TOP 18+ Tempat Menarik di Turki Sangat Unik Dan Cantik
Turki merupakan sebuah negara yang sangat cantik dengan karya seni binanya yang unik dimana ia memiliki perpaduan dua kebudayaan iaitu Eropah dan Asia. Â Keindahan buatan masjid di Turki juga adalah salah satu tarikan utama pelancong kerana merupakan mascot Negara yang sangat halus dan unik buatannya.
Percutian ke Turki pasti membuatkan anda teruja kerana di sini kaya dengan monumen sejarahnya yang luar biasa. Ingin kami kongsikan antara tempat top untuk dikunjungi jika anda sedang merancang untuk bercuti ke Turki. Jom lihat tempat menarik di Turki yang unik dan cantik.Â
1. Haghia Safia
Kehebatan reka bentuk seni bina Kristian dan Islam yang merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah antara yang tercantik di Turki. Asalnya Haghia Safia ini adalah sebuah gereja namun kemudiannya ditukar konsep dan rekaannya menjadi sebuah masjid yang tersergam indah.Namun kini, Haghia Safia tidak lagi menjadi tempat ibadat namun ianya hanyalah sebuah muzium yang menjadi tatapan umum saban hari. Tiket masuk ke tempat menarik di Turki ini adalah dalam lingkungan RM28-35 bergantung kepada kadar matawang semasa.
Â
2. Grand Bazar Istanbul
Grand Bazar ini juga dikenali sebagai Buyuk Carsi oleh masyarakat tempatan. Tempat menarik di Turki ini juga adalah tempat untuk membeli-belah pelbagai barangan dan pusat ekonomi yang terbesar dan tertua di Turki.Ia mempunyai lebih dari 3,000 lot kedai jualan dengan lebih kurang 61 lorong, anda harus ingat nombor pada pintu masuk pasar ini untuk mengelakkan daripada tersesat.
Banyak barangan yang boleh anda dapati di sini namun anda perlu jimat berbelanja kerana kebanyakan barangan di sini agak mahal harganya. Grand Bazar ini dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga pukul 7 malam sahaja.
Â
3. Cappadocia
Tempat ini terkenal dengan belon udara panas selain memiliki panorama yang indah serta menakjubkan ini adalah tempat menarik di Turki. Pemandangan berbatu yang dapat dilihat ketika anda menaiki belon udara panas di sini sememangnya sangat cantik dan memukau mata anda.Jangan lepaskan peluang untuk menaiki belon udara panas dimana belon udara panas ini mampu memuatkan sekitar 10 hingga 30 orang dalam satu masa.
Namun untuk menaiki belon udara panas ini boleh dikatakan agak mahal kerana harganya sekitar RM1,000. Oleh itu, jika anda teringin sangat menaikinya, pastikan anda mula menabung untuk merasai keseronokan bercuti di Turki.
Â
4. Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed)
Masjid Sultan Ahmed ini juga terkenal dengan nama Masjid Biru oleh kerana hiasan jubin dalaman kubah masjid ini adalah berwarna biru.Masjid ini merupakan masjid yang pertama pada zaman Sultan Ahmet dan dibina sendiri oleh Sultan Ahmet dimana ia pernah menjadi lambang kehebatan empayar Turki sehingga kini.
Kehebatan seni bina dan reka bentuknya pasti membuat anda terpegun kerana ianya sangat cantik sekali dengan ukiran kubahnya yang halus buatannya dan sangat tersergam indah. Keindahan tempat menarik di Turki ini sebenarnya adalah dari gabungan seni bina Islam dan juga Ottoman.Â
Â
5. Istana Topkapi
Topkapi Palace ini merupakan istana yang terbesar di Istanbul, Turki yang tertua di dunia serta tempat menarik di Turki yang unik. Singgahlah di sini untuk melihat sendiri monumen sejarah yang cantik ini.Istana ini dibina suatu masa dahulu semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih dan mempunyai keluasan kira-kira 700,000 ekar. Hari ini, istana besar yang tersergam indah ini telah menjadi perpustakaan dan pusat pentadbiran undang-undang Negara Turki.
Untuk pengetahuan anda, istana ini juga menyimpan khazanah Nabi Muhammad S.A.W seperti jubah dan pedang serta barangan peninggalan para nabi-nabi yang lain.
Â
6. Hippodrome
Hippodrome ini adalah sebuah daratan yang mempunyai tiang-tiang dengan hasil seni bina Romawi. Namun ramai yang tidak tahu bahawa tempat menarik di Turki ini pada asalnya adalah trek lumba kuda.Kini, Hippodrome hanya tinggal tiang-tiang sahaja apabila telah dimusnahkan oleh Puak Roman suatu ketika dahulu. Hippodrome ini letaknya tidak jauh dari Masjid Biru.Â
Â
7.  Basilica Cistern
Lokasi Basilica Cistern ini tidak jauh dari Haghia Safia. Asalnya Basilica Cistern ini adalah sebuah pusat seni, ekonomi dan undang-undang Negara Turki pada zaman kegemilangan Rom dahulu namun kini ia hanyalah merupakan tempat simpanan tetapi dikategorikan sebagai tempat menarik di Turki. Basilica Cistern ini sudahpun berusia lebih dari seribu tahun lamanya.Â
8. Miniaturk Park
Miniaturk Park di Istanbul, Turki ini merupakan taman mini yang terbesar di Golden Horn. Tempat menarik di Turki ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.Tiket masuknya juga agak berpatutan iaitu sekitar RM165. Seperti namanya, tempat ini memaparkan pelbagai khazanah mini di Turki.
Taman ini mengandungi lebih kurang 105 model miniature berbentuk bangunan yang mewakili senibina-senibina yang ada di Turki dari zaman Byzantine sehinggalah ke zaman empayar Othmaniah.
Â
9.  Gunung Nemrut
Ketinggian Gunung Nemrut ini adalah kira-kira 2,134 meter dan lokasinya terletak di bahagian tenggara Turki iaitu berdekatan dengan kota Adiyaman. Untuk pengetahuan anda, Gunung Nemrut ini mempunyai sejuta kisah sejarahnya yang tersendiri disebalik keindahannya.Tempat menarik di Turki ini dipercayai merupakan tempat bersemadinya para dewa-dewa dan hal ini turut dibuktikan dengan penemuan patung dewa-dewa roman yang terdapat di sini seperti patung dewa Hercules, Zeus, Tyche dan Apollo.
Â
10. Istiklal Street
Selain Grand Bazar di Istanbul, Istiklal Street ini juga merupakan pusat membeli-belah wajib anda kunjungi di Istanbul. Istiklal Street ini terdiri daripada pelbagai kedai di sepanjang jalannya yang dianggarkan kira-kira 1.4 kilometer panjangnya.Jalan itu kemudiannya akan berakhir dan tamat di Taksim Square di mana ia merupakan Bandar utama yang menjadi peneraju Kota Istanbul. Tempat menarik di Turki ini menawarkan pelbagai barangan aneka pilihan termasuklah coklat dan roti. Terdapat juga restoren, kafe, kelab malam dan kedai-kedai bioskop di sini.
Â
11. Mahmud Pasha Bazar
Tempat menarik di Turki ini membolehkan anda shopping sepuas-puasnya. Selain mempunyai pelbagai pilihan yang menarik, harganya juga jauh lebih murah berbanding di bazar lain. Sebaiknya anda sebagai pembeli yang bijak mungkin boleh membuat perbandingan harga dahulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya.Â
12. Galata Bridge
Galata Bridge ini adalah sebuah destinasi wajib untuk anda singgah kerana ia bukannya seperti jambatan biasa yang seringkali anda lihat dan kunjungi. Menariknya, di sepanjang Galata Bridge ini terdapat sederet restoren yang berada di bawahnya.Pelbagai pilihan restoran dengan pelbagai menu yang anda boleh pilih untuk bersantap sambil menikmati panorama indah di Teluk Golden Horn ini.Â
Â
13. Bodrum Castle
Dibina pada sekitar tahun 1402, Bodrum Castle ini juga dikenali sebagai Castle of Saint Peter atau Petronium. Lokasi tempat menarik di Turki ini berada di sebelah barat daya Turki. Tempat ini sangat sesuai buat mereka yang gemar mempelajari sejarah dan budaya masyarakat Turki.Bodrum Castle merupakan sebuah muzuim Arkeologi Laut di mana pengunjungnya dapat mempelajari sejarah tentang peradaban lampau. Terdapat banyak koleksi kapal karam yang bernilai jutaan dolar yang boleh anda lihat di sini.
Â
14.  Library of Celcus
Tempat menarik di Turki yang merupakan perpustakaan ini sudah berkurun lamanya. Ia menyimpan sebanyak 12,000 manuskrip terdahulu. Perpustakaan ini dinamakan sempena seorang ahli Falsafah Greek yang bernama Celcus dan ianya terletak di  Bandar Selcuk, Turki.Library of Celcus ini merupakan antara tarikan utama pelancong kerana hasil tinggalan bangunan ini dan seni rekanya yang unik dan penuh seni.
Â
15. Cotton Castle Pamukkale
Istana kapas Pamukkale ini merupakan hamparan batuan yang berwarna putih seperti kapas dengan air kolam panasnya. Kolam air panas di sini terbentuk secara semulajadi.Lapisan putih di sini adalah mineral kalsium yang terbentuk melalui fenomena alam manakala kolam air panas di sini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit dan umpama spa di dalam istana. Keindahan kolam air panas ini memang tidak dapat digambarkan, jadi anda harus ke sini sendiri untuk melihat keindahannya.
Pamukkale merupakan salah satu tempat menarik di Turki bagi pelancong dari seluruh dunia. Pengunjung yang datang ke sini juga bebas berendam sepuas-puasnya. Kolam air panas Pamukkale ini akan kelihatan seperti salji yang melitupi sungai jika dilihatnya dari jauh.
Â
 16.  Hierapolis Pamukkale
Hierapolis merupakan bandar kota purba Greek-Roman dan Byzantine yang dibina di atas istana kapas atau juga dikenali sebagi istana putih. Panjang bandar ini adalah kira-kira 2700 meter dengan lebarnya seluas 600 meter dan 160 meter tinggi.Kota Hierapolis ini dikatakan musnah akibat gempa bumi suatu masa dahulu dan kini hanya tinggal beberapa bangunan sahaja yang masih utuh sehingga ke hari ini iaitu dewan teater dan beberapa bangunan yang lain.
Â
17. Selat Bosphorus
Selat Bosphorus ini sangat sesuai untuk anda menaiki bot cruise. Jika ke Turki, anda harus merasai pengalaman bot cruise di sini kerana anda dapat melihat keindahan sekitar masjid, bangunan-bangunan lama, jambatan bosphorus tatkala menaiki bot cruise ini.Selain panorama seni reka bangunan, anda juga akan berpeluang melihat keunikan burung camar yang berterbangan di Selat Bosphorus ini yang mana merupakan sempadan Eropah dan Asia.
Â
18. Melvana Muzuim Konya
Tempat menarik di Turki ini dikatakan telah dibina sejak 2 Mac 1927. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 4.40 petang namun pada hari Isnin, ia dibuka sedikit lewat iaitu pukul 10 pagi.Muzuim ini merupakan makam penyair sufi yang terulung suatu ketika dahulu yang bernama Jalal ad-DinRumi. Beliau dikisahkan oleh penduduk tempatan adalah seorang penyair yang telah melahirkan tarian khas berpusing badan yang terkenal di Turki dan seluruh dunia.
Kesemua tempat di atas harus anda kunjungi supaya percutian ke Turki tidak menjadi sia-sia. Apabila kita melancong ke Negara orang barulah kita akan dapat merasai kesan kejatuhan nilai matawang semasa.Namun pepatah ada mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan kerana pelbagai budaya menarik dapat anda pelajari di tempat orang. Selamat bercuti! Jom baca tempat makan di Cameron Highland dan tempat menarik di Phuket pula.
Rujukan:
- Â Â Â bidadari
- Â Â Â jomjalan
- Â Â Â turkeytravelplanner