Jallikattu: Sukan Matador Ala India Yang Tidak Kurang Bahayanya

Jallikattu adalah sukan yang dimainkan untuk menjinakkan lembu jantan dan hanya dimainkan di Tamil Nadu. Acara ini ditemasyakan sebagai sebahagian daripada Mattu Pongal yang biasanya diadakan pada hari kedua dan ketiga festival. Ia adalah salah satu olahraga kuno yang masih diadakan pada era moden.

Meskipun sukan ini mirip dengan Festival San Fermín di Sepanyol, namun Jallikattu sebenarnya berbeza. Dalam Jallikattu, lembu tidak dibunuh dan para ‘matador’ tidak menggunakan sebarang senjata. Yang harus dilakukan para peserta adalah menerkam lembu yang sedang berlari dan mencuba untuk mendakap bonggolnya lalu berpaut pada lembu itu tanpa terjatuh selama 15 saat.

Hal ini memerlukan refleks cepat dan kaki yang lincah untuk menjinakkan lembu jantan yang secara umumnya liar dan ganas. Lembu jantan ini akan cuba melarikan diri, mengibas dan menjatuhkan peserta daripada badannya,dan kadang kala juga akan menanduk peserta.

Kecederaan dan kematian pernah terjadi semasa temasya Jallikattu. Sejak tahun 2008, 43 peserta telah direkodkan terbunuh manakala ratusan yang lain tercedera. Tetapi, lembu-lembu jantan di dalam acara ini jarang menjadi korban. Meskipun lembu-lembu ini tidak dibunuh semasa Jallikattu, tetapi riwayatnya biasanya akan berakhir di pusat sembelihan bagi dijadikan daging untuk dijual.

Sejarah sukan ini dapat ditelusuri kembali semasa Peradaban Lembah Indus pada 5000 tahun yang lalu, membuatkan Jallikattu menjadi salah satu tradisi tertua di dunia. Istilah Jallikattu berasal dari perkataan Tamil ‘Salli kaasu’ (syiling) dan ‘kattu’ (bungkusan) terikat pada tanduk lembu jantan sebagai wang hadiah. Tetapi kemudiannya semasa zaman penjajahan British, istilah telah ini berubah menjadi ‘Jallikattu.’



Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *