10 Tempat Menarik di Zimbabwe Tarikan Pelancong Dan Penuh Aktiviti
Zimbabwe adalah sebuah tempat yang paling menakjubkan di Afrika Selatan. Tahukah anda, Zimbabwe pernah dihancurkan oleh peperangan dan persengketaan sivil? Kini, Ia telah keluar dari zaman penjajahan Eropah di Afrika pada 11 November 1965.
Di Zimbabwe juga, terdapat beberapa tarikan arus perdana boleh anda lihat. Antaranya adalah keajaiban Air Terjun Victoria dan sebagainya dalam konteks tempat menarik di Zimbabwe.
Jika anda berkunjung ke sini, pastinya akan menjadi pengembaraan yang menarik! Zimbabwe adalah tempat perlancongan terindah dan mencabarkan! Jom kami sajikan 10 tempat menarik di Zimbabwe yang bakal menarik perhatian anda.
1. Harare
Terdapat juga warisan sejarahnya yang unik dan asli untuk maklumat anda. Warisan sejarahnya terpelihara di Galeri Negara Zimbabwe dan Muzium Queen Victoria.
Selain itu, pengunjung di sini boleh berkumpul di taman-taman yang cantik dan bersiar-siar di antara ladang cili yang terkenal di jalan raya sini.
2. Air Terjun Victoria (Victoria Falls)
3. Taman Negara Matobo (Matobo National Park)
Sekarang, taman ini adalah peninggalan sisa-sisa sejarah lampau seperti di Gua Nswatugi. Terdapat juga tarikan haiwan liar seperti harimau bintang, antelop, babun dan sebagainya yang terletak di kawasan Hove Wild.
4. Bulawayo
Bulawayo juga merupakan hab perindustrian dan ekonomi yang terkenal dengan kilang-kilangnya. Terdapat banyak landasan keretapi yang dibina di sini. Dengan panoramanya yang hijau dan berbunga serta dihiasi dengan pokok palma, Pekan Bulawayo ini adalah tempat yang amat indah.
Bulawayo bukan hanya memiliki bangunan kerajaan yang elegan, ianya juga merupakan pusat membeli-belah. Nak pengembaraan yang lagi hebat, anda boleh merancang lawatan seterusnya ke taman-taman negara yang terletak di barat daya Bulawayo.
5. Taman Negara Hwange (Hwange National Park)
Dalam sempadannya terdapat hutan Kalahari. Hutan ini merupakan dataran rumput yang sering menjadi lokasi bagi singa. Selain daripada raja haiwan, para pengunjung juga boleh melihat dubuk, anjing liar, cheetah, antelop dan sebagainya. Bagi anda yang gemarkan gaya pengembaraan Safari, inilah lokasi yang patut dikunjungi oleh anda.
6. Taman Negara Nyanga (Nyanga National Park)
Tempat menarik di Zimbabwe ini juga merupakan salah sebuah habitat bagi haiwan liar seperti monyet Samango. Monyet ini hanya dapat ditemui di kawasan ini sahaja. Anda juga akan dapat melihat singa dan cheetah di kawasan ini.
7. Masvingo
8. Mutare
Kini, tempat percutian ini telah berkembang pesat dengan terdapatnya rumah tumpangan dan asrama murah untuk para pelancong. Mutare merupakan tempat persinggahan yang menarik untuk para pendaki bukit yang gemarkan aktiviti pendakian di sini.
9. Chinhoyi
Chinhoyi juga amat terkenal dengan guanya. Gua itu dikenali dengan nama Gua Chinhoyi. Antara tarikan yang terdapat di gua ini adalah ianya mempunyai air yang sejuk, sering menjadi tumpuan bagi para pencinta aktiviti selaman. Pemandangannya juga indah iaitu berwarna baby blue yang amat cantik sekali.
10. Tasik Taman Negara Mutirikwi (Lake Mutirikwi National Park)
Tasik ini terjadi selepas pembinaan sebuah empangan pada tahun 1960. Di sini juga terdapat juga hidupan liar seperti kerbau dan burung unta. Jangan lupa, tempat menarik di Zimbabwe ini juga amat sesuai untuk aktiviti memancing ikan.
Itulah dia 10 tempat menarik di Zimbabwe yang indah dan menakjubkan boleh kita kunjungi. Jom baca juga tempat menarik di Zurich, tempat menarik di Zagreb, tempat menarik di Zamboanga dan tempat menarik di Zhangjiajie.
Rujukan