15+ Tempat Menarik di Estonia, Bersih Dan Penuh Kehijauan [PILIHAN TRAVEL]
Pernahkah anda mendengar sebuah negara bernama Estonia? Estonia adalah sebuah negara di kawasan Baltik yang terletak di Eropah Utara. Dengan populasi berjumlah lebih kurang 1,34 juta orang, Estonia menjadi salah satu negara berpenduduk yang paling sedikit di Uni Eropa.
Pemerintahan Estonia berbentuk republik dengan corak demokrasi parlementer dan ia dibahagi kepada 15 wilayah. Kota terbesar sekaligus menjadi pusat pemerintahan Estonia adalah daerah Tallinn. Walaupun negara ini merdeka pada tahun 1991, namun negara ini semakin masyhur dalam kalangan pelancong.
Ia adalah kerana Estonia juga memiliki tempat-tempat yang menarik minat para pengunjung untuk bercuti di sini. Estonia kaya dengan pantai yang indah, tempat-tempat bersejarah, keindahan semulajadi dan banyak lagi tarikan. Jom lihat satu persatu tempat menarik di Estonia.
1. Taman Negara Matsalu
Tempat menarik di Estonia ini mempunyai 282 spesies burung , 47 spesies mamalia, 49 spesies ikan dan 772 spesies tumbuhan vaskular. Setiap tahun ketika musim gugur, taman ini menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Alam Matsalu Antarabangsa. Ia amat digemari oleh pecinta alam, wajiblah anda datang ke sini jika sukakan alam semulajadi.
2. Viljandi
Kebanyakan bangunan dan seni bina di sini diasaskan dengan kayu, menjadikan ia pemandangannya indah berlatar belakangkan Tasik Viljandi. Pada bulan Julai, bandar ini menerima lebih 20,000 pengunjung bagi merayakan festival muzik rakyat dan konsert tahunan yang diadakan di sini. Sekaligus menjadikan perayaan muzik terbesar di seluruh Estonia. Jelaslah bahawa salah satu tempat menarik di Estonia perlu anda lawati adalah Viljandi.
3. Taman Negara Soomaa
Temapt menarik di Estonia ini juga menyajikan pemandangan lebih daripada 200 spesies tumbuhan. Taman Negara Soomaa adalah rumah kepada beberapa mamalia besar seperti berang-berang, beruang coklat, rusa roe, babi hutan dan serigala.
Kebiasaannya pengunjung datang ke sini untuk membuat aktiviti seperti berkayak, bermain ski, hiking, meredah hutan dan sebagainya bergantung kepada musim. Kebanyakan pengujung pula lebih suka datang ke sini ketika musim bunga kerana pemandangannya sangat menakjubkan.
4. Tallinn
Galeri Tallin menyimpan sejarah-sejarah mengenai perjuangan yang dilakukan oleh para prajurit negara Baltik untuk memperjuangkan negara mereka. Bersiar-siar di sekitar kota ini akan membawa anda kepada pengalaman seperti berada di abad pertengahan.
Terdapat juga terowong rahsia yang mempunyai 380 lorong di bawah bandar ini sejak abad ke 17, namun ia hanya dibuka kepada umum hingga tahun 2010. Apa salahnya melawat tempat menarik di Estonia ini sekadar mencuci mata dan mendapatkan ilham kan!
5. Cesus
Pengunjung juga dapat melihat bagaimana budaya dan warisan Estonia diperkenalkan di sini. Kota ini dikelilingi oleh bebatuan dolomit dengan 8 menara dan 5 gerbang yang unik dan menarik. Bangunan dari abad pertengahan yang terdapat di sini termasuklah Gereja St. Yohanes, Istana Cesis, runtuhan Istana Ordo Livonia dan dinding benteng, fragmen yang dapat dilihat di Jalan Vaļņu dan Palasta.
6. Istana Narva
Istana yang menjadi saksi tentang sejarah negara ini telah didirikan sejak abad ke 13 lagi. Ia juga digelar orang sebagai Istana Hermann. Tempat menarik di Estonia ini juga menyajikan campuran kebudayaan antara Rusia dan Estonia. Makanan tradisional mereka juga tidak kalah lazatnya. Pastikan anda merasa makanan mereka sejenak singgah di sini.
7. Rakvere
Bandar ini mempunyai banyak restoran yang menawarkan makanan tradisional Estonia yang dihidangkan dengan cara yang unik. Walaupun Rakvere adalah sebuah bandar yang tua, namun pusat bandarnya adalah pusat bandar paling moden di Estonia.
Kota ini sangat terkenal sebagai destinasi percutian luar bandar kerana ia menawarkan pemandangan indah. Itulah dia tempat menarik di Estonia yang boleh anda singgah untuk nikmati kota rayanya.
8. Saaremaa
Orang Saaremaa masih hidup di rumah-rumah batu tradisional, memakai pakaian tradisional berwarna-warni dan bercakap dalam dialek mereka sendiri. Oleh hal demikian, anda dapat belajar tentang budaya mereka di samping melacong.
Pengunjung di sini dapat meneroka istana tua abad pertengahan, bersiar-siar berlatar belakangkan padang luas dengan kincir angin, melihat burung dan macam-macam lagi. Lebih mengagumkan lagi, terdapat kawah meteor Kaali yang terbesar di Eropah. Sememangnya tempat menarik di Estonia ini terbuka kepada pelancong sepanjang tahun.
9. Parnu
Selain daripada taman air tertutup, terdapat juga rumah mandian lumpur yang di buka semula pada tahun 2014 di Parnu. Kebanyakan orang Estonia gemar menghabiskan cuti musim panas mereka di sini.
10. Tartu
Muzium ini sentiasa disenaraikan sebagai tempat menarik di Estonia. Tak kalah hebatnya, Tartu dipenuhi dengan muzium, kafe, teater dan dewan konsert. Apa kata anda memilih Tartu sebagai destinasi percutian anda seterusnya, pengalamannya pasti lain daripada yang lain.
11. Taman Negara Lahemaa
Taman Negara Lahemaa menjadi habitat tetap kepada beberapa haiwan yang jarang ditemui seperti babi hutan, moose, beruang coklat dan musang. Bagi pengunjung yang ingin melakukan aktiviti jungle trekking dan berkhemah, pihak taman negara juga menyediakan trek dan tapak perkhemahan.
12. Haapsalu
Haapsalu juga akan menjadi tuan rumah pelbagai festival musim panas antarabangsa yang dinamakan sebagai festival musim panas terbaik di Northen Europe. Jom rasai suasana tempat menarik di Estonia yang cantik dan indah ini.
13. Hiiumaa
Selain itu, alam semula jadinya masih asli dan tidak terjejas serta merupakan kawasan luar bandar yang indah. Tidak dilupakan juga, pulau ini juga merupakan salah satu tempat yang paling digemari pelancong untuk merehatkan badan dan minda pada musim sejuk .
14. Harjumaa
15. Pulau Kihnu
Pulau yang dihuni banyak nelayan ini mempunyai seni bina luar bandar dan pemandangan tepi pantai yang indah. Terdapat beberapa restoran makanan laut di mana anda boleh mencuba pelbagai pilihan ikan yang segar. Tempat menarik di Estonia ini sekaligus dapat memberikan anda ketenangan daripada kesibukan kota.
Jom baca juga tempat menarik di Ho Chi Minh, tempat menarik di Austria dan tempat menarik di Venice Italy.
Rujukan: