Itinerari 3 Hari 2 Malam Ke Pulau Perhentian
Terengganu memang banyak pulau-pulau kecil atau besar yang kita boleh pergi. Pulau-pulau tersebut pula bukan biasa-biasa. Hampir kesemuanya cantik-cantik belaka. Seolah-olah Hawaii atau Maldives gitu. Hehe. Ramai yang datang travel ke pulau-pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan macam-macam lagi. Contohnya di sini, Puan Nuramira Jey ada kongsikan pengalamannya ketika menyambut anniversary perkahwinannya di Pulau Perhentian.
Bajet : RM 1500.00 (Pergi dan balik)
Drive sendiri : Myvi (Minyak RM 180)
Bilik : Standard room (Peak season jadi mahal sikit)
SHARI LA RESORT
Pakej 3 hari 2 malam (2 kali breakfast,5 point snorkeling)
Hari pertama
Bergerak dari Melaka pukul 12 malam ke jetty Besut dalam 8 jam sebab husband mengantuk jadi lewat sikit sampai jetty.
Sampai di jetty Kuala Besut dalam pukul 9 lebih boat dalam pukul 10 dah gerak. Anda kena bayar parking untuk 3 hari RM 30. Dah sesiap angkut barang call agen anda.
Then bayar balance package anda tu sesiap sebab time booking kena deposit RM 100 seorang. Saya punya package RM 400 seorang.
Boat pergi balik dah include dalam packge so tak perlu risau okay. Sampai sahaja di Shari La Resort, terus tinggal barang dekat reception sebab tak sabar nak pergi hiking.
Kami memang dah plan hari pertama sampai nak hiking dulu sebab waktu check in lambat pukul 2 petang baru boleh check in. Jadi, why not gunakan masa 2 jam tersebut untuk hiking and selfie dekat atas tu kan?
Dari Sharila ke Windmill boleh lalu jalan shortcut ke Long Beach dalam 20 minit juga kami berjalan ke sana. Penat jangan cakap lah, jadi better standby air mineral lebih sikit. Kalau banyak berhenti makan masa nak sampai ke atas, view dia memang best dan cantik sangat. Rugi tak pergi Windmill kalau ke Pulau Perhentian.
Better pergi hari pertama sebab hari kedua dah busy nak snorkeling. Okay settle hiking, pergi makan ABC dekat Long Beach. Sedap sangat! Then balik ke resort untuk check in. Bilik memang super selesa siap aircond dan bilik sangat bersih.
Dah siap mandi dan rehat-rehat semua, kami lepak dekat Romantic Beach then terus jalan kaki ke Long Beach dalam 10 minit untuk makan malam dan tengok fireshow.
Makan malam kami mostly seafood. Dah duduk pulau kan, makan lah seafood.
Makan malam costing Rm 70 macam tu (makanan dekat pulau memang mahal okay so jangan jakun).
Settle makan tengoklah fireshow dekat Long Beach itu juga. Dah rasa penat balik resort untuk tidur (by the way, standby torchlight/ lampu handphone if anda duduk luar dari kawasan Long Beach itu).
Hari kedua
Breakfast dekat resort dah include dalam package. Makanan dia sedap-sedap memang kena lah dengan tekak kami. Pukul 10 standby untuk snorkeling pula okay. Tunggu dekat jetty Sharila itu nanti agen akan ambil anda. Jadi jangan main naik boat lain. Tunggu sahaja dia panggil/ tanya.
Standby sesiap pakai sunblock, memang best sampai tak ingat dunia time snorkeling.
Habis sahaja 5 point snorkeling itu, nanti ada beach boy ajak lunch dekat Kampung Nelayan. Jadi situ macam pusat jika anda nak beli apa-apa. Standby duit sahaja. Makanan dekat sana sedap dan murah. Heaven dapat makan sotong besar.
Okay settle snorkling semua kami balik resort sesiap tak sabar nak keluar tengok sunset dekat Romantic Beach. Memanglawa view dia.
Malam last ini kami dinner dekat resort sahaja. Nak romantic gitu. (costing RM 50 untuk 2 orang).
Hari Ketiga
Dah sesiap packing barang malam tadi , pergi breakfast hari last dekat resort, time ni dah rasa tak nak balik. Haha. Best betul duduk pulau ini, tenang sahaja. Boat ambil kami dalam pukul 10.30 jadi tunggu macam biasa.
Jetty Sharila ke jetty Besut 15 minit sahaja.
Okay sampai di jetty, ambil kereta terus gerak ke Pantai Ombak. Tempat Andainya Takdir shooting. Lawa sangat pantai dia. Lepak dekat situ dalam 30 minit sambil makan udang celup tepung, sotong celup tepung memang puas costing RM 30 siap dengan air .
On the way balik Melaka singgah tepi-tepi jalan beli buah cempedak dan macam-macam. Memang murah. Singgah pasar payang cari ole-ole.
Dari Kuala Terengganu pukul 3 petang. Sampai Melaka jam 9 malam.
Alhamdulillah settle percutian singkat untuk anniversary yang ke-5 tahun ini. Kami memang kaki pulau. Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Perhentian DONE. So next plan Pulau Kapas.
Ada rezeki lebih kena pergi lihat keindahan ciptaan Allah.
Untuk pertanyaan package search Instagram @pulauperhentiantermurah. Ada sahaja package bajet lain boleh tanya-tanya okay.
*Best kan kalau dapat sambut anniversary dekat Pulau Perhentian ni? Nak-nak lagi ada candle light dinner siap untuk pakej di atas. RM 50 kira murah sebab makan malam special. Hehe. Giliran anda pula selepas ini. Have a great one!