| |

10 Ladang Strawberry Di Cameron Highlands

Teringin merasa bercuti ke tempat sejuk? Ladang strawberry di Cameron Highlands pasti akan menarik minat anda. Bukan sahaja anda dapat menjimatkan kos bercuti di dalam negara, malah tempat di Cameron Highland juga cukup menarik terutamanya ladang strawberry yang terkenal di sana. Rasai sendiri pengalaman memetik buah strawberry.

Suasananya yang sejuk dan mempunyai tempat menarik menjadikan ramai pelancong dari dalam dan luar negara berminat untuk berkunjung ke sini. Iklim sejuk di sana menjadikan banyak tumbuh-tumbuhan serta bunga yang tidak dapat hidup di iklim panas tumbuh dengan subur di sana. Senarai di bawah merupakan antara ladang strawberry yang terdapat di Cameron Highlands.

YZ Agro Farm & Café

Imej via [rtpsgular]

YZ Agro merupakan salah satu ladang strawberry yang terdapat di Cameron Highlands. Kebun ini diusahakan oleh keluarga muslim dan terletak di Tanah Rata. Menariknya mengenai tempat ini adalah bukan sahaja anda boleh merasai pengalaman untuk memetik strawberry sendiri, malah terdapat juga beberapa barangan dan produk yang diperbuat daripada strawberry dijual di sini.

Seperti yang anda tahu, Cameron terkenal dengan buah strawberry. Hal ini menjadikan kebanyakan produk makanan dibuat daripada buah strawberry. Antara produk makanan yang terkenal di café ini ialah pencuci mulut seperti ice cream soft, scone, waffle dan banyak lagi. Sekiranya anda datang ke ladang ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri strawberry smoothie dan strawberry shake yang dipetik segar dari ladang mereka.

Alamat: No. 22, Kamping Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 8 pagi-6 petang

No. Telefon:  013-613 1315

KHM Strawberries & Jam

Imej via [facebook.com]

KHM Strawberry dan Jam telah ditubuhkan oleh pemiliknya sebagai hobi pada akhir tahun 2000. Baka dan kacukan strawberi yang diimport dari Belanda sebagai percubaan telah berkembang menjadi ladang yang besar. Kejayaan itu sememangnya mendapat perhatian Jabatan Pertanian dan MARDI yang seterusnya memberikan bantuan dalam bentuk nasihat dan bimbingan daripada pakar strawberry.

Pada tahun 2002, jem dan topping buatan sendiri telah dikenali dan mula dipasarkan di kedai-kedai cenderamata lain yang terdapat di sekitar Cameron Highlands. Pada tahun 2003, produk lain seperti jus, ais krim dan strawberry kering mula menyumbang kepada rangkaian produk di ladang ini.

Kebanyakan mereka yang datang ke sini akan menikmati makanan di sini selain dari melakukan aktiviti memetik strawberry. Kek keju, scones, pavlova dan waffles bersama jem strawberi di sediakan di sini. Mereka yang datang ke sini berpuas hati dengan barangan serta makanan yang berasaskan strawberry. Tidak rugi untuk anda cuba!

Alamat: No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. (163.18 km)

39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Waktu Operasi: 09:00 pagi – 05.00 petang

No. Telefon: 05-491 1836

Taman Agro Al-Mashoor

Imej via [facebook]

Ladang Strawberry di Cameron Highlands yang lain ialah Taman Agro Al-Mashoor. Produk strawberry dari ladang ini merupakan antara jenama yang terkenal di Cameron Highlands. Antara produk yang dijual di taman ini ialah jem, jus, kordial yang dibuat sendiri serta banyak lagi produk yang berasaskan strawberry. Harga yang berpatutan juga menjadikan tempat ini dikunjungi oleh ramai pelancong luar.

Tempat ini juga memiliki pelbagai makanan yang menarik seperti ais krim, waffle dan ice blended serta dadih yang dijual dengan harga yang murah. Barangan untuk dijadikan buah tangan juga lebih murah jika anda berbelanja di sini.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: 8.30 pagi- 5.30 petang

Opah Strawberry Farm

Imej via [surgaroute]

Kalau datang ke Cameron, apa kata datang petik strawberry di sini. Ladang strawberry ini terletak berdekatan dengan Cafe Abang Strawberry. Jika anda mencari ladang untuk memetik strawberry dengan harga yang murah, anda mungkin boleh berkunjung ke sini.

Selain itu, di ladang ini mempunyai kafe yang menyediakan makanan serta produk strawberry. Produk yang terkenal kebelakangan ini seperti skon menjadi salah satu produk yang dijual di kafe ini. Skon tersebut disediakan bersama dengan jem strawberry buatan sendiri. Di ladang ini, strawberry jem jenama ini sangat terkenal kerana rasanya yang sedap. Lebih menarik lagi, anda akan terjumpa dengan buah strawberry yang dimasukkan ke dalam jem ini.

lamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: 8 pagi- 6 petang

No. Telefon: 012-552 4521

200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)

Imej via [cameronhighland]

Kalau pergi ladang strawberry yang lain, kebanyakannya hanya menyediakan makanan yang berasaskan strawberry seperti pencuci mulut. Sekiranya anda datang ke sini, anda boleh mencuba nasi lemak strawberrynya yang cukup terkenal. Sambal nasi lemak yang diperbuat daripada strawberry memberinya rasa yang unik serta warna nasi yang berwarna pink dan dihidangkan dengan ayam berempah cukup menarik minat mereka yang berkunjung ke sini.

Ramai yang datang ke sini memberikan review yang positive. Menunya yang lain seperti waffle dan ice cream serta strawberry bersalut coklat mendapat permintaan yang cukup tinggi dari pelanggan yang pernah datang ke sini. Di ke bun ini juga anda dapat memeti strawberry anda sendiri.

Alamat: NO 27, KAMPUNG TAMAN SEDIA, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: 8 pagi-4.30 petang

No. Telefon: 019-478 1700

Big Red Strawberry Farm

Imej via [petitgo]

Kalau pergi bercuti ke Cameron Highland rugi jika tidak membawa balik sedikit buah strawberry dari sini. Big Red Strawberry Farm merupakan salah satu ladang strawberry terbesar. Kedudukan ladang yang berada di tempat yang unik iaitu atas bukit curam menarik minat kaki selfie. Anda boleh menikmati pencuci mulut dengan menikmati pemandangan bukit yang cantik.

Sama seperti tempat yang lain, ladang strawberry ini menjual pelbagai produk strawberry yang sememangnya menjadi pilihan pengunjung terutamanya kanak-kanak. Produk makanan seperti waffle dan ais krim serta produk cenderahati yang dijual seperti teh, pati jus dan banyak lagi.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: 8.30 pagi-6 petang

No. Telefon: 05-491 3327

Healthy Strawberry Farm

Imej via [safarway]

Healthy Strawberry Farm merupakan salah satu ladang strawberry yang terkenal di Cameron Highlands. Berbanding dengan strawberry yang terdapat di ladang lain, strawberry yang terdapat di ladang ini lebih besar dan lebih manis.

Menariknya mengenai ladang strawberry ini, ladang ini bukan sahaja menyediakan strawberry, malah terdapat juga beberapa tumbuhan lain seperti kaktus, pelbagai jenis bunga dan sayuran organic. Ladang ini terletak di tengah-tengah Tanah Rata dan Brinchang menjadikan lokasi ladang ini cukup strategik.

Saiz dan kualiti strawberi yang hebat dihidangkan dengan pilihan krim, coklat Hershey’s dan sedikit gula. Aiskrim strawberry batangnya merupakan salah satu produk yang menjadi permintaan ramai pengunjung yang datang ke sini. Harganya juga berpatutan berbanding harga di pasar sekitar Brinchang.

Alamat: Jalan Rumah Persekutuan, Cameron Highland, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: 7.30 pagi- 7 malam

No. Telefon:  05-491 1724

EQ Strawberry Farm

Imej via [cameronhighland]

Terletak di Kea Farm Brinchang, ladang strawberry ini sememangnya menarik perhatian orang ramai dengan tempatnya yang strategik. Menariknya di ladang ini, anda boleh mendapatkan segala cenderahati yang anda inginkan. Antaranya ialah madu, herba, jem strawberry, bantal strawberry dan pelbagai jenis tanaman yang menarik.

Di sini juga terkenal dengan strawberrynya yang boleh dipetik sendiri serta rasa strawberry yang manis. Sekiranya anda datang ke sini, anda mungkin akan mendengar musik yang dipasang khas untuk pokok strawberry tumbuh lebih sihat. Pekerjanya juga sangat ramah dan ada pengunjung yang menyatakan bahawa mereka juga mengajar anda untuk mengenal pasti strawberry yang manis dan masam.

Selain strawberry, ladang ini juga mempunyai cendawan organic. Pemilik di sana akan memasak sendiri cendawan yang anda mahukan untuk anda nikmati dalam cuaca yang sejuk. Sekiranya anda penggemar strawberry dan cendawan, ladang ini pasti akan menarik perhatian anda.

Alamat: No. 78, Jalan Kuari, Brinchang, Cameron Highland MY, 39100 Brinchang

Waktu Operasi: 8.30 pagi-6 petang

No. Telefon: 013-524 7225

Kok Lim Strawberry Farm

Imej via [cameron]

Ladang Strawberry di Cameron Highland ini merupakan salah satu tarikan pertaniah. Hal ini kerana kedudukan ladangnya yang menuju ke Ladang Kea menjadikan tempat ini dikunjungi ramai orang. Kok Lim Strawberry Farm merupakan salah satu ladang strawberry yang terbesar di sana.

Selain itu, terdapat juga pasar tani yang menjual pelbagai makanan dan produk berasaskan strawberry. Menariknya lagi, tempat ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti menarik seperti arked untuk membeli-belah, zoo dan terdapat juga madu premium yang dapat anda rasai ketika datang ke sini. Menariknya mengenai madu di Cameron, ianya disajikan bersama dengan sarang lebah itu sendiri.

Terdapat pelbagai tanaman yang dijual di sini seperti jagung madu serta jagung susu yang terkenal di sana. Terdapat juga muzium yang diberi nama Time Tunnel. Time Tunnel merupakan sebuah muzium yang didedikasikan untuk barangan antik dan warisan zaman kolonial yang terdapat di Ladang Strawberry Kok Lim.

Alamat:  UT/MR F-255, 39100 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: 8.30 pagi-6 petang

No. Telefon: 012-724 9319

Ladang Strawberry Soon Cheong

Imej via [penang]

Ladang Strawberry Soon Cheong merupakan salah satu ladang strawberry di Cameron Highland yang menyediakan pelbagai produk menarik. Ladang strawberry ini terletak di tepi jalan utama laluan antara Tanah Rata dan Brinchang. Disebabkan itu, ladang strawberry ini mempunyai pemandangan ladang teh yang cantik.

Sekiranya anda ingin membawa anak anda merasai sendiri pengalaman memetic buah strawberry, anda boleh datang ke sini. Rasai sendiri pengalaman memetik strawberry pilihan anda.

Alamat: Kea Farm, Jalan Besar, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: 8 pagi-6.30 petang

No. Telefon: 010-225 6448

Kesimpulan

Cameron Highlands bukan sahaja terkenal dengan cuacanya yang sejuk, malah segala sayuran yang ditanam di tanah ini menjadi segar dan menarik minat para isteri untuk membelinya. Rasa jagung yang manis dari yang ditanam di bawah, menjadikan tempat ini dikunjungi ramai pelancong. Buah strawberry yang hanya boleh didapati di sini juga menjadikan Cameron Highlands dikenali dengan produk yang berasaskan strawberry.

Anak-anak anda pasti akan menyukai pengalaman memetik sendiri buah strawberry terus dari pokok. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi percutian, malah aktiviti menarik juga banyak disediakan di sini.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Similar Posts