tempat menarik di norway
|

20 Tempat Menarik Di Norway Destinasi Percutian Ramai

Norway adalah sebuah negara yang terletak dalam negara Skandinavia yang berlokasi di utara Eropah dari segi geografinya. Bagi traveller yang sukakan ketenangan dan kecantikan, Norway pastinya pilihan pertama mereka sebagai destinasi pelancongan.

Tahukah anda, ibu kota Norway adalah Oslo yang agak terkenal dalam kalangan pelancong.  Pantainya juga menghadap Lautan Atlantik Utara dan Laut Barents adalah keunikan yang boleh anda amati. Sudah pastilah tempat menarik di Norway ini mempunyai keunikannya yang tersendiri juga.

Ramai mengatakan bahawa negara Norway adalah tempat tercantik, paling tenang, paling selamat dan amat menakjubkan di dunia. Nak tahu betul ke tidak, kenalah datang sendiri bercuti di sini. Apa yang pasti, selepas berkunjung ke sini, pasti amat berat sekali untuk anda angkat kaki pulang.

Jom lihat tempat menarik di Norway tercantik dan menakjubkan! Kata orang, tempat-tempat di Norway ini memang indah, sama ada moden atau penuh semulajadi, keduanya amat menarik sekali. Pasti kekal di hati.

1. Oslo

tempat menarik di norway
Imej via [global]]
Siapa yang tak kenal Oslo? Ibu kota Norway ini amat tenang dimana hampir 2/3 kawasannya adalah taman-taman hijau dan hutan. Namun begitu, ia adalah sebuah bandar moden terbesar di Norway.

Jika anda melawat tempat menarik di Norway ini, anda boleh berkunjung ke Vigeland Park, Holmenkollen, Aker brygge District, Karl Johans Gate, Flogner Park dan lain-lain lagi. Selain selamat, ia juga cantik dan indah. Bolehlah bawa keluarga dan anak-anak ke tempat menarik di Norway ini.

 

2. Tromso

tempat menarik di norway
Imej via [krisageneve]
Tromso adalah tempat menarik di Norway yang amat dikenali ramai dengan keindahan bandar serta rumah-rumahnya yang menakjubkan. Tromso dikatakan tempat terbaik di dunia dari Northern Lights dan terletak kira-kira 350 km (217 batu) dari Garisan utara artik. Jauh tu jika anda dari Oslo ke sini kerana Tromso berada di bahagian utara.

Menariknya, Tromso mempunyai rekaan rumah kayu abad ke-18 yang membolehkan anda bergambar bersamanya. Secara semulajadi pula, tempat menarik di Norway ini mempunyai keajaiban cahaya utara atau Aurora Borealis. Fenomena cahaya dari langit ini berlaku antara bulan Oktober sehingga Mac setiap tahun. Pastikan anda datang pada waktu yang tepat!

3. Svalbard

tempat menarik di norway
Imej via [forbes]
Selain pemandangan yang menakjubkan, alam flora dan fauna di sini juga amat hebat. Terdapat banyak hidupan liar seperti karbu, ikan paus, anjing laut, walrus, beruang kutub, rusa kutu dan kusang kutub di sini.

Tempat menarik di Norway ini adalah sebuah gugusan pulau terletak di antara Lautan Artik, Barents Sea, Greenland Sea , dan Norwegian Sea. Nikmatilah pemandangan di sini sepuas-puasnya. Bukan senang nak sampai ke sini!

4. Bergen

tempat menarik di norway
Imej via [planetware]
Terletak di bahagian barat Norway, Bergen adalah tempat menarik di Norway yang kedua terbesar. Tahukah anda, Bergen sudah dikenali sebagai tempat pelancongan yang berasaska makanan laut dan penuh dengan restoran tepi laut.

Pada sekitar abad ke-15, Bergen adalah pelabuhan utama di Norway. Bandar yang paling indah dan menakjubkan di Norway ini juga termasuklah Hardangerfjord dan Sognefjord. Ia juga dinobatkan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO.

5. Skudeneshavn

tempat menarik di norway
Imej via [flickr]
Tempat menarik di Norway kali ini adalah sebuah pekan kecil yang terletak di hujung selatan pulau Karmøy. Sejak abad ke-19 lagi, pekan ini terdiri daripada hampir 130 buah rumah yang reka bentuknya kayu asli dan berwarna putih.

Kelebihan Skudeneshavn adalah ia berdekatan dengan pantai Laut Utara dan pelabuhan bot. Ketika musim panas, anda boleh melihat beratus-ratus bot mengisi air dan persembahan kaum tradisional dan pasar kerajinan di sini.

6. Alesund

tempat menarik di norway
Imej via [thelocal]
Alesund adalah tempat menarik di Norway yang terletak di pantai barat Norway. Dahulunya, ia merupakan sebuah bandar yang telah mengalami kebakaran besar kira-kira tahun 1904. Kini, Alesund menjadi tarikan terunggul sebagai salah satu bandar tercantik di dunia.

Anda dapat melihat keindahan dan kecantikan suasana Alesund sekaligus suasana rumah yang terang, rekaan bumbung yang luar biasa, jalannya pula terdiri daripada seni bina Art Nouveau yang luar biasa. Uniknya, bandar ini dikelilingi laut dan gunung sebagai latar belakangnya.

7. Stavanger

tempat menarik di norway
Imej via [kayak]
Bagi anda yang suka berjemur, tempat menarik di Norway ini sesuai untuk anda. Pasti anda kagum melihat kawasan pantai yang luas di dunia ini. Tambah-tambah musim panas, inilah tempat yang perlu anda lawati! Tempat ini juga menjadi port ambil gambar yang popular bagi para pelancong seluruh negara.

8. Reine

tempat menarik di norway
Imej via [flickr]
Reine adalah sebuah perkampungan nelayan yang kecil tetapi mampu menarik ribuan pelawat setiap tahun. Biarpun saiz wilayah yang terletak di pulau Moskenesøya ini kecil, pemandangannya amat menakjubkan. Memang tak sia-sia memilih Reine sebagai destinasi pelancongan anda.

Tahukah anda, jalan-jalan di sini agak berliku dan menakjubkan, rumahnya pula amat terang warnanya. Anda juga boleh melihat air laut biru dan bukit-bukau hijau nan indah di sini.

 

9. Trondheim

tempat menarik di norway
Imej via [freepik]
Bandar ke 3 terbesar di Norway pula adalah Trondheim. Ia berupa kampung-kampung di dalam negeri ini. Bagi anda yang sukakan sejarah, anda perlu tahu bahawa tempat menarik di Norway ini adalah destinasi bersejarah yang boleh anda terokai. 

Cantiknya pemandangan tasik ditemani cahaya matahari terbenam dan langit nan senja. Pasti ia dapat memberi ilham kepada anda yang terasa kosong jiwanya.

10. Lofoten Islands

tempat menarik di norway
Imej via [earthtrekkers]
Lofoten Islands adalah pertempatan kampung nelayan yang kecil di bahagian utara. Sememangnya ia popular dalam kalangan para pelancong kerana tempatnya yang tenang, selamat dan begitu indah. Biarpun kecil, anda boleh merehatkan minda dan bercuti di sini. Sehari pun sudah menyeronokkan untuk anda tinggal di sini.

 

11.  Fredrikstad

tempat menarik di norway
Imej via [pinterest]
Fredrikstad adalah tempat menarik di Norway yang terkenal dengan seni bentuk bangunan serta kubunya yang unik, cantik dan terbaik. Anda boleh melihat The Old Town yang dibina atas asas seni model Belanda dimana terdapat parit lebar, enam mata bintang dan benting tinggi.

Kini, Old Town sudah dipenuhi dengan pelbagai pasar dan kedai-kedai seperti kedai kraftangan, kedai tradisional, cenderahati dan sebagainya. Strukturnya amat luar biasa, pasti anda takkan dapat lupakan lorong berbatu ini.

 

12. Jotunheimen National Park

tempat menarik di norway
Imej via [visitnorway]
Norway juga tidak terkecuali mempunyai tempat menarik seperti Jotunheimen atau lebih dikenali dengan nama ‘ Rumah Gergasi ‘. Ia merupakan kawasan pergunungan yang meliputi 29 kemuncak tetinggi di Norway. Kawasan gunung ini juga berhampiran dengan air terjun Vettisfossen dimana ia adalah air terjun tertinggi di Norway.

 

13. Western Fjords

tempat menarik di norway
Imej via [westfjords]
Jika anda inginkan reaksi yang terkejut kerana melihat pemandangan atau suasana menakjubkan, Western Fjords adalah tempat menarik di Norway perlu anda kunjungi.

Western Fjords mempunyai alam flora yang semulajadi, segar dan menakjubkan. Ia agak sempit dan mempunyai batu curam serta gunung ganang yang tinggi berdekatannya. Nak view yang berbeza, kawasan inilah tempatnya.

14. Longyearbyen

tempat menarik di norway
Imej via [traveller]
Penempatan paling utara di dunia ini adalah di Kepulauan Svalbard. Pastinya rata-rata pelancong tetap mengenali Longyearbyen di Kepulauan Svalbard. Suasana dan keadaan tempat menarik di Norway ini amat cantik tidak tergambar.

Anda boleh melihat lembah rata dengan adanya gunung curam, teluk berpasir di sempadan pinggiran, letaknya penempatan bernama Longyearbyen ini. Ia bersaiz kecil dan mempunyai salji. Terdapat kawasan barisan rumah yang mempunyai cat-cat bewarna kuning, biru, hijau dan merah terang. Luar biasa sekali landskap dan kecantikannya.

15. Lillehammer

tempat menarik di norway
Imej via [acprail]
Tempat menarik di Norway kali ini agak unik kerana ia terletak di atas tasik Mjosa di hujung selatan lembah Gudbrandsdal. Lillehammer terbahagi kepada beberapa destinasi pelancongan seperti Taman Malhaugen dan Cottage Peer Gynt’s.

Tempat menarik dan aktiviti di sini akan menggembirakan dan membuat anda berasa teruja. Rumah dan kawasan sekelilingnya amat bersih, kemas dan teratur kan!

 

16. Pulpit Rock , Preikestolen

tempat menarik di norway
Imej via [stavanger-rental]
Preikestolen adalah sebuah tempat menarik di Norway yang juga dikenali dengan nama Pulpit Rock. Untuk ke sini, anda perlu mendaki sedikit sehingga tiba ke puncak.

Anda juga boleh mendapatkan peluang berjalan di atas tasik beku serta menikmati seluruh pemandangan dari tebing fjord Norway. Ramai pelancong akan singgah di sini untuk melihat pemandangan indah, semulajadi dan menakjubkan dari puncak Pulpit Rock.

Anda perlu berhati-hati di sepanjang tempat menarik di Norway ini kerana tiada pagar di tepi tebing, khuatir terjatuh pula. Untuk pengetahuan anda, jarak perjalanan antara Stavanger menuju ke Pulpit Rock akan mengambil masa selama 2 jam. 

17. Holmenkollen 

tempat menarik di norway
Imej via [elmundo]
Holmenkollen adalah sebuah tempat menarik di Norway yang sesuai untuk mereka yang suka luncur ais atau ski. Ia terletak dalam daerah Oslo. Anda boleh cuba meluncur di sini kalau berani. Seronoknya, pengalamannya pasti berbeza daripada biasa. Cubalah!

 

18. Vigeland Park 

tempat menarik di norway
Imej via [klm]
Tahukah anda, Vigeland Park yang terletak di Oslo ini juga merupakan sebuah taman awam yang dibina oleh Gustav Vigeland? Lebih dari 200 statue terdapat di sini. Ianya diperbuat daripada granite, gangsa dan juga besi logam. Tempat menarik di Norway ini juga dikenali sebagai the world’s largest sculpture Park made by a single artist.

19. Karl Johans Gate 

tempat menarik di norway
Imej via [wikimedia]
Sekiranya anda ingin mencuci mata melihat-lihat kedai-kedai baju, souvenir dan sebagainya, Karl Johans Gate adalah tempatnya. Anda boleh dapatkan souvenir seperti fridge magnet dengan harga dalam 30NOK ke atas. Karl Johans Gate terletak di Oslo yang merupakan ibu kota bagi negara Norway.

 

20. Aker brygge District

tempat menarik di norway
Imej via [travel]
Tempat menarik di Norway ini juga dipenuhi dengan pelbagai restoran , butik dan cafe. Aktiviti bersiar-siar di sini adalah sesuatu yang tak boleh anda lepaskan. Yang pasti, anda akan berasa bebas, selamat dan amat tenang sepanjang berada di sini.

Itulah dia tempat menarik di Norway yang indah, cantik dan menakjubkan. Pasti ia dapat menenangkan dan menghiburkan hati anda. Jangan ketinggalan untuk memilih lokasi terbaik yang anda suka. Jom baca juga tempat menarik di Eropah, tempat menarik di Frankfurt, tempat menarik di Chiang Mai dan tempat menarik di Dunia.

Rujukan:

  1. thevocket
  2. worldtourismgroup
  3. rizzhanis

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *