20 Homestay Kuantan Dengan Private Pool
Anda sedang mencari homestay Kuantan dengan private pool? Anda berada di halaman yang tepat kerana kami telah menyenaraikan hampir keseluruhan homestay yang mempunyai private pool di Kuantan.
Ada homestay yang terletak berhampiran pantai, ada yang menyediakan perkhidmatan untuk dekorasi majlis hari jadi atau ulang tahun perkahwinan dan ada juga yang sesuai untuk dijadikan penginapan untuk ahli keluarga dengan penuh privasi. Jom lihat homestay mana yang sesuai dengan citarasa anda!
Casa Leesa
Uniknya penginapan ini kerana mempunyai dua buah private pool iaitu di luar dan di dalam rumah. Di Casa Leesa terdapat 2 bilik sahaja, sesuai untuk keluarga kecil yang ingin bercuti dengan santai di Kuantan.
Antara kemudahan disediakan adalah seterika, peti sejuk, Coway, dan sebagainya. Paling menarik, anda boleh add on pakej floating breakfast iaitu sarapan yang dihidangkan di tengah-tengan kolam. Sambil bermandi-manda anda boleh sarapan dengan tenang ala-ala di hotel mewah.
Alamat: Taman Dato’ Rashid, Kuantan.
Villa A’del
Penginapan ini menyediakan 4 bilik tidur dengan bilik utama yang menggunakan katil bersaiz king dan 3 bilik lain bersaiz queen. Villa A’del sesuai untuk 20 orang dalam satu masa. Sangat luas, selesa, bersih dan setiap ruangan mempunyai dekorasi yang cantik.
Selain itu, ruang parking juga luas dan dapur dilengkapi perkakas untuk memasak. Nak barbeku pun boleh kerana mereka menyediakan tempat barbeku. Namun anda perlu membawa arang sendiri.
Alamat: Sg. Soi, Kuantan, Pahang.
Villa Kuchinta
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang besar dan ingin mengadakan hari keluarga, majlis perkahwinan dan sambutan hari jadi, Villa Kuchinta semestinya tempat yang sesuai untuk majlis anda.
Terdapat 7 buah bilik dengan 4 bilik air boleh memuatkan 20 tetamu menginap dengan selesa di villa ini. Villa yang kelihatan moden ini berhampiran dengan pantai. Dekorasi dalaman dan gabungan permandangan cantik di luar pasti memukau setiap mata memandang.
Alamat: Lot 84, Kampung Cherok Paloh, 26000 Kuantan, Pahang.
Square 02 Sg Soi
Homestay ini baru mula dibuka iaitu pada penghujung Januari 2022. Boleh memuatkan 10 – 12 orang dalam satu masa, terdapat 4 bilik dan 2 bilik air. Setiap sudut mempunyai keluasan yang selesa dan besar.
Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan seperti water heater, coway, unifi, Netflix dan ruangan Bbq. Kolam renang juga selamat untuk kanak-kanak kerana ada tiga jenis kedalaman.
Alamat: Sg Soi, Kuantan, Pahang.
Adira Homestay
Sekiranya anda mencari homestay yang berdekatan dengan pantai dan mempunyai private pool di Sungai Ular, Adira Homestay pasti dapat menepati ciri-ciri tersebut. Rumah semi D ini mempunyai empat bilik dan dua bilik air.
Jarak ke pantai hanya 100 meter sahaja, penat bermandi kolam, anda boleh berjalan-jalan di persisir pantai. Rumah ini luas, bersih, selesa dan lengkap dengan semua perabot dan kelengkapan rumah.
Homestay Azalias
Homestay Azalias juga terletak berhampiran pantai Sungai Ular. Ruangan rumah lebih luas kerana mempunyai lima bilik dengan katil queen serta tiga bilik air.
Kolam renang sangat luas dan di hadapannya terdapat gazebo yang besar untuk anda berehat bersama keluarga. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti outdoor shower, tempat bbq, peti ais dan perkakas memasak.
Alamat: Sg Ular, Gebeng, Kuantan, Pahang.
The Rumah Hud
Terletak di tengah-tengah bandar Kuantan, The Rumah Hud mempunyai tiga bilik dengan katil queen. Dua bilik daripadanya mempunyai penghawa dingin manakala sebuah bilik mempunyai kipas siling dan kipas berdiri.
Uniknya homestay ini adalah kolam berada di dalam rumah untuk privasi berganda. Selain kelengkapan dapur yang lengkap, terdapat taman permainan mini untuk anak-anak anda bermain dengan riang.
Alamat: Jalan Bukit Ubi, Kuantan, Pahang.
Azfar Guest House Balok
Homestay ini terletak di Balok Makmur dan menyediakan tiga buah bilik dengan katil queen dan salah satu biliknya ditambah dengan satu katil bujang. Jarak hanyalah lima minit jika anda mahu ke Pantai Balok. Kolam yang berada di luar juga luas dan mempunyai kedalaman empat kaki.
Alamat: 1 Lorong Balok Makmur 10, 26100 Kampung Seberang Balok, Pahang.
Intan Rawiah Homestay
Berlainan dengan homestay lain, private pool di Intan Rawiah Homestay berada berhadapan bilik tidur utama. Terdapat tiga bilik tidur lengkap dengan penghawa dingin dan katil bersaiz queen. Bilik air pula ada dua, lengkap dengan water heater.
Kelengkapan dapur dan bahan asas memasak seperti minyak, garam, gula dan sos turut disediakan khas untuk pengunjung. Percutian santai anda di homestay ini pasti tidak membosankan kerana ada wifi percuma dan saluran Njoi.
Alamat: No 31 Jalan Sg Baging Jaya, Perumahan Baging Jaya, Kuantan, Pahang.
Himawari Homestay
Homestay ini mempunyai bentuk semi-D dengan halaman rumah yang luas dan tempat parkir kereta boleh memuatkan dua buah kereta dalam porch. Dua katil bersaiz queen, 2 katil super single dan 1 katil single dibahagikan pada tiga bilik.
Seperti kebanyakan homestay yang lain, Himawari Homestay juga lengkap dengan perabot dan perkakas dapur. Ruang Bbq juga berhampiran dengan private pool. Sambil Bbq anda juga boleh memantau anak-anak bermandi-manda.
Alamat: No 12, Lorong 8 Taman Shahzan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Zara Homestay Private Pool Kuantan
Zara Homestay mempunyai tiga bilik tidur dengan dua bilik air. Dekorasi rumah elegen, luas dan pasti selesa untuk anda menginap bersama keluarga atau rakan-rakan. Homestay ini memuatkan maksimum 9 orang sahaja untuk keselesaan pengunjung.
Lebih privasi apabila kolam berada di dalam rumah. Jika anda ingin membuat kejutan hari jadi, anniversary atau sambutan lain, anda boleh add-on dekorasi untuk majlis tersebut pada pemilik homestay ini.
Alamat: Taman 1-Icon Bandar Kuantan Puteri
Casa Mutiara Homestay
Casa Mutiara Homestay adalah antara homestay Kuantan dengan private pool yang berpatutan dan selesa didiami. Terdapat 1 katil bersaiz king dan 3 katil queen yang dibahagikan kepada 4 bilik. Sebanyak 6 tilam lipat tambahan disediakan kepada tetamu.
Homestay ini memuatkan sehingga 16 orang pada satu masa. Terdapat 3 bilik air memenuhi penginapan ideal ini. Percutian anda pasti tidak akan membosankan kerana terdapat Unifi, Astro dan Netflix.
Villa Abeeumi
Rumah banglo ini mampu memuatkan sehingga 8 orang tetamu untuk menginap dengan selesa. Terdapat empat bilik tidur dan setiap bilik dilengkapi dengan katil queen. Dua bilik air di dalam rumah dan satu bilik air berada di luar bagi memudahkan pengunjung menukar pakaian setelah bermandi-manda.
Di bahagian luar homestay, terdapat kolam, meja makan, tiga buaian dan tempat barbeku. Antara tempat menarik berdekatan homestay ini adalah Pantai Batu Hitam, Pantai Pelindung, Pantai Balok dan Teluk Chempedak.
Alamat: 4 Lorong Beserah Makmur 4, 21600 Beserah, Pahang.
Luxgrace D’Casa
Luxgrace D’Casa menyediakan empat bilik tidur dengan tiga bilik air dan satu bilik mandi tambahan di luar untuk memudahkan pengunjung menukar pakaian setelah bermandi-manda. Kolam renang yang berada di luar selamat untuk kanak-kanak kerana terbahagi kepada dua bahagian iaitu kedalaman 4 kaki dan 2 kaki.
Oleh kerana penginapan ini berada di kawasan perumahan, pengawal keselamatan akan mengawasi kawasan sekeliling demi keselamatan penduduk dan pengunjung. Maksimum pengunjung yang dibenarkan sebanyak 15 orang sahaja.
Alamat: No 3, Lorong BDK 1/28, 21600 Kuantan, Pahang.
Iman’s Private Pool Guesthouse
Homestay yang luas ini mempunyai tiga bilik dengan dua bilik air. Jumlah pengunjung yang dibenarkan menginap di adalah 10 orang sahaja. Jika anda menempah homestay ini untuk lebih dari satu hari, anda akan mendapat diskaun khas.
Alamat: Jln KS 2/1, Jalan Kota SAS, Kuantan, Pahang.
Nazlin Homestay
Nazlin Homestay adalah sebuah penginapan di rumah semi-D yang mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Penginapan ini pasti dapat memberikan keselesaan kepada keluarga besar anda untuk bercuti kerana bersih, selamat dan harga berbaloi.
Bukan itu sahaja, pelbagai kemudahan disediakan khas untuk tetamu seperti peralatan memasak, tv LCD dan Astro Njoi, mesin basuh dan sebagainya. Kedudukan sangat strategik lebih-lebih lagi jika anda mahu ke beberapa buah pantai.
Alamat: Cherating, Kuantan, Pahang.
Taman Tas Homestay
Mampu memuatkan 12 pax dalam satu masa, terdapat lima buah bilik dengan tiga bilik air pasti menyelesakan anda dan keluarga. Paling menarik adalah terdapat bilik solat disediakan untuk pengunjung muslim.
Antara kemudahan lain yang pasti mengujakan terutama buat anak-anak anda adalah terdapat kolam renang dan permainan arked. Pihak homestay turut menyediakan peralatan barbeku dan peralatan untuk memasak steamboat.
Alamat: No 24, Lorong Pandan Damai 2/214 Taman Suria, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.
Papamama Homestay Cherating
Homestay ini mempunyai tiga bilik tidur yang dilengkapi penghawa dingin, almari, meja solek dan kipas. Selain itu, ada dua bilik air dan salah satunya berada di master bedroom. Ruang parkir dan ruang tamu juga luas, bersih dan selesa.
Kemudahan yang disediakan lengkap persis di rumah sendiri. Jika anda dan anak-anak puas bermandi kolam, anda boleh berjalan kaki ke pantai kerana homestay ini berhadapan dengan pantai.
Alamat: Jln Kuantan – Kemaman, Kampung Gebeng, 26080 Balok, Pahang
Idaman Homestay
Idaman Homestay antara penginapan dengan harga yang berbaloi. Kapasiti pengunjung yang dibenarkan menginap di sini adalah 12 hingga 15 orang sahaja.
Terdapat empat bilik dengan tiga bilik air disediakan dengan kemas, bersih dan teratur. Parkir kereta juga luas. Kolam renang selamat untuk kanak-kanak kerana kedalaman 1 meter sahaja. Namun anda masih perlu mengawasi keselamatan mereka.
D’Daffodil Homestay
Jika anda ingin penginapan yang luas, minimalis dan sejuk mata memandang, apa kata anda menginap di D’Daffodil Homestay. Setiap sudut rumah sangat luas termasuk private pool yang berada di luar rumah.
Rumah teres ini mempunyai tiga bilik tidur dengan dua bilik daripadanya mempunyai penghawa dingin. Seperti rumah yang mempunyai tiga bilik yang lain, dua bilik air disediakan dengan bersih. D’Daffodil Homestay lengkap dengan pelbagai perabot dan kelengkapan memasak.
Alamat: No 9, Lorong 2/3 Perumahan Permatang Badak Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.
Pasti ada homestay Kuantan dengan private pool diatas yang pasti dapat memukau dan memenuhi percutian idaman anda bersama keluarga. Kanak-kanak terutamanya pasti akan merasa gembira apabila dapat berendam sepuasnya tanpa gangguan orang luar dan tiada had masa.
Anda perlulah berwaspada dalam membuat tempahan homestay memandangkan kegiatan scammer yang berleluasa untuk menyamar dan menipu pelanggan. Anda digalakkan membuat tempahan di laman web yang dipercayai atau anda boleh terus ke media sosial utama homestay tersebut.
Jom baca artikel kami yang lain berkaitan tempat menarik di Kuantan seperti: