10 Lokasi Glamping Selangor KL (Best & Menarik)
Pasti ada yang mencari lokasi glamping Selangor KL sebagai destinasi percutian yang lain daripada yang lain. Istilah ‘Glamping’ diambil sempena glamour camping.
Bagi anda yang tak tahu, glamping adalah cara mudah nak berkhemah tanpa bersusah-payah untuk bawa banyak peralatan berkhemah, cari kawasan yang sesuai dan memacak khemah. Namun anda masih boleh merasai suasana berkhemah seperti biasa.
Kebanyakan lokasi glamping juga seperti tempat berkhemah yang lain iaitu berada di kelilingi alam semula jadi. Berada di kelilingi flora, fauna dan sungai pasti membuatkan anda berasa tenang dan segar.
Castra By Colony Kl
Berkonsepkan ‘Glamping In The City’, anda mesti dapat rasai kelainan jika menginap di sini. Mana tidaknya, tempat ini bukan berada di tepi sungai atau tengah-tengah hutan. Ia terletak di rooftop Golden Triangle, Kuala Lumpur.
Ruang adalah terhad tetapi anda akan rasai suasana berkhemah dengan mewah dan eksklusif. Banyak kemudahan disediakan seperti peralatan BBQ, kelengkapan memasak, bilik dan ruang berpendingin hawa dan lain-lain.
Tempat ini sering dijadikan lokasi untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan lokasi pengambaran.
Lokasi: Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
UCSI Colina Campsite By Le Quadri Hotel
Nak berkhemah dengan persekitaran yang tak terlalu berada di ceruk hutan? Anda boleh rasainya dengan nyaman dan selesa di UCSI Colina Campsite by Le Quadri Hotel.
Banyak khemah disediakan dengan kelengkapan dan bayaran berbeza dari peralatan asas sehingga peralatan yang mewah. Peralatan BBQ, kolam mandi, kedai runcit dan peralatan sukan disediakan untuk aktiviti pengunjung.
Pasti tak membosankan jika anda datang seisi keluarga di sini. Para wanita boleh ke sauna, anak-anak dan bapa boleh bermandi-manda di kolam air panas dan air sejuk serta aktiviti petang bakal dipenuhi aktiviti riadah.
Lokasi: UCSI Heights, 1, Jalan Puncak Menara Gading, Taman Connaught, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Camp Out By Sunway Lagoon
Glamping di Camp Out pasti memberikan pengalaman unik dan berbeza kerana anda dapat berkhemah di taman tema yang cukup terkenal di Malaysia ini.
Anda masih boleh menikmati suasana perkhemahan di kelilingi flora dan fauna. Di Camp Out juga, makan malam dengan BBQ serta kolam renang persendirian disediakan khas buat pengunjung. Lepas sesi BBQ, bolehlah duduk kelilingi ‘campfire’ sambil berborak atau menyanyi.
Setiap pakej adalah termasuk tiket Sunway Lagoon, peralatan berkhemah, makan malam, sarapan dan 10% diskaun untuk pengunjung bermain, sewaan locker dan pelampung. Mudahkan? Anda cuma perlu bawa diri ke sini.
Lokasi: 3J84+WM, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
River & Glamp Ulu Yam
Pecinta alam mesti akan sukakan tempat ini untuk menenangkan diri. River and Glamp turut dikenali sebagai Nur Laman Bestari Eco Resort.
Bersebelahan dengan sungai, bolehlah anda bermandi-manda sampai kecut! Antara aktiviti yang anda boleh buat adalah BBQ dan menyalakan unggun api pada sebelah malam. Kesemua peralatan ini disediakan buat anda.
Nak lebih aktiviti? Anda boleh sewa peralatan atau pelbagai permainan lain seperti berbasikal,memanah, ATV dan mewarna. Anda pasti berasa selesa jika berada di sini kerana persekitaran yang luas, surau yang selesa serta tandas yang bersih.
Lokasi: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor
Moon Kissed By The River
Moon Kissed by The River hanya terletak di Hulu Langat. Selain glamping, anda juga boleh memacak khemah. Pelbagai khemah disediakan dengan selesa yang mampu memuatkan 2 hingga 6 orang dalam satu khemah.
Antara kemudahan yang ada seperti surau, kafe, tandas awam, plug point dan kedai runcit. Sewaan pelbagai jenis khemah, kanvas, BBQ Pit, kerusi, meja dan pelampung anda boleh perolehinya di pejabat.
Nak aktiiti lasak? Untuk pengetahuan anda, selain bermandi-manda di sungai dan aktiviti campfire, anda juga hiking di kawasan berdekatan. Jangan risau trek selamat dan berada di tahap yang mudah. Sesuai untuk yang baru meminati hobi untuk hiking.
Lokasi: Moon Kiss Campsite, Bt 14 1/2, Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor
Dusun Bonda
Dusun Bonda menyediakan lebih banyak pilihan penginapan untuk glamping! Terdapat lapan buah khemah dengan dua saiz berbeza untuk anda menginap dengan selesa.
Buat pengetahuan anda, Dusun Bonda terletak di tengah-tengah kebun buah yang dikelilingi alam flora dan fauna serta sungai. Air terjun buatan dan kolam renang pun ada! Sangat sesuai untuk anda yang inginkan percutian jauh dari kesibukan kota. Mesti segar je bila berada di sini.
Bawa anak-anak menginap di sini pasti mereka suka kerana dapat mandi sungai dan bermain di taman permainan. Selain bermandi-manda, anda juga boleh menyertai aktiviti jungle trekking. Yang pasti, percutian anda di sini memang tidak akan membosankan!
Lokasi: Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
The Hid3out
The Hid3out antara lokasi glamping KL Selangor yang sering mendapat komen positif terhadap perkhidmatan yang diberi kepada pengunjung. Setiap site khemah disediakan tandas, ruang memasak dan ruang bersantai yang bersih dan selesa.
Lokasinya juga berdekatan dengan sungai dan berada di tengah-tengah kehijauan alam flora. Memang tenang bila berada di sini sambil ditemani bunyi burung berkicauan dan deruan air sungai.
Lokasi: Hutlista 2, Hutan Lipur Sungai Tua 2, Jalan Sungai Tua, Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor
The Sticks
Jika anda menginap di sini, terdapat dua jenis penginapan yang mempunyai konsep glamping iaitu Serengeti Tent dan Riverside Tendok. Kedua-dua penginapan ini unik dan berbeza dari glamping yang lain kerana digabungkan dengan konsep klasik iaitu khemah dan pondok kayu.
Serengeti Tent mampu memuatkan 4 dewasa manakala Riverside Tendok dapat memuatkan 2 dewasa dengan sangat selesa. Kedua-duanya mempunyai sebuah tandas dan beranda yang luas.
Seperti lokasi glamping yang lain, aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah bermandi-manda di sungai, jungle trekking atau berehat sambil menghayati keindahan alam.
Lokasi: Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Hammocks By The River
Tak nak ke merasai pengalaman berkhemah dengan glamour di Hammcok By The River? Setiap khemah disediakan ruang berehat bersama kelengkapan BBQ. Pasti anda dapat tidur dengan nyenyak di sini kerana sunyi tetapi penuh dengan suara alam.
Lokasi: Lot 617, Jalan Sungai Makau, Batu 14 Hulu Langat, 47310 Hulu Langat, Selangor
Sojuk Riverside
Anda juga boleh menginap di Sojuk Riverside yang menyediakan sewaan khemah yang mampu memuatkan 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Tilam dan kipas disediakan untuk keselesaan pengunjung.
Selain glamping, ada juga kabin dan camp site untuk pilihan pengunjung menginap di sini. Nak sewa dewan terbuka, kanopi dan kelengkapan BBQ pun boleh dengan harga berpatutan.
Sungai di sini pula cetek dan tidak berbatu. Sesuai jika anda ingin membawa anak-anak menginap di sini.
Lokasi: Jln Batang Kali – Genting Highlands, Kampung Kuantan, 44300 Batang Kali, Selangor
Dah pilih lokasi glamping Selangor KL untuk berkhemah bersama keluarga atau rakan-rakan? Jom ajak mereka untuk menikmati suasana alam bersama. Hilang segala penat lelah bekerja dan jauh dari kesibukan kota. Sekali cuba, pasti anda akan datang lagi.
Kami juga ada menyenaraikan beberapa lokasi hot di Kuala Lumpur yang anda boleh pergi untuk bersantai. Jom survey dahulu, mana tahu ada yang berkenan.