5 Hari 4 Malam Trip Bangkok-Hatyai Pergi Balik Dengan Train
Bangkok memang sudah menjadi salah satu tumpuan bagi masyarakat kita yang ingin travel. Hal ini demikian kerana keunikan-keunikan yang ada di Bangkok terutamanya dari segi makanan mereka. Dengan kos yang murah untuk ke sana, Bangkok sememangnya antara tempat digemari orang ramai.
Artikel ringkas dan padat ini dikongsi oleh Puan Wieda Mazlan. Semoga ianya dapat menjadi rujukan anda yang ingin ke Bangkok dalam masa terdekat ini.
Semua budget di bawah adalah untuk 1 person exclude makan & shopping (pergi ramai lagi kurang untuk transport).
-Exchange rate 100Baht : RM12.42
-Tiket Bas KTN-TBS return = RM48.40
-Travel Insurance AIG= RM44.00
Train
▪️Tiket ETS GOLD KL Sentral- Padang Besar = RM76 (5jam 45min)
▪️Tiket ETS PLATINUM Padang Besar- KL Sentral = RM 102 (5jam 42min)
▪️Tiket SRT train Padang Besar- Bangkok = 960Baht (18jam)
▪️Tiket SRT train Bangkok- Hatyai = 825Baht (18jam)
▪️Tiket SRT train Hatyai- Padang Besar *open window*= 50Baht (45min)
-Tiket ETS sila beli sebulan awal kalau rasa nak pergi time weekend sebab cepat habis.
-Tiket ke Bangkok dari PB ada 1 masa sahaja & tiket boleh beli dekat kaunter tiket dekat PB /booking online dekat link bawah.
-Katil itu dalam SRT train bukan dalam ETS.
Hostel
▪️ Mellow Fellow Hostel 2 malam 700Baht/person.
-Dekat muslim area so senang nak cari makanan & 5min jalan kaki ke BTS train (LRT) senang nak pergi mana-mana naik BTS sahaja.
Simcard
▪️DTAC SIMCARD = 240Baht
-Unlimited data for 7days
-Beli dekat PB dengan seorang lelaki Thai.
Hari pertama
– 12.30am Bas dari KTN-TBS
*TBS ke KL Sentral (RM4)
– 7.00am ETS Train dari KL Sentral
– 12.45pm Sampai Padang Besar
– 5.00pm Naik train ke Bangkok Railway Station
Hari kedua
– 10.55am Sampai Bangkok Railway Station
– 12.00pm Naik Grab (87baht) pi KC Selfie Bangkok
– 3.30pm Check in hostel
*Naik MRT dari KC Selfie Bangkok – BTS Ratchathewi* (56Baht)
– 6.00pm Makan dekat Nissreen Restaurant
*5min dari BTS Ratchathewi exit 3 lintas seberang jalan (Thanon Petchaburi road). Memang sepanjang jalan itu penuh kedai muslim & area Masjid Darul Aman pun banyak juga kedai muslim.
– 6.40pm Pergi Terminal 21 (Shopping Mall)
*Unik sebab setiap floor ada tema sendiri ; (London,Istanbul,San Francisco,Tokyo) dalam toilet pun ikut tema.
*Dari BTS Ratchathewi-BTS Asok(33baht)
– 9.00pm Hello Kitty House Bangkok
*Dekat Siam Square boleh naik BTS dari Asok- BTS Siam (30baht)
– 10.00pm Balik hostel
*BTS Siam- BTS Ratchathewi (16baht)
Hari ketiga
-10.30pm Gerak nak ke Maeklong Railway Market
*Dari BTS Ratchathewi-BTS Bang Wa (75baht)
*Naik Grab ke Bangkok Southern Bus Terminal cari minivan luar terminal ke Maeklong (69baht)
– 1.00pm Gerak dari Terminal naik minivan (75baht)
– 3.00pm Sampai Maeklong Railway Market
*Lambat sampai sebab banyak drop org lain
– 4.00pm Naik tuktuk ke Amphawa Floating Market (60baht)
*Dalam 12min sampai dari market tadi
– 6.30pm Naik minivan balik ke Bus Terminal tadi (70baht)
*Tempat minivan ada 2 atau 3 dekat area floating market itu jadi boleh pilih nak naik mana satu.
– 8.15pm Sampai Bus Terminal
– 9.30pm Asiatique The Riverfront
*Naik Grab dari Terminal ke BTS Bang Wa (64baht)
*BTS Bang Wa-BTS Saphan Taksin ambil exit 2 (31baht)
*Naik free boat ke Asiatique
– 10.30pm Balik ke BTS Ratchathewi dari BTS Saphan Taksin (40baht)
– 10.45pm Pergi Talad Neon Market
*Naik tuktuk (75baht)
– 12.00am Balik hostel
*Naik tuktuk (75baht)
Hari keempat
– 10.30am Check out pergi Bangkok Railway Station
*Naik BTS Ratchathewi – MRT Hua Lamphong (60baht)
– 1.00pm Train Bangkok-Hatyai
Hari kelima
– 9.00am Sampai Hatyai
*Train delay sampai 3jam jadi tak dapat jalan-jalan sangat dekat Hatyai.
– 9.30am Breakfast Dimsum Chabura
*Naik tuktuk (80baht)
– 11.00am Habiskan duit lebih dalam 7E. Haha!
– 12.00pm Pergi Hatyai Junction
*Naik Grab (90baht)
– 2.00pm Train Hatyai- Padang Besar
*Dapat merasa naik train open window.
– 2.45pm Sampai Padang Besar
– 5.13pm ETS Train Padang Besar-KL Sentral
-10.55pm Sampai KL sentral then pergi TBS (RM6)
*Mereput dekat TBS sebab tiket paling awal esok pagi.
Hari keenam
7.30am Bas ke Kuantan
Tips
▪️ Travel insurance kena beli in case ada apa-apa berlaku kepada anda jadi ada backup melainkan anda pergi dengan orang yang berada yang boleh support kalau ada apa-apa jadi. Hehe!
▪️Before naik SRT train beli makanan siap-siap dekat luar sebab ada orang akan jual makanan dalam train tapi tak sure halal ke tak.
▪️Boleh refer link ini kalau nak check jadual & fares ikut class train yang ada http://www.railway.co.th/checktime/checktime.asp.
▪️Kalau nak senang cari halal food stay area BTS Ratchathewi. Memang banyak kedai muslim tapi kena seberang jalan dari exit 3 BTS itu.
▪️Sebelum naik tuktuk check dulu fare Grab sebab tak semestinya tuktuk lagi murah dari Grab.
▪️Jangan lupa singgah 7E & Family Mart kalau dah sampai Bangkok.
-Tak dapat stay lama dekat Hatyai sebab dah beli tiket ke PB awal-awal jadi memang sendu trip saya dekat Hatyai ini. Tapi still puas hati sebab dapat makan semua makanan yang nak makan dekat Hatyai dah dapat dekat Bangkok.
Last year pergi Bangkok naik flight, kali ini pergi ikut jalan darat dari Kuantan. Jadi bila lagi nak rasa 18 jam dlm train?
*Seronoknya dapat pergi Bangkok naik train! Kalau dapat travel naik train memang santai sebab kita cuma follow the flow. Kalau flights kita akan terkejar sesampainya di destinasi sebab nak kena ambil luggage pula. Apa-apapun, terpulang kepada anda. Enjoy your trip!
Rujukan :
Post FB : https://www.facebook.com/wieda.mazlan/posts/2293073144052591