14 Tempat Menarik di Ampang Untuk Lepak, Dating, Bercuti.
Ampang, Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai salah satu bandar yang hidup tidak mengira waktu malam ataupun siang. Sekeliling kota ini pasti ada sahaja aktiviti menarik yang dapat kita lakukan, tidak kira percuma ataupun berbayar. Bergantung kepada kita sahaja sama ada rajin atau tidak untuk mengeksplorasi daerah Ampang ini.
1. Zoo Negara Malaysia
Zoo Negara di Ampang ini kini mempunyai lebih dari 5000 haiwan bermula dari mamalia, burung, reptilia sehinggalah ke amfibia dan tidak terlepas juga pelbagai jenis ikan. Sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar ke sini kerana tentunya mereka teruja dapat melihat pelbagai hidupan liar dengan jarak yang lebih dekat.
2. Kemensah Valley
Selain makan, anda juga dapat mandi-manda di samping menikmati kehijauan dan keindahan alam. Tempat menarik di Ampang ini terletak di Jalan Kampung Orang Asli, Kampong Kemensah iaitu dibelakang Zoo Negara. Caj masuk ke Kemensah Valley ini juga tidak terlalu mahal, hanya RM5 seorang sahaja.
Terdapat juga chalet yang mereka sediakan dengan harga yang berpatutan sekiranya pengunjung ingin menginap dan bermalam di sini memandangkan Kemensah Valley ini dibuka 24jam .
3. Taman Tasik Ampang Hilir
Segala pokok-pokok tempat menarik di Ampang ini juga dijaga dengan sangat rapi dan bersih. Anda juga boleh melihat disekitar tasik ini yang dikelilingi rumah-rumah mewah tersergam indah. Barangkali ia dihuni oleh keluarga duta kerana sebenarnya di Jalan Ampang ini merupakan deretan pejabat kedutaan seperti Kazakstan, Afganistan, dan Kongostan.
4. Bukit Ampang
Lokasi tempat menarik di Ampang ini terletak 25km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka bermula jam 5.00 petang di persisir jalan dan tebing jalan, jadi anda tidak perlu risau jika hendak mencari kudap-kudapan atau kelaparan di waktu malam.
Anda dinasihatkan untuk datang menggunakan motor kerana ruang parkirnya yang sangat terhad dan sukar. Tidak hairanlah, tempat menarik di Ampang ini menjadi port lepak kawan-kawan, kekasih dan juga keluarga kecil.
5. Taman Rimba Ampang
Hutan ini juga merupakan tempat bagi pembiakan pelbagai spesis burung seperti Burung Raja Udang yang kini semakin terancam. Terdapat juga air terjun yang membolehkan anda bermandi-manda dan beriadah di dalam kawasan ini.
Jika anda seorang yang sukakan pengembaraan, hutan simpan ini amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan ‘jungle treking’. Sudah tersedia trek untuk mereka yang sukakan jungle trekking atau mendaki, jom ke sini!
6. Bukit Saga
Perjalanan mendaki ke puncak mengambil kira-kira 40 minit hingga satu jam. Apabila sampai ke puncak, terdapat buaian yang diikat pada pokok untuk anda berehat-rehat dan bersantai setelah penat mendaki. Tetapi pengembaraan anda bukan setakat itu sahaja, Bukit Saga juga mempunyai air terjun dimana anda dikehendaki sambung mendaki dalam 50 minit ke sejam lagi sebelum tiba ke air terjun.
Penat anda berbaloi kerana setibanya di sana, anda boleh bermandi-manda dan berendam di air terjun untuk melepaskan lelah.
7. Bukit Kembara
Air tasik ini yang berwarna hijau menyebabkan ia dipanggil sebagai Tasik Hijau. Di sekitar Tasik Hijau ini sangat menarik dan sesuai untuk bergambar kerana terdapat sebuah jambatan yang menuju ke sebuah pondok.
Trek permulaan untuk mendaki adalah di sebelah sebuah banglo lama lebih kurang 200-300 meter selepas palang pondok keselamatan. Kenderaan anda boleh diparkir di sepanjang jalan tersebut sebelum sebelum memulakan aktiviti pendakian.
8. Dagang Avenue
Setiap bulan, anda dapat menikmati judah sambil melayan live band. Dengan kemudahan Wifi yang percuma, medan selera ini juga dibuka selama 24 jam. Kemudahan tandas awam, masjid dan parkir juga mudah didapati di sini. Sekiranya anda penggemar shisha, anda juga boleh dapatkannya di sini.
9. Bukit Batu Chondong
Anda harus memanjat menggunakan tali sampai ke puncak. Nampaknya sedikit berbahaya tetapi itu sahaja caranya untuk sampai ke puncak. Memang sesuai untuk anda yang sukakan cabaran. Ruang di puncak adalah terhad, ia tidak boleh menampung lebih daripada 15-20 orang.
10. Air Terjun Sofea Jane
Jalannya agak licin, berlumpur, berlecak dek kerana ATV namun, terdapat juga perkhidmatan ATV dan basikal untuk lebih mudah sampai ke Air Terjun Sofea Jane ini. Untuk pengetahuan anda, air terjun ini dinamakan sempena nama artis Sofea Jane yang pernah melakukan penggambaran filem.
Air terjun ini sebenarnya bernama Jeram Kubang Gajah tetapi kini lebih dikenali sebagai Air Terjun Sofea Jane dalam kalangan penduduk kampung di situ. Air terjunnya sangat sejuk dan jernih untuk anda bermandi-manda. Jangan lupa juga untuk membawa bekal makanan dan minuman yang secukupnya kerana di kawasan air terjun ini tidak terdapat penjaja atau penjual makanan dan minuman.
11. Victoria Station, Jalan Ampang
Anda boleh menikmati makanan berkonsepkan steak, western, bbq dan lain-lain lagi. Restoran ini halal, eksklusif dan cantik dalamannya. Pasti anda akan teruja datang makan di sini.
12. Pick And Paint Art Studio
Bosan beraktiviti di rumah? Apa kata kali ini anda membawa anak anda untuk mewarna sambil belajar di studio ini. Bukan sahaja kelas mewarna, kelas memasak juga ada di sini untuk anak-anak kecil anda.
13. MATIC
Anda boleh menyaksikan persembahan kebudayaan, menikmati makanan di Buddies Cafe, membeli cenderahati dan lain-lain lagi. Kebanyakan tempat dalam MATIC ini sesuai untuk semua pelancong dalam dan luar negara.
14. Safa Restoran
Anda juga boleh menempah untuk membuat jamuan secara buffet dan sebagainya. Makan malam di sini pasti menyeronokkan dan menaikkan mood gembira anda sekeluarga dan juga bersama pasangan anda kerana suasananya juga tenang dan romantik.
Semoga percutian anda ke mana-mana destinasi ini menjadi satu kenangan yang terindah buat anda sekeluarga. Jemput baca tempat menarik di Puchong dan tempat menarik di Filipina pula.
Rujukan: