20 Tempat Menarik di Istanbul Penuh Sejarah Dan Keindahan
Jom lihat senarai tempat menarik di Istanbul.
Istanbul merupakan salah wilayah yang terdapat di Turki dan destinasi yang terkenal dengan keindahan serta warisan budaya yang masih terpelihara sehingga kini. Istanbul juga merupakan ibu kota metropolitan yang luas dengan warisan budaya dan senibinanya yang luar biasa.
1. Hagia Sophia
Tempat menarik di Istanbul ini berdiri teguh selama 1400 tahun. Bangunan ini menjadi tumpuan utama pelancong ke Turki. Selama hampir enam dekad ia menjadi gereja Roman Katolik. Kemudiannya ia menjadi masjid pada tahun 1453 dan kekal sehinggalah ianya di tutup pada tahun 1931.
Bangunan ini di buka semula sebagai muzium pada tahun 1935. Dahulu, ia adalah katedral terbesar di dunia, dan menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain termasuklah Masjid Biru kerana Seni Bina Byzantinenya yang hebat. Anda boleh datang ke muzium ini untuk mengamati sejarahnya yang tersendiri.
2. Masjid Biru
Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru suatu ketika dahulu adalah kerana warna cat didalamnya di cat dengan warna biru. Ia juga menggabungkan dua gaya seni bina iaitu Byzantium dan islam. Tahukah anda, masjid ini dihiasi dengan 20,000 seramik biru dari daerah Iznik sebagai penghasil seramik nombor satu di Turki?
Lantai di masjid ini dilitupi dengan karpet sutera yang dihasilkan dari pemintal sutera terbaik. Terdapat 60 jendela kaca di dalam Masjid Biru ini malah Mihrabnya pula diperbuat daripada Marmar dengan pahatan tangan lengkap yang cantik.
3. Istana Topkapi
Sultan-Sultan Uthmaniyah bersemayam selama beratus-ratus tahun di bangunan istana Topkapi ini. Sultan Uthmaniyah juga berkhidmat dan melindungi tiga kota suci ialam iaitu Makkah, Madinah dan Baitulmaqdis. Setiap koleksi sungguh istimewa, ia menceritakan tentang masyarakat, tadbir urus dan diplomasi semasa Zaman Uthmaniyah.
Anda boleh melihat mahkota yang terdapat di Istana dimana ia adalah hadiah-hadiah hebat yang di utuskan oleh raja-raja Mughal Asia Selatan kepada sultan mereka. Keinginan untuk mengetahui tentang khazanah yang dipamerkan di tempat menarik di Istanbul ini membuatkan anda sanggup meluangkan masa dengan lebih lama lagi di sini.
4. Hippodrome Of Constantinople
Perlumbaan kuda dan perlumbaan kereta kuda adalah sangat popular pada Zaman Kuno dan hippodrome adalah ciri umum bandar-bandar yunani di era Hellenistic, Rom dan Byzantine. Sekiranya berada di Sultanahmet Square ini, tidak rugi untuk datang singgah dan melihat sendiri tempat menarik di Istanbul ini.
5. GRAND BAZAAR
Ia merupakan pasar berbumbung yang tertua di Turki dengan keluasan sebanyak 54000 meter persegi. Boleh dikatakan semua barangan yang digemari pelancong boleh anda dapatkan di sini. Oleh kerana bilangan pengunjung yang datang ke sini sangat ramai hingga mencecah 400,000 orang sehari, harga barangan adalah lebih mahal berbanding di tempat lain.
Terdapat 4000 buah kedai yang letaknya bersambung-sambung di antara 56 lorong dalam pasar tersebut. Pasar ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 7 malam. Bazaar ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti perhiasan, permaidani, rempah ratus, barangan antik dan seramik lukisan tangan.
6. Bosphorus Cruise
Perjalanan ke laut untuk melihat pemandangan Istanbul akan melalui satu jambatan yang terkenal iaitu Galata. Pemandangan dari Cruise ini merupakan cara terbaik untuk anda melihat sendiri aktiviti masyarakat dan keindahan bandar istanbul itu sendiri.
Bosphorus Cruise adalah tempat menarik di Istanbul yang boleh anda pertimbangkan untuk datang kerana ia berada di kapal dan menyaksikan istanbul dari tepi bakal memberikan gambaran awal anda ke tempat-tempat yang anda bakal lawati.
7. Taksim Square
Tempat menarik di Istanbul ini sering di kunjungi oleh masyarakat tempatan untuk meraikan Malam Tahun Baru, perarakan, konsert awam dan pertunjukan lain. Monumen yang terdapat di Taksim Square ini adalah monumen Kemerdekaan (Istiklal Aniti dalam Bahasa Turki), lokasinya terletak di awal pejalan kaki Istiklal.
Monumen atau Tugu yang terdapat di Taksim Suare di perbuat oleh pengukir Itali, Pietro Canonica dan dibuka pada tahun 1928. Sejak pembukaannya, monumen itu menjadi pusat perhatian upacara rasmi di Istanbul. Semasa lawatan bandar di Istanbul, anda mungkin berpeluang melawati Dataran Meriah ini.
8. Menara Galata
Ia dibina pada abad ke-14 oleh tanah jajahan Genoa sebagai sebahagian daripada dinding pertahanan yang mengelilingi daerah Galata terus bertentangan dengan purba Konstantinopel. Selepas Republik, menara Galata dipulihkan dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1967.
Menara ini juga menempatkan kafeteria di bahagian atas, terdapat juga kelab malam yang ditutup selepas pemulihan terakhir pada tahun 2013. Terdapat beberapa lif akan membawa anda ke atas tetapi masih ada lagi tangga yang boleh digunakan untuk naik ke atas. Terdapat sebuah kedai cenderahati kecil terletak di dalam menara tepat di seberang pejabat tiket pintu masuk untuk pengunjung datang singgah dan membeli-belah barangan saguhati.
9. Muzium Arkeologi Istanbul
Muzium ini mengandungi koleksi terbesar sisa-sisa kronologi budaya bahan penduduk purba. Pameran yang terdapat di Muzium ini juga mendedahkan sejarah dan asal usul Istanbul. Di pintu masuk ke Muzium pula terdapat Patung Singa yang ditemui di Makam Halikarnassa. Muzium Arkeologi Istanbul telah dianugerahkan “Muzium Tahun” oleh Majlis Eropah.
10. Gereja Chora
Nama “Chora” membawa maksud “desa” dalam bahasa Yunani. Keistimewaan yang ada pada bangunan ini adalah sejarah yang di sebalik lukisan dinding yang harus anda hayati sendiri. Suasana dan pemandangan bangunan ini juga sangat klasik dan mempunyai rahsianya yang tersendiri.
11. Basilica Cistern
Basilica Cistern ini bukan sahaja menjadi pusat simpanan air, tetapi juga menjadi tempat tapisan air untuk bangunan yang berdekatan seperti Istana Besar Konstantinople dan Istana Topkapi. Ia juga menyalurkan air untuk orang awam melalui lubang-lubang besar seperti telaga yang terletak di siling.
Ketika pembinaan bangunan ini, ia telah mengorbankan 7000 orang hamba ibaratnya seperti bukan dibina menggunakan batu tetapi menggunakan darah dan air mata. Walaubagaimanapun, struktur dan keaslian bangunan ini dijaga rapi oleh pihak Muzium Kosmopolitan Istanbul dan terpelihara sehingga kini.
12. Istana Dolmabahce
Istana ini telah dibina pada abad ke-19 menggunakan 14 tan daun emas dan istana Turki yang paling bergaya yang menggabungkan seni bina tradisional Uthmaniyah dan gaya Eropah seperti Neoklasik, Baroque dan Rococo.
Dengarnya, terdapat 285 bilik mewah, 44 dewan, 156 jam serta lampu kristal Bohemia terbesar di dunia yang dihadiahkan oleh permaisuri England. Jika di lihat hiasan dalaman istana ini, sememangnya ia akan memukau mata anda yang memandang dan tidak hairanlah jika ia dijadikan sebagai salah satu lokasi yang perlu anda lawati.
13. Masjid Suleymaniye
Semasa Perang Dunia Pertama, berlakunya kerosakan teruk dimana kebakaran dan taman-taman pula digunakan sebagai depot senjata. Tempat menarik di Istanbul ini kemudiannya dibaikpulih pada pertengahan abad ke-20 dan terpelihara sehingga kini untuk kunjungan orang awam.
Masjid ini ditandakan dengan empat menara menunjukkan ia dibina oleh seorang Sultan. Selain ruangan solat, bangunan asal masjid ini mempunyai hospital, kolej perubatan, sekolah rendah, sekolah Quran dan Hadith, kedai-kedai, mandian awam dan imaret iaitu tempat makan untuk orang awam. Di kawasan taman Masjid ini juga mempunyai kubur Sultan Suleyman, Permaisurinya serta kerabat diraja lain.
14. Muzium Rahmi M KOC
Rahmi M Koc merupakan seorang Billionaire di Turki. Boleh dikatakan dari setiap 100 Lira yang dibelanjakan di Turki, 7 Lira akan masuk poket beliau kerana besarnya perusahaan yang beliau ada di negara ini. Menariknya, muzium ini di bina di lokasi yang cukup bersejarah iaitu di kawasan yang tertua dan paling bersejarah di Istanbul.
15. Bazaar Rempah
Anda juga dapat melihat kepelbagaian makanan dunia disamping makanan dan rempah ratus tempatan. Pasar yang juga di panggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui laluan Sutera dari China. Tempat menarik di Istanbul ini juga merupakan pasar rempah yang paling penting untuk warga di Istanbul.
16. Miniaturk Muzium
45 model Senibina ini datang dari Istanbul, 45 dari daerah lain di Turki dan 15 model lagi di bina oleh orang Turki yang berada di sempadan negara lain. Model bangunan ini termasuk dalam senarai destinasi popular untuk di lawati di Turki dan tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak untuk mempelajari ilmu senibina.
17. Menara Maiden
Anda boleh melihat pemandangan masjid Topkapi, Menara Galata dan pemandangan bandar lama Istanbul sambil menjamu selera di situ. Dibina pada kurun ke-7, menara ini dibina di atas sebuah pulau batu kecil yang terletak 200 meter dari tanah Besar.
Menara ini pernah dijadikan lokasi tempat penggambaran untuk filem James Bond, filem Hitman dan pernah diabadikan di dalam wang kertas 10 Lira Turki.
18. Museum Mosaic Great Palace
Jubin dipamerkan dalam tempat menarik di Istanbul ini lebih kepada gambaran kepada adegan memburu, peta, binatang mitos, objek dan info berkenaan dengan zaman Byzantine dahulu kala.
Setiap rekaan mozek di muzium ini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Setiap gambaran yang dipaparkan membawa maksudnya yang tersendiri. Bukan hanya perkataan sahaja yang boleh dijadikan cerita, tetapi gambaran juga boleh dijadikan alternatif untuk memberikan maksud tertentu.
19. Gereja Hagia Irene
Pada zaman itulah, tangga dan ukiran pada pagar dibuat. Tempat menarik di Istanbul ini terletak berdekatan dengan Istana Topkapi, di belakang Hagia Sophia. Kini, beberapa pameran muzik atau pameran seni sering diadakan dalam bangunan semasa perayaan penting.
20. Emirgan Park
Terdapat beberapa rekabentuk menarik pada landskap di taman ini, beberapa tumbuhan direkabentuk khas dengan bentuk seperti piano, haiwan dan sebagainya. Ada juga susunan bunga Tulip dibentuk seperti bendera dan disusun dengan begitu teratur. Tempat menarik di Istanbul ini juga menyediakan kedai cenderamata kepada pengunjung untuk datang membeli cenderamata.

Sememangnya kos untuk ke negara Timur Tengah ini agak mahal, tetapi ia berbaloi kepada anda yang suka melancong kerana anda berpeluang mengenali dengan lebih dekat sejarah Istanbul ini. Jom lihat tempat menarik di Paris, tempat menarik di Beijing dan tempat menarik di Rompin.