10 Tempat Menarik di Pulau Dayang Bunting Wajib Datang
Pulau Dayang Bunting merupakan sebuah pulau yang terletak di Daerah Langkawi, Kedah. Ianya terletak kira-kira 17.6 kilometer dari jeti Kuah, Langkawi. Untuk menuju ke Pulau Dayang Bunting, ia mengambil masa dalam 15 minit dengan menaiki bot dari jeti Kuah dan caj yang dikenakan adalah RM45.00 seorang.
Nama Pulau Dayang Bunting cukup terkenal dengan sejarahnya dan itulah keunikan dan tarikan tempat ini sebagai salah satu destinasi percutian di Langkawi. Jom lihat tempat menarik di Pulau Dayang Bunting yang indah ini.
1. Tasik Dayang Bunting
Mengikut sejarah, Mat Teja telah jatuh cinta kepada Mambang Sari dan ini telah menjebaknya untuk berkahwin dengan Mat Teja. Kemudian, Mambang Sari pun hamil tetapi malangnya anak mereka telah mati akibat penyakit misteri pada usia tujuh hari. Dengan perasaan sedih, Mambang Sari meninggalkan mayat anaknya di tasik ini dan kembali ke kayangan.
Disebabkan itulah tempat ini dipanggil Tasik Dayang Bunting. Hari ini, ada yang percaya bahawa mana-mana wanita yang mandi di tasik ini akan dikurniakan cahaya mata. Jadi, bagi anda yang nak mencubanya, bolehlah datang ke sini.
2. Pulau Singa Besar
Sebab itulah pulau tersebut diberi nama Pulau Singa Besar. Pulau ini dipenuhi dengan keindahan hutan yang subur, flora dan fauna yang eksotik serta rumah habitat hidupan liar.
Antaranya adalah seperti monyet, cicak, iguana, helang, rusa, enggang dan sebagainya. Anda boleh mengembara di sini bersama kawan dan keluarga. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari jeti Kuah.
3. Pulau Beras Basah
Cara terbaik untuk melawat pulau ini adalah melalui Jeti Kuah. Dalam perjalanan ke pulau ini, anda boleh menikmati pelbagai keindahan air lautnya. Sekiranya anda ingin melakukan perjalanan dalam kumpulan, sewanya boleh mencecah antara RM600 hingga RM900.
4. Selat Bagan Nyior
Struktur muka bumi dan keindahan persisiran pantai di sini sangat mengagumkan. Keindahan persekitaran semula jadinya memberikan satu rasa ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Suasananya yang menenangkan dengan tumbuh-tumbuhan hijau serta air laut yang membiru mencetuskan lagi kepuasan bagi sesiapa sahaja yang datang ke sini.
Selat Bagan Nyior juga boleh dikatakan sebagai salah satu tempat yang menjadi pilihan utama kebanyakan pelancong untuk menginap apabila datang ke Pulau Dayang Bunting. Setiap pengunjung yang datang pasti akan berasa sangat selesa. Keramahan penduduknya menambahkan lagi keindahan di tempat ini
5. Pulau Kentut Besar
6. Pulau Kentut Kecil
Mengikut legenda tempatan, semasa perayaan perkahwinan dua raksasa, pengantin lelaki itu telah mengeluarkan angin dua kali setelah makan nasi separuh masak oleh keluarga pengantin. Lalu, kentut tersebut membentuk dua pulau yang disebutkan di atas. Lalu terjadilah pergaduhan dan pasu telah pecah dan air telah membanjiri seluruh pulau tersebut.
7. Pulau Umbun
Tempat menarik di Pulau Dayang Bunting ini juga, anda tidak akan menemui restoran. Jadi pastikan anda membawa peralatan dan makanan anda sendiri semasa anda berada di sini. Pastikan anda tidak membuang sampah malah menjaga kebersihan tempat ini.
8. Pulau Tepor
9. Pulau Tuba
Penduduk kampung ini menjalani gaya hidup yang agak tradisional di tempat menarik di Pulau Dayang Bunting ini. Anda juga boleh merasai pengalaman dan melakukan pelbagai aktiviti dengan penduduk di pulau Tuba ini.
10. Eagle Feeding
Itulah tempat menarik di Pulau Dayang Bunting yang cantik harus anda lawati. Jom baca juga tempat menarik di Incheon, tempat menarik di Gangnam, tempat menarik di Pulau Belitung dan tempat menarik di Pulau Aur.