
- Pulau Pinang. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang
- Tempat Menarik di Penang. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-penang/