|

Ini 12 Tempat Mandi Manda Di Melaka Pilihan Ramai

Melaka Bandar Bersejarah bukan sahaja terkenal sebagai negeri yang mempunyai pelbagai sejarah penubuhannya serta tempat-tempat sejarah yang diabadikan di sini, tetapi terdapat banyak tempat menarik di Melaka seperti tempat mandi manda yang menjadi pilihan ramai pelancong.

Imej via [tripadvisor]
Tempat mandi manda di Melaka pilihan ramai pengunjung terdiri daripada pelbagai jenis lokasi seperti taman tema berhampiran resort, pantai, laut dan lain-lain lagi yang bersih dan indah untuk anda berendam.  Sebenarnya, bercuti di Melaka tidak jemu malah menghiburkan, anda boleh bersantai dengan mengunjungi tempat mandi-manda di Melaka yang menjadi pilihan ramai ini.

Takkan asyik nak bercuti di tempat bersejarah, muzium dan jalan-jalan di pasar sahaja kan? Mari ktia lihat tempat mandi-manda di Melaka yang menjadi pilihan ramai.  

Bayou Lagoon Park Resort

Imej via [grouponcdn]
Bayou Lagoon Park Resort adalah destinasi terbaik untuk anda mandi-manda di kolam mandian taman tema yang telah disediakan dalam sebuah kawasan yang lengkap dengan kemudahan resort dan sebagainya.  Ia terletak 15 minit dari bandar utama Melaka dan jalan sepanjang ke sini amat mudah.

Bayou Lagoon Park Resort amat meriah dengan keseronokan pengunjung bermain gelongsor air yang disediakan serta aktiviti-aktiviti air. Anda juga boleh menggunakan taman air ini untuk berekreasi, membuat aktiviti teambuilding, reunion, bersama keluarga dan lain-lain lagi. Selain itu, aktiviti bumper car, memanah dan outdoor  yang lain menjadi tarikan ramai untuk ke sini.

Pantai Tanjung Bidara

Imej via [Tripadvisor]
Pantai Tanjung Bidara mempunyai air yang biru dan tenang serta memberi gambaran akan kenangan atau sejarah yang anda bina disini.  Pantai yang tenang untuk anda bermandi-manda ini juga menjadi port bagi pasangan, suami isteri dan juga kawan-kawan untuk berjalan-jalan di persisiran pantai.  Pantai Tanjung Bidara merupakan sebuah pantai yang popular di Mereka dan terletak 2 km dari kem Terendak dan 10 km dari Masjid Tanah.

Gold Coast Melaka International Resort

Imej via [ Marmaguesthouse]
Gold Coast Melaka International Resort adalah destinasi percutian tempat mandi-manda di Melaka pilihan ramai yang merangkumi resort dan taman tema air. Gold Coast Melaka International Resort terdiri daripada bangunan resort eksklusif taraf 5 bintang serta lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Destinasi ini dipilih sebagai tempat mandi-manda di Melaka pilihan ramai kerana ramai pengunjung meminati aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan disini iaitu mandi-manda, mendaki gunung, sukan permainan air, berkanu di tasik, luncur angin, bermain di litar go-kart dan lain-lain lagi.

Melaka Wonderland Theme Park

Imej via [Livelifelah]
Melaka Wonderland Theme Park merupakan taman tema air yang terkenal di Melaka dalam kalangan pelancong dengan pelbagai kemudahan dan keseronokan mandi-manda tanpa ada gangguan dari orang ramai. Sekiranya anda bercuti di sini pada hari persekolahan, pasti kolam di taman tema air ini milik anda sepenuhnya.

Untuk pengetahuan anda, taman tema air ini dikelilingi oleh hutan rekreasi natural berasaskan flora dan fauna bersaiz 360 hektar. Taman tema air Melaka Wonderland Theme Park ini juga mempunyai banyak permainan air atau tarikan untuk anda bermandi-mandi disini seperti Big Wave Pool, TornadoChaser, Adventure Island, Lazy Cum Crazy River dan lain-lain lagi. Dengan adanya tarikan aktiviti air ini, anda tidak akan bosan bermandi-manda disini dalam tempoh yang lama.

Taman Tema Air A Famosa Resort

Imej via [Traveloggue]
Kenapa ramai orang lebih memilih untuk ke A Famosa Resort? Rupa-rupanya terdapat taman tema air A Famosa Resort yang merupakan taman tema terbesar di Malaysia.  Patutlah ramai pelancong dalam dan luar negera turut berpusu-pusu ke sini, anak-anak dan keluarga anda pasti suka kerana Taman Tema Air ini membolehkan mereka enjoy sepuas-puasnya!   

Anda boleh memilih mana-mana port mandi-manda dalam kawasan ini, ada kolam yang dalam dan ada juga yang sederhana sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.  Sekitar A Famosa juga, anda boleh bersiar-siar sambil membeli belah di gerai atau kedai-kedai yang beroperasi sepanjang di Kota A Famosa.

Kolam Air Panas Jasin

Imej via [Kongxie]
Kolam Air Panas Jasin ini menjadi tempat mandi-manda di Melaka pilihan ramai kerana keselesaan mandi air panas Jasin tidak setenang di kolam lain.  Kolam air panas Jasin terdiri daripada air mandian mineral semulajadi yang mempunyai suhu suam tinggi sulfur putih yang beralkali bagi merawat dan menyihatkan tubuh badan anda semua.  Terdapat banyak khasiat air mineral alkali sulfur putih dalam menyembuhkan sakit kulit sekaligus mencantikkan kulit anda.

Air panas di Kolam Air Panas Jasin ini juga seolah-olah menjadi aromaterapi bagi para pengunjung yang bermandi-manda disini.  Emosi dan kesihatan minda serta mental pengunjung juga menjadi lebih baik dan mood cantik.  Harga masuk ke tempat mandi-manda di kolam air panas Jasin ini adalah murah dan berpatutan iaitu serendah RM3 dan RM6 bergantung kepada hari cuti atau hari bekerja.

Air Terjun Asahan

Imej via [Kasih]
Selain dari kolam dan resort, Melaka juga tidak terkecuali menampilkan tempat mandi-manda pilihan ramai yang menarik iaitu Air Terjun Asahan.  Air Terjun Asahan yang turut dikenali dengan nama Air Terjun Gunung Ledang ini terdiri daripada sungai-sungai yang mengalir tenang membolehkan anda mandi-manda di sini serta pemandangan air terjun yang pastinya memukau anda semua.

Sebagai kawasan rekreasi dan riadah, aktiviti yang menarik sambil-sambil anda mandi-manda boleh dilakukan adalah seperti berkhemah, berkelah dan lain-lain lagi. Sebenarnya, ia tidak terbatas jika anda ingin melakukan aktiviti lain seperti melihat pelbagai jenis burung, meredah hutan, melihat orkid, periuk api hutan, mengadakan aktiviti motivasi, seminar, kem dan macma-macam lagi.  

Bagi memudahkan semua pengunjung di sini, Air Terjun Asahan juga lengkap dengan kemudahan seperti tempat penginapan, infrastruktur,  bilik persalinan, tandas, surau dan lain-lain lagi. Jadi, tiada masalah untuk anda bermandi-manda disini sepuas-puasnya, semuanya sudah tersedia untuk kemudahan anda.

Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh

Imej via [Agoda]
Tempat mandi-manda di Melaka pilihan ramai kali ini adalah Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh.  Resort ini mempunyai kawasan taman tema airnya yang tersendiri di mana selain menginap di sini, anda boleh bermandi-manda secara percuma di waterpark ini serta boleh menaiki dan bermain gelongsor-gelongsor air.

Selain itu, Amverton Heritage Resort juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti penting yang anda perlukan. Penat bermandi-manda, jom ke taman permainan indoor besar yang terletak di sebelah taman tema air ini pula! Mudah sahaja untuk anda mencari Amverton Heritage Resort ini, lokasinya sangat strategik kerana terletak 5 minit selepas keluar dari Tol Ayer Keroh.

Pantai Puteri, Melaka

Imej via [Kasih]
Pantai Puteri terletak di Tanjung Kling, Central Melaka di mana ia berada di antara Tangga Batu dan Tanjung Kling. Klasiknya, Pantai Puteri juga terkenal sebagai Pantai Kundor. Disini, anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam serta melihat pantulan cahaya indah ke laut selat melaka yang berdekatan. Selain bermandi-manda, anda juga boleh melihat para nelayan membawa naik hasil laut serta menjual di pantai.

Selalunya tauke kedai makan berdekatan, penduduk serta pelancong turut membeli ikan, ketam, sotong, udang yang dijual dengan harga yang amat murah. Pantai Puteri ini juga lengkap dengan kemudahan sepert hotel, masjid, restoran, chalet dan juga tandas awam.

Pulau Upeh

Imej via [Youtube]
Pulau Upeh terkenal sebagai pulau yang agak bersejarah di mana batu-batu disini telah diambil untuk membina Kota A Famosa pada zaman dahulu.  Untuk pengetahuan anda, Pulau Upeh terletak berdekatan dengan Pantai Klebang dan mempunyai keluasan 2.6 hektar. Ia juga dikenali dengan nama Liha De Pedras oleh orang Portugis.

Batu-batu di pantai ini adalah batu jenis laterit yang amat kukuh dan kuat, banyak batu yang telah dipahat dan ditinggalkan kukuh.  Pulau Upeh telah dinaiktaraf dengan binaan hampir 40 buah chalet yang diterap pengaruh seni bina pelbagai masyarakat berbagai kaum seperti seni bina yang melibatkan pagoda, ukiran kayu dan lain-lain lagi.

Pantai Sungai Tuang

Imej via [JayBlog]
Tak habis lagi, pantai mandi-manda di Melaka pilihan ramai juga adalah Pantai Sungai Tuang yang terletak di Masjid Tanah. Pantai Sungai Tuang menjadi kegemaran mereka yang sukakan pemandangan menarik kerana terdapat bunga-bunga yang tumbuh di pesisiran pantai.

Anda dapat melihat batu konkrit dibina di sekitar pantai bagi mengelakkan hakisan air laut.  Ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan di sini.

Pantai Klebang

Imej via [Sabreehussain]
Pantai Klebang adalah lokasi pantai yang menjadi kegemaran ramai untuk beraktiviti, melepak dan sebagainya. Walaupun sering menjadi tarikan mereka yang ingin berjalan-jalan di pantai, menenangkan diri dan dijadikan sebagai tempat gathering bersama kawan-kawan, keluarga, team building dan lain-lain lagi, pantai klebang juga boleh dijadikan tempat mandi-manda, namun tak ramai yang mandi-manda disini kerana ramai yang lebih suka membeli-belah dan mencari tempat makan di pantai ini.

Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan di Pantai Klebang sama ada di gerai-gerai kecil atau kedai makan berhampiran.  Sesiapa yang singgah di Pantai Klebang wajiblah merasai coconut shake Klebang dan juga kuih keria antarabangsa yang dijual disini.   Anda boleh membeli-belah pakaian, kasut, makanan dan pelbagai barangan disini pada setiap malam hari minggu, ia seolah-olah pasar untuk semua pelancong.

Pantai Pengkalan Balak

Imej via [TripAdvisor]
Jangan ingat semua pantai di Melaka ini sendu-sendu, sebenarnya pantai di Melaka amat meriah dengan keriuhan ramai pengunjung yang suka melakukan aktiviti air seperti bermain jet ski, menaiki banana boat, sampan, berkayak dan lain-lain lagi.  Dimana lagi kalau bukan Pantai Pengkalan Balak.

Disamping bermain aktiviti air, anda boleh menikmati keindahan pantai yang cukup indah dan segar dengan lautnya yang bersih serta mendamaikan.

Paling penting sekali, anda boleh bermandi-manda disini sepuas-puasnya kerana tiada apa-apa pantang larang atau peraturan untuk bercuti disini.  Anda juga boleh mendapatkan penginapan berupa hotel dan homestay tidak jauh dari sini. Anda boleh berjalan sahaja dari homestay untuk sampai ke Pantai Pengkalan Balak ini. Bangun-bangun pagi sahaja, boleh terus terjun laut. Best kan?

Imej Via [WawaAshihara]
Puasnya bermandi-manda di tempat mandi-manda di Melaka yang menjadi pilihan ramai ini.  Pasti ramai yang tidak dapat melupakan kenangan indah dan keseronokan mandi-manda di Melaka. Jangan lepaskan peluang untuk mandi-manda di sini sambil menikmati pemandangan indah!  Jemput baca tempat menarik di Kuala Selangor dan tempat menarik di Port Dickson

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *