15 Tempat Bersejarah Di Sabah Menarik Dan Penuh Aktiviti Untuk Percutian
Sabah telah diiktiraf sebagai ‘3 Tempat Paling Popular di Asia Pasifik’ untuk pelancongan. Pelancong yang berkunjung di negeri Sabah boleh menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pergunungan, pantai, dan pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa.
1. Gunung Kinabalu
Tempat bersejarah di Sabah ini banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah misteri. Menurut kepercayaan masyarakat kadazan, Gunung ini merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Pengunjung yang datang ke gunung ini berpeluang menyaksikan matahari terbit di puncaknya.
Laluan mendaki kira-kira 8 km untuk ke puncak diharungi dengan pelbagai jenis ekosistem sepanjang perjalanan. Para pendaki akan melalui dan melihat perubahan yang ketara dari kepadatan hutan dan permukaan berbatu di puncak.
2. Desa Cattle Dairy Farm
Pengunjung yang datang boleh merasai produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato yang sedap. Sudah pastilah tempat bersejarah di Sabah ini juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.
Waktu yang sesuai untuk datang berkunjung adalah pada waktu pagi dimana cuacanya lebih sejuk dan berkabus serta pemandangannya yang cantik. Ladang seluas 199 hektar ini menjadi pusat penternakan lembu dan menghasilkan 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun.
3. Taman Negara Kinabalu
Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah ini sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.
Anda boleh menikmati pemandangan flora-flora semulajadi Borneo seperti orkid-orkid liar. Anda juga boleh menempah lawatan berpandu jika ingin pendedahan tentang flora dan fauna di sini.
4. Lok Kawi Wildlife Park
Terdapat juga Botanical Garden dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh kita lihat. Anda juga berpengalaman melihat sendiri bagaimana haiwan diberi makan. Jika bernasib baik, anda boleh melihat pertunjukan haiwan yang dikendalikan oleh penjaga zoo yang professional.
5. Kota Kinabalu Wetland Centre
Masa yang diambil untuk sepanjang perjalan adalah 1.5 km. Pengunjung berpeluang menikmati udara segar, melihat burung, tumbuhan dan haiwan liar di tempat bersejarah di Sabah ini. Kawasan ini diuruskan oleh NGO tempatan untuk tujuan pemuliharaan, pendidikan,rekreasi, pelancongan dan penyelidikan.
6. Monsopiad Cultural Village
Generasi ke-6 Monsopiad telah membina kampung tersebut dan di tanah itu juga Monsopiad tinggal dan kekal sehingga abad berikutnya. Kini, Monsopiad ini dijadikan sebuah Muzium bagi mendokumenkan, memulihkan dan memelihara budaya dan tradisi serta kepercayaan kaum Kandazandusun.
Hasil kraftangan serta senjata dan makanan mereka hinggalah aktiviti hari-hari kaum ini juga terdapat di sini. Pengunjung boleh mempelajari lebih mendalam tentang Bobohizan, iaitu bomoh wanita yang kerap di lantik untuk memuja semangat tanaman kaum ini.
Jika sesiapa yang meminati untuk tahu tarian tradisional, belajar menyumpit, melastik, memarut batang sagu dan merasa ulat sagu, semuanya juga tersedia di sini.
7. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre
Kebanyakan Orang Utan yang tinggal di hutan akan kembali ke pusat untuk waktu makan dua kali sehari untuk memberi peluang kepada pengunjung yang bertuah untuk melihat dan mendekati orang Utan. Semenjak Pusat ini ditubuhkan, pusat ini berjaya mengeluarkan lebih dari seratus Orang Utan ke dalam habitat hutan semulajadi mereka.
Proses pemulihan bermula sebaik saja orang utan di terima masuk ke pusat ini dengan pemeriksaan kesihatan teliti, diikuti kuarantin untuk tempoh masa tertentu bagi menghapuskan penyakit berjangkit. Orang Utan juga di ajar mencai makanan, membina sarang, dan memanjat.
Selain dapat memberi makan kepada Orang Utan, pengunjung juga dapat melakukan pelbagai aktiviti berjalan kaki dalam hutan simpan.
8. Pulau Sipadan
Kawasan hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali dan burung punai. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kenari yang menarik bertaburan di tepi pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan.
Pulau ini sememangnya dipelihara sejak dari dahulu lagi dan dinaiktaraf dengan membina beberapa tempat penginapan kepada pengunjung yang datang ingin bercuti ke sini.
9. Pulau Mabul
Aktiviti menyelam merupakan aktiviti utama di pulau ini dan boleh dilakukan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang boleh anda lihat di sini termasuklah kuda laut, tapak sulaiman eksotik, ikan gobi, ikan buaya,ikan pipe dan belut laut. Terdapat lebih dari lapan kawasan untuk menyelam, malah setiap satunya memiliki keistimewaan sendiri.
10. Atkinson Clock Tower
Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari padang merdeka untuk menuju ke menara ini. Tempat bersejarah di Sabah ini juga adalah sebahagian lokasi yang ada kaitan dengan sejarah zaman perang Dunia Kedua dan menjadi pusat perniagaan penting bandar Jesselton sekitar tahun 1950 hingga 1960an.
Tidak jauh dari menara jam itu, berhampiran Balai Polis Trafik terdapat kawasan yang dikenali sebagai Australia Place. Ia adalah antara lokasi unik dalam kawasan bandar lama Kota Kinabalu. Ia dinamakan Australia Place bagi mengenangkan ia pernah dijadikan tapak perkhemahan oleh tentera Australia pada tahun 1945.
11. Muzium Sabah
Misi utama muium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen, etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri. Ia diperlukan untuk memudahkan penyelidikan berkaitan budaya dan sejarah sosial dilakukan.
Muzium ini adalah antara muzium yang paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks. Pengunjung dapat melihat koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan seramik di sini.
12. Sandakan Memorial Park
Tempat bersejarah di Sabah ini harus anda lawati bagi meneroka sejarah yang terjadi di kawasan ini. Sehingga kini, tugu ini masih lagi di jaga rapi dimana ia menjadi tugu memperingati mangsa yang terkorban ketika zaman perang yang terjadi suatu ketika dahulu.
13. Gaya Street
Para pembeli boleh mendapatkan harga barang dengan harga yang berpatutan. Gaya Street ini mendapat sambutan dalam kalangan pelancong asing dan domestik. Pasar itu beroperasi dari jam 6 petang sehingga jam 2 pagi setiap malam jumaat dan sabtu. Warisan dan nilai sejarah pasar ini masih di kekalkan walaupun telah wujud sejak bertahun lamanya.
14. Pulau Bohey Dulang
Terdapat aktiviti menarik di pulau ini seperti melawat nurseri dan pusat penetasan kerang gergasi. Pusat ini mempunyai makmal, ruang pameran, tangki pembiakan, taman induk dan sangkar laut terbuka.
Pengunjung dapat saksikan tujuh jenis kerang gergasi yang terdapat di sekitar perairan kepulauan Sabah ini. Aktiviti snorkeling dan diving juga menjadi tarikan utama untuk melakukan aktiviti tersebut di Pulau ini.
15. Filipino Market
Selain menjual makanan, barangan seperti cenderamata seperti kraftangan buatan orang tempatan juga terdapat di sini. Kebiasaannya, Pasar ini meriah pada waktu malam kerana pengunjung lebih gemar menikmati angin laut yang sejuk sambil menikmati hidangan laut di Pasar ini.